Suamilah Doula Terhebat Dari Awal Hamil Hingga Besarkan Anak Sentiasa Ada


Dalam waktu ini, hangat diperkatakan mengenai kelahiran yang disambut oleh pakar perubatan dan doula. Masing-masing ada pendapat dan setiap daripada kita boleh faham dan fikirkan mana yang terbaik demi keselamatan nyawa ibu dan anak. Orang kata tepuk dada tanyalah diri!
Begitu juga perkongsian Akhtar Syamir seorang suami yang juga suka menulis mengenai topik kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Doula atau suami. Yang mana lebih baik? Sebutlah apa pun tugas seorang Doula, itu sebenarnya juga tugas seorang suami dan lebih lagi.
Sebagai peneman semasa proses kelahiran? Suami lebih baik. Sebab suami sendiri ada semasa proses paling awal semuanya ini terjadi.
Sebagai pemberi semangat kepada isteri sebelum, semasa dan selepas kelahiran? Suami lebih baik. Suami lebih mengenali isteri berbanding Doula. Menghabiskan masa setiap hari dengan isteri. Memahami kehendak isteri dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Sebagai pemudah urusan isteri selepas bersalin seperti menjaga isteri, menyediakan makanan, menguruskan anak – anak dan termasuklah menyediakan persekitaran yang baik untuk Isteri? Suami lebih baik kerana suami lebih tahu tahap keselesaan yang diperlukan isteri. Anak – anak juga lebih kenal ayahnya dan privasi rumah terus terjaga. Ini lebih baik dari ada orang luar yang berkeliaran di rumah sendiri.
Kenapa Doula dikatakan diperlukan? Doula ini sendiri bermula di luar negara di mana ramai wanita yang bersalin tidak ditemani sesiapa disebabkan hubungan yang tiada batasan. Akhirnya, seorang wanita terpaksa menanggung kesemuanya seorang diri.
Dari sini datangnya peranan “peneman” atau dengan nama komersialnya Doula. Jangan terkejut, orang yang sunyi dan orang yang memerlukan sokongan, sanggup membayar orang lain untuk menjadi peneman di saat yang memerlukan ini. Dengan erti kata lain kawan yang disewa.

Berbeza sedikit di Malaysia di mana hubungan antara lelaki dan wanita tidak seteruk dan sebebas di negara luar. Kebanyakan wanita yang melahirkan anak, boleh dikatakan mempunyai seorang suami di sisi.
Jadi, adakah seorang wanita di Malaysia masih memerlukan Doula? Ya dan tidak.
Jawapannya YA, apabila keadaan amat memerlukan. Buat wanita yang kehilangan suami, sama ada kerana penceraian, kematian atau pun disebabkan masalah perhubungan bebas. Di tahap ini, jika seorang wanita itu tiada sahabat handai, saudara mara atau pun malu dengan keadaan yang sedang dialaminya, memang dia memerlukan segala sokongan dan dorongan dari segi emosi yang Doula berikan.
Jawapannya TIDAK pula ialah apabila wanita yang bakal melahirkan itu mempunyai suami. Memang tanggungjawab suami menyediakan segalanya dari A sampai Z, menjaga emosi isteri, menjadi peneman isteri, pemberi semangat semasa isteri berjuang, memberi kasih sayang, mengingatkan yang semua yang dilalui ini berbaloi dan bersedia apabila diperlukan pada sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran.
Jika suami tidak boleh menjadi seperti yang di atas kerana kekangan tempat kerja yang jauh dan sebagainya, carilah orang yang boleh mengganti semua tugas itu. Mula dengan adik beradik, saudara mara dahulu. Jika tiada, Doula boleh memainkan peranan yang tidak lebih dari yang dinyatakan di atas.
Namun, jika si suami tidak boleh menjalankan tugasan wajib seorang suami seperti yang saya nyatakan kerana malas, tiada inisiatif dan tidak rasa itu semua penting, anda sepatutnya boleh berhenti menjadi suami. Kita namakan sahaja anda sebagai penderma sperma. Derma dan tinggal. Jika anda di tahap ini, andalah antara punca kenapa Doula ini wujud.

Jadi, tepuk dada tanya diri. Anda rasa Doula atau suami yang lebih baik untuk sentiasa berada di sisi?
Sekali lagi saya tekankan, Doula hanya berfungsi sebagai peneman, pemberi galakan, menyokong emosi dan fizikal. Tidak lebih dari itu dan Doula ini sebenarnya tidak perlu wujud jika semua suami menjaga isterinya dengan baik.
Suamilah Doula yang sebenar-benarnya. Kalau selama ini suami anda telah temankan anda semasa bersalin dan sepanjang masa dari awal kelahiran hingga selepas kelahiran, bolehlah minta suami print sendiri sijil Doula. Kerana Doula di Malaysia sendiri tidak diiktiraf KKM pun.
Saya amat terkesan dengan kenyataan Professor Imelda Balchin.
“Doula tidak ada apa-apa training perubatan untuk mengenali apakah kecemasan.”
Baca dan fikirkan kenyataan itu. Jika anda tidak rasa bimbang langsung, terpulanglah untuk meletakkan nyawa anda di tangan Doula. Saya secara peribadi, sama sekali tidak akan benarkan.
Sumber: Akhtar Syamir
The post Suamilah Doula Terhebat! Dari Awal Hamil Hingga Besarkan Anak, Sentiasa Ada appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suamilah-doula-terhebat-dari-awal-hamil-hingga-besarkan-anak-sentiasa-ada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Baru Umur 29 Tahun Ada 7 Orang Anak Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Kahwin Awal

Foto Baru Umur 29 Tahun Ada 7 Orang Anak Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Kahwin Awal

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 796 hits
Berkahwin pada usia yang muda bukanlah suatu perkara yang pelik ketika ini Ramai diantara kita memilih untuk menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun Tiada apa yang salah mendirikan rumahtangga di usia yang muda namun apa yang pent...
Video Kami Tak Dapat Besarkan Sebab Ekonomi Ibu Tinggalkan Anak Di Pagar Surau

Video Kami Tak Dapat Besarkan Sebab Ekonomi Ibu Tinggalkan Anak Di Pagar Surau

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 267 hits
Sangkaan seorang lelaki menemui kucing didalam kotak meleset apabila beliau menemui bayi lelaki yang diletakkan di dalam kotak berserta sekeping nota Nota yang dikepilkan itu dipercayai ditulis penjaga bayi yang meminta maaf dan ia dijumpai...
Setiap Anak Perkembangan Mereka Berbeza Lambat Tak Semestinya Lewat Awal Tak Semestinya Hebat

Setiap Anak Perkembangan Mereka Berbeza Lambat Tak Semestinya Lewat Awal Tak Semestinya Hebat

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 613 hits
Pertama kali menjadi seorang ibu apa sahaja perkembangan anak pasti akan menjadi satu momen indah untuk dikenang Tapi adakalanya perasaan risau timbul bila mana perkembangan anak atau bayi tidak seperti anak anak lain Sebenarnya perkembanga...
Ditinggalkan Suami Ketika Hamil Keluar Kerja Pernah Bungkus Anak Dalam Plastik Baju Hujan

Ditinggalkan Suami Ketika Hamil Keluar Kerja Pernah Bungkus Anak Dalam Plastik Baju Hujan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 471 hits
Saat mendapat tahu diri hamil pastinya seorang isteri mengharapkan suami sentiasa berada di sisi untuk memberi semangat dan sokongan saat diri rasa tak mampu Namun bagi wanita cekal ini kisah hidupnya bersama anak lelaki nyata sesuatu yang ...
Bak Sinetron Nenek Ini Diusir Anak Menantu Hingga Tidur Di Emperan Tetangga Diam Diam Beri Makan

Bak Sinetron Nenek Ini Diusir Anak Menantu Hingga Tidur Di Emperan Tetangga Diam Diam Beri Makan

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 477 hits
Kisah pilu bak sinetron yang dialami seorang nenek bernama Sumarsih viral di media sosial facebookNenek tua renta itu mengaku diusir oleh anak dan menantunya hingga tidur di emperanMulanya Kisah viral itu diunggah oleh seorang netizen berna...
Polisi Buru Pelaku Kekerasan Seksual Siswi Disabilitas Di Blora Hingga Hamil 4 Bulan

Polisi Buru Pelaku Kekerasan Seksual Siswi Disabilitas Di Blora Hingga Hamil 4 Bulan

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 188 hits
Dalam laporan ke Unit Perlindungan Perempuan dan Anak Satreskrim Polres Blora pihak keluarga korban didampingi dinas sosial guru SLB dan dari pihak desa tempat tinggal korban Dalam waktu dekat polisi akan memanggil sejumlah saksi guna mengu...
Mahu Anak Anak Sentiasa Dekat Dengan Al Quran Oki Setiana Dewi Kongsikan 5 Tipnya

Mahu Anak Anak Sentiasa Dekat Dengan Al Quran Oki Setiana Dewi Kongsikan 5 Tipnya

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 371 hits
Pelakon Indonesia Oki Setiana Dewi yang popular menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih ini sering berkongsi kisah kehidupannya bersama tiga anaknya di instagram miliknya Terbaru Oki tidak lokek berkongsi kisah hidupnya yang mahukan ketiga ti...
Ibu Yang Suka Membaca Buku Masa Hamil Bagus Untuk Otak Bayi Lahirkan Anak Yang Bijak

Ibu Yang Suka Membaca Buku Masa Hamil Bagus Untuk Otak Bayi Lahirkan Anak Yang Bijak

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 343 hits
Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Tabiat membaca buku oleh ibu mengandung Ibu hamil sering dihujani maklumat yang boleh menimbulkan ...
Sebelumnya Sempat Sulit Hamil Zaskia Sungkar Beberkan Alasan Kenapa Nggak Memilih Adopsi Anak

Sebelumnya Sempat Sulit Hamil Zaskia Sungkar Beberkan Alasan Kenapa Nggak Memilih Adopsi Anak

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 218 hits
Seperti yang diketahui pasangan ini harus menunggu 10 tahun dulu sebelum dipercayakan calon buah hati
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids