Ibu Dan Bayi Maut Empat Ahli Keluarga Cedera Kereta Terbabas
Ibu dan bayi maut, empat ahli keluarga cedera kereta terbabas

Keadaan kereta yang dinaiki enam sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa berhampiran jalan Kilang Sawit Felda Gugusan Rasau Kerteh di Dungun, Terengganu. – Foto Info Semasa
DUNGUN: Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia 18 bulan maut, manakala empat lagi ahli keluarga mereka cedera dalam kemalangan di Jalan Kilang Kelapa Sawit dekat Gugusan Rasau Kerteh, di sini, jam 6 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata Nur Suhailla Azman, 25, maut di tempat kejadian manakala bayi perempuannya Nur Aira Humaira Mohamad Sharool meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya di sini.
Suami mangsa Mohamad Sharool Nizam Hamzah, 32, dan anak sulung mereka Nur Aisya Humaira berusia tiga tahun cedera ringan.
“Dua lagi mangsa iaitu ibu kepada Mohamad Sharool, Timah Mohamad, 73, dan anaknya Ruzaimi Abd Rashid, 48, dilaporkan cedera parah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Difahamkan ketika kejadian semua mangsa yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Kerteh 4 dari bandar Dungun,” katanya ketika dihubungi
Maizura berkata mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan, manakala mayat dua beranak itu dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
Ibu dan bayi maut, empat ahli keluarga cedera kereta terbabas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
The post Ibu dan bayi maut, empat ahli keluarga cedera kereta terbabas appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2025/07/27/ibu-dan-bayi-maut-empat-ahli-keluarga-cedera-kereta-terbabas/