Aktif Tapi Selalu Alami Kesukaran Bernafas Apakah Itu Tanda Awal Anak Asma Pakar Ini Jelaskan Apa Puncanya


Kanak-kanak yang sedang membesar memang kita sedia maklum aktif dan suka meneroka. Berlari, memanjat dan banyak lagi aktiviti yang dibuat tidak kira dalam rumah mahupun di luar rumah bersama adik-beradik ataupun rakan yang seusia mereka.
Tapi ada sesetengahnya yang mengalami kesukaran untuk bernafas setiap kali terlalu aktif dengan aktiviti yang dijalankan. Justeru menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa yang melihat keadaan anak sukar bernafas.
Seperti yang ditanyakan oleh seorang ibu tentang keadaan anaknya yang aktif namun ada ketikanya kelihatan tercungap-cungap dan sukar bernafas. Dr Hairin Anisa Tajudin, Pakar Laktasi, Pakar Kanak-kanak Pusat Rawatan ADDA dan Pensyarah Pediatrik di Monash University Malaysia menjelaskan keadaan tersebut.
sumber foto: Google image Anak lelaki saya berusia 6 tahun dan seorang yang aktif. Namun, ada ketikanya dia kelihatan tercungap-cungap dan sukar bernafas. Pernah juga dia mengeluh menyatakan perkara yang sama iaitu sukar bernafas. Adakah tanda tersebut menunjukkan dia mempunyai asma? Mohon pandangan daripada doktor.
Mama risau, Petaling Jaya.
Jawapan yang diberikan oleh Dr Hairin Anisa:
Terima kasih atas soalan Puan.
Kanak-kanak kebiasaannya di peringkat usia begini, amat aktif bermain dan selalu akan keletihan. Namun, mereka tidak sepatutnya mengalami masalah susah bernafas kecuali sebahagian kecil kanak-kanak yang menghidapi penyakit lelah (asma). Jika anak yang tercungap-cungap ketika ligat bermain, mungkin dia terlalu keletihan atau memang dia mengalami sesak nafas.
Bagaimana ibubapa dapat mengenalpasti samada anak terlalu keletihan bermain atau diserang asma (asthma attack)?
Asma adalah sejenis penyakit alahan yang disebabkan oleh tindakan antibodi IgE atau komponen yang terlibat dalam mekanisme alahan menyerang saluran dalam paru-paru (bronkiol). Tindakan ini mengakibatkan keradangan berlaku pada dinding saluran dan menjadikan ianya sangat sensitif. Keradangan pada saluran paru-paru menyebabkannya ianya bengkak dan menghasilkan kahak yang berlebihan daripada biasa. Pesakit asma amat mudah terkena serangan setiap kali terdedah kepada faktor alahan tertentu dalam makanan, cuaca / udara sejuk, minuman atau makanan yang sejuk atau terlalu penat bermain (exercise induced asthma) atau jangkitan virus. Serangan ini akan menyebabkan otot sekeliling saluran bronkiol yang bengkak (akibat keradangan) akan mengecut dan menjadi sempit (lihat gambar). Akhirnya, pesakit akan mengalami gejala batuk dan sesak nafas (bernafas laju dan dada berombak).
Sekiranya anak Puan menghidapi asma, dia akan terlalu mudah terkena serangan (lelah) setiap kali terdedah kepada faktor alahan (seperti yang dinyatakan di atas) selain daripada bermain terlalu aktif. Anak akan berasa sesak nafas, terbatuk-batuk dan kadang kala nafasnya berbunyi seperti wisel halus (wheezing) yang menandakan bahawa saluran bronkial menjadi sempit (bronchoconstriction). Jika serangan yang teruk, anak boleh menjadi kebiruan kerana kekurangan oksigen.

Namun berbeza jika anak hanya mengalami keletihan bermain, dia tidak akan sesak nafas apabila terdedah kepada faktor alahan tertentu yang lain. Maka, untuk pastikan anak mengalami asma atau tidak, bawa anak berjumpa doktor semasa dia mengalami batuk dan sesak nafas untuk mendapatkan pengesahan diagnosis. Jika doktor mendengar bunyi wisel halus dalam paru-paru melalui stetoskop, ini bermaksud anak Puan besar kemungkinan adalah pesakit asma. Maka, rawatan yang sepatutnya untuk  asma mesti diberikan oleh doktor.
Oleh kerana penyakit asma ini menyebabkan kanak-kanak mengalami sesak nafas semasa aktif bermain, ibubapa menjadi “overprotective” dan tidak membenarkan anaknya menyertai sukan atau  aktiviti yang lasak. Namun, perlu diingat bahawa asma ini ada ubat pencegahan dan ubat untuk membuka saluran paru-paru. Penyakit asma bukan penghalang kepada pesakit untuk aktif bermain dan bersukan. Sekian terima kasih
—————————————————————————————————–
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Aktif Tapi Selalu Alami Kesukaran Bernafas, Apakah Itu Tanda Awal Anak Asma? Pakar Ini Jelaskan Apa Puncanya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/aktif-tapi-selalu-alami-kesukaran-bernafas-apakah-itu-tanda-awal-anak-asma-pakar-ini-jelaskan-apa-puncanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suplemen Bukan Sekadar Naikkan Selera Buat Si Kecil Jadi Pandai Pakar Jelaskan Kenapa Bila Perlu Beri Anak Suplemen

Suplemen Bukan Sekadar Naikkan Selera Buat Si Kecil Jadi Pandai Pakar Jelaskan Kenapa Bila Perlu Beri Anak Suplemen

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 291 hits
Anak anak yang sedang membesar memang sukar untuk diberikan makanan berkhasiat Malah ada juga ibu ayah yang terpaksa pula berdepan dengan anak anak yang cerewet dalam memilih makanan yang dihidangkan kepada mereka Anak menolak untuk makan s...
Pakar Jelaskan 18 Bulan Pertama Anak Sangat Bermakna Segalanya Dia Belajar Faham

Pakar Jelaskan 18 Bulan Pertama Anak Sangat Bermakna Segalanya Dia Belajar Faham

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 311 hits
Walaupun anak kecil belum berkata kata itu tidak bermakna dia tidak berbicara Pada 18 bulan yang pertama hidup seorang anak dia sentiasa ragu ragu dan tertanya tanya tentang dunia dan segala isinya yang dapat dilihat disentuh dihidu dan dir...
Nak Anak Bijak Tapi Mak Ayah Selalu Tersalah Langkah Betulkan 2 Perkara Ni Dulu

Nak Anak Bijak Tapi Mak Ayah Selalu Tersalah Langkah Betulkan 2 Perkara Ni Dulu

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 442 hits
Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya bijak dalam serba serbi Malah untuk pastinya anak bijak dan cemerlang awal awal lagi kita sudah mencari tadika yang dirasakan cukup baik untuk anak kita menimba ilmu Hakikatnya ilmu asas bermula dari ru...
Nak Bantu Anak Bercakap Guna Makanan Pun Boleh Pakar Ini Jelaskan Caranya

Nak Bantu Anak Bercakap Guna Makanan Pun Boleh Pakar Ini Jelaskan Caranya

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 350 hits
Perkataan pertama yang keluar daripada mulut anak buatkan mama papa rasa sangat teruja Tapi ada juga sesetengah kanak kanak yang mempunyai masalah lambat bercakap Hal itu sering membuatkan ibu bapa risau Sebenarnya ada banyak cara untuk ran...
Awak Cina Kan Tapi Kenapa Anak Awak Pakai Tudung Ni Jawapan Menyentuh Hati Seorang Bapa Bukn Isiam

Awak Cina Kan Tapi Kenapa Anak Awak Pakai Tudung Ni Jawapan Menyentuh Hati Seorang Bapa Bukn Isiam

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 601 hits
Jarang sekali kita dengar kisah mana mana ibu bapa bukan Islam yang bersetuju kalau anak mereka tiba tiba luahkan hasrat untuk menukar agama Tapi kata kata seorang uncle Cina ni kepada anaknya mungkin akan buat korang semua tersentuh Meneru...
Suamilah Doula Terhebat Dari Awal Hamil Hingga Besarkan Anak Sentiasa Ada

Suamilah Doula Terhebat Dari Awal Hamil Hingga Besarkan Anak Sentiasa Ada

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 293 hits
Dalam waktu ini hangat diperkatakan mengenai kelahiran yang disambut oleh pakar perubatan dan doula Masing masing ada pendapat dan setiap daripada kita boleh faham dan fikirkan mana yang terbaik demi keselamatan nyawa ibu dan anak Orang kat...
Nggak Semua Cemburu Itu Tanda Cinta Bisa Jadi Ia Cemburu Karena Ingin Mengekang Aja

Nggak Semua Cemburu Itu Tanda Cinta Bisa Jadi Ia Cemburu Karena Ingin Mengekang Aja

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 297 hits
Di sini kamu akan paham mana yang cemburunya masih wajar dengan dia yang cuma mau mengekang
You Macam Selalu Kena Cucuk Hidung Je Awal Hairan Scha Selamba 039 Cool 039 Buat Ujian Swab Rupa Rupanya

You Macam Selalu Kena Cucuk Hidung Je Awal Hairan Scha Selamba 039 Cool 039 Buat Ujian Swab Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 392 hits
Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya menjalani ujian saringan Covid 19 di sebuah pusat perubatan di Damansara Petaling Jaya semalam Perkara itu dikongsikan Awal menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya...
Fizo Omar Kongsi Momen Anak Naik Basikal Nampak Simple Tapi Nikmat Paling Ultimate Bila Jadi Ayah

Fizo Omar Kongsi Momen Anak Naik Basikal Nampak Simple Tapi Nikmat Paling Ultimate Bila Jadi Ayah

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 437 hits
Kesibukan seharian kadang membuat kita terlupa bahawa anak anak dan keluarga memerlukan kasih sayang daripada susuk tubuh bergelar ibu dan ayah Dapat melihat anak membesar depan mata adalah satu momen yang sangat berharga untuk dikenang Mom...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba