Jangan Pandang Pelik Kalau Ada Ibu Ayah Guna Tali Ikat Tangan Anak Ini Sebabnya


Berbanding di luar negara, tidak banyak ibu bapa di Malaysia yang menggunakan tali ikat tangan anak atau child leash semasa berada di luar. Tetapi perlu ke memakaikan tali keselamatan untuk kanak-kanak ini?

Pemakaian tali ikat tangan anak
Child leash atau child safety harness – kedua-duanya dipakaikan sama ada pada pergelangan tangan atau seperti beg pada anak yang berperanan untuk menjaga keselamatan anak.
Pun begitu, pemakaian tali keselamatan untuk kanak-kanak ini di Malaysia mengundang pelbagai pendapat.
Ada yang menyokong penggunaannya dengan bertujuan untuk keselamatan yang mana ia dapat mencegah anak hilang daripada pandangan ibu bapa.
Namun, tidak kurang juga yang menganggap pemakaian peranti ini tidak sesuai seolah-olah menyekat kebebasan si kecil.
Sekiranya sedang berkira-kira untuk menggunakannya, ini 8 alasan untuk membantu anda membuat keputusan.
Berikut antara 8 sebab anda perlu menggunakan tali ikat tangan anak ini:
8. Si kecil gemar berlari
Apabila anak sudah mula belajar berjalan, mereka tidak akan berhenti melakukannya. Mereka tidak akan mahu lagi diletakkan di dalam kereta sorong.
Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan isu buat ibu untuk membenarkan anak berjalan dan meneroka, tetapi dalam masa yang sama bimbangkan keselamatan mereka.
Jadi penggunaan child leash atau safety harness pastinya pilihan terbaik.

7. Tali ikat tangan anak sesuai untuk yang berkeperluan khas
Anak berkeperluan khas seperti autisme, Sindrom Down, ADHD dan lain-lain memerlukan lebih perhatian apabila berada di luar, bahkan risiko untuk terlibat dalam situasi bahaya adalah tinggi.
Tidak semua anak dengan keperluan khas ini sama, namun penggunaan peranti keselamatan ini pastinya membantu ibu bapa untuk menjaga mereka.
Tali keselamatan untuk kanak-kanak ini juga sangat membantu anak yang mengalami masalah pendengaran, terutamanya jika mereka gemar berjalan mendahului ibu bapa mereka.

6. Tali ikat tangan anak, sangat praktikal
Bukan sekadar untuk keselamatan tetapi ia juga praktikal, terutama buat ibu bapa yang mempunyai ramai anak kecil mahukan anak kembar.
Kebanyakan anak kecil lebih sukakan kebebasan dan tidak gemar tangan mereka dipegang. Sudah tentu keadaan ini boleh mengundang bahaya.
Maka penggunaan tali ikat tangan anak ini sangat bagus dan praktikal untuk digunakan apabila berada di tempat awam. Peranti ini juga dapat mengawal tingkah laku anak-anak.
5. Elakkan anak daripada gangguan pedofilia & penculikan
Penculikan anak kecil bukan perkara baharu dan ia boleh terjadi kepada sesiapa. Sama juga keadaannya dengan masalah pedofilia, kita tidak tahu mungkin anak sedang diperhatikan individu tidak bertanggungjawab ini.
Kedua-dua pemangsa ini mungkin menunggu masa untuk ‘merampas’ si kecil daripada kita.
Sudah tentu penggunaan tali keselamatan kanak-kanak ini pastinya dapat menghindari kejadian tidak diingini.
Bukankah mencegah sesuatu perkara itu lebih baik daripada menyesalinya di kemudian hari?
4. Penggunaan tali ikat tangan anak bukan bermakna anda ibu bapa pemalas
Siapa kata ibu bapa yang menggunakan peranti keselamatan ini pemalas? Sedangkan mereka masih meluangkan masa bersama anak-anak dan penggunaan peranti ini adalah untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam keadaan selamat.
3. Mudahkan bersenam
Kecenderungan untuk anak mengalami masalah obesiti pada masa kini, sangat tinggi. Masalah itu boleh berlaku kepada si kecil anda jika mereka tidak diberikan peluang untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal harian.
Jadi penggunaan peranti keselamatan ini pastinya cara terbaik untuk memastikan anak dapat bersenam dalam keadaan selamat dan terkawal.
2. Tali ikat tangan anak, tidak sekat kebebasan si kecil
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun dalam masa yang sama tetap menitikberatkan aspek keselamatan. Maka penggunaan child leash adalah pilihan terbaik.
Anak masih bebas meneroka dalam jarak yang selamat mengikut kepanjangan tali keselamatan dan ibu bapa boleh berada dalam keadaan tenang untuk membiarkan anak bermain.

