Pakar Jelaskan 18 Bulan Pertama Anak Sangat Bermakna Segalanya Dia Belajar Faham


Walaupun anak kecil belum berkata-kata, itu tidak bermakna dia tidak berbicara. Pada 18 bulan yang pertama hidup seorang anak, dia sentiasa ragu-ragu dan tertanya-tanya tentang dunia dan segala isinya yang dapat dilihat, disentuh, dihidu dan dirasa oleh pancaindera.

Ibu bapa orang kepercayaan anak
Si anak yang belum berdaya dan berupaya bergantung sepenuhnya kepada ayah, kepada ibu dan kepada sesiapa sahaja yang mengasuhnya untuk merasai kehangatan belaian, kelembutan, kasih sayang, kestabilan dan ketenangan yang amat diperlukan dalam kehidupan yang baru dilaluinya.
Seandainya kita hadir di kala diperlukan, anak akan merasa selamat, yakin dan percaya akan dunia sekelilingnya.
Seandainya perhatian kita terhadapnya tidak menentu, maka kepercayaan anak terhadap dunia di sekelilingnya dipenuhi keraguan dan kebimbangan.
Seandainya anak sering dipinggirkan, tidak dipedulikan, tidak dipandang, tidak dibelai, tidak dipeluk, tidak dicium, sehingga terpisah emosi dari orang dewasa yang diharapkannya, maka anak membuat andaian dan kesimpulan yang dia keseorangan tanpa dahan untuk berpaut.
Anak kecil membina harapan dari perhatian yang diberikan kepadanya. Dengan harapan itu anak yakin walau apa sahaja rintangan dan dugaan yang dihadapinya, insan yang dipercayainya akan menyokong dan mendorong.
Anak kecil sukar berpisah dan melepas pergi insan yang sentiasa peduli dan peka akan keperluannya.
Dia ragu-ragu dan bimbang akan mereka yang tidak biasa dikenalinya. Itu lumrah. Jangan disangka anak kecil tidak tahu apa-apa hanya kerana dia tidak boleh berkata-kata.
Setiap anak dilahirkan bijak dengan caranya yang tersendiri. Dia sentiasa bersedia untuk dibimbing dan dibentuk, tanpa tentangan, tanpa prejudis.

Anak memerhati apa layanan ibu bapa
Anak kecil sentiasa memerhati untuk meneka makna yang tersirat di sebalik riak wajah dan tona suara insan yang disayangi.
Dia juga mengharapkan agar insan itu tidak memaksa tetapi belajar untuk memahami.
Dengan memerhati bagaimana ayah dan ibu meluahkan emosi, anak mempelajari erti gembira, sedih, marah, teruja, takut dan resah.
Anak memerhati bagaimana ayah dan ibu melayan dan membalas luahan emosinya. Adakah ayah dan ibu peduli akan kesedihan dan keresahan yang dirasainya?
Atau adakah ayah dan ibu hanya mengharapkan kegembiraan dan keterujaan darinya? Ayah dan ibu adalah sumber utama untuk anak kecil mempelajari tingkah laku untuk ditiru.
Bermainlah dengan anak kecil. Luangkanlah masa bersamanya. Jadilah peneman jasmani, rohani dan emosi yang terbaik buat anak.

Ibu bapa guru pertama anak
Peranan kita sebagai insan yang berada di sekeliling anak kecil adalah untuk memberi keyakinan kepadanya bahawa dunia ini adalah tempat yang selamat untuk diteroka.
Berilah kepastian bahawa kita adalah insan yang boleh mereka percaya untuk melindungi mereka dari sebarang mara bahaya.
Tidak kira walau bagaimanapun situasi keluarga dan gaya hidup kita, sebagai ibu bapa kita adalah GURU PERTAMA. Apa yang anak pelajari melalui perhubungannya dengan kita tidak dapat dihitung nilainya.
Tidak ada usaha yang kita lakukan bersama-sama anak pada 18 bulan pertama, adalah sia-sia dan membuang masa.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Pakar Jelaskan 18 Bulan Pertama Anak, Sangat Bermakna. Segalanya Dia Belajar & Faham  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pakar-jelaskan-18-bulan-pertama-anak-sangat-bermakna-segalanya-dia-belajar-faham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Bantu Anak Bercakap Guna Makanan Pun Boleh Pakar Ini Jelaskan Caranya

Nak Bantu Anak Bercakap Guna Makanan Pun Boleh Pakar Ini Jelaskan Caranya

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 382 hits
Perkataan pertama yang keluar daripada mulut anak buatkan mama papa rasa sangat teruja Tapi ada juga sesetengah kanak kanak yang mempunyai masalah lambat bercakap Hal itu sering membuatkan ibu bapa risau Sebenarnya ada banyak cara untuk ran...
Suplemen Bukan Sekadar Naikkan Selera Buat Si Kecil Jadi Pandai Pakar Jelaskan Kenapa Bila Perlu Beri Anak Suplemen

