Al Jazeera Saifuddin Buat Langkah Sumbang Konon Tunjuk Hero
 		 			ainulillia
Tindakan Herleena Pahlavy manifestasi sifat berani, patriotik tinggi									  	 	   		 			 			BANGI – Datuk Saifuddin Abdullah sekali lagi membuat ‘langkah sumbang’ sejak  menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia apabila seolah-olah bersetuju  dengan tindakan terhadap pengacara program bual bicara Bernama TV. 
Terdahulu,  Herleena Pahlavy telah dikenakan tindakan oleh Bernama kerana menggelar  stesen penyiaran antarabangsa, Al Jazeera sebagai Al Jahiliah. 
Saifuddin  menerusi Twitternya berkata, Herleena tidak patut menggelar stesen  televisyen antarabangsa itu ‘jahil’ walaupun tidak bersetuju dengan  laporan mengenai layanan Malaysia terhadap pendatang asing ketika  menangani COVID-19.
“Kita tak  setuju dengan satu laporan saluran berita itu (Al-Jazeera). Tapi kita  tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu. Saya dimaklumkan oleh  pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” tulis Saifuddin. 
Kesal dengan  tindakan menteri berkenaan, Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin  Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya yakin pemberita itu hanya  meluahkan kekesalannya terhadap Al Jazeera yang jahil akan realiti  semasa Malaysia, sehingga tahap memfitnah negara. 
“Bagi saya, tindakan pemberita tersebut, Herleena Pahlavy adalah satu manifestasi sifat berani dan patriotik yang tinggi. 
“Malah  selepas beliau diambil tindakan sekalipun, Herleena teguh mempertahankan  apa yang dilakukannya itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Aminuddin  yang juga Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) berkata,  sepatutnya, dalam isu ini Saifuddin hanya perlu berdiam diri sahaja.
“Jika mahu  ambil tindakan sekalipun, mengapakah perlu mengumumkannya di media?  Apakah Saifuddin sangka dengan berbuat demikian, beliau akan dilihat  sebagai seorang ‘hero’? 
“Saya pun  tidak faham apa sebenarnya yang mahu beliau buktikan. Perlakuan  ‘spontan’ Saifuddin ini secara tidak langsung memaparkan kepada kita  akan tahap jati diri dan patriotisme beliau yang sebenar. 
“Dan banyak lagi isu-isu yang dipalitkan dengannya yang membuktikan sedemikian,” katanya.
Haji  Aminudiin berkata, sebagai seorang pemimpin, terutamanya seorang  menteri, Saifuddin seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada  rakyat. 
“Saya sangat  bersimpati dengan Saifuddin kerana sejak jadi menteri, ada sahaja yang  tidak kena yang beliau lakukan sehingga mengundang kemarahan rakyat. 
“Beberapa  minggu lalu, beliau terpalit dengan isu lantikan Eric Paulsen. Manakala  ketika menjadi Menteri Luar semasa dalam Pakatan Harapan, kita tidak  lupa pada dua isu terbesar iaitu ratifikasi ICERD dan Statut Rom. 
“Lepas ini, kita tidak tahu apa pula isu yang menimpanya lagi,” katanya.
Sementara  itu, Aminuddin sekali lagi mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia  yang telah bersuara membela maruah negara yang cuba dirobek-robek oleh  media antarabangsa sehingga sedikit-sebanyak dapat membersihkan nama  negara. 
“Ini bukti bahawa kita sayang dan bangga dengan negara kita. Teruskan!,” katanya.
Al Jazeera kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 500  Kanun Keseksaan adalah berkaitan kesalahan fitnah jenayah, sementara  kesalahan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan  penggunaan aplikasi untuk membuat hantaran jelik dengan niat menyakitkan  hati orang lain. 			 		
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/al-jazeera-saifuddin-buat-langkah.html