Cuaca Panas Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta


Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta 
Bagi ramai orang, kereta bukan sekadar kenderaan, melainkan sudah jadi macam ‘rumah kedua’.
Mana tidaknya, setiap hari kita guna kereta untuk ulang-alik kerja, hantar anak ke sekolah, beli barang dapur dan macam-macam lagi.
Disebabkan itu, memang biasa kalau ada barang yang tertinggal dalam kereta. Kadang-kadang sebab terlupa, kadang-kadang memang sengaja simpan untuk kegunaan kemudian.
Tapi, dalam cuaca panas dan kering yang melanda banyak tempat sekarang, ada barang-barang tertentu yang sangat berbahaya kalau ditinggalkan dalam kereta.
Bukan saja boleh rosakkan barang tu sendiri, malah boleh jejaskan keselamatan dan kesihatan anda.
Jadi, kami senaraikan 6 benda yang tak patut langsung dibiarkan dalam kereta ketika cuaca panas, seperti yang dikongsi oleh pengguna TikTok @altimatsaujana.
1. Makanan & minuman Jangan sesekali tinggalkan makanan atau minuman dalam kereta, lebih-lebih lagi jika disimpan dalam bekas plastik.
Ini kerana haba panas dalam kereta boleh mencecah sehingga 70 darjah Celsius. Suhu setinggi itu boleh menyebabkan bahan kimia dari plastik meresap masuk ke dalam makanan atau minuman.
Jika dibiarkan berjam-jam atau berhari-hari, makanan tersebut bukan saja rosak dan berbau, malah boleh memudaratkan kesihatan jika dimakan.
2. Powerbank Powerbank memang penyelamat bila bateri telefon tinggal satu bar. Tapi awas, jangan tinggalkan powerbank dalam kereta.
Gajet ini menggunakan bateri lithium ion yang menyimpan tenaga dalam kuantiti besar. Bila terdedah kepada suhu panas terlalu lama, bateri boleh kembung dan berisiko untuk meletup.
Jadi, walaupun kecil dan nampak tak bahaya, powerbank yang dibiarkan dalam kereta panas boleh mendatangkan risiko besar kepada kenderaan dan keselamatan anda.
3. Pemetik api Bagi perokok atau pencinta aktiviti lasak seperti berkhemah, pemetik api memang wajib ada.
Tapi, jangan simpan dalam kereta. Di dalamnya terdapat cecair mudah terbakar yang sangat sensitif terhadap haba tinggi.
Bila terdedah kepada suhu panas dalam kereta, ia boleh meletup atau mencetuskan kebakaran.
Tak mustahil kereta boleh hangus gara-gara satu pemetik api yang dibiarkan tanpa sedar.
4. Petrol Sesetengah orang simpan sedikit petrol dalam botol untuk kecemasan. Ini nampak bijak, tapi sebenarnya sangat berisiko.
Petrol adalah bahan mudah terbakar dan sangat reaktif terhadap haba. Bila disimpan dalam kereta yang panas, ia boleh menyebabkan letupan kecil atau kebakaran.
Selain membahayakan diri sendiri, tindakan ini juga boleh mengancam keselamatan orang di sekeliling anda.
5. Penyembur aerosol Penyembur aerosol digunakan dalam banyak produk seperti minyak wangi, pewarna rambut, racun serangga dan cat sembur.
Namun, ia disimpan dalam tekanan tinggi dan cecair di dalamnya boleh mengembang apabila terkena suhu panas.
Bila tekanan terlalu tinggi, ia boleh meletup dan kesannya bukan saja rosakkan kereta, malah boleh mencederakan jika berlaku letupan berhampiran anda.
6. Anak-anak Ini yang paling penting. Jangan sesekali tinggalkan anak walaupun ‘sekejap’ dalam kereta yang diparkir, terutama dalam cuaca panas.
Suhu badan mereka boleh meningkat dengan cepat, menyebabkan strok haba, kekeringan melampau dan boleh membawa maut dalam tempoh yang sangat singkat.
“Anak-anak ni bukannya bahan yang mudah terbakar ataupun mudah meletup tapi kalau tinggal sekali anak-anak korang dalam kereta, korang yang akan meratap, korang yang akan menangis atas kehilangan,” pesan @altimatsaujana.
@altimatsaujana Suka sangat tinggal dalam kereta ? Tahu tak apa kesan nya nanti ? #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelsungaibuloh #bengkelsaujanautama #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #automotive #automotif #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabaubusuk #serviskereta #mekanik #mekaniktiktok #pomen #pometiktok #altimatautogarage #altimatautogaragesaujanautama #petronasautoexpert
♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama

BACA: Tip: Periksa 6 Perkara Ini Sebelum Tinggal Kereta Terlalu Lama
BACA: Tip: 5 “Lubang” Dekat Kereta Korang ‘Wajib’ Jaga
BACA: Tip: Ini 6 Punca Kereta Cepat Rosak
Sumber: Altimat Saujana Utama/TikTok
The post Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/03/cuaca-panas-jangan-pernah-tinggal-6-barang-ni-dalam-kereta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ikut Darah Panas Siti Nurhaliza Beri Amaran Jangan Jadi Pembuli Suria Fm

Jangan Ikut Darah Panas Siti Nurhaliza Beri Amaran Jangan Jadi Pembuli Suria Fm

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 241 hits
PRIHATIN dengan peningkatan kes buli yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan pesanan khusus buat generasi muda agar lebih berfikir panjang sebelum bertindak Menurut Siti atau Siti Nurh...
7 Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking Di Tengah Panas

7 Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking Di Tengah Panas

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 345 hits
Cara Kurangkan Bahang Kereta Bila Parking di Tengah Panas Tidak dinafikan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun sering menjadi cabaran buat pemilik kenderaan Sesiapa sahaja yang pernah meninggalkan kereta di bawah terik ma...
Jangan Biar Ini 6 Petanda Kecil Enjin Kereta Bakal Rosak

Jangan Biar Ini 6 Petanda Kecil Enjin Kereta Bakal Rosak

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 335 hits
Jangan Biarkan Ini Petanda Kecil Enjin Kereta Bakal Rosak Ramai pemilik kenderaan cenderung mengabaikan tanda tanda awal yang muncul pada enjin tanpa menyedari bahawa kerosakan besar selalunya bermula daripada petunjuk kecil yang tidak dibe...
Cuaca Terik Anak Balik Sekolah Terus Terbaring Jangan Anggap Itu Biasa

Cuaca Terik Anak Balik Sekolah Terus Terbaring Jangan Anggap Itu Biasa

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 259 hits
Malaysia kini sering mengalami cuaca yang tidak menentu Suhu yang tinggi bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa malah ia boleh mengancam nyawa lebih lebih lagi kepada golongan kanak kanak Salah satu ancaman kesihatan utama ketika cuaca p...
Cuaca Panas 6 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga Jaga

Cuaca Panas 6 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 230 hits
Cuaca Panas 6 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga Jaga Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak enam kawasan di seluruh negara kini berada pada Tahap 1 susulan cuaca panas yang berterusan Menurut ...
Rumah Cucu Tun M Dipecah Masuk Barang Kemas Dilarikan

Rumah Cucu Tun M Dipecah Masuk Barang Kemas Dilarikan

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 229 hits
Rumah cucu Tun M dipecah masuk barang kemas dilarikan Foto hiasan KUALA LUMPUR Sebuah kediaman yang didiami cucu kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang Bukit Damansara di sini dilaporkan dipecah masuk hingga me...
Barang Kemas Rm5 9 Juta Hanyut Dibawa Banjir

Barang Kemas Rm5 9 Juta Hanyut Dibawa Banjir

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 226 hits
Barang kemas RM5 9 juta hanyut dibawa banjir ORANG ramai mencari barang kemas yang hilang Foto Tangkap Layar The Standard BEIJING Satu kejadian banjir kilat di daerah Wuxi wilayah Shaanxi menyebabkan hampir 20 kilogram barang kemas dihanyut...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik