Pakar Jangka Kemungkinan Akan Berlaku Tsunami Susulan Ekoran Gunung Anak Krakatau Masih Aktif
Pakar Jangka Kemungkinan Akan Berlaku Tsunami Susulan Ekoran Gunung Anak Krakatau Masih Aktif. Sejumlah pakar luar negara dalam satu laporan menjangkakan kemungkinan akan berlaku tsunami susulan di wilayah Selat Sunda.
Jangkaan tersebut dikeluarkan sehari selepas gelombang tsunami tinggi menerjang kawasan Selat Sunda yang telah mengorbankan ratusan nyawa akibat daripada letusan Gunung Anak Krakatau.
Richard Teeuw, seorang pakar tsunami dari Universiti Portsmouth menjelaskan berkemungkinan munculnya tsunami susulan ekoran keaktifan gunung berapi Anak Krakatau sehingga kini.
“Kemungkinan tsunami susulan di Selat Sunda akan ada kerana Gunung Anak Krakatau sedang dalam keadaan aktif. Oleh sebab itu, ia mungkin akan memicu tanah longsor dalam masa ke semasa.”
Jacques-Marie Bardintzeff, peneliti tsunami dari University of Paris-South juga memperingatkan masyarakat untuk berhati-hati denagn aktiviti Gunung Anak Krakatau yang tidak stabil.
“Tsunami yang disebabkan oleh letusan gunung berapi jarang terjadi. Salah satu yang paling terkenal sehingga mematikan gunung tersebut adalah letusan ‘Ibu’ Krakatau pada 1883.” katanya.
Pakar ketiga David Rothery dari Open University turut menyokong kenyataan itu bahawa penyebab tsunami berpunca daripada keruntuhan dari bawah air.
Simon Boxall dari Southampton University pula menambah gelombang yang menghentam beberapa wilayah telah memburukkan kawasan setempat. Wilayan itu kini berada dalam gelombang musim-semi.
Sumber: Tribun News
Badan Meteorologi Indonesia Keluar Amaran Awal Gelombang Tinggi Mulai Hari Ini Sehingga 31 Disember Di Semua Pantai
Badan Meteorologi Indonesia Keluar Amaran Awal Gelombang Tinggi Mulai Hari Ini Sehingga 31 Disember Di Semua Pantai. Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia meminta penduduk berwaspada terhadap cuaca dan gelombang tinggi pasca terjadinya tsunami pada Sabtu lalu.
Pihak BMKG menasihati agar masyarakat setempat tidak leka dengan sambutan Hari Natal yang sedang berlangsung.
Peringatan awal gelombang tinggi tersebut dikeluarkan di kebanyakkan wilayah tinggi pantai Indonesia.
Gelombak setinggi 1.25 hingga 2.5 meter berpeluang mengenai perairan utara Sabang, perairan Sabang-Banda Aceh, perairan barat Aceh, juga di perairan barat Pulau Simeulue hingga Kepulauan Mentawai, perairan Enggano-Bengkulu, perairan barat Lampung, Samudera Hindia barat Sumatera dan Selat Sunda selatan.
Gelombang Tinggi
Selain itu, mereka turut menjangka gelombang tinggi itu di perairan selatan Jawa hingga Pulau Sumba, Selat Bali hingga Selat Lombok dan Selat Alas bagian selatan, perairan Pulau Sawu hingga Pulau Rote Kupang, Laut Timor selatan NTT, laut Sawu hingga selat Ombai, perairan selatan Flores, Samudera Hindia selatan Jawa hingga NTT, laut Natuna Utara.
BMKG juga menjangka potensi gelombang tinggi di perairan Utara kepulauan Anambas hingga kepulauan Natuna, laut Jawa barat, laut Flores, perairan kepulauan Baubau hingga kepulauan Wakatobi, Laut Banda barat, perairan selatan Kepulauan Sermata hingga kepulauan Tanimbar, laut Arafuru barat, laut Sulawesi, perairan Utara Sulawesi, perairan Kepulauan Sangihe hingga Kepulauan Talaud.
Perairan Bitung Manado, laut Maluku Utara, perairan Halmahera, laut Halmahera, perairan Utara Papua Barat hingga Papua dan Samudera Pasifik utara Halmahera hingga Papua juga berpeluang menghadapi gelombang tinggi.
Sumber: Serambi News Via Siakap Keli
The post Pakar Jangka Kemungkinan Akan Berlaku Tsunami Susulan Ekoran Gunung Anak Krakatau Masih Aktif appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/pakar-jangka-kemungkinan-akan-berlaku-tsunami-susulan-ekoran-gunung-anak-krakatau-masih-aktif/