Doa Dan Ayat Pelindung Diri Dari Gangguan Sihir Dan Syaitan
Pendinding diri atau pelindung diri adalah amalan untuk menghindari atau melindungi diri dan keluarga kita dari gangguan sihir, syaitan, iblis, jin, kejahatan manusia atau musuh, makhluk halus dan sebagainya dengan menggunakan doa dan ayat-ayat Al-Quran dalam surah tertentu yang terbukti sangat mujarab.
Amalan pendinding diri ini bukan sahaja diamalkan oleh setiap orang malahan ia juga sering digunakan oleh mereka yang mengamalkan perubatan dan rawatan Islam yang menghalau jin dan merawat pesakit mereka yang terkena sihir, santau, saka, gangguan syaitan dan sebagainya.
Berikutnya dikongsikan ayat atau doa pelindung diri untuk elak sihir serta beberapa amalan dan surah pendinding diri yang boleh diamalkan untu melindungi diri dari gangguan dan sebagainya.
Amalan Ayat dan Doa Pendinding Diri
Kadangkala kita berasa tidak kuat,lemah semangat serta mudah dipengaruhi bisikan yang tidak elok. Maka ianya perlu diisi suatu amalan yang baik untuk jiwa.
Apapun, mungkin juga ada yang sudah mengamalkan. Alhamdulillah teruskan,semua amalan dan doa yang dikongsikan di bawah bukan sahaja untuk diri sendiri malahan untuk menjaga kediaman rumah, keluarga dan sebagainya.
Berikut adalah 5 amalan tersebut yang ingin dikongsikan. Ianya elok diamalkan selepas solat 5 waktu dan dibaca selalu:
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. 3 Qul (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah An-Nas)
4. Doa Nabi Yunus AS
Doa daripada firman Allah SWT:
لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(Surah Al-Anbiya’ : 87)
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al-Jami’:
Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:
دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”.
(Hadith Riwayat al-Tirmizi (3505), Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan)
5. Doa Nabi Ibrahim AS :
Juga doa Nabi Ibrahim a.s yang dirakamkan di dalam al-Quran :
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Maksudnya: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung“(Surah Ali-Imran : 173)
Doa Mengelak dari Sihir
Membaca ayat suci Al-Quran dan juga solat mampu menghindari dari gangguan dan sihir.Berikut turut dikongsikan antara doa dan surah atau ayat-ayat Al-Quran untuk pagar diri atau pelindung diri dari segala kejahatan sihir, gangguan jin dan syaitan dan sebagainya.
1. Doa pendinding sihir
Surah An-Nisa’ Ayat 84
Surah Yusuf Ayat 64
2. Doa Penunduk Sihir
Surah Al-A’raf Ayat 118-122
Surah Toha Ayat 69
3. Doa Pembatal Sihir
Surah Yunus Ayat 81-82
Doa pagar diri dari orang jahat dan sebagainya.
Semoga perkongsian ilmu ayat dan doa pendinding diri dari gangguan sihir dan syaitan akan bermanfaat buat kita semua yang memerlukan bantuan. Sebarkan kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah sama-sama kita amalkan,Hanya kepada Allah tempat kita semua berserah memohon perlindungan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2020/04/doa-dan-ayat-pelindung-diri-dari.html