Cara Nak Buang Iklan Di Android Ikuti Langkah Mudah Ini
Cara Nak Buang Iklan Di Android - Semenjak dua menjak ni iklan banyak sangat muncul dalam telefon kita kan? Kalau iklan tu sekali sahaja muncul tidak apa, tapi iklan yang muncul berkali-kali dari facebook hinggalah Youtube sampailah kita naik bosan dan stress melihat.
Kadang-kadang, iklan yang muncul sampai buat clickbait lagi mengatakan telefon anda diserang virus atau malware. Pengalaman seperti ini sangatlah mengganggu kita dalam menggunakan telefon dalam kehidupan seharian.
Tapi jangan risau kami cuba senaraikan beberapa tips untuk anda tentang bagaimana cara untuk buang iklan di android dengan mudah.
Cara Buang Iklan Di Android
1) Blok Iklan Di Android Menggunakan Aplikasi ( Tanpa Root )
Cara ini cukup mudah yang anda boleh lakukan iaitu dengan menggunakan aplikasi Free Adblocker Browser. Anda boleh dapatkan aplikasi ini di google playstore atau tekan link dibawah untuk muat turun dari playstore
Free Adblocker Browser - Adblock & Popup Blocker/download/button
Aplikasi ini berfungsi sama seperti browser chrome yang membolehkan anda membuat carian di google dan melayari internet tanpa sebarang iklan, tidak kira apa jua website yang anda sedang layari anda tidak akan temui satu iklan pun yang muncul
Boleh cuba gunakan jika anda ingin blok iklan di android ketika melayari internet
2) Buang Iklan Di Android Menggunakan Adaway ( Perlu Root )
Untuk telefon yang mempunyai akses root, anda boleh gunakan aplikasi Adaway. fungsi aplikasi ini ialah menghilangkan segala iklan yang muncul telefon anda. unruk menggunakan aplikasi ini anda boleh ikuti panduan disini
Pastikan telefon anda benar-benar mempunyai akses root, jika tidak anda tidak dapat menggunakan aplikasi ini.Muat turun aplikasi adaway sini AdawaySetelah anda habis muat turun aplikasi tersebut, pasangkan sahaja seperti biasa.Akan muncul pilihan " Download Files And Apply Ad blocking dan "Disable Adblocking"Tekan Download Files And Apply tunggu hingga selesai dan tekan yes apabila sudah selesaiRestart telefon anda dan anda sudah selesai pasangkan aplikasi ini.
Untuk telefon yang kerap sangat keluar iklan cuba anda pasangkan antivirus dalam telefon dan scan telefon anda menggunakan aplikasi antivirus, tahu-tahu sudah banyak virus atau malware yang bersarang dalam telefon anda
Baca Juga: Cara Nak Betulkan Masalah Main Game Keluar Sendiri
Jadi bagaimana cara diatas? Anda sudah cuba? kalau sudah cuba letakkan komen anda dibawah. Semoga ianya berhasil
Jadi itu sahajalah dari kami tentang cara nak buang iklan di android. semoga ianya bermanfaat dan jangan segan-segan untuk baca artikel kami yang lain. Terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.expandroiders.com/2020/07/cara-nak-buang-iklan-di-android.html