7 Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking Di Tengah Panas


Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking di Tengah Panas
Tidak dinafikan, cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun sering menjadi cabaran buat pemilik kenderaan.
Sesiapa sahaja yang pernah meninggalkan kereta di bawah terik matahari terutama di parkir terbuka tanpa teduhan pasti faham betapa ‘azabnya’ bila hendak masuk semula ke dalam kabin yang membahang panas.
Stereng terasa seperti besi panas, tempat duduk pula membakar kulit malah udara di dalam kereta seolah-olah ‘ketuhar bergerak’ yang membuatkan sesiapa pun berpeluh sebaik membuka pintu.
Situasi ini bukan sahaja tidak selesa malah boleh mengganggu mood memandu. Lebih-lebih lagi jika membawa anak kecil atau warga emas.
Walaupun nampak remeh, kereta yang terlalu panas boleh mendatangkan masalah lain. Ia bukan sekadar menjejaskan keselesaan pemandu tetapi juga boleh merosakkan bahagian dalaman seperti dashboard, stereng, tempat duduk dan sistem penghawa dingin jika sering terdedah kepada haba melampau.
Oleh itu, penting untuk pemilik kenderaan mengambil langkah bijak untuk kurangkan rasa bahang kereta bila parking di tengah panas.
Sebenarnya, ada banyak cara mudah yang boleh diamalkan setiap hari untuk pastikan kereta kekal sejuk tanpa kos besar.
1. Gunakan sunshade atau penapis haba Salah satu langkah paling mudah dan berkesan ialah dengan memasang sunshade atau pelindung cahaya matahari pada cermin kereta. Jangan pandang ringan fungsi sunshade.
Walaupun nampak sekadar sehelai pelapik ringan, ia boleh mengurangkan haba matahari daripada terus menembusi cermin hadapan dan belakang.
Dengan adanya penapis haba ini, suhu dalam kabin kereta dapat dikekalkan beberapa darjah lebih rendah berbanding kereta yang dibiarkan terdedah sepenuhnya.
Sekarang pun banyak sunshade moden di pasaran dilengkapi material penapis UV dan penebat haba yang tahan lama serta mudah dipasang. Jadi, pastikan anda sentiasa simpan sunshade di dalam kereta sebagai perisai pertama untuk menentang bahang terik.
Tip Kurangkan Bahang Kereta Bila Terpaksa Parking di Bawah Panas Matahari
2. Pilih parking tempat teduh  Memilih ruang parkir yang teduh juga salah satu cara paling efektif untuk elak kereta terlalu panas di bawah panas matahari.
Walaupun kadang-kadang agak mencabar, cuba luangkan sedikit masa untuk mencari parkir yang lebih sesuai. Sebaiknya pilih ruang di bawah pokok besar, di tepi bangunan tinggi atau di kawasan yang berbumbung.
Usaha kecil ini mungkin mengambil masa beberapa minit tetapi ia boleh menjimatkan masa dan tenaga anda daripada terpaksa menunggu kereta sejuk semula nanti.
Malah, ruang parkir yang terlindung juga membantu untuk mengurangkan risiko kerosakan pada cat kereta akibat pendedahan panas berpanjangan.
3. Buka sedikit tingkap semasa parking
Selain itu, ramai yang tidak sedar bahawa dengan membuka sedikit tingkap ketika meninggalkan kereta boleh membantu menurunkan suhu dalam kabin dengan ketara.
Caranya mudah iaitu dengan turunkan tingkap dalam 1 hingga 2 sentimeter sahaja untuk membolehkan udara panas keluar dan udara baru masuk.
Langkah kecil ini membolehkan haba yang terperangkap di dalam kereta tidak berkumpul terlalu lama.
Namun, pastikan tingkap tidak terlalu terbuka untuk mengelakkan risiko kecurian atau air hujan tempias masuk. Langkah ini nampak ringkas tetapi sangat berkesan. Terutamanya jika digabungkan dengan pemasangan sunshade.
4. Gunakan penutup tingkap sisi Selain cermin hadapan, tingkap sisi juga menjadi laluan utama sinar panas masuk ke dalam kereta. Oleh itu, melengkapkan tingkap sisi dengan penutup khas atau side window sunshade boleh membantu meminimumkan haba yang menembusi bahagian sisi kereta.
Penutup tingkap ini juga melindungi bahagian dalaman kereta seperti stereng, papan pemuka dan tempat duduk daripada kerosakan akibat pendedahan terus kepada cahaya matahari.
Di samping itu, ia juga dapat membantu menjaga barangan lain di dalam kereta agar tidak cepat rosak atau pudar warnanya.
Kelebihan lain, penutup tingkap sisi juga memberikan sedikit privasi tambahan jika anda perlu tinggalkan barangan dalam kereta.
BACA : 6 Tip Elak Kereta Bau Hapak Gara-Gara Barang Basah
5. Lapik stereng dan tempat duduk dengan kain tebal
Kalau anda tahu kereta akan dibiarkan lama di tengah panas, elok juga sediakan kain tebal atau alas khas untuk menutup stereng dan tempat duduk.
Stereng yang terdedah pada matahari boleh menjadi terlalu panas sehingga menyakitkan tangan bila disentuh. Begitu juga dengan tempat duduk terutamanya kerusi kulit yang mudah menyerap panas.
Dengan menggunakan alas, anda boleh melindungi permukaan ini daripada serapan haba melampau. Hasilnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama sambil menunggu seat sejuk, sebaliknya boleh terus memandu dengan selesa.
6. Keluarkan haba dengan kaedah ‘Pump Air Panas’ Apabila kembali ke kereta yang telah lama terdedah di bawah panas, jangan terus duduk dan hidupkan penghawa dingin.
Sebaiknya, buka dahulu semua tingkap atau pintu untuk membantu menolak keluar udara panas yang terperangkap di dalam kabin.
Kaedah ini dapat membantu mempercepatkan proses penyejukan dalaman kereta.
Ada juga yang menggunakan teknik ‘pump air panas’ iaitu dengan membuka dan tutup pintu pemandu beberapa kali sambil tingkap dibuka sedikit.
Cara ini dapat membantu menggantikan udara panas dengan udara luar yang lebih sejuk sebelum pendingin hawa dihidupkan.
7. Hidupkan aircond dengan cara betul
Langkah terakhir, hidupkan penghawa dingin dengan cara yang betul. Selepas udara panas keluar, laraskan aircond ke suhu paling sejuk dan tingkatkan kelajuan kipas untuk beberapa minit pertama.
Halakan aliran udara ke bahagian atas kabin supaya udara panas dapat ditolak keluar dengan lebih cepat.
Cara ini bukan sahaja membuatkan ruang dalaman kereta sejuk lebih pantas tetapi juga membantu sistem penghawa dingin berfungsi dengan lebih efisien. Dengan cara ini juga, anda dapat menjimatkan penggunaan bahan api kerana pendingin hawa tidak perlu bekerja terlalu keras dalam keadaan kabin yang sudah sejuk.
Kesimpulannya, meskipun kita tidak dapat mengawal cuaca di luar, kita masih boleh mengawal cara menjaga keselesaan kereta ketika terpaksa parking di bawah panas terik.
Dengan mengamalkan beberapa langkah mudah seperti menggunakan sunshade, memilih parkir teduh, membuka sedikit tingkap, memasang penutup tingkap sisi, melapik stereng serta mengeluarkan haba sebelum hidupkan aircond.
Ini akan membuatkan kereta anda bukan sahaja lebih sejuk malah pengalaman memandu juga pasti lebih menyenangkan.
Sumber : borneothai, youtube
BACA : Dinding Rumah Kosong? Ini 8 Idea DIY Untuk Nampak Mewah
The post 7 Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking Di Tengah Panas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/06/cara-kurangkan-bahang-kereta-bila-parking-di-tengah-panas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuaca Panas Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

Cuaca Panas Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 82 hits
Cuaca Panas Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta Bagi ramai orang kereta bukan sekadar kenderaan melainkan sudah jadi macam rumah kedua Mana tidaknya setiap hari kita guna kereta untuk ulang alik kerja hantar anak ke sekolah beli ...
Masalah Tayar Kereta Tanda Tanda Cara Atasi

Masalah Tayar Kereta Tanda Tanda Cara Atasi

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 131 hits
Bila beli kereta second hand salah satu benda yang paling cepat kantoi ialah tayar Tayar yang tak jaga elok bukan je buat poket kita bocor tapi boleh jadi risiko keselamatan Dalam artikel ni kita sembang pasal macam mana nak kenal tanda tay...
Ibu Dan Bayi Maut Empat Ahli Keluarga Cedera Kereta Terbabas

Ibu Dan Bayi Maut Empat Ahli Keluarga Cedera Kereta Terbabas

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 132 hits
Ibu dan bayi maut empat ahli keluarga cedera kereta terbabas Keadaan kereta yang dinaiki enam sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa berhampiran jalan Kilang Sawit Felda Gugusan Rasau Kerteh di Dungun Terengganu Foto In...
Lubang Benam 3 Meter Di Jalan Tanjong Katong Telan Kereta

Lubang Benam 3 Meter Di Jalan Tanjong Katong Telan Kereta

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 150 hits
KOSMOKeadaan kereta yang ditelan lubang benam di Jalan Tanjong Katong Asia OneSINGAPURA Seorang pemandu cedera apabila kereta dinaikinya ditelan lubang benam sedalam 3 meter yang muncul secara tiba tiba di Jalan Tanjong Katong Singapura sem...
Top 7 Dashcam Kereta Dengan Night Vision Bukti Ketika Kecemasan

Top 7 Dashcam Kereta Dengan Night Vision Bukti Ketika Kecemasan

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 158 hits
Top 7 Dashcam Kereta dengan Night Vision Bukti Ketika Kecemasan Dalam dunia pemanduan hari ini dashcam kereta bukan lagi aksesori tambahan ia adalah satu keperluan Lebih lebih lagi dengan teknologi night vision anda boleh merakam bukti jela...
Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 213 hits
Tak semua tayar sama Ada keras ada lembut Tayar lembut selalunya dipilih untuk keselesaan Memandangkan jalanraya kita banyak pothole dan juga penuh dengan bumper serta bonggol bonggol kecil penghalang kelajuan kadangkala bergegar jugak kere...
Kereta Mewah Pegawai Kanan Polis Terbakar Ketika Pulang Ke Rumah

Kereta Mewah Pegawai Kanan Polis Terbakar Ketika Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 147 hits
KOSMO SEBUAH kereta Mercedes Benz milik pegawai kanan polis terbakar Foto The Pattaya NewsBANGKOK Seorang pegawai kanan polis nyaris maut selepas kereta Mercedes Benz miliknya terbakar di jalan utama ketika dia memandu pulang ke rumah dalam...
Rupanya Ini Fungsi Butang Pada Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu

Rupanya Ini Fungsi Butang Pada Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 138 hits
Rupanya Ini Fungsi Butang Pada Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu Kereta bukan sekadar mesin yang mampu membawa kita dari satu tempat ke tempat lain Ia ibarat satu pasukan di mana setiap komponen ada tugas pentingnya tersend...
Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 167 hits
Impian seorang pegawai bank untuk memiliki sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi kegunaan keluarga musnah begitu sahaja selepas menjadi mangsa penipuan jual beli kereta dalam talian Mangsa lelaki berusia 52 tahun terpedaya dengan iklan ju...
Cuktech Raikan Merdeka 2025 Dengan Inovasi Terkini

United Newcastle Berebut Sesko Harian Metro

Top Commentators Of July Tahniah Blogger Mohamad Taufik

Lirik Lagu Biarkan Wani Kayrie

Malaysia Akan Perkenal Tiga Tindakan Susulan Utama Dalam Mendepani Pascatarif As

Kebaikan Daun Bidara Rahsia Alam Semula Jadi Yang Ramai Terlepas Pandang

Cuktech Rai Kemerdekaan Dengan Peranti Untuk Kemudahan Setiap Hari

Resmi Gabung Persita Hokky Caraka Siap Buka Lembaran Baru Di Liga 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Custom Kotak Baju Untuk Bisnes Online Murah Cantik Berkualiti

Socmed Marketing For Businesses

Cekak Rambut Merdeka Gaya Patriotik Yang Comel

Lelaki Vs Wanita Siapa Perlu Minta Maaf Terlebih Dahulu

Planning A Move Here S What To Look For In A Trusted Local Removalist

Menjijikkan Tiada Otak Saya Harap Mereka Segera Digam Soo Wincci