Saifuddin Hanya Berani Hukum Herleena Bacul Dengan Al Jazeera
ainulillia
Tidakkah perbuatan Saifuddin beri ruang PH menyerang kerajaan PN?									  	 	   		 			 			BANGI – Apakah motif sebenar tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Datuk Saifuddin Abdullah yang dilihat seolah-olah membela agensi berita  antarabangsa Al Jazeera?
Demikian  persoalan dibangkitkan Ketua Media MUAFAKAT, Haji Rashidi Haris ekoran  keputusan menteri itu mengambil tindakan terhadap pengacara program bual  bicara Bernama TV, Herleena Pahlavy yang meluahkan ketidakpuasan hati  atas laporan berat sebelah Al Jazeera.
Rashidi  berkata, Saifuddin sepatutnya mengambil tindakan terhadap Al Jazeera,  menangkis dan membidas dokumentari yang berniat jahat itu, bukannya  mengenakan tindakan terhadap Herleena. 
“Bukankah kelantangan Harleena Pahlavy harus dipuji kerana itu menggambarkan jiwanya mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
“Tidakkah  perbuatan Saifuddin itu selaras dengan keinginan pihak Pakatan Harapan  yang sememangnya mencari-cari ruang untuk menyerang kerajaan Perikatan  Nasional?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Lebih  menghairankan, kata Rashidi, terdapat beberapa pemimpin dari Pakatan  Harapan (PH) yang mahu mengambil kesempatan menunjukkan sokongan  terhadap Al Jazeera dengan mengatakan kerajaan bersikap tidak adil  terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Mereka  berhujah kononnya PATI perlu diberi keadilan atas dasar kemanusiaan dan  hak asasi. Walhal pada hakikatnya jika bertaraf PATI, tiada hak bagi  mereka untuk ditegakkan hak asasi kerana telah masuk ke negara ini  secara haram,” katanya lagi.
Dalam isu  ini, beliau berkata, MUAFAKAT memprotes sekeras-kerasnya tindakan Al  Jazeera menyiarkan dokumentari kontroversi yang mendakwa berlaku  penganiayaan terhadap PATI di Malaysia. 
“MUAFAKAT  turut mendesak supaya tindakan tegas diambil terhadap individu yang  memberi laporan dan maklumat mengenai Malaysia iaitu Md Rayhan Kabir  seorang rakyat Bangladesh. 
“Seterusnya,  MUAFAKAT juga menuntut Al Jazeera beserta individu-individu terbabit  membuat kenyataan terbuka memohon maaf,” tegasnya.
Mengulas  lanjut, Rashidi berkata, tuntutan pihak Al Jazeera sebagai kebebasan  akhbar dengan kenyataan berikut; ‘to respect media freedom and desist  from treating its journalists as criminals’ ternyata alasan semata-mata. 
Bahkan,  katanya, ia meleset dengan istilah kebebasan yang diperjuangkan kerana  ia bukan bererti bebas melaporkan berita yang menghina. 
“Akhir  sekali, sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa atau dari  parti mana sekali pun harus mempunyai semangat patriotik cintakan tanah  air dan berani bercakap benar dalam menegakkan kebenaran dan keadilan
“Rakyat  harus meletakkan kecintaan kepada negara itu mengatasi kecintaan kepada  parti. Rukun Negara harus menjadi landasan dalam memberi ketaatan dan  kesetiaan,” katanya. 			 		
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/saifuddin-hanya-berani-hukum-herleena.html