Rare Tapi Menjadi Ini 7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta


Rare Tapi Menjadi! Ini 7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta
Lipas dalam kereta memang antara mimpi ngeri kecil yang boleh mencetuskan panik besar terutama jika ia muncul secara tiba-tiba sewaktu memandu.
Bau makanan, tempat tersembunyi dan suasana yang lembap menjadikan kereta anda sebagai lokasi yang sempurna untuk lipas bersarang.
Apa yang lebih mengejutkan, kadangkala lipas yang muncul itu bukan seekor tetapi satu keluarga kecil yang sudah lama menetap diam-diam dalam kereta anda.
Namun begitu, tak ramai yang tahu bahawa selain kaedah biasa seperti racun serangga atau perangkap lipas, ada juga beberapa tip rare dan tidak konvensional yang sebenarnya cukup berkesan.
Malah, hanya dengan menggunakan bahan-bahan dapur yang anda sendiri tak sangka.
Dalam artikel ini, kami akan senaraikan beberapa cara yang rare untuk halau lipas tetapi logik dan mudah untuk anda cuba.
Ianya sesuai untuk mereka yang sukakan kaedah semula jadi dan tidak mahu kereta berbau seperti stor racun makhluk perosak.
Kalau anda dah lama berperang dengan lipas dalam kereta, mungkin inilah solusi yang anda perlukan untuk menghalang lipas dari bersarang dalam kereta anda.
1. Guna minyak dan marjerin  Mungkin kedengaran pelik, tapi gabungan minyak masak dan sedikit marjerin boleh menjadi perangkap maut untuk lipas.
Caranya, sapukan campuran ini di sekeliling bekas plastik kecil dan letakkan beberapa cebisan roti atau biskut sebagai umpan di tengah.
Letakkan bekas ini di bawah tempat duduk atau di penjuru but kereta waktu malam. Ketika suasana gelap dan sunyi inilah merupakan waktu kegemaran lipas untuk keluar mencari makanan.
Bau minyak dan marjerin akan menarik mereka datang dan permukaan yang licin akan menyebabkan lipas terperangkap dan tidak dapat keluar semula.
Ia bukan sahaja berkesan malah selamat digunakan tanpa bimbang anak kecil terhidu bahan kimia berbahaya.
Ini 7 Cara Yang Rare Untuk Halau Lipas Dalam Kereta
2. Serbuk kopi + air dalam balang Ini salah satu perangkap DIY paling underrated dan anda tak perlukan bahan pelik pun. Lipas tertarik kepada bau kopi, jadi anda boleh manfaatkan ini dengan mencampurkan serbuk kopi dengan sedikit air dalam balang kecil.
Letakkan balang ini dalam kereta waktu malam  terutamanya di tempat gelap seperti bawah dashboard atau celah tempat duduk.
Lipas akan masuk ke dalam balang kerana tertarik dengan aromanya. Namun mereka akan terperangkap dalam air kopi yang licin dan tidak dapat memanjat keluar.
Kaedah ini sesuai untuk yang mahukan perangkap senyap, tidak berbau busuk dan tidak tinggalkan kesan kotor dalam kereta.
3. Titiskan minyak kayu putih (Minyak cap kapak)
Di samping itu juga, minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai minyak cap kapak bukan sahaja melegakan pening kepala tetapi juga musuh utama lipas.
Titiskan beberapa titik ke atas kapas dan letakkan kapas itu dalam penutup botol kecil lalu sorokkan di bawah kerusi atau celah dashboard.
Bau herba yang tajam ini akan memaksa lipas menjauhi kawasan tersebut tanpa anda perlu sembur satu kereta dengan aerosol.
Bonus tambahan, kereta anda akan berbau seperti spa aromaterapi, segar dan menyenangkan berbanding bau bahan kimia yang menyengat.
Kaedah ini juga lebih mesra anak-anak kecil dan tidak merosakkan permukaan dalaman kereta anda.
4. Gunakan daun kari kering Kebanyakan orang hanya menyimpan daun kari untuk memasak kari ayam atau dhal.Tetapi tahukah anda bahawa daun kari yang telah dikeringkan juga boleh digunakan untuk halau lipas?
Aroma semula jadinya yang kuat mampu menyingkirkan serangga perosak termasuk lipas.
Kumpulkan beberapa helai daun kari kering, masukkan ke dalam uncang kain atau tisu tebal dan letakkan di bawah tempat duduk, dalam laci dashboard atau di ruang penyimpanan pintu.
Ia bukan sahaja menghalau lipas tetapi juga dapat memberi sedikit aroma masakan tradisional yang cukup unik.
BACA : Tip, Cara Bijak Pilih Insurans Kereta Mengikut Gaya Hidup Anda
5. Tabur serbuk boraks + gula
Untuk kaedah yang lebih ‘berani’, campuran serbuk boraks dan gula boleh menjadi umpan yang sangat berkesan. Gula akan menarik perhatian lipas manakala borak, apabila dimakan akan membunuhnya secara senyap.
Campurkan dalam nisbah 1:1 dan tabur sedikit di sudut-sudut strategik seperti bawah karpet, dalam but kereta atau belakang tempat duduk.
Cuma perlu diingat, pastikan kawasan ini tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan kerana boraks tetap bahan kimia yang boleh membahayakan jika tersentuh atau tertelan.
Kaedah ini sesuai untuk anda yang mahu hasil lebih drastik tanpa mengotorkan kereta.
6. Letak kulit timun segar Rasa pelik? Memang ramai yang tak tahu bahawa kulit timun segar mempunyai bau kimia semula jadi yang tidak disukai lipas.
Anda hanya perlu ambil kulit timun yang dipotong panjang-panjang dan letakkan dalam bekas kecil terbuka. Letakkan di kawasan gelap seperti bawah tempat duduk atau tepi dashboard.
Lipas akan menjauh kerana bau timun yang menusuk deria bau mereka walaupun manusia tidak begitu mengesannya. Pastikan kulit timun ditukar setiap dua hingga tiga hari agar ia tidak menjadi lembik, berlendir atau mengundang bau lain pula.
7. Bakar daun salam dalam bekas logam 
Ini tip untuk yang serius mahu ‘detox’ kereta dari lipas secara semula jadi. Ambil beberapa helai daun salam kering, letakkan dalam bekas logam dan bakar sedikit sehingga keluar asap (jangan nyalakan api besar).
Kemudian letakkan bekas tersebut dalam kereta yang bertingkap tertutup selama beberapa jam.
Asap daun salam mengandungi sebatian yang tidak disukai lipas dan menjadikan ini seperti kaedah fumigasi tradisional tanpa sebarang bahan kimia yang berbahaya.
Pastikan tiada sesiapa dalam kereta semasa proses ini dan buka semua tingkap untuk pengudaraan selepas selesai. Anda bukan sahaja menghalau lipas tetapi juga dapat menghilangkan bau hapak dalam kabin kereta.
Kesimpulannya, siapa sangka bahan-bahan dapur dan petua orang lama boleh menjadi penyelamat daripada serangan lipas dalam kereta?
Walaupun cara rare untuk halau lipas ini jarang disebut orang tetapi ianya terbukti berkesan dan lebih mesra alam berbanding penggunaan bahan kimia komersial.
Tambahan pula, ia menjimatkan kos dan mudah dilakukan sendiri tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan kawalan serangga.
Sumber : wikihow, fantasticpestcontrol
BACA : Hati-Hati, Ini 10 Peralatan Elektrik Boleh Buat Bil Naik
The post Rare Tapi Menjadi, Ini 7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/11/rare-tapi-menjadi-ini-7-cara-halau-lipas-dalam-kereta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking Di Tengah Panas

7 Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking Di Tengah Panas

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 271 hits
Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking di Tengah Panas Tidak dinafikan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun sering menjadi cabaran buat pemilik kenderaan Sesiapa sahaja yang pernah meninggalkan kereta di bawah terik ma...
Masalah Tayar Kereta Tanda Tanda Cara Atasi

Masalah Tayar Kereta Tanda Tanda Cara Atasi

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 370 hits
Bila beli kereta second hand salah satu benda yang paling cepat kantoi ialah tayar Tayar yang tak jaga elok bukan je buat poket kita bocor tapi boleh jadi risiko keselamatan Dalam artikel ni kita sembang pasal macam mana nak kenal tanda tay...
Prinsip 90 10 Bukan Hari Kau Yang Teruk Tapi Cara Kau Reaksi

Prinsip 90 10 Bukan Hari Kau Yang Teruk Tapi Cara Kau Reaksi

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 297 hits
Prinsip 90 10 Bukan Hari Kau Yang Teruk Tapi Cara Kau Reaksi Kadang kadang satu kejadian kecil boleh rosakkan seluruh hari Tengah breakfast anak tertumpah kopi atas baju kau Kau marah Anak menangis Isteri disalahkan Bergaduh Anak terlepas b...
Cara Buat Serunding Halia Simple Tapi Power Untuk Buang Angin Dalam Badan

Cara Buat Serunding Halia Simple Tapi Power Untuk Buang Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 604 hits
Halia memang terkenal sebagai bahan super untuk buang angin dalam badan Tapi kalau makan halia segar terus kadang rasa letar yang agak kuat buat ramai kurang suka Jadi bagaimana nak nikmati khasiat halia dengan rasa yang lebih sedap dan mud...
Mb Pahang Dakwa Kerajaan Negeri Sedia Berunding Isu Tanah Aina Tapi Biarlah Di Buat Dengan Cara Yang Betul

Mb Pahang Dakwa Kerajaan Negeri Sedia Berunding Isu Tanah Aina Tapi Biarlah Di Buat Dengan Cara Yang Betul

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 518 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri sedia berunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik susulan permohonan maaf yang dikemukakan oleh pemilik dan pengasas Tanah Aina Puan Sri Shariffa S...
Biji Durian Pun Boleh Jadi Kerepek Rare Tapi Padu Gila

Biji Durian Pun Boleh Jadi Kerepek Rare Tapi Padu Gila

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 578 hits
Pernah terfikir biji durian boleh jadi kerepek Musim durian tengah rancak sekarang selain makan isi durian yang lemak manis tu apa kata kali ni kita upgrade sisa biji durian jadi kudapan rare tapi sedap gila Ya anda tak salah baca Kerepek B...
Idme Guru Cara Isi Kehadiran Pengurusan Mata Pelajaran

Idme Guru Cara Isi Kehadiran Pengurusan Mata Pelajaran

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 648 hits
idMe Guru Cara Isi Kehadiran Pengurusan Mata Pelajaran idMe Guru ialah akaun digital utama yang digunakan oleh para pendidik untuk akses ke pelbagai sistem rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia Contohnya seperti SPLKPM e Operasi e GTukar si...
Cara Transfer Duit Ke Uob Bank

Cara Transfer Duit Ke Uob Bank

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 226 hits
Cara Transfer Duit ke UOB Bank Tag Kewangan Tips Perbankan Panduan Harian Setiap sen yang berpindah ada niat yang mengiringi Kadang untuk membantu Kadang untuk membayar Kadang hanya sekadar tanda kita masih peduli Dan hari ini jika kamu sed...
Doorgift Box Custom Cara Mudah Buat Tetamu Ingat Majlis Anda

Doorgift Box Custom Cara Mudah Buat Tetamu Ingat Majlis Anda

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 262 hits
Dalam setiap majlis sama ada perkahwinan aqiqah event korporat atau majlis hari jadi doorgift menjadi antara perkara yang paling dinantikan oleh tetamu Namun lebih penting daripada isi dalamnya ialah pembungkusan atau kotak doorgift itu sen...
Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Sepasang Telekung Siti Khadijah

Barca Gah Di Puncak Liga

Ds Anwar Balun Kerajaan Sakau Ada Kuasa Tapi Langsung Tak Buat Apa

Jangan Jadi Penyebar Berita Palesu

Konsert Lagenda Nada Murni 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ai Cha Squash Lemonade

Staycation 3h2m Di Jakarta Indonesia Part 1

Fiwdee 27 Fiwdee Top 66 By Dillon

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp

Semakan Penyata Akaun Muip Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

Remaja Jual Buah Pinggang Demi Iphone Hidup Menderita Kini Berstatus Oku