Agong Zahir Sokongan Langkah Tegas Kerajaan Kekang Kemasukan Pati




KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini menzahirkan sokongan terhadap langkah tegas kerajaan dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan membanteras jenayah rentas sempadan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
Seri Paduka mengambil maklum berkenaan pelaksanaan operasi bersepadu Operasi Benteng (Op Benteng) yang diterajui bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.
Operasi berkenaan bertujuan mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi PATI untuk mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19 yang dikhuatiri dibawa warga asing yang masuk secara haram.
"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan supaya kerajaan terus memperhebat usaha terbabit dan tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap soal keselamatan rakyat dan negara kerana terdapat beberapa negara yang masih berisiko tinggi COVID-19.
"Seri Paduka Baginda amat menghargai usaha-usaha baik kerajaan, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi yang berkaitan khususnya petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus memerangi penularan COVID-19 selama ini dan usaha-usaha itu perlu ditambah baik dengan langkah-langkah susulan seperti Op Benteng, contohnya," katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka bagaimanapun menzahirkan rasa kesal dengan kes-kes penangkapan beberapa anggota PDRM dan ATM yang disyaki terbabit dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan PATI baru-baru ini.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan terhadap tindakan penangkapan itu bagi membanteras jenayah rentas sempadan negara kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur dalam perkara yang berkait dengan keselamatan rakyat dan negara," katanya.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Al-Sultan Abdullah menegaskan anggota penguat kuasa agensi-agensi kerajaan sepatutnya memikul tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi dan disiplin.
Al-Sultan Abdullah turut menyeru rakyat untuk bersama-sama memainkan peranan dan mempunyai kesedaran serta tanggungjawab membantu pihak kerajaan dan agensi penguat kuasa dalam menangani isu PATI. - BERNAMA



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/agong-zahir-sokongan-langkah-tegas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Zahir Rasa Bimbang Dengan 13 Kluster Baharu Pm

Kerajaan Zahir Rasa Bimbang Dengan 13 Kluster Baharu Pm

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 292 hits
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera Kerajaan hari ini menzahirkan kebimbangan terhadap penularan COVID 19 di negara ini selepas 13 kluster baharu dikesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Perdana Mente
Universiti Malaya Dimalukan Lagi Umany Mengkritik Tindakan Kerajaan Terhadap Pati

Universiti Malaya Dimalukan Lagi Umany Mengkritik Tindakan Kerajaan Terhadap Pati

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 696 hits
Baru baru ini netizen Malaysia dikejutkan lagi dengan satu yang dikeluarkan oleh Didalam post yang bertajuk PATI Dikorbankan untuk Meraih Populariti dalam Usaha Membasmi Pandemik Covid 19 dalam post tersebut terdapat satu kenyataan yang men...
Tian Chua Dikehendaki Lepas Jawatan Kerajaan Atau Tindakan Tegas

Tian Chua Dikehendaki Lepas Jawatan Kerajaan Atau Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 278 hits
Meskipun Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua hanya dikenakan tindakan amaran dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR beberapa hari lalu namun beliau diarahkan meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadana...
Tun M Masih Bersama Ph Mahu Jatuhkan Kerajaan Pn

Tun M Masih Bersama Ph Mahu Jatuhkan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 250 hits
Terlalu awal bagi Perikatan Nasional bergembira dengan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti Warisan keluar dari gabungan Pakatan Harapan sebagai blok bebas Pengarah Komunikasi Parti Amanah Nasional Khalid Abdul Samad berkata ini ker...
Bila Jadi Kerajaan Banyak Benda Pas Faham

Bila Jadi Kerajaan Banyak Benda Pas Faham

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 315 hits
Via WhatsApp Bila dah jadi kerajaan baru lebai faham 1 Tindakan Tabung Haji strukturkan semula aset adalah bijak 2 Tanaman buluh adalah berpotensi besar untuk industri baru 3 Golongan Mak Nyah perlu disantuni 4 BMF tak sesuai jadi agenda ke...
Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 620 hits
Anda masih menunggu panggilan temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia Jika sudah menerima emel panggilan tahniah saya ucapkan Bukan kaleng kaleng bila anda dipanggil ke sesi temuduga kerja kerajaan Dah bersedia untuk lulus temuduga kerja keraja...
Dbp Sokong Keputusan Kerajaan Jadikan Jumaat Hari Jawi

Dbp Sokong Keputusan Kerajaan Jadikan Jumaat Hari Jawi

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 538 hits
KUALA LUMPUR Dewan Bahasa Dan Pustaka menyokong penuh keputusan kerajaan menjadikan Jumaat sebagai Hari Jawi kata Pengerusi Lembaga Pengelolanya Awang Sariyan Katanya keputusan kerajaan itu memberikan ruang untuk tulisan Jawi diletakkan pad...
Dr Mahathir Boleh Kerjasama Dengan Kerajaan Jika Blok Bebas Kata Annuar

Dr Mahathir Boleh Kerjasama Dengan Kerajaan Jika Blok Bebas Kata Annuar

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 386 hits
July 11 2020 4 47 PMMenteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata berbeza dengan pembangkang Dr Mahathir Mohamad akan bersama sama kerajaan dalam isu nasional dan kepentingan rakyat KUALA LUMPUR Annuar Musa menyambut baik keputusan Dr Mah...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Hiburan Tak Nak Tape Nak Jenis Pants Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan Maiwp Jadi Tumpuan

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Traffic Reported Smooth On Major Highways