1. Tali ikat tangan anak, terpulang pada ibu bapa
Kebanyakan ibu bapa tidak mahu menggunakan child leash atau child safety harness kerana bimbang dengan ‘cakap-cakap’ individu sekeliling.
Tetapi hakikatnya, jika apa yang dilakukan adalah untuk keselamatan anak-anak, maka anda tidak perlu risaukan tentang pandangan orang lain.
Selagi ia tidak membahayakan anak, maka lakukanlah apa sahaja demi keselamatan mereka. Usah berasa malu atau bimbang.
Anda lebih mengenali anak-anak daripada individu lain; perangai dan tingkah laku semasa dalam emosi yang baik dan juga semasa meragam.
Pilihan sama ada mahu menggunakan tali keselamatan untuk kanak-kanak atau tidak adalah di tangan anda.
Jika berasakan ia satu keperluan demi memastikan anak sentiasa dalam keadaan selamat, gunakan dan usah pedulikan pandangan orang.
Walau bagaimanapun, sekiranya berasakan anda mampu untuk mengawal anak-anak dan tidak perlu menggunakan peranti keselamatan ini, terpulang.
Kredit: Hello Doktor

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Jangan Pandang Pelik Kalau Ada Ibu Ayah Guna Tali Ikat Tangan Anak, Ini Sebabnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-pandang-pelik-kalau-ada-ibu-ayah-guna-tali-ikat-tangan-anak-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selalu Tengok Tapi Tak Mampu Beli Anak Hadiahkan Jam Tangan Mahal Reaksi Ayah Buat Ramai Sebak

Selalu Tengok Tapi Tak Mampu Beli Anak Hadiahkan Jam Tangan Mahal Reaksi Ayah Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 240 hits
Sering kali kita dengar anak anak merupakan anugerah terindah buat insan yang bergelar ibu dan bapa Namun tanpa kita sedar apabila seeorang anak itu semakin membesar ibu dan bapa ini juga merupakan sebuah amanah buat mereka
Naluri Seorang Ibu Sekali Pandang Dah Itu Tahu Anak Dia

Naluri Seorang Ibu Sekali Pandang Dah Itu Tahu Anak Dia

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 236 hits
PETALING JAYA Tindakan seorang lelaki menyamar sebagai pelayan restoran untuk membuat kejutan kepada keluarganya tidak menjadi apabila ibunya dapat mengecam wajah anak kesayangannya itu Menerusi sebuah video berdurasi satu minit 58 saat yan...
Anak Mula Tinggi Suara Angkat Tangan Dengan Ibu Pakar Kongsi 6 Perkara Yang Perlu Dilakukan

Anak Mula Tinggi Suara Angkat Tangan Dengan Ibu Pakar Kongsi 6 Perkara Yang Perlu Dilakukan

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 268 hits
Semakin lama semakin tinggi suaranya Tutur kata anak ni mula jadi kasar tangan mula diangkat angkat kaki dihentak hentak Pada saat ibu mula membisu pantas si ayah datang Pendek dan ringkas saja ayat si ayah terus anak mula menukar nada suar...
Kahwin Dah 2 Tahun Umur Anak Masuk 8 Bulan Ibu Ayah Baru Nak Sanding

Kahwin Dah 2 Tahun Umur Anak Masuk 8 Bulan Ibu Ayah Baru Nak Sanding

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 364 hits
Selepas hampir dua tahun Covid 19 melanda negara ramai pasangan pengantin baru terpaksa tangguhkan hasrat mengadakan sebarang majlis keraian Apa yang diutamakan adalah hanya akad nikah sahaja Disebabkan kekangan keadaan pada waktu tersebut ...
Tak Ambil Vaksin Pneumokokal Anak Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Bahaya

Tak Ambil Vaksin Pneumokokal Anak Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli Bahaya

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 251 hits
Kegagalan sesetengah ibubapa memberikan imunisasi kepada anak anak bukan saja menyebabkan risiko kesihatan kepada anak itu sendiri malah juga kepada kanak kanak lain Jangan risikokan anak kecil kita Biarkan mereka hidup sihat atas pilihan y...
Demi Anak Ibu Sanggup Bergelut Dengan Harimau Bintang Tanpa Guna Senjata Video

Demi Anak Ibu Sanggup Bergelut Dengan Harimau Bintang Tanpa Guna Senjata Video

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 278 hits
Demi Anak Ibu Sanggup Bergelut Dengan Harimau Bintang Tanpa Guna Senjata SEORANG wanita dari Kampung Badi Jhiriya di Madhya Pradesh India menjadi sebutan ramai apabila berani melawan seekor harimau bintang tanpa apa apa senjata demi menyela...
Lepas Kafan Muka Saya Jangan Tutup Tunjuk Kepada Anak Saya Beritahu Kepadanya Ibu Imran Sudah Mati

Lepas Kafan Muka Saya Jangan Tutup Tunjuk Kepada Anak Saya Beritahu Kepadanya Ibu Imran Sudah Mati

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 233 hits
Tular dimedia sosial sepucuk surat terakhir yang ditulis oleh seorang ibu sebelum meninggal dunia meminta jenazahnya dikafankan di hospital dan memaklumkan kepada anaknya seorang OKU bahawa beliau telah meninggal dunia mengundang rasa sebak...
Anak Lelaki Perlu 10 Nasihat Ini Sebelum Dewasa Baru Tenang Hati Ibu Ayah

Anak Lelaki Perlu 10 Nasihat Ini Sebelum Dewasa Baru Tenang Hati Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 267 hits
Anak zaman sekarang segala galanya mereka hebat Jadi cabaran ibu bapa hari ini sungguh besar kerana faktor sekeliling dan juga kecanggihan teknologi Bagi yang ada anak lelaki atau perempuan tanggungjawab ini sangat besar Anak yang dibesarka...
Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 249 hits
Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka Kepentingan bayi makan sendiri Kenapa pentingnya untuk anak belajar me...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat