Anak Jadi Hebat Bukan Kerana Tadika Yang Mahal Pakar Berikan Pencerahan


Penghujung tahun ini ramai ibu bapa yang sudah mencari-cari dan membuat pilihan untuk menghantar si kecil ke tadika. Pastinya tadika hebat menjadi pilihan ibu bapa. Soalnya benarnya tadika hebat ni dapat menjamin anak pandai membaca dan jadi anak hebat?
Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengakui bahawa tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.
Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca. Kualiti guru terletak kepada kelayakan keilmuan dan pengalaman mengajar kanak-kanak. Guru perlu mendapat pengetahuan pendekatan dan teknik mengajar membaca kepada kanak-kanak. Malah guru juga perlu peka dengan kebolehan dan keupayaan setiap kanak-kanak di tadika.
Katanya lagi,
Tadika yang mahal belum tentu dapat hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca. TADIKA KERAJAAN DAN TADIKA SWASTA
Di negara kita terdapat dua jenis tadika iaitu tadika bantuan kerajaan iaitu kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya kelas prasekolah ini terdapat di dalam kawasan sekolah rendah. Ibu bapa perlu mendaftar lebih awal di prasekolah berkenaan.
Selain itu ibu bapa boleh memilih kelas tadika yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar iaitu kenali sebagai tabika KEMAS. Biasanya tadika ini berada di kawasan luar bandar. Manakala tadika anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berada di kawasan bandar.
Penubuhan tadika KEMAS dan tadika JPNIN bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah . Oleh kerana prasekolah dan tadika ini anjuran kerajaan maka yuran yang dikenakan amat minima sesuai dengan kemampuan keluarga berpendapatan rendah.

Bagaimanapun tadika swasta tetap gunapakai sistem pembelajaran berlandaskan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya ibu bapa berkemampuan dan tidak mahu menghantar anaknya ke tadika bantuan kerajaan, mereka boleh memilih menghantar anak ke tadika swasta.
Biasanya pengusaha tadika akan mengenakan yuran pada setiap kanak-kanak dan kadar yuran tidak sama pada setiap tadika. Perbezaan yuran bergantung pada keadaan di tadika.
8 TIP BANTU ANAK
Dr Bustam menyenaraikan lapan cara seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.
1.Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
2.Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.

3.Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
4.Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
5.Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
6.Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
7.Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.

8.Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
Pilih Guru Berkelayakan
Setiap kelas prasekolah akan menggunakan kurikulum yang sama di seluruh negara. Begitu juga dengan kelas tadika anjuran kemas dan jpnin juga menggunakan kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran malaysia. Guru-gurunya pula mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka ini terlatih khusus dalam mengajar kanak-kanak di tadika. Kurikulumnya dibina bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Bezanya kebanyakan guru yang mengajar di tadika KEMAS dan JPNIN berkelulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Mereka juga mendapat latihan khusus untuk mengajar kanak-kanak di tadika.

Manakala guru-guru di tadika swasta pula datang daripada pelbagai kelayakan akademiknya. Pengusaha tadika yang berkemampuan akan mengaji guru yang berkelulusan sarjana muda dan juga diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelajaran di tadika itu. Jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak.
The post Anak Jadi Hebat Bukan Kerana Tadika Yang Mahal, Pakar Berikan Pencerahan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-jadi-hebat-bukan-kerana-tadika-yang-mahal-pakar-berikan-pencerahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Botol Susu Bila Sampai Limitnya Jangan Sayang Sebab Mahal Hingga Kesihatan Anak Terjejas

Tukar Botol Susu Bila Sampai Limitnya Jangan Sayang Sebab Mahal Hingga Kesihatan Anak Terjejas

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 406 hits
Mahal macam mana pun botol tukarlah dengan kerap Jangan kedekut Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangat tidak relevan Perkongsian dari cukup membantu ibu bapa supaya tidak bersikap acuh tak acuh atau dalam kata lainnya teng...
Pakar Jelaskan Anak Pandai Baca Seawal 5 Tahun Bukan Kerana Latihan Membaca Tapi Sebab Ini

Pakar Jelaskan Anak Pandai Baca Seawal 5 Tahun Bukan Kerana Latihan Membaca Tapi Sebab Ini

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 309 hits
Kebolehan membaca bermula dari minat anak pada buku dan sifat ingin tahu tentang makna teks Kecenderungan ini tidak bermula di tadika atau sekolah sebaliknya ia bermula dari rumah Oleh itu ibu bapa yang panik dan beria ia bertanya bolehkah ...
Pernah Jumpa Pakar Ivf Untuk Dapat Anak Tapi

Pernah Jumpa Pakar Ivf Untuk Dapat Anak Tapi

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 249 hits
Penyanyi dan juga isteri kepada maestro muzik tersohor Datuk Ramli M S Datin Alyah mendedahkan telah menemui pakar perubatan untuk menjalani rawatan persenyawaan The post appeared first on
Mama Papa Tak Perlu Risau Pertama Kali Hantar Anak Ke Sekolah Cikgu Ni Berikan Pesanan Jamin Anak Selamat

Mama Papa Tak Perlu Risau Pertama Kali Hantar Anak Ke Sekolah Cikgu Ni Berikan Pesanan Jamin Anak Selamat

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 538 hits
Mama papa pastinya makin berdebar menunggu hari untuk menghantar anak ke pra sekolah atau tadika Bimbang anak ditinggalkan bersama rakan rakan yang tak dikenali menangis nak buang air dan sebagainya Semua ini makin membuatkan mama tak tidur...
Tip Untuk Mak Ayah Yang Risau Anak Menangis Bila Hantar Ke Tadika Masuk Darjah Satu

Tip Untuk Mak Ayah Yang Risau Anak Menangis Bila Hantar Ke Tadika Masuk Darjah Satu

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 673 hits
Anak menangis nak ke sekolah Ok fahami dulu apa separation anxiety Sempena sesi persekolahan ini perkara yang guru kena bersedia ialah anak yang menangis tak henti henti Ia akan terjadi jika itu adalah tempat yang baru untuk si kecil boleh ...
Anak Kuat Mengamuk Sampai Penat Nak Pujuk Pakar Kongsi Teknik Yang Betul Redakan Marah Anak

Anak Kuat Mengamuk Sampai Penat Nak Pujuk Pakar Kongsi Teknik Yang Betul Redakan Marah Anak

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 318 hits
Anak saya seorang yang sangat teratur Setiap kali bermain dia akan menyusun alat permainannya dengan rapi dan bila ada rakan yang melanggar dia akan marah sangat sampai berguling Saya risau melihat sikap panas barannya itu Bagaimanakah cara...
Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 651 hits
Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah Ibu ayah jangan judge anak panik mesti tahu punca anak menangis Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ib...
Pakar Jangka Kemungkinan Akan Berlaku Tsunami Susulan Ekoran Gunung Anak Krakatau Masih Aktif

Pakar Jangka Kemungkinan Akan Berlaku Tsunami Susulan Ekoran Gunung Anak Krakatau Masih Aktif

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 358 hits
Pakar Jangka Kemungkinan Akan Berlaku Tsunami Susulan Ekoran Gunung Anak Krakatau Masih Aktif Sejumlah pakar luar negara dalam satu laporan menjangkakan kemungkinan akan berlaku tsunami susulan di wilayah Selat Sunda Jangkaan tersebut dikel...
Lumrah Anak Suka Sepahkan Rumah Tapi Lagi Hebat Jika Kita Ajar Kemas Lepas Main

Lumrah Anak Suka Sepahkan Rumah Tapi Lagi Hebat Jika Kita Ajar Kemas Lepas Main

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 557 hits
Lumrah bagi kanak kanak suka sepahkan rumah dengan pelbagai mainan Belum habis lagi dah bawa berbakul bakul mainan lain pula untuk dituang depannya Masa ni antara nak marah dan sabar sama banyak dalam diri ibu bapa Memang benar banyak penda...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk