Ibu Menyusu Kena Jaga Pemakanan Kalau Anak Ada Eczema Elak Makan Makanan Pencetus Eczema


Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema pasti tercari-cari punca yang menyebabkan berlakunya ekzema pada si manja mereka. Selain faktor keturunan dan juga persekitaran, kebanyakan pencetus ekzema adalah berpunca daripada pemakanan.

Kajian menunjukkan bahawa anak kecil akan kurang cenderung mendapat ekzema jika ibu mereka ada mengambil probiotik semasa hamil. Malahan, bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif dalam tempoh enam bulan pertama kelahiran juga adalah kurang cenderung mengalami ekzema.
Kebanyakan doktor akan menyarankan ibu bapa untuk mengelakkan sebarang faktor pencetus ekzema bagi kanak-kanak. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anak. Ketahui kesan pengambilan gula berlebihan bagi kanak-kanak ekzema.
Bagaimana gula boleh memberi kesan kepada kulit bayi ekzema Gula diketahui bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada kesihatan tubuh manusia, bahkan juga pengambilan gula berlebihan turut mempunyai kaitan dengan mereka yang menghidap ekzema, termasuk juga bayi dan kanak-kanak.

Makanan tinggi gula boleh menjadi pencetus terjadinya ekzema. Gula menyebabkan tahap insulin anak anda melonjak, yang mana mengakibatkan keradangan. Antara makanan yang mengandungi kandungan gula tinggi termasuklah kek, sesetengah jenis minuman kopi, soda, sesetengah jenis smoothie dan makanan segera seperti burger.
Gula berlebihan dalam badan juga boleh memberi kesan kepada kulit, disebabkan ia menjadi penyebab kepada kandungan tinggi keradangan dalam tubuh. Keradangan yang berlaku ini boleh menghasilkan ekzema pada kulit bayi. Apabila tubuh gagal untuk memetabolismekan glukosa seperti yang sepatutnya ia berlaku, ini akan menyebabkan terjadinya glikasi. Glikasi boleh menjurus kepada kulit memecah dan lemah, serta menyebabkan kerosakan kulit seperti kekeringan dan juga kulit menipis. Semakin banyak gula yang anak anda makan, semakin cepat glikasi memasuki kulit anak anda. Disebabkan itulah, ibu bapa yang mempunyai anak ekzema perlu mengehadkan karbohidrat ringkas dan gula sebanyak mungkin pada pemakanan si manja.

Makanan lain yang perlu dielakkan bagi bayi ekzema Selain gula, bayi anda juga mungkin boleh mendapat ekzema melalui makanan pencetus lain seperti:
Produk tenusu- Ini salah satu jenis makanan yang menjadi pencetus alergi bayi. Antara produk tenusu yang perlu elak diberikan kepada bayi ialah susu, keju, dan yogurt. Bagi sesetengah bayi, protein dalam susu lembu tidak mudah dihadam dan usus penghadaman bayi menganggapnya sebagai bahan alergik. Soya- Biasanya, jika bayi mengalami reaksi alergik terhadap produk tenusu, ia juga boleh alergik kepada protein yang ada dalam soya. Ibu yang menyusukan bayi juga perlu mengelak daripada mengambil makanan yang mengandungi soya. Kacang- Doktor akan menasihati ibu untuk mengelakkan pemberian kacang dalam diet bayi terutama semasa awal pengenalan kepada makanan pejal. Apatah lagi jika anda mempunyai sejarah keluarga yang alergik terhadap kacang. Jika anda khuatir bayi anda akan mengalami ekzema, semasa awal kelahiran lagi, ibu yang menyusukan bayi perlu berjaga-jaga dengan pengambilan makanannya. Anda perlu mengelak daripada makan makanan yang mengandungi pencetus ekzema seperti susu lembu, kacang dan kerang. Berjumpalah dengan doktor jika bayi anda ada menunjukkan tanda-tanda ekzema. Sebaik-baiknya, pencegahan awal adalah lebih baik untuk si manja.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ibu Menyusu Kena Jaga Pemakanan Kalau Anak Ada Eczema, Elak Makan Makanan Pencetus Eczema appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-menyusu-kena-jaga-pemakanan-kalau-anak-ada-eczema-elak-makan-makanan-pencetus-eczema/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dah Mula Makan Ikut 20 Petua Ini Untuk Sediakan Makanan Bayi

Anak Dah Mula Makan Ikut 20 Petua Ini Untuk Sediakan Makanan Bayi

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 263 hits
Anak dah mula makan mama orang yang paling teruja kan Tapi sebelum sediakan makanan untuk si manja mama yang comel mama wajib ambil tahu beberapa informasi berkenaan cara penyediaan makanan bayi Jom baca artikel penuh Petua Menyediakan Maka...
Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 266 hits
Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka Kepentingan bayi makan sendiri Kenapa pentingnya untuk anak belajar me...
Panduan Lengkap Pemakanan Yang Boleh Diberi Untuk Bayi 0 12 Bulan Ibu Wajib Semak

Panduan Lengkap Pemakanan Yang Boleh Diberi Untuk Bayi 0 12 Bulan Ibu Wajib Semak

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 469 hits
Masalah anak cerewet makan bukanlah satu perkara asing buat ibu bapa Lazimnya bayi akan mula memilih makan selepas usianya setahun Yang menjadi kebimbangan ibu bapa adalah tentang keperluan nutrisi bayi mereka adakah bayi mendapat nutrisi y...
Saya Ampunkan Dosa Halalkan Susu Makan Minumnya Ibu Reda Permergian Rozanna

Saya Ampunkan Dosa Halalkan Susu Makan Minumnya Ibu Reda Permergian Rozanna

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 239 hits
Setiap hari saya berdoa minta dia sedar tetapi Allah lebih sayangkannya luah Kalsom Suleiman Kalsom 66 adalah ibu kepada Rozzana Mat Nanyan 35 rakyat Malaysia yang meninggal dunia jam 9 46 pagi hari ini selepas lebih sebulan koma di Unit Ra...
Kahwin Dah 2 Tahun Umur Anak Masuk 8 Bulan Ibu Ayah Baru Nak Sanding

Kahwin Dah 2 Tahun Umur Anak Masuk 8 Bulan Ibu Ayah Baru Nak Sanding

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 390 hits
Selepas hampir dua tahun Covid 19 melanda negara ramai pasangan pengantin baru terpaksa tangguhkan hasrat mengadakan sebarang majlis keraian Apa yang diutamakan adalah hanya akad nikah sahaja Disebabkan kekangan keadaan pada waktu tersebut ...
Anak Muntah Cirit Birit Lepas Makan Ubat Adakah Ini Satu Penyakit Berbahaya

Anak Muntah Cirit Birit Lepas Makan Ubat Adakah Ini Satu Penyakit Berbahaya

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 277 hits
Alahan ubat berlaku apabila seseorang mengalami reaksi yang negatif terhadap ubat ubatan yang diambil Apabila anda ada alergik ubat sistem imun badan akan cuba untuk melawan alergi tersebut dengan mencetuskan tindak balas tertentu Walau bag...
Kisah Inspirasi Kekuatan Seorang Ibu Yang Begitu Cekal Membesarkan Tiga Anak Istimewa

Kisah Inspirasi Kekuatan Seorang Ibu Yang Begitu Cekal Membesarkan Tiga Anak Istimewa

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 218 hits
Hebatnya seorang ibu yang mampu membesarkan anak istimewa dengan penuh kecekalan dan kesabaran Lebih hebat ujian yang dihadapi seorang ibu ini bersama suaminya apabila kesemua anak anaknya disahkan insan istimewa yang memerlukan pemerhatian...
Hisap Ibu Jari Tarik Rambut Gigit Baju Antara Tabiat Anak Anak Yang Pemalu Di Sekolah

Hisap Ibu Jari Tarik Rambut Gigit Baju Antara Tabiat Anak Anak Yang Pemalu Di Sekolah

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 232 hits
Bercakap mengenai perkembangan kanak kanak di sekolah apakah perkara penting yang perlu ibu bapa fokuskan selain daripada tumbesaran fizikal mereka Sememangnya apabila anak sudah mula melangkah ke alam persekolahan mereka lebih gemar berdik...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord