Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer


Impian seorang pegawai bank untuk memiliki sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi kegunaan keluarga musnah begitu sahaja selepas menjadi mangsa penipuan jual beli kereta dalam talian.
Mangsa, lelaki berusia 52 tahun, terpedaya dengan iklan jualan kereta terpakai di Facebook dan akhirnya mengalami kerugian besar mencecah RM241,700.
Menurut laporan Harian Metro,  Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mangsa membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 9.37 pagi semalam.
Kejadian bermula pada 4 Julai lalu, apabila mangsa sedang melayari Facebook di rumahnya dan terlihat satu iklan menjual Toyota Hilux 2.4 tahun 2017 oleh sebuah syarikat yang kononnya beroperasi di Pelabuhan Barat, Port Klang.

Tertarik dengan tawaran itu, mangsa terus klik pautan yang diberikan, dan diarahkan untuk berhubung menerusi WhatsApp. Di situ, mangsa mula berurusan dengan seorang lelaki yang kononnya bertanggungjawab dalam urusan jual beli.
Mangsa kemudiannya menyerahkan salinan kad pengenalan dan membuat pembayaran kepada individu tersebut sebagai langkah awal proses pembelian.
Paling mengejutkan, antara 9 hingga 21 Julai, mangsa melakukan 40 transaksi bayaran ke dalam 18 akaun bank berbeza. Jumlah keseluruhan yang telah dibayar adalah RM241,700, melibatkan wang simpanan dan dana KWSP miliknya.
Lebih membimbangkan, pihak ‘penjual’ turut meminta bayaran tambahan sebanyak RM31,000 atas alasan kos cap jari kastam, namun pada ketika itu mangsa mula meragui urusan tersebut dan enggan membuat bayaran tambahan.
Sehingga kini, kenderaan yang dijanjikan masih belum diterima, dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan menipu.
Tip Elak Terkena Skim Penipuan Jual Beli Dalam Talian  

1. Elak Terus Klik Iklan Mencurigakan
Jangan terburu-buru klik pautan dari iklan Facebook atau media sosial lain. Buat carian latar belakang terlebih dahulu.
2. Semak Nombor Akaun & Individu
Gunakan portal seperti CCID Portal untuk semak nombor akaun bank atau nombor telefon. Jika pernah dilaporkan itu tanda bahaya.
3. Jangan Serah Dokumen Peribadi
Elakkan serah salinan kad pengenalan atau dokumen penting melalui WhatsApp atau media sosial. Scammer boleh guna untuk tujuan lain pula nanti.
4. Berurusan Dengan Pihak Sah & Berdaftar
Pastikan anda membeli daripada syarikat sah yang ada premis fizikal, nombor pendaftaran SSM, serta rekod jual beli yang jelas.
5. Jangan Buat Bayaran Secara Ansuran Ke Akaun Berbeza
Jika penjual minta bayaran ke banyak akaun bank itu petanda besar anda sedang diperangkap.
Kalau tawaran nampak terlalu murah atau terlalu senang  itu mungkin perangkap. Jangan gadaikan masa depan dan simpanan hanya kerana terpedaya dengan ‘harga istimewa’ yang akhirnya makan diri.
Sumber: Harian Metro
 
The post Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai, Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu KWSP Terpedaya Scammer appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kereta-idaman-keluarga-tak-sampai-pegawai-bank-hilang-ratusan-ribu-kwsp-terpedaya-scammer/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Habis Ratusan Ribu Duit Saraan Keluarga Kwsp Dedah 3 Jenis Penipuan Online

Habis Ratusan Ribu Duit Saraan Keluarga Kwsp Dedah 3 Jenis Penipuan Online

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 139 hits
Saban hari makin ramai jadi mangsa penipuan online bukan calang calang orang Ada yang bergelar pegawai kerajaan ada juga dalam kalangan golongan profesional Ramai antara mereka berusia lingkungan 50 an sedang bersiap sedia untuk fasa baru d...
Hiburan Dilapor Hilang Lepas Kereta Dinaiki Terjunam Dalam Sungai Polis Giat Mencari Mangsa Ija

Hiburan Dilapor Hilang Lepas Kereta Dinaiki Terjunam Dalam Sungai Polis Giat Mencari Mangsa Ija

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 128 hits
Melalui laporan seorang lelaki yang bernama Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau mesra dipanggil sebagai Ija dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaiki terjunam dalam Sungai Tui Bukit Kepong semalam Belum disahkan meninggal dunia Menur...
Ibu Dan Bayi Maut Empat Ahli Keluarga Cedera Kereta Terbabas

Ibu Dan Bayi Maut Empat Ahli Keluarga Cedera Kereta Terbabas

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 144 hits
Ibu dan bayi maut empat ahli keluarga cedera kereta terbabas Keadaan kereta yang dinaiki enam sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa berhampiran jalan Kilang Sawit Felda Gugusan Rasau Kerteh di Dungun Terengganu Foto In...
Kereta Mewah Pegawai Kanan Polis Terbakar Ketika Pulang Ke Rumah

Kereta Mewah Pegawai Kanan Polis Terbakar Ketika Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 169 hits
KOSMO SEBUAH kereta Mercedes Benz milik pegawai kanan polis terbakar Foto The Pattaya NewsBANGKOK Seorang pegawai kanan polis nyaris maut selepas kereta Mercedes Benz miliknya terbakar di jalan utama ketika dia memandu pulang ke rumah dalam...
Kereta Pempengaruh Hilang Ditemukan Terjunam Ke Dalam Sungai

Kereta Pempengaruh Hilang Ditemukan Terjunam Ke Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 175 hits
Lelaki yang dilaporkan hilang semalam itu bagaimanapun tidak dijumpai bersama Perodua Axia putih itu Perodua Axia milik pempengaruh permotoran Ija Nizaruddin ditemukan terjunam ke dalam Sungai Kampung Tui di Bukit Kepong Muar petang tadi PE...
Semakan Ccris Online Bank Negara Malaysia

Semakan Ccris Online Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 169 hits
Mulai hari ini pengguna individu baharu warganegara Malaysia boleh membuat semakan CCRIS dan mendaftar akaun eCCRIS mereka dengan mudah dari rumah Tidak perlu lagi datang ke Bank Negara Malaysia atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ...
Whistleblower Protection Like Bank Loans No Guaranteed Approval

Whistleblower Protection Like Bank Loans No Guaranteed Approval

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 150 hits
Whistleblowers seeking protection must adhere to established procedures like applying for a bank loan said Deputy Minister in the Prime Minister s Department M Kulasegaran He said this in reminding businessperson Albert Tei that such rules ...
Us Says Attack On West Bank Palestinian Church Was Act Of Terror

Us Says Attack On West Bank Palestinian Church Was Act Of Terror

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 162 hits
The US envoy to Israel urges prosecution of Israeli settlers over the attack US Ambassador to Israel Mike Huckabee visited the site of the attacks in Taybeh east of Ramallah RAMALLAH US ambassador to Israel Mike Huckabee called on Saturday ...
Buka Akaun Bisnes Hong Leong Bank Secara Online 100 Tak Perlu Pergi Bank

Buka Akaun Bisnes Hong Leong Bank Secara Online 100 Tak Perlu Pergi Bank

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 125 hits
Entri lepas aku ada cerita tentang current account bisnes aku di Maybank dah kena block Disebabkan hal tu aku terpaksa buka akaun baru di bank lain untuk teruskan urusan bisnes Dah tak boleh guna Maybank Lepas 2 3 hari aku survey beberapa b...
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah Cepat Siap Confirm Tambah Nasi

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kes Zara Qairina Mohon Saksi Yang Masih Ada Tolonglah Keluar Permintaan Khas Peguam

Buasir Otak Tv Tolong Simpan Air Kotak Kawan Be Like

Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Biodata Farhana Zahra Founder Susu Momegojes Coffee Vavavoom

Biodata Anees Ayunie Pempengaruh Usahawan Muda Berjaya

Biodata Eda Ezrin Penyanyi Dikir Barat Moden Loghat Kelantan