3 Langkah Penting Selepas Check In Bilik Hotel Untuk Elak Pepijat


Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak telah dilonggarkan di mana Malaysia sekarang berada di dalam tempoh pemulihan. Kebenaran untuk merentas negeri telah dibenarkan, sekolah telah dibuka dan majlis keramaian juga telah dibenarkan namun terdapat SOP yang harus dipatuhi oleh segenap lapisan masyarakat

Lokasi tumpuan orang ramai sebelum PKP dilaksanakan juga kembali sesak, gerai makanan yang kosong kembali penuh di mana menyaksikan rakyat Malaysia tetap patuh dengan SOP yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan. Hal ini nyata memberi impak positif kepada ekonomi negara setelah beberapa bulan terkesan akibat Covid-19

Sektor pelancongan juga telah dibuka dimana kebanyakan tempat peranginan dan pelancongan dalam negara telah dibuka. Cuti hujung minggu digunakan dengan sebaiknya oleh ibu bapa untuk keluar beriadah bersama keluarga. Rakyat Malaysia juga kebanyakan telah mengambil peluang ini untuk membawa ahli keluarga bercuti setelah beberapa bulan tidak ke mana-mana.

Namun harus diingat, bilik hotel yang telah lama kosong berkemungkinan terdapat penghuni di dalamnya. Penghuninya tidak lain dan tidak bukan adalah serangga kecil pepijat namun gigitannya mampu memberikan kesan  kepada anda jika bilik hotel tidak dijaga dengan baik sepanjang tempoh PKP yang lalu.

Pihak hotel terutama sewajarnya bertanggungjawab dengan kadar kebersihan hotel masing-masing dan bersedia untuk menerima pelanggan seperti sedia kala semasa tempoh PKP pemulihan ini. Oleh itu, anda sebagai pelanggan juga sewajarnya memainkan peranan dalam membantu memastikan bilik hotel yang ditempah bebas dari pepijat.

Hal ini untuk mengelakkan anda dan anak-anak digigit pepijat ketika bercuti. Sudah lah lama tidak bercuti, baru dapat peluang bercuti bersama keluarga, dah kena gigit pepijat. Boleh merosakkan mood anda sekeluarga kalau jadi begitu. Berikut merupakan 3 langkah penting selepas check in hotel untuk elak pepijat ialah:
1) Periksa tilamSeperti yang anda sedia maklum, tempat persembunyian utama pepijat ialah di bahagian tilam. Oleh itu, pentingnya anda untuk memeriksa tilam di dalam bilih hotel anda. Tak perlu tunggu malam baru nak periksa, selepas check in anda boleh terus periksa. Periksa jahitan di sekeliling tilam tersebut. Ada kesan tompok-tompok hitam atau tidak.

Jika ada, kemungkinan terdapat pepijat di tilam tersebut. Jika anda beruntung, dapat lihat pepijat secara dekat, namun lebih baik terjumpa pepijat awal daripada tahu ada pepijat di hotel tersebut selepas dah kena gigitan. Boleh merosakkan mood hendak bercuti.

Periksa juga sarung bantal, takut pepijat ada bersembunyi di dalamnya. Selepas periksa dan jika tiada tanda seperti pepijat ada di kawasan tilam tersebut, baru lah anda boleh menarik nafas lega dan menikmati percutian dengan orang tersayang.
2)Periksa katil
Katil juga merupakan salah satu tempat persembunyian pepijat selain di kawasan tilam. Periksa di sekeliling katil, celahan katil untuk pastikan tiada pepijat. Nampak macam meremehkan sebab hotel dah ada housekeeping yang dibayar namun tak salah jika anda berjaga-jaga.

Jika terjumpa pepijat dari awal, anda boleh request kepada pihak pengurusan untuk tukar bilik dan sebagainya. Dah menyelamatkan anda dari sebarang gigitan pepijat jika tidak lebih berwaspada dalam memastikan bilik hotel anda bebas dari pepijat.
3)Periksa bilik
Langkah terakhir yang dapat anda lakukan adalah dengan memeriksa bilik hotel tersebut. Periksa perabot yang berada berdekatan dengan tilam dan katil di dalam bilik seperti meja sisi katil dan kusyen pada sofa. Jika tiada pepijat yang dijumpai, bilik hotel tersebut selamat untuk anda diami bersama keluarga.

Walaupun hanya sekejap tempoh menginap di hotel tersebut, namun keselesaan amat perlu dititik beratkan. Tiga langkah tersebut yang dilakukan oleh anda amat penting untuk keselamatan anda sekeluarga. Jika datang melancong bersama anak kecil lagi lah perlu perhatian yang lebih. Hal ini kerana anak kecil amat sensitif jika terkena gigitan pepijat.  

Jika anda terkena gigitan atau terjumpa pepijat ketika menginap di hotel sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur, anda boleh sebutkan nama E Pest Control pada pihak pengurusan hotel. Boleh ceritakan tentang kaedah rawatan haba yang digunakan untuk mengawal masalah pepijat.

Jika anda terbawa balik pepijat ke rumah pula, jangan segan jangan malu untuk hubungi E Pest Control. Juruteknik terlatih E Pest Control akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah pepijat yang sedang anda hadapi.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini: 
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !

2. Berikan Nama dan Alamat, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mypestnews.com/2020/07/3-langkah-penting-selepas-check-in.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Vir4l Di Cameron Highland Kemas Bilik Sendiri Lepas Check In

Hotel Vir4l Di Cameron Highland Kemas Bilik Sendiri Lepas Check In

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 536 hits
Rancangan untuk bercuti di hujung minggu dan waktu yang diharapkan dapat dihabiskan dengan tawa riang dirosakkan oleh pihak penginapan Melalui Aira berkongsi pengalaman burvk dia dan abangnya menginap di sebuah hotel dekat Cameron Highland ...
Serangga Tersesat Masuk Telinga Anak Doktor Ini Kongsikan 5 Langkah Penting Ibu Bapa Perlu Tahu

Serangga Tersesat Masuk Telinga Anak Doktor Ini Kongsikan 5 Langkah Penting Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 327 hits
Mungkin anda sebagai ibubapa pernah mengalami kejadian seperti serangga masuk ke dalam telinga anak ketika mereka sedang tidur atau anak anda tiba tiba mengadu mengalami sakit pada bahagian telinga Hal ini terjadi mungkin disebabkan kehadir...
Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid 19 Malaysia

Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid 19 Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 340 hits
Pihak pelancongan Malaysia khususnya Tourism Malaysia akan menggunakan jaringan perjalanan serantau untuk memulakan Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid 19 Ini kerana untuk memberi tumpuan dahulu kepada pelancongan setempat memandang...
Tak Perlu Keluar Duit Beribu Ribu Lelaki Ini Transform Bilik Air Menjadi Lebih Eksklusif

Tak Perlu Keluar Duit Beribu Ribu Lelaki Ini Transform Bilik Air Menjadi Lebih Eksklusif

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 686 hits
Ohmedia rasa tertarik dengan perkongsian seorang pengguna yang dikenali sebagai Arif Jemali di laman Twitter kerana baru baru ini dia menunjukkan cara cara untuk hiaskan bilik air sehingga nampak seperti lebih eksklusif Murah jer gais Koran...
Perjalanan Spiritual Dari Bilik Karaoke

Perjalanan Spiritual Dari Bilik Karaoke

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 366 hits
Kali ni aku nak tulis sesuatu yang serius dan spritual Tentang arena karaoke yang kian dilupakan pasca covid19 Suka menyanyi tapi suara tak sedap adalah kombinasi yang menyedihkan bagi sesiapapun sama seperti cinta tak berbalas Cinta kau se...
Aicond Haier Untuk Bilik Tidur Utama

Aicond Haier Untuk Bilik Tidur Utama

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 656 hits
Akhirnya Master memasang aircond di bilik tidur utama rumah kami setelah Mummy asyik mengadu kepanasan semasa tidur dan Aina juga teruk berpeluh semasa tidur Maklumat Aircond Haier untuk Bilik Tidur UtamaLabel yang paparkan maklumat mengena...
Sprm Buka 2 Bilik Gerakan Pada Prk Chini

Sprm Buka 2 Bilik Gerakan Pada Prk Chini

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 243 hits
SPRM buka 2 bilik gerakan pada PRK Chini nbsp Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Jun 2020 1 14PM
Hotel Murah Di Bandar Kuantan Kompo Villa

Hotel Murah Di Bandar Kuantan Kompo Villa

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 564 hits
Hotel Murah di Bandar Kuantan Kompo Villa Assalamualaikum dan Hai Sebelum ini CR pernah kongsikan satu hotel murah berdekatan dengan exit Tol Gambang iaitu Selesa View Hotel Boleh untuk baca Untuk kali ini CR nak berkongsikan satu hotel yan...
Bilik Pakaian Kemas Tersusun Suami Anak Nak Cari Baju Pun Senang Bolehlah Cuba

Bilik Pakaian Kemas Tersusun Suami Anak Nak Cari Baju Pun Senang Bolehlah Cuba

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 1251 hits
Walk in wardrobe biasanya kita boleh lihat ada di rumah mewah kerana ruangnya yang luas Banyak kelebihan jika kita mempunyai ruangan ini untuk menyimpan semua pakaian sekeluarga kerana kita sudah tidak memerlukan almari dalam setiap bilik J...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment