Kalau ikutkan memang banyak kedai makan western di Cyberjaya, tapi bukan senang nak cari yang betul-betul memuaskan hati. Tak nak kecewa? Anda boleh try makan di Giggles & Geeks.
Menu? Macam-macam ada! Rasanya setahun baru boleh habis try semua yang ada. Tapi, menu yang anda wajib cuba kalau singgah ke Giggles & Geeks ni ialah Lamb Chop, Lamb Shank dan juga Double Homemade Beef Burgernya. Memang juicy!
Bagi penggemar makanan hidangan Tex-Mex dan Turki, anda perlu mencuba Stuff’d. Restoran quick casual yang menyediakan hidangan ringkas, lengkap dan memuaskan ini terletak di DPULZE Shopping Centre. Suasana di sini memang simple tetapi kemas dan cukup menarik perhatian.
Secara ringkas, Stuff’d memfokuskan menu mereka terhadap makanan yang boleh dibalut dengan roti jenis leper. Dengan inti seperti ayam, daging, sayuran, jagung dan macam-macam lagi, hidangan di sini lengkap dengan semua kelas makanan. Memberikan anda nutrisi lengkap, mengenyangkan dan sihat. Kalau nak rasa sendiri apa yang istimewa, pastikan anda datang sendiri ke Stuff’d.
Sumber: Salam Noodles
Sesiapa yang memang meminati Chinese food, boleh lah anda berkunjung ke Salam Noodle. Dengan menu yang sentiasa menjadi sebutan dan pesanan para pelanggan yang ada di sini seperti Beef Soup Noodles, Sheep Bone Pot Set, Mutton Curry Gravy Noodles, Beef Dumplings, Mutton Roast Stick dan Braised Chicken Rice
Sumber: Salam Noodles
Rata rata pelanggan memberi kan respons yang positif dan mengatakan makanan mereka sedap. Dengan harga yang perpatutan, saiz hidangan yang besar dan makanan yang menarik, Salam Noodle harus menjadi pilihan anda untuk makan bila anda berada disini.
Sumber: @TexasBbqBarn
Pernah jumpa tak kedai makan western yang betul-betul guna teknik masakan asli daripada tempat asalnya? Kalau tak pernah, jom try makan di Texas BBQ Barn!
Sumber: @TexasBbqBarn
Restoran ini menghidangkan daging salai yang dimasak menggunakan resepi Texas menggunakan kayu terpilih sehingga 18 jam! Hasilnya? Daging yang dimasak sempurna dengan rasa yang sangat juicy! Daging salai atau smoked meat ini boleh dimakan bersama dengan pelbagai lagi menu lain seperti spaghetti, sandwich, nasi, mee dan lain-lain. Harga? Sangat berpatutan!
Sumber: Zam Ikan Bakar
Restoran Zam Ikan Bakar adalah sebuah restoran yang sentiasa dipenuhi pelanggan. Jadi jika anda terasa nak try, pastikan datang awal. Zam Ikan Bakar merupakan sebuah restoran makanan laut dan masakan bakar atau grill. Restoran yang santai, simple dan selesa ini menyajikan makanan bakar terbaik di sekitar Cyberjaya sejak tahun 1997 lagi.
Sumber: Muhamad Rafiuddin Kamaruzzaman, Muhammad Azim Rusyaidi Azizoo, Zam Ikan Bakar
Menu utama di sini ialah ikan bakar. Ikan seperti pari, keli dan kembung diperap dan dibakar, kemudian dilumur dengan sambal yang cukup sedap. Digandingkan dengan nasi putih, kuah pilihan anda, air asam atau sambal kicap, lengkaplah hidangan anda.
Sumber: Khairul Nizam Bakar
Makang ialah sebuah restoran berunsur masakan Terengganu yang terletak di Jalan Perdana. Cukup kemas, bersih, modern dan selesa, restoran ini menampilkan masakan Terengganu dengan penuh bergaya. Fokus kepada masakan sarapan pagi dan tengah hari, Makang sememangnya menjadi tempat makan pilihan ramai di sekitar Cyberjaya.
Sumber: Result Seven, Khairul Nizam Bakar, Muhamad Syahril, ctara.love.food
Menu utama mereka ialah nasi dagang. Nasi dagang yang asalnya dari Terengganu ini dimasak mengikut resepi turun temurun. Anda boleh nikmati nasi dagang ini dengan memilih antara 3 jenis gulai, gulai ikan tongkol, gulai ayam, gulai daging kerutuk.
Sumber: nasikandarmelayuunderground
Tidak kira jika anda berasal dari utara atau tidak, ramai yang menggemari hidangan nasi kandar, atau sebutan utaranya nasi kandaq. Di Cyberjaya Nasi Kandaq Melayu Underground adalah antara restoran yang mesti anda kunjungi dan cuba. Terletak di Glomac Cyberjaya, kedai nasi kandar ini simple namun cukup menarik perhatian.
Sumber: nasikandarmelayuunderground
Nasi dilumur dengan kuah campur yang menggabungkan beberapa jenis kuah Kari, kicap dan lain-lain. Sampingan dari nasi ini, anda boleh memilih apa saja protein yang anda gemari seperti ayam, ikan, sotong, dan lain-lain. Kemudian sayuran ditambah sebagai pelengkap hidangan ini. Keunikan nasi kandar juga terletak pada pembungkusannya yang dibungkus dengan padat. Jadi, datanglah dan cuba sendiri Nasi Kandaq Melayu Underground.
Sumber: Norwin Shariman Mohamad Nor
Adakah anda penggemar makanan masakan Indonesia? Marilah cuba Restoran Ayam Bakar Wong Solo yang terletak di Cyberjaya ini. Dengan hiasan dan rekaan dalaman yang mencerminkan budaya dan citarasa Indonesia, memberikan suasana yang cukup menarik dan santai. Restorannya juga luas dan sesuai untuk anda datang bersama keluarga atau rakan-rakan.
Sumber: fillanie, Syam Tajuddin, Shutter Photographer, izzatiaminn
Menu utama di sini ialah set ayam bakar yang menampilkan nasi putih bersama ayam bakar dan sampingan sayur dan sambal. Mereka juga popular dengan hidangan nasi ayam penyet, set empal sapi, Pecel Lele, sayur asam dan macam-macam lagi. Makanan Indonesia lain seperti masakan balado dan gado-gado juga ada di sini. Anda tentu akan merasa seperti berada di Indonesia apabila makan di sini.
Sumber: Mad Ayam Kampung
Satu sahaja nak pesan, nak datang sini, kena datang awal sebab Mad Ayam Kampung ini memang penuh sampai tak boleh nak cari tempat duduk maklum lah bukan senang nak cari tempat makanan macam ini dah sekarang.
Sumber: Mad Ayam Kampung
Menu yang bertemakan lauk-pauk masakan Melayu dan sesuai untuk anda yang bercdang nak bawa keluarga atau kawan kawan makan tengah hari. Harga mengikut lauk yag kita ambil tapi. untuk kawasan Cyberjaya yang serba moden ini, harga di Mad Ayam Kampung sangat berpatutan!. Dari segi rasa, tiada keraguan, memang mantap dan padu sekali.
Sumber: Burger & Taco
Bagi selera makanan barat tapi tercari cari tempat yang memberikan sesuatu yang lain dari yang lain tanpa perlu berbelanja lebih, Burger and Taco adalah jawapannya. Nak tahu apa yang istimewa tentang mereka?
Sumber: Burger & Taco
Setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang, mereka ada promosi bawah RM19 anda boleh dapat burger 150gram patty daging lembu datang dengan kentang goreng dan air. Kalau tak mahu burger, jangan risau sebab crunchy double beef taco 100 peratus daging asli Australia mereka pasti buat anda kecur air liur.
Sumber: Ton MJ
Yang mana mana singgah ke DPulze Shopping Center, lepas habis tengok wayang, dah selesai membeli barang perut terasa lapar, apa kata singgah ke Saba Restaurant yang berdepan dengan pusat beli belah Dpulze.
Sumber: Saba Restaurant
Memang tiada keraguan, dua menu adalah paling laris dan sangat sedap. Kalau rasa masih lapar lagi tapi tak mahu kan hidangan nasi, boleh cuba chicken kebab sandwich mereka.
Sumber: Lauk Kampung @Tamarind Square
Nama pun restoran lauk kampung, pasti anda boleh agak apa yang mereka hidangkan untuk anda jika anda berkunjung kesini bukan? Bagi yang memang gilakan makanan kampung yang berteraskan minang alang alang ada di Tamarind Square, singgah lah kesini untuk berhenti makan.
Sumber: Lauk Kampung @Tamarind Square
Satu lagi yang seronok disini adalah ruang persekitaran yang sangat bersih dan ruang washroom yang sentiasa terjaga kebersihannya jadi pelanggan pun berasa selesa dan selera menjamu.
Sumber: Volcano Shabu Shabu Cyberjaya
Kalau tercari cari mana restoran jepun yang halal, anda boleh singgah ke Volcano Shabu Shabu. Saiz hidangan yang besar, murah dan makanan yang sihat berkhasiat dengan teknik masakan steamboat dan grill.
Sumber: Volcano Shabu Shabu Cyberjaya
Di Volcano Shabu Shabu, anda pasti rambang mata memilih pelbagai pilihan makanan yang disediakan. Aneka sup pilihan untuk dijadikan base steamboat juga menjadikan pengalaman makanan di sini tidak bosan. Anak anak pun pasti suka kerana variasi ais krim dan ais kacang yang disediakan disamping pencuci mulut yang banyak untuk pilihan selera anda.
Sumber: Restoran Sana Sini
Kadang kadang nak bawa keluarga keluar makan ni menjadi satu isu juga kerana budak budak cepat bosan, bila dah makan nak balik menganggu kita yang masih nak menjamu. Jangan risau sebab di Sana Sini mereka adalah restoran yang mesra kanak kanak.
Sumber: Restoran Sana Sini
Netizen juga memuji saiz hidangan mereka yang jumbo dan nasi pula boleh refill percuma. Makanan bercirikan Chinese cuisine tak kurang juga sambutannya, kebanyakan pelanggan memuji masakan mereka.
Sumber: Ayam Gepuk Pak Gembus Cyberjaya
Pasti ramai yang kenal ayam gepuk pak gembus yang berada di kawasan lembah klang terkenal dengan sambal nya yang boleh diubah suai mengikut citarasa dan tahap kepedasan anda sendiri.
Sumber: Ayam Gepuk Pak Gembus Cyberjaya
Yang istimewa pastilah sambal cabainya yang sememangnya pedas namun sentiasa menambat hati dan selera pelanggan yang terus terusan datang sanggup beratur panjang berjam jam demi mendapatkan nasi lauk ayam dengan sambal cabainya.
Sumber: Campur Campur Kitchen
Restoran yang mengabungkan hidangan campuran Cina, Indonesia dan Thailand. Menu yang biasa kita lihat di restoran yang lain tapi bezanya disini adalah rasa masakan mereka. Ramai yang datang untuk makan set nasi mereka yang didatangi dengan pilihan ayam penyet, ayam bakar, kari hijau ayam dan udang telur masin.
Sumber: Campur Campur Kitchen
Terdapat banyak lagi pilihan menu disini dan boleh dikatakan dari segi rasa sangat memuaskan dan harga yang tidak mahal.
Sumber: Hutan Cafe
Terletak di Taman Tasik Cyberjaya, Hutan Café adalah café dengan setting yang berteraskan kehijauan. Kawasan yang tenang dan dekorasi seiring dengan nama diberi. Menu disini adalah gabungan Asian dan western bagi memenuhi selera pelanggan yang datang berkunjung. Mereka menyajikan juadah sarapan pagi dan setiap hari ada menu istimewa yang bertukar tukar.
Sumber: Hutan Cafe
Yang menarik tentang mereka adalah dekorasi makanan yang boleh dikatakan eye catching. Keseluruhan café hutan adalah tempat yang versatile untuk makan tengahari mahupun mengadakan majlis tertutup kerana mereka juga menyediakan perkhidmatan katering.
Sumber: nazri ismail
Nasi ayam yang terkenal dengan resepi asli turun temurun berasal dari port klang ni memcecah usia 30 tahun ini pasti sesuai bagi pengemar nasi ayam yang mahukan rasa yang berbeza.
Sumber: Nasi Ayam Babah
Harga pun murah bila dibandingkan tempat mereka yang dikatakan sangat bersih lengkap berhawa dingin dan sangat teratur keadaan didalam kedai. Dengan harga RM6.90 sepinggan set nasi ayam dialaf 2020 ni memang berbaloi betul makan nasi ayam di kedai nasi ayam babah ini.
Sumber: Glaze Eatery
Siapa kata fine dining hanya untuk elite class sahaja, di Glaze Eatery, orang golongan pertengahan pun boleh menikmati pengalaman seakan akan berada di fine dining restoran.
Sumber: Glaze Eatery
Serendah RM15 anda dah boleh dapat hidangan lengkap. Di Glaze Eatery juga mereka memberikan anda pilihan hidangan Asian, pasta serta wrap and sandwiches dan semuanya berharga bwah RM20 ringgit.
Sumber: Julio’s Lounge
Bagi mereka yang mahukan tempat yang lebih dari sekadar menikmati makanan, Julie’s Lounge adalah tempat untuk bersantai yang sangat selesa bagi para pelanggan yang bertandang, Menawarkan makanan buat pelanggannya dalam suasana damai buat mereka yang ingin menghabiskan masa di sana.
Sumber: Julio’s Lounge
Menu seperti Club Sandwich, Philadelphia Pizza, Beef Shawarma, Fruit Salad dan Juice Emperor adalah pilihan yang boleh dicuba jika anda berkunjung dan banyak lagi menu lain yang boleh didapati di Julio’s.
Sumber: Stephen Abraham
Bagi yang selalu kecewa dengan peniaga cendol dan rojak yang memberikan hasil yang kurang memuaskan, jangan kecewa lagi kerana di cendol station, para pelanggan akan merasa kepuasan yang tiada tandingan lebih lebih lagi bila cuaca sekarang yang sangat panas.
Sumber: Cendol Station
Cendol durian dan cendol pulut durian antara menu cendol yang ada disini dan dengan harga serendah RM7 anda boleh dapatkan rojak yang datang dengan ayam dan sotong, memang berbaloi.
Sumber: Pastribella Cyberjaya
Kedai milik pemenang masterchef musim pertama, Dr Ezani ini juga terletak di Tamarind Square menawarkan hidangan pemanis mulut dan hidangan savoury serta kopi gourmet.
Sumber: Pastribella Cyberjaya
Jika rasa nak tukar selera tekak untuk kek, boleh lah mencuba pilihan kek yang ada disini dan memang memuaskan hati terutamanya signature kek mereka, chocolate salted yang memang menjadi pilihan regular customers. Sesuai bagi gadis gadis yang nak mengadakan girls day out meeting.
Sumber: Amirah Alias
Seperti boat noodles, aroii thai juga berteraskan konsep setiap mangkuk dengan kadar caj RM2.09 sahaja. Konsep makanan thai ini menawarkan main dish berasaskan glass noodle dan juga pilihan nasi.
Sumber: Aroii Thai
Tak lupa pada pemanis mulut pulut mangga mereka. Dengan menu yang tidak terlalu banyak, aroii thai dapat mengekalkan kualiti dan rasa makanan dan minuman mereka sebaik mungkin dan majoriti memberikan feedback yang positif terhadap servis yang diberikan.
Sumber: We Play Games Cafe
Bagi yang nak meluangkan masa bersama keluarga sambil bermain board games, we play games café menunggu anda dan keluarga serta rakan rakan ke sana. Ruang yang lapang ini sangat selesa untuk menghabiskan masa terluang anda bersama teman teman.
Sumber: We Play Games Cafe
Mereka juga menawarkan lapan pilihan hidangan yang berbeza yang terdiri daripada pasta dan satu minuman percuma bermula dari RM17.Sekiranya anda mahu sesuatu yang manis, anda boleh menambah tambahan RM7 untuk pencuci mulut yang disediakan untuk hari yang anda berkunjung.
Sumber: Padi House Restaurant
Tak semua orang Malaysia ni boleh makan makanan yang berasaskan haiwan seperti orang India dan juga health enthusiast. Di padi house, mereka adalah tempat makan yang mesra vegetarian.
Sumber: Padi House Restaurant
Harga di sini sedikit mahal tapi setanding dengan saiz hidangan yang mereka sajikan pada anda kalau anda singgah kesana, kena cuba ayam panggang pesto fondue mereka, memang sedap!
Sumber: Herbs & Butter, Tamarind Square
Mencari lokasi yang menawarkan masakan melayu dan barat yang lazat? Jangan tercari cari lagi, singgah sahaja di Herbs&Butter. pelbagai hidangan dari Nasi Daging Dendeng yang kaya dengan aroma melazatkan, Laksa Johor dengan ulam ulaman resepi asli, burger, stik dan lain-lain lagi.
Sumber: Herbs & Butter, Tamarind Square
Paling menarik tentang menu ialah butter gravy yang creamy, berlemak dan secukup rasa. Daging empuk dengan salutan tepung yang rangup membuatkan anda berselera dengan keropok belinjau dan sambal belacan sebagai hidangan sampingan.
Sumber: Dokebi Chicken
Sekarang ni memang in trend ayam goreng korea bersalut sos istimewa dan lagi istimewa bila dibalut dengan keju mozarella cair seperti franchise ayam korea lain yang ada di Malaysia. Dokebi tak kurang hebatnya, menurut pengunjung yang datang, Ayam gorengnya memang terbaik.
Sumber: Dokebi Chicken
Bestseller menu di Dokebi ini mestilah Yang Nyeom Sauce chicken with cheese yang datang dalam tiga perisa pada harga RM51.80. cukup untuk 4 orang makan dan banyak lagi menu pilihan mengikut selera tekak pengunjung.
Sumber: Sanaa Restoran
Nak makan nasi arab? Apa kata cuba nasi arab paling sedap dan terbaik sekali di Cyberjaya di Sanaa Restaurant. Nasi arab beserta lauk kambing atau ayam kabshah dan hanith dimakan bersama kuah yang lazat pasti memuaskan sesiapa saja yang mencubanya.
Sumber: Sanaa Restoran
Bagi yang mahukan sesuatu yang ringan, kebab sajork menjadi pesanan ramai yang datang kesini. Secara keseluruhan, sana’a adalah alternatif yang berkualiti dari segi menu dan suasana yang tidak hiruk terutamanya waktu makan malam.
Sumber: MH Chai
Sekiranya anda berada di sekitar Cyberjaya & Putrajaya dan mengidam makanan gaya American homemade burgers maka anda perlu pergi ke Harley’s Burger and Roaster yang terletak di Third Avenue Cyberjaya. Di Harley, mereka menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi tanpa bahan pengawet, pewarna, aditif dan perasa tiruan.
Sumber: Harley’s Burger Cyberjaya
Anda juga boleh menambah kepingan daging lembu untuk burger yang lebih besar dan sarat dengan bahan. Burger ayam mereka pula Ia mempunyai kulit yang rangup di luar manakala daging mempunyai tekstur lembut. Roti yang digunakan untuk burger adalah buatan sendiri oleh Harley.
Sumber: Gini Gangadharan
Bermula dengan kecil kecilan sehingga menjadi perniagaan yang berjaya, tentu anda akan merasai hidangan dengan makanan yang baik. Membawa anda pengalaman Bali sebenar, Ole Ole Bali sememangnya tidak akan mengecewakan anda dengan makanan mereka.
Sumber: Ole-Ole Bali
Dihidangkan bersama Lawar Kacang, Rempeyek, Sambal Terasi dan Sambal Matah digandingkan dengan nasi istimewa mereka nasi Sela mereka yang merupakan salah satu signature dish di mana nasi dimasak dengan ubi keledek.
Sumber: Edward Poh
Terkenal café ini sejak jalan jalan cari makan membuat review ditempat mereka. Menawarkan menu Asian dan juga western. jika anda mahu menu sebenar makanan Melayu, Puffy Buffy adalah lokasi patut dicuba.
Sumber: Cafe Puffy Buffy
Ramai mengesyorkan nasi goreng nenas yang padat dengan rasa nenas walaupun nampak biasa sahaja. Ice blended oreo mereka juga tak lokek dengan bahan menjadikan ice blended mereka memuaskan selera tekak yang sedang kehausan.
Sumber: zyda azyan
Terletak di Tamarind Square, 10 gram adalah restoran yang menyajikan lebih 50 menu untuk dipilih yang kebanyakannya menu barat dan juga menawarkan hidangan tempatan buat pengunjung yang ke sana.
Sumber: 10 Grams Cyberjaya
Makanan pun dikatakan sedap dan setanding dengan restoran yang bertapak lama di Malaysia seperti chicken parmigiana di 10 gram jauh lebih lazat dari secret recipe.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |