Amalkan Doa Ini Untuk Anak Anak Diri Sendiri Pastinya Rezeki Keluarga Tak Putus
Doa seorang ibu ini sangat mujarab dan tiada hijab. Sebagai seorang ibu anda boleh amalkan doa ini setiap hari untuk anak-anak. Suami pun boleh sama-sama amalkan bersama untuk mendapat rezeki tak putus untuk keluarga.
Ini lah doa Nabi Muhammad SAW kepada Anas Bin Malik yang membuatkan beliau menjadi sangat kaya raya!
Sebagai seorang anak juga, boleh juga amalkan doa ini untuk diri sendiri. Kita sama-sama hafal dan membaca doa ini selalu.
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Allahumma aksir maa lahu, wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa baariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya :
Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anaknya, luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
Berdasarkan doa Nabi SAW di atas kita boleh amalkan juga untuk diri kita sendiri :
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي
Maksudnya :
Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anakku, luaskanlah rumahku dan berkatilah aku pada semua kurniaanMu dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku.
Tahu tak, kesan daripada doa ini, Allah SWT telah panjangkan umurnya sehingga 104 tahun, mempunyai anak seramai 120 orang, ada harta yang sangat banyak dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW. Subhanallah!
Jadinya, rugi sangat kalau kita terlepas untuk baca doa ini lagi-lagi pada 7 waktu mustajab doa :
#No1 Waktu antara azan dan iqamah
– Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
#No2 Semasa hujan turun
– Waktu hujan turut membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering, waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.
#No3 Ketika sujud dalam solat
– Rasulullah saw bersabda : “Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka berbanyakkanlah berdoa ketika itu.” (HR Muslim, 482)
#No4 Ketika sebelum salam dalam solat wajib
– Rasulullah saw bersabda : “Ada yang bertanya : Wahai Rasulullah, bila doa kita di dengar oleh Allah? Beliau bersabda di akhir malam dan di akhir solat wajib.” (HR Tirmidzi, 3499)
#No5 Sepertiga malam terakhir
– Ketika waktu ini, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia & mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.
#No6 2 waktu pada setiap hari Jumaat
– Rasulullah saw bersabda : “Hari jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan dan dimaklbulkan, maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
– Selain itu, 1 lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.
#No7 Hari Arafah pada musim haji
– Sesiapa yang sampai ke sini sangat beruntung sebab berpeluang untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, lebih-lebih lagi pada musim Haji! Sabda Rasulullah saw : “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Sama-sama kita berdoa semoga segala amalan doa kita ini berterusan dan dengan izin Allah dapat diterima di sisi Allah.
Amalkan sama-sama untuk orang kita sayang. Insya-Allah besar ganjaran di kemudian hari. Amin
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor
The post Amalkan Doa Ini Untuk Anak-Anak & Diri Sendiri. Pastinya Rezeki Keluarga Tak Putus! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/amalkan-doa-ini-untuk-anak-anak-diri-sendiri-pastinya-rezeki-keluarga-tak-putus/