Suplemen Bukan Sekadar Naikkan Selera Buat Si Kecil Jadi Pandai Pakar Jelaskan Kenapa Bila Perlu Beri Anak Suplemen

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 309 hits
Anak anak yang sedang membesar memang sukar untuk diberikan makanan berkhasiat Malah ada juga ibu ayah yang terpaksa pula berdepan dengan anak anak yang cerewet dalam memilih makanan yang dihidangkan kepada mereka Anak menolak untuk makan s...
Anak Yang Banyak Mendengar Akan Membesar Menjadi Bijak Pancaindera Telinga Sangat Sensitif

Anak Yang Banyak Mendengar Akan Membesar Menjadi Bijak Pancaindera Telinga Sangat Sensitif

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 273 hits
Kita beranggapan bahawa bila anak kita tidak mampu fokus belajar tentu sekali mereka tidak mahu belajar Tapi sebenarnya setiap kanak kanak mempunyai Learning Style mereka sendiri Sebagai mak ayah kita kena tahu Learning Style anak kita Ada ...
Anak Main Conteng Conteng Jangan Larang Fasa Dia Belajar Menulis Biarkan

Anak Main Conteng Conteng Jangan Larang Fasa Dia Belajar Menulis Biarkan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 433 hits
Anak yang pandai memegang pensil dan seterusnya boleh menulis dengan baik tidak datang dengan sendiri Semuanya harus dirangsang dengan baik Tangan anak sejak awal lagi harus diberikan latihan untuk menguatkan tangan agar bersedia untuk meme...
Rider Grab Maut Dalam Kemalangan Ketika Mencari Rezeki Untuk Isteri Bakal Anak Pertama

Rider Grab Maut Dalam Kemalangan Ketika Mencari Rezeki Untuk Isteri Bakal Anak Pertama

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 666 hits
Seorang penghantar makanan maut selepas terbabit dalam kemalang yang berlaku di Manjalara Kepong pada petang Jumaat 23 Oktober 2020 Mangsa Muhammad Badrul Hisyam Mohd Saufi 21 meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal terlanggar ...
Bapa Dijel 2 Tahun Dan 9 Bulan Bunuh Anak Perempuan Amp Hampir Bunuh Diri Angkara Perbuatan Anaknya

Bapa Dijel 2 Tahun Dan 9 Bulan Bunuh Anak Perempuan Amp Hampir Bunuh Diri Angkara Perbuatan Anaknya

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 480 hits
SINGAPURA Saban hari Desiree Tan Jiaping semakin bergantung kepada ibu bapa dan teman lelakinya selepas mengalami serangan panik Dia berkali kali memarahi mereka berhubung perkara yang remeh temeh dan menuduh mereka tidak menjaganya dengan ...
Selamat Timang Anak Sulung Cef Naem Rasa Insaf Pertama Kali Lihat Isteri Bersalin

Selamat Timang Anak Sulung Cef Naem Rasa Insaf Pertama Kali Lihat Isteri Bersalin

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 512 hits
Tahniah kami ucapkan kepada pengacara yang juga selebriti masakan Cef Naem atas kelahiran anak sulungnya apabila isteri Nurul Syazwani Zulkaffli selamat bersalin semalam source
Bukan Untuk Belajar Online Anak Hp Bantuan Pemkot Solo Malah Digadai Orang Tua

Bukan Untuk Belajar Online Anak Hp Bantuan Pemkot Solo Malah Digadai Orang Tua

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 340 hits
Seorang wali murid di Solo dilaporkan ke polisi akibat menggadaikan telepon pintar milik anaknya yang seharusnya digunakan untuk belajar online Padahal ponsel tersebut merupakan bantuan dari pemerintah Kota Solo kepada anak anak yang orang ...
Hiburan Shah Iskandar Dan Isteri Timang Anak Pertama Setelah Empat Tahun Menanti Kehadiran Cahaya Mata

Hiburan Shah Iskandar Dan Isteri Timang Anak Pertama Setelah Empat Tahun Menanti Kehadiran Cahaya Mata

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 464 hits
Pelakon yang kini popular dengan drama Ryan Aralyn Shah Iskandar 38 telah berkongsi berita gembira apabila isterinya Siti Sarah Mohd Noor telah selamat melahirkan bayi pertama mereka pada pukul 2 02 petang pada 10 Oktober lalu Shah telah me...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future