30 Hari Tanpa Anak Anak Isteri Gugur Air Mata Dato Fazley Jumpa Keluarga Selepas Selesai Kuarantin Diri
Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu kuarantinkan diri mereka selama 14 hari sebelum bertemu dengan ahli keluarga. Itulah yang dilakukan oleh penyanyi dan cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob selepas pulang dari Singapura selepas berada lebih kurang 14 hari di sana kerana menjalani pengambaran sebuah program.
Sebaik sahaja pulang dari negara tersebut, Dato’ Fazley mengambil inisiatif untuk kuarantinkan diri selama 14 hari bagi memastikan ahli keluarganya terhindar dari virus Covid-19.
Dalam satu postingnya di Instagram, Dato’ Fazley gembira akhirnya tempoh kuarantin akan berakhir dan dia dapat bertemu dengan ahli keluarga yang dirindui terutama anak-anaknya.
Last day dah!
Setelah sebulan saya terpisah dengan anak2 saya, 2 minggu bekerja di #Singapore dan kemudian 2 minggu #SelfQuarantine jauh dari keluarga yang terlalu saya rindui, ESOK saya akan pulang ke rumah! Hari ni hari terakhir saya #Alhamdulilah, 14 hari tanpa sebarang gejala dalam tempoh yang di tetapkan oleh @kementeriankesihatanmalaysia
.
Im coming home tomorrow to all of you, Anak2 Dida @fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley @elliefazley serta Isteri tercinta @azrene_ahmad dan ibu yang dikasihi @rsd.umi serta adik2ku @imranajmain @rafyaakob @farah.yaakob @nadyaakob yang balong sayangi
View this post on Instagram
Setelah sebulan saya terpisah dengan anak2 saya, 2 minggu bekerja di #Singapore dan kemudian 2 minggu #SelfQuarantine jauh dari keluarga yang terlalu saya rindui, ESOK saya akan pulang ke rumah! Hari ni hari terakhir saya #Alhamdulilah, 14 hari tanpa sebarang gejala dalam tempoh yang di tetapkan oleh @kementeriankesihatanmalaysia . Im coming home tomorrow to all of you, Anak2 Dida @fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley @elliefazley serta Isteri tercinta @azrene_ahmad dan ibu yang dikasihi @rsd.umi serta adik2ku @imranajmain @rafyaakob @farah.yaakob @nadyaakob yang balong sayangi
A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on Apr 6, 2020 at 2:54am PDT
Terpisah dengan keluarga, satu penyiksaan
Dalam satu posting lain, Datuk Fazley menyatakan 30 hari tanpa anak-anak, isteri dan keluarga adalah satu penyiksaan jiwa. Beliau menyangkakan diri kuat untuk lalui tempoh tersebut, namun ternyata air mata gugur jua apabila akhirnya dapat bertemu mata.
30 hari tanpa anak2, isteri serta keluarga ada satu penyiksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan #Selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan. Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak2, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat sangat !
.
@elliefazley @fierudzfazley @fieradzfazley @fariedzfazley @azrene_ahmad @rsd.umi @nadyaakob
View this post on Instagram
30 hari tanpa anak2, isteri serta keluarga ada satu penyiksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan #Selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan. Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak2, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat sangat !
. @elliefazley @fierudzfazley @fieradzfazley @fariedzfazley @azrene_ahmad @rsd.umi @nadyaakob
A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on Apr 7, 2020 at 2:59am PDT
Anak minta dukung setelah sekian lama
Memang ramai yang tahu, Dato’ Fazley rapat dengan anak-anaknya. Dalam perkongsian video, anak-anaknya minta didukung oleh Dida mereka. Datuk Fazley sempat titipkan pesan supaya semua orang menjaga kesihatan keluarga supaya terhindar dari virus Covid-19 yang merbahaya ini.
Semua Minta Dukung!
Lepas saya TER-menangis, anak-anak semua minta saya dukung. Anak sulung saya @fariedzfazley siap kata “Lamanya tak kena dukung”. 30 hari rasa macam 30 tahun lamanya. Buat korang semua, sama-samalah kita berusaha sehabis baik untuk menjaga kesihatan keluarga kita dan masyarakat secara am. Buat apa yang perlu dan wajib. Nak tahu tak @elliefazley masih bertanya saya banyak kali “Dida dah mandi ke?? Dida takda virussshh ke?” sebab dia sangat confused kenapa 30 hari tak boleh peluk, tiba-tiba hari ini saya balik dan peluk cium dia.
@fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley @elliefazley
View this post on Instagram
Lepas saya TER-menangis, anak-anak semua minta saya dukung. Anak sulung saya @fariedzfazley siap kata “Lamanya tak kena dukung”. 30 hari rasa macam 30 tahun lamanya. Buat korang semua, sama-samalah kita berusaha sehabis baik untuk menjaga kesihatan keluarga kita dan masyarakat secara am. Buat apa yang perlu dan wajib. Nak tahu tak @elliefazley masih bertanya saya banyak kali “Dida dah mandi ke?? Dida takda virussshh ke?” sebab dia sangat confused kenapa 30 hari tak boleh peluk, tiba-tiba hari ini saya balik dan peluk cium dia. @fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley @elliefazley
A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on Apr 7, 2020 at 9:45pm PDT
Memang sayu melihat perkongsian video pertemuan semula keluarga Dato’ Fazley. Tak daapt bayangkan kalau kita sendiri yang berada ditempat beliau. Tak dapat bersama keluarga pastinya timbulkan rasa sedih yang amat sangat. Semoga kita semua terhindar daripada virus Corona yang merbahaya itu. Patuhlah arahan untuk terus duduk di rumah. Semoga semua ini akan berakhir tidak lama lagi. Stay Safe & Stay At Home!
Sumber: Fazleyyaakob
The post 30 Hari Tanpa Anak-anak & Isteri, Gugur Air Mata Dato’ Fazley Jumpa Keluarga Selepas Selesai Kuarantin Diri appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/30-hari-tanpa-anak-anak-isteri-gugur-air-mata-dato-fazley-jumpa-keluarga-selepas-selesai-kuarantin-diri/