Tukar Botol Susu Bila Sampai Limitnya Jangan Sayang Sebab Mahal Hingga Kesihatan Anak Terjejas


Mahal macam mana pun botol tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut. Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat-sangat tidak relevan..(kecuali belum guna).
Perkongsian dari Maya Darwish cukup membantu ibu bapa supaya tidak bersikap acuh tak acuh atau dalam kata lainnya tengok botol masih elok niat nak tukarkan tu ditangguhkan.
Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat ‘Eh, berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni.. takkan la pulak selama-lamanya..’
Pernah tak terfikir benda yang sama ? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita tu ? Apa efek bahaya guna botol susu terlampau lama kepada anak ?

TAHU TAK ?
Rupanya bahaya guna botol susu yang dah lebih 3 bulan. Tambah lagi yang dah banyak calar balar kat bahagian dalam botol tu. Calar-balar tu akan keluarkan toksid dan bahayakan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free tu paling maksimum pun 6 BULAN SAHAJA TAHAN.
APA ITU BISFENOL A (BPA) ?
Bisfenol A (BPA) ni bahaya terhadap keluarga kita (bayi terutamanya). Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
JANGKA HAYAT BOTOL SUSU
Jika botol susu yang ada BPA jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA FREE jangka hayatnya lebih panjang, namun sebaiknya tukar sekiranya berubah warna botol, banyak kesan calar dan sudah kekuning-kuningan.
KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN DAN BAYI
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.
Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti :
-Baligh awal
– Kanser payudara
– Kanser prostat
– Penyakit jantung
– Obesiti
– Kencing manis
– Dan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom !

FAKTOR PENGARUHI LARUT RESAP BPA KE DALAM MAKANAN
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya :
Kepanasan (api dan matahari)
• Calar
• Pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci) TIPS MENGELAKKAN BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut ~
Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin). Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik ! Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya. TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK ANDA
Gunakan botol susu daripada KACA atau STANLESS STEEL (tahan lama dan tak perlu risau tentang BPA) atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan menggunakan botol polikarbonat. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi. Gunakan sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda. BILA BOTOL ANAK PERLU DITUKAR SEGERA ?
1- Kesan Calar Pada Botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan,jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukarkan botol anak. Dibimbangi terdapat pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.
2- Sterilizer
Pengunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol ,contohnya jika botol boleh digunakan 6 bulan mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebab adalah kerana ianya melibatkan penggunaan haba yang tinggi.
Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.
3- Warna Botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, ianya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di bahagian dalam botol.
4- Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerapkali kali dibasuh, tukar botol kerana bau tidak menyenangkan boleh berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.
5- Pengunaan Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu di ambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan bersih. Gunakan bahan pencuci yang bersifat ORGANIK.
Sekarang dah tau kan ? Semoga perkongsian ni beri manfaat kepada ibu-ibu semua, buat pilihan yang tepat untuk kesihatan Si Manja yang tersayang.
Sumber: Maya Darwish
 
The post Tukar Botol Susu Bila Sampai Limitnya. Jangan Sayang Sebab Mahal Hingga Kesihatan Anak Terjejas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tukar-botol-susu-bila-sampai-limitnya-jangan-sayang-sebab-mahal-hingga-kesihatan-anak-terjejas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Checklist Keperluan Kesihatan Anak Masa Nak Pergi Bercuti Atau Balik Kampung Mudah Dan Sistematik

Checklist Keperluan Kesihatan Anak Masa Nak Pergi Bercuti Atau Balik Kampung Mudah Dan Sistematik

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 1234 hits
Sebelum ada anak nak pergi mana mana tak kisah pun nak bersiap saat akhir Tapi cara ni dah tak sesuai kalau ada si kecil Keperluannya penting bermula dari menyediakan baju bekalan makanan untuk anak dan paling penting juga adalah kit kesiha...
Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan

Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 501 hits
Mendidik anak pastinya satu hal yang tidak mudah Ikatan kuat kasih sayang antara ibu dan keluarga membuatkan anak semakin mudah diasuh Semuanya berkat kasih sayang yang kuat Namun bagaimana nak mendidik anak anak sentiasa patuh dan mempunya...
Jangan Remehkan Flu Pasangan Ini Cerita Bagaimana Anak Perempuannya Meninggal Hanya Karena Flu

Jangan Remehkan Flu Pasangan Ini Cerita Bagaimana Anak Perempuannya Meninggal Hanya Karena Flu

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 345 hits
Tidak seperti penyakit lainnya flu dan demam jarang mendapat perhatian besar dari setiap orang Menurut mereka jika mereka mengalami flu atau demam maka mereka cukup beristirahat Namun kisah di bawah ini akan membuka mata Anda agar jangan me...
Punya Anak Sendiri Zizie Izette Ditanya Masih Sayang Lagikah Anak Angkat

Punya Anak Sendiri Zizie Izette Ditanya Masih Sayang Lagikah Anak Angkat

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 344 hits
PELAKON Zizie Izette 39 mengakui tidak selesa dengan pertanyaan segelintir pihak apakah beliau masih sayangkan dua anak angkatnya Nayla Nurjenna 3 dan Aaric setahun setelah dikurniakan anak sendiri sepasang kembar lelaki bernama Aadam Zac d...
Beberapa Minggu Lahir Bayi Kerap Menangis Jangan Fikir Tak Cukup Susu Faktor Ini Pun Kena Tahu

Beberapa Minggu Lahir Bayi Kerap Menangis Jangan Fikir Tak Cukup Susu Faktor Ini Pun Kena Tahu

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 476 hits
Kerap kali ibu bertanya bayinya kerap menangis terutama dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas kelahiran Ramai pula yang beranggapan si ibu tidak cukup susu ataupun susu ibu menyebabkan anak kembung ataupun macam macam alahan dan masal...
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib

Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 509 hits
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib Jika anda tergolong di kalangan suami yang sering kesempitan hidup dikelilingi hutang dan rezeki seolah olah tersekat cuba renung renungkan diri anda A...
Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya

Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 570 hits
Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya Kalau anak kedua ada sindrom anak kedua anak sulung juga ada peelnya yang mak kena jaga jaga Biarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantang di ...
Viral Minuman Botol Racuni Warga Hingga Bibir Melepuh Terbakar Saat Disulut Api Dan Bau Menyengat

Viral Minuman Botol Racuni Warga Hingga Bibir Melepuh Terbakar Saat Disulut Api Dan Bau Menyengat

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 214 hits
Kisah seorang warga yang keracunan minuman kemasan botol viral di media sosial Facebook Kisah tersebut dibagikan akun Facebook Ary Ulangun pada Selasa Dalam unggahan tersebut Ary menjelaskan bahwa ayahnya keracunan setelah meminum minuman k...
Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum

Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 367 hits
Anak anak selalunya mula meragam mengamuk dan buat tantrum apabila mereka tak dapat apa yang mereka nak Situasi ini biasa berlaku bila anak dah capai umur setahun setengah Jadi bila anak anak sudah mula buat perangai dan menangis anda sebag...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti