34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie


Seremban merupakan sebuah daerah yang cukup terkenal dengan jolokan lubuk makanan orang “Nogori” untuk diterokai apatah lagi jika anda pertama kali menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan.
Tambahan pula jika anda seorang yang gilakan masakan pedas dan asli, maka Seremban adalah destinasi yang paling tepat untuk anda terokai. Rata-rata masakan di sini mendapat pujian dan cukup viral di kalangan food hunter.
Kami mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa tempat makan menarik di Seremban yang cukup popular serta menyajikan pelbagai jenis masakan untuk santapan anda sekeluarga. Sudah pasti anda teruja, bukan? Jom kita lihat tempat makan paling best di Seremban pilihan foodie.
01. Hayyan Huda Opah’s Kitchen Sumber: @hayyanhuda2018 Di Taman Bukit Temiang, terdapat sebuah restoran yang akan membuatkan anda rasa seperti pulang ke kampung Opah. Hayyan Huda Opah’s Kitchen merupakan sebuah restoran berkonsep warehouse yang nampak seperti sebuah rumah.
Malah, di sini, kasut dan selipar harus dibuka di pintu masuk. Ala, macam balik rumah Opah lah. Cukup menarik, Hayyan Huda’s Opah Kitchen ini memang sangat mesra keluarga dan luas untuk memastikan semua selesa.
Sumber: @hayyanhuda2018 Menu di sini memang memuaskan. Lauk-pauk masakan Opah yang menjadi idaman hati merupakan menu utama di sini. Masak Lemak Daging Salai, Sambal Udang Petai, Kankung Belacan, Ayam Kampung Goreng, Telur Dadar dan Nasi putih didatangkan dalam bentuk set dan boleh dinikmati bersama keluarga. Anda boleh memilih antara untuk 2 pax atau 4 pax. Setiap set juga didatangkan bersama sirap selasih.
Baca: 10 Tempat Makan Menarik Di Nilai
Yang istimewanya di sini, lauk-pauk dan makanan mereka dihidangkan dalam pinggan mangkuk klasik yang selalunya ada di rumah nenek. Ada juga makanan a-la carte yang boleh anda cuba seperti nasi goreng kampung, nasi goreng daging salai, soto Ayam bergedil dan lain-lain. Mereka turut menyediakan beberapa kuih-muih dan kek untuk dimakan sebagai pemanis mulut. Jangan lupa ya ke Hayyan Huda Opah’s Kitchen.
Alamat: 44, Jalan Bukit Temiang 1, Taman Bukit Temiang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Selasa-Jumaat (11:00am-08:00pm) | Sabtu-Ahad (11:00am-10:00pm) | Isnin (Tutup)
02. Kafe Ikhwan Nasi Ayam Hainan Sumber: KAFE IKHWAN NASI AYAM HAINAN Kafe Ikhwan telah pun dikenali ramai dengan cawangannya yang banyak di serata negara, mengetengahkan makanan halal dan bersih. Namun, di Seremban ini terdapat satu cawangan kafe Ikhwan yang popular dengan Nasi ayam Hainan.
Terletak di Garden Homes, kafe ini mengekalkan konsep yang sama dengan cawangan-cawangannya yang lain. Kepelbagaian makanan juga tetap disediakan.
Sumber: azie mohd sarpan, Uqbah Fadhil RPU, Vivien Kok, gambarmakannai, haslinda abdul talib Namun, tentunya yang menjadi tarikan ramai di sini ialah nasi ayam Hainan mereka. Didatangkan dalam bentuk set yang berlainan, anda boleh memilih untuk mencuba set basic, regular, superior atau special. Setiap set didatangkan dengan sampingan yang berbeza.
Antara sampingan yang boleh menjadi pilihan anda ialah kerabu taugeh, hati, pedal, sup dan lain-lain. Jadi, ikut kemahuan anda yang mana menjadi set Idaman hati. Selain dari nasi ayam, anda juga perlu mencuba hidangan western mereka.
Hidangan seperti chicken chop, fish and chips, kentang goreng dan macam-macam lagi tidak kurang hebatnya. Pilihan nasi lain seperti nasi kerabu, nasi lemak, nasi berlauk juga ada disediakan. Ada juga makanan yang lebih ringan seperti roti canai dan lontong. Macam-macam ada ya di sini.
Alamat: No. 144, Jalan S2 F2, Garden Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 7am-8pm (setiap hari)
03. Mee Hiris China Muslim Sumber: Mee Hiris China Muslim Masakan Cina yang asli memang sangat unik. Walaupun terdapat banyak restoran Cina Muslim di Malaysia, jarang sekali kita dapati restoran yang menyediakan makanan tradisional Cina yang benar-benar asli.
Contohnya, tahukah anda mee yang dihidangkan dalam restoran Cina sebenarnya dihasilkan sendiri dan tidak dibeli dalam bentuk segera dan sedia dimasak? Pernah tak anda melihat sendiri proses pembuatan mee? Jika anda ingin melihat sendiri, pastikan anda datang mencuba makanan Cina Muslim asli di Mee Hiris China Muslim yang terletak di Taman Komersil Senawang.
Sumber: lllllllll09.9 Menu utama mereka ialah mee tarik. Mee tarik ialah sejenis hidangan tradisional China yang berasal dari Lanzhou, bahagian utara China. Dihidangkan bersama sup, hirisan daging, hirisan cili, daun ketumbar dan pilihan antara mee hiris atau mee tarik.
Apa bezanya? Mee tarik lebih nipis dan teknik buatannya melibatkan menarik adunan tepung hingga panjang dan nipis. Manakala, mee hiris pula merupakan mee yang lebih tebal dan proses buatannya melibatkan si pembuat menghiris doh sebelum direbus. Menarik kan? Selain dari mee tarik dan mee hiris, anda juga boleh dapatkan makanan lain seperti nasi ayam kungpao, dumpling dan macam-macam lagi. Marilah cuba.
Alamat: No.35-G & 36-G, Jalan Tmn Komersial Senawang, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 11am-8pm (setiap hari)
04. Restoran Belqis Sumber: Bin Lee Di Seremban ini, terdapat sebuah restoran makanan Arab yang pasti menarik perhatian anda. Restoran Belqis, nama indah yang pasti diingati. Dari luar, boleh kelihatan hiasan Arabic mereka dengan kerawang-kerawang dan ukiran yang menghias pintu masuk.
Sejurus masuk, suasananya sangat aman dan mesra, seperti berada di rumah. Dengan meja-meja bulat yang besar, seronok untuk datang makan sekeluarga.
Sumber: Belqis Resto, Fing Chiew, zryn78 Restoran ini menawarkan makanan Arab dan Timur tengah. Jadi anda tentu saja boleh mendapatkan nasi Arab kegemaran anda seperti nasi kabsah, nasi hanith, nasi Mandi dan lain-lain, tentunya dengan pilihan ayam atau kambing.
Mereka juga menyediakan makanan grill seperti kebab dan sandwich seperti shawarma. Roti yang mereka sediakan juga boleh dinikmati bersama hummus, falafel, aqda dan lain-lain. Anda juga perlu mencuba salad Arab mereka seperti salad tabouleh dan fattoush. Jangan lupa cuba tau!
Alamat: No: 165 (GF), Jalan S2 B22, Pusat Dagangan, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)
05. Restoran Selera Nogori Sumber: Restoran Selera Nogori Sesiapa saja yang pernah berkunjung ke restoran ini pasti akan menjadi pelanggan tetap. Tak percaya? Dengan suasana restoran yang cukup selesa dan ekslusif serta lebih dari 100 juadah kampung dan moden yang sedia terhidang pasti memikat hati setiap pelanggan yang berkunjung. Namakan saja lauk apa yang anda inginkan, semuanya ada di sini. Memang rambang mata dibuatnya.
Baca: 27 Tempat Makan Best Di Kajang
Lihat sahaja nama restoran anda sudah boleh mengagak apa menu yang paling popular di sini. Sudah tentu masakan salai masak lemak cili api, asam pedas Negeri Sembilan serta banyak lagi untuk anda nikmati.
Sumber: Restoran Selera Nogori Bukan itu sahaja, Restoran Selera Nogori turut menyediakan pelbagai jenis kuih muih tradisional melayu yang menggiurkan. Yang menariknya susun atur juadah yang mengasingkan jenis masakan dan pencuci mulut sangat menarik dan ia sangat memudahkan pelanggan.
Jam 12.00 sehingga 2.30 merupakan waktu puncak di restoran ini dan anda bakal lihat orang ramai berasak-asak untuk menikmati juadah yang dihidang. Jadi, anda dinasihat untuk datang lebih awal dan nikmatilah waktu makan anda dengan tenang dan selesa.
Alamat: 602 & 603 Jalan Haruan 4/8 Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari Isnin- Sabtu
06. Restoren Kemangi Sumber: Aizat Bagi anda yang sukakan suasana makan malam bersama keluarga yang selesa serta meriah, Restoren Kemangi adalah lokasi yang sangat sesuai dan tepat untuk anda sekeluarga. Rata-rata pengunjung yang berkunjung ke sini kebanyakannya untuk meraikan tarikh atau majlis keluarga seperti sambutan hari lahir, hari ulang tahun serta banyak lagi.
Ruang makan keluarga yang selesa, hiasan yang menarik serta perkhidmatan pelanggan yang 5 bintang adalah faktor utama yang menarik ramai pengunjung ke restoran ini.
Sumber: Restoran Kemangi Antara pilihan masakan yang disediakan untuk anda di sini adalah masakan barat, masakan melayu dan juga masakan Thai.
Alamat: Jalan Kuala Pilah, Persimpangan Taman Pinggiran Golf, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari (4.00 petang – 1.00 pagi)
07. Haji Shariff’s Cendol, Seremban Sumber: MHafiqAR Siapa yang tidak sukakakn cendol? Tambahan pula pada waktu petang yang panas terik serta selepas penat dari meronda-ronda seharian. Dapat pekena cendol semangkuk pasti hilang haus di tekak dan lesap segala lenguh-lenguh urat.
Haji Shariff’s Cendol adalah lokasi yang wajib anda singgah sekiranya berkunjung ke Seremban. Jika dahulu ia hanyalah gerai kecil yang diusahakan di tepi jalan namun sekarang ia sudah berkembang dan berjaya mendapatkan tapak perniagaannya sendiri.
Sumber: Haji Shariff’s Cendol, Seremban Di sini terdapat beberapa jenis cendol serta pelbagai jenis perisa untuk dinikmati. Antara yang popular adalah cendol jagung, kacang merah, pulut dan banyak lagi. Bukan itu saja, anda juga boleh menempah rojak di premis ini. Barulah lengkap menu waktu minum petang anda sekeluarga nanti.
Alamat: 44 Jalan Yam Tuan, Seremban
Waktu Operasi: Setiap Ahad-Jumaat (10 pagi-6petang)
08. Nasi Arab Damsyik Sumber: Syafiq Rahman Inginkan kelainan dalam menikmati makan malam bersama keluarga? Apakata anda cuba hidangan nasi arab di restoran nasi arab Damsyik. Ruang makan yang membolehkan pelanggan makan sambil bersila sememangnya cukup menggamit memori serta merapatkan lagi kemesraan hubungan ahli keluarga.
Konsep ruang makan sebegini pastinya menarik lebih ramai pengunjung kerana ia menerbitkan suasana makan yang santai dan bersahaja. Bahkan dekorasi restoran yang bercirikan timur amat sesuai untuk dijadikan background yang menarik bagi setiap detik gambar yang dirakam.
Sumber: Nasi Arab Damsyik Jadi tak hairan lah jika restoran ini sering dijadikan tempat makan malam koperat seperti annual grand dinner syarikat dan lain-lain majlis. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan di sini cukup murah dan berbaloi untuk semua pakej.
Antara menu yang menarik di sini yang boleh anda cuba adalah nasi mandy dan juga kebab.
Alamat: Jalan Paroi – Senawang, Taman Melati Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari rabu-isnin (11.00 pagi-11.00 malam)
09. Restoran DPantai Sumber: Restoran D’Pantai Tentu syok dapat pekena kambing panggang, ikan tilapia serta ikan siakap yang dibakar special di tepi pantai sambil menghirup udara nyaman pada waktu malam, bukan?
Tambah-tambah lagi jika terdapat pelbagai menu masakan yang menarik serta layanan yang diberikan pula first class. Restoran DPantai sememangnya menjanjikan sesuatu menarik dan istimewa buat anda sekeluarga.
Sumber: Restoran D’Pantai Restoran DPantai merupakan sebuah restoran yang diusahakan sejak 2008 oleh penduduk kampung bagi memperkenalkan kampung halaman mereka kepada para pelancong.
Berkat serta usaha gigih mereka akhirnya membuahkan hasil yang cukup lumayan kerana lokasi ini sering dijadikan tempat berkumpul dan sesak dengan kunjungan ramai.
Alamat: Lot 1, Batu 6, Jalan Jelebu, 71770 Seremban
Waktu Operasi: Ahad-Khamis (4.30 petang-11.30 malam), Jumaat-Sabtu (4.30 petang-12.30 tengah malam)
10. Nasi Lemak Senawang Sumber: Nasi Lemak Senawang Nasi lemak yang disajikan di restoran Nasi Lemak Senawang bukan sekadar nasi lemak biasa. Ia lebih dari itu. Nasi lemak soft shell crab with salted egg sauce dan nasi lemak sotong with salted egg sauce antara menu yang paling laris dan wajib anda cuba.
Sos yang diperbuat daripada telur masin yang berkrim dipadankan pula dengan nasi lemak sotong atau ketam goreng yang rangup adalah kombinasi yang terbaik di abad ini!
Sumber: Nasi Lemak Senawang Bukan itu sahaja, jika anda mengidam nasi lemak yang tradisional dan asli, Restoran Nasi Lemak Senawang turut menyediakan sambal serta lauk seperti sambal sotong, sambal kerang, paru goreng, hati pedal, sambal tempe dan macam-macam lagi untuk anda semua.
Jika anda berkesempatan ke Seremban jangan lupa untuk merasai sendiri keenakan nasi lemak Senawang ye!
Alamat: No.9, Jalan Cattleya 2, Persada Cattleya Senawang, 70450 Seremban.
Waktu Operasi: Setiap hari Khamis-Selasa
11. Mr Manshor Kopitiam Power Sumber: Faisal Rahim Anda seorang penggemar kopi yang tegar? Sering kecewa dengan air kopi yang kurang menyengat dan padu? Jangan risau kerana di Mr Manshor Kopitiam Power semua masalah anda bakal selesai.
Di sini anda boleh melepaskan gian anda terhadap kopi sepuasnya dan mungkin secawan kopi tidak cukup untuk anda nikmati. Kopi tongkat ali, kacip fatimah, kopitiam power dan kopi burung walit antara kopi yang disyorkan dan laris di sini.
Sumber: Mr Manshor Kopitiam Power Mr Manshor Kopitiam Power cukup terkenal dengan kelazatan kopinya. Malahan ia turut dijadikan port lepak memandangkan ruang makan di sini cukup luas dan selesa. Jadi tidak hairanlah mengapa restoran ini sering sesak dengan kunjungan orang ramai!
Alamat: Lot 717, Jalan Kuala Pilah – Seremban, 70400 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari Selasa-Ahad (8.00 pagi-3.00 petang, 4.00 petang-1.00pagi)
12. Restoran Wadi Ar-Raudhah Sumber: Bunga Larangan Restoran ini tidak kurang hebatnya. Populariti Restoran Wadi Ar-Raudhah dalam menyediakan menu masakan yang bervariasi sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Di sini juga anda boleh menikmati lebih dari 40 jenis masakan kampung yang asli terutamanya masakan Nogori.
Pernah mendapat liputan dari beberapa stesen radio dan televisyen seperti ASEAN Heritage Food Trail with Chef Wan, Jalan-Jalan Cari Makan TV3, Negeri Sembilan Food Trail dan juga GengPagiHot Radio Hot FM menjadikan Restoran Wadi Ar-Raudah cukup istimewa dan wajib diterjah.
Sumber: Restoran Wadi Ar-Raudhah Bukan itu sahaja jika anda datang secara berkumpulan, maka steamboat adalah santapan yang terbaik untuk dinikmati. Pelbagai jenis pilihan makanan, seafood segar dan juga grilled siap terhidang.
Teringin masakan timur tengah seperti nasi mandy kambing dan ayam? Jangan risau kerana di Restoran Wadi Ar-Raudhah semuanya ada. Memang rambang mata dibuatnya!
Alamat: 1, 2, Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
13. N9 Stick Factory Sumber: N9 Stick Factory Sebuah restoran yang cukup popular di Sereman dan ia juga turut viral di media social. Diikuti oleh lebih 9 ribu pengikut di Facebook dan Instagram sudah membuktikan N9 Stick Factory adalah restoran yang wajib dimasukkan ke dalam list anda ketika berkunjung ke Seremban.
Bukan itu saja, ia sering dikunjungi oleh selebriti tanah air dan pernah mendapat liputan dari rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3 menjadikan N9 Stick Factory trending di kalangan foodies. Lebih-lebih lagi penggemar masakan barat.
Di sini menu yang paling hot selling adalah smoked duck quesadilla, creamy mushroom soup, golden egg soft shell crab dan macam-macam lagi.
Sumber: N9 Stick Factory Selain itu, dengan dekorasi restoran yang cukup menarik serta suasan makan yang berprivasi tidak hairan ia makin mendapat tempat di hati pengunjung terutamanya bagi meraikan event yang cukup bermakna sering hari ulangtahun perkahwinan, majlis hari jadi dan banyak lagi.
Alamat: No 99, Persiaran S2 B1, S2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 petang- 12.00 malam)
14. Bayu Village Restaurant Sumber: Bayu Village Restaurant Berita baik bagi hantu seafood sekalian. Bayu Village Restaurant merupakan sebuah restoran yang mempertaruhkan masakan yang berasaskan seafood sebagai menu utama. Semua jenis makanan lauk seperti ketam, sotong, ikan, kerang dan bermacam-macam jenis lagi untuk dipilih.
Bukan itu saja, cara masakan bagi setiap makanan laut yang diambil juga boleh dipilih. Namakan saja masakan yang bagaimana anda inginkan, 15 minit saja ia sudah terhidang di depan mata.
Sumber: Bayu Village Restaurant Sotong celup tepung yang rangup, ketam masak sambal, kerang bakar, siakap bakar berempah antara menu yang patut anda cuba. Tambah-tambah lagi jika dipadankan pula dengan tomyam seafood pedas serta kailan ikan masin pasti makan malam anda sekeluarga jadi lebih sempurna.
Alamat: No.23385, Jalan Paroi, Senawang, Tmn Kiambang Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
15. Dapur Berasap Sumber: Dapur Berasap Masakan yang sedap serta portion hidangan yang diberikan pula banyak pasti memikat hati setiap pengunjung yang datang. Dapur berasap sememangnya terkenal dengan jolokan king of western food di sini.
Pada waktu malam anda boleh lihat fenomena orang ramai berkumpul bersama-sama keluarga dan juga teman-teman sambil menikmati masakan barat di sini.
Hampir setiap malam dapur berasap full house! Dan yang paling menariknya masakan di sini dihidangkan dalam talam di mana ia boleh dinikmati beramai-ramai. Wah, makin erat hubungan sesama ahli keluarga.
Sumber: Dapur Berasap Jadi, sekiranya anda berkesempatan untuk bercuti ke Seremban jangan lupa untuk ke sini bersama keluarga ye.
Alamat: 6, Jalan Taman Komersial Senawang, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
16. City Park Oriental Seremban 2 Sumber: City Park Oriental Seremban 2 Inginkan sesuatu yang istimewa dan lain dari kebiasaan untuk dijadikan menu santapan anda sekeluarga? Apakata pekena masakan Chinese Muslim di City Park Oriental Seremban 2. Makanan di restoran ini dijamin halal dan bersih. Anda tak perlu ragu-ragu lagi dan nikmatilah Chinese Muslim sepuasnya.
City Park Oriental Seremban 2 dibuka pada waktu pagi sehingga lewat malam. Nak rasa menu traditional tionghwa yang asli? Jemput datang ke restoran ini pada waktu bagi kerana ia sangat popular dan disediakan untuk sarapan pagi.
Sumber: City Park Oriental Seremban 2 Selain itu, dim sum pula menjadi signature dish di sini kerana keenakannya yang sangat terserlah. Bahkan bahan-bahan yang digunakan untuk memproses dim sum di sini adalah daripada bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi.
Di samping itu, anda boleh juga menonton demo penyediaan mee tarik secara live kerana mereka memproses mee ini secara terbuka.
Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana bukan mudah untuk mencari restoran yang menyediakan masakan Chinese Muslim yang halal.
Alamat: 111, 102, Jalan S2 D32, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
17. Koffeekabin Sumber: ruggedmom Nak hari lebih ceria? Apakata kita ngopi-ngopi dulu di Koffeekabin. Semua menu sarapan di sini memang terbaik dan sedap belaka.
Pernah mendapat liputan dari rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3 serta TV Al-Hijrah, Koffeekabin bukan calang-calang restoran. Pastinya terselit sesuatu yang istimewa sehingga menarik perhatian pihak media untuk menerbitkan slot khas untuk mereka di media massa.
Sumber: Koffeekabin Dekorasi restoran yang berkonsepkan element eksklusif dan santai serta menyajikan bermacam-macam masakan merupakan kunci utama ia sentiasa sesak dengan kunjung ramai.
Apa yang lebih menariknya lagi mengenai restoran ini adalah mereka turut bekerjasama dengan foodpanda. Jika anda lapar tetapi malas untuk keluar apakata guna saja perkhidmatan foodpanda. Sekelip mata saja anda boleh menikmati masakan dari Koffeekabin.
Alamat: No 435 Jalan Pusat, Jln Bandar Senawang 18, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari Sabtu-Khamis (10.30 pagi-10.30 malam)
18. Polperro Steak House Seremban 2 Sumber: Google Stik yang lembut serta juicy menjadi idaman setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang meminati stik dan western food. Tetapi bukan mudah sebenarnya nak mencari steakhouse yang menyediakan hidangan ini yang kena dengan citarasa dan tekak orang melayu seperti kita.
Polperro Steak House Seremban 2 sebuah restoran yang cukup mahsyur di Seremban di mana ia menyajikan pelbagai jenis westen food yang menjanjikan kepuasan untuk anda semua. Diusahakan oleh anak melayu pada tahun 2016 kini restoran ini sudah mempunyai 4 buah cawangan di sekitar Negeri Sembilan dan juga Shah Alam.
Sumber: Polperro Steak House Seremban 2 Menu yang paling top dan laku keras di sini adalah Lamb preme, Chicken Chop, Spaghetti dan banyak lagi.
Alamat: No 1, Jalan S2B15, Pusat Dagangan, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.00 petang-12.00 malam
19. Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway Sumber: Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway merupakan sebuah restoran yang menyajikan para pelanggan dengan keistimewaan masakan Sunda Indonesia yang asli.
Ruang makan di restoran yang cukup selesa, perkhidmatan pelanggan yang cekap serta masakan pula yang disajikan sedap-sedap belaka menjadikan ia sentiasa penuh dengan pelanggan. Kalau anda merancang ke sini bersama kumpulan yang agak besar kami sarankan anda membuat tempahan terlebih dahulu.
Sumber: Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway Antara menu yang paling laris dan rare di sini adalah ngariung kampung bebek, nasi liwet bebek bakar, set Jakarta, tilapia goreng kipas, sambal udang dan banyak lagi. Tengok senarai makanan di sini pun boleh meleleh air liur apatah lagi melihat persembahan pada setiap makanan yang dihidang.
Alamat: No 3-G Gerbang Seremban, Off Jalan Sungai Ujong, Seremban, 70200 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi-11.00 malam)
20. Mee Kari Railway Rasah Sumber: Farrah Yaacob Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga dengan mee kari di restoran ini, mungkin tampak biasa di mata anda tetapi apabila disuap ke dalam mulut pasti anda akan teringat keenakannya sampai bila-bila. Tekstur kuah yang tidak terlalu pekat dan rasanya yang cukup seimbang menjadikan mee kari di sini antara yang terbaik.
Mee Kari Railway Rasah merupakan sebuah restoran yang cukup terkenal di kalangan penduduk di Seremban dan ia boleh digelar kedai legend kerana telah beroperasi lebih dari 10 tahun lamanya.
Terdapat juga menu lain untuk anda cuba antaranya nasi lemak, roti bakar telur goyang, bihun kari serta banyak lagi.
Alamat: 97, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari Sabtu-Ahad (8.00 pagi-4.00 petang)
21. Eid Authentic Korean Cuisine – Seremban Sumber: Jazli Aziz Sebut sahaja Mukbang pasti semua orang tahu. Populariti page Mukbang di Facebook yang memaparkan demo makan makanan Korean sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Boleh meleleh air liur dan rasa nak terbang ke Korea untuk menikmati sendiri kelazatan makanan Korean.
Tetapi kenapa perlu ke Korea sedangkan di Seremban sudah ada restoran yang menyajikan bermacam-macam jenis Korean cuisine. Di sini anda bukan sahaja dapat merasai sendiri Korean cuisine bahkan dengan dekorasi kedainya yang cantik anda pasti akan rasa seolah-olah berada di Korea.
Sumber: Eid Authentic Korean Cuisine – Seremban Info yang menarik mengenai Eid Authentic Korean Cuisinine adalah ia merupakan sebuah restoran makanan Korean yang pertama mendapat sijil halal di Itaewon, Seoul.
Apabila mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi daripada pelancong Malaysia, mereka mengambil keputuan untuk melebarkan empayar business ini ke Malaysia. Dan Seremban merupakan cawangan kedua yang dibuka di Malysia selepas Bandar Baru Bangi.
Jadi, jika anda peminat setia makanan Korea dan teringin untuk merasai Korean Cuisine yang asli jangan teragak-agak untuk singgah ke Eid Authentic Korean Cuisinine.
Antara menu yang disyorkan di sini adalah Yangnyeom Dakganjung, Honey Dakganjung, Kimchi Fried Rice dan banyak lagi.
Alamat: 3-Level 1, Seremban Gateway
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi-11.30 malam)
22. Melewar Kitchen Sumber: Khairul Anuar Buat peminat masakan tradisi Minang, Jawa dan Nogori yang pedas serta padu, Melewar Kitchen adalah lokasi terbaik yang disyorkan untuk anda. Sebut saja masakan apa yang anda hajati semuanya ada di sini.
Masak lemak cili api, masak lemak daging salai, ikan keli berlado, tempe goreng dan ayam thai antara menu yang paling diminati dan mendapat permintaan tinggi setiap hari.
Keaslian dalam setiap masakan serta ruang makan yang selesa antara daya tarikan utama restoran ini sering dikunjungi ramai. Bukan itu sahaja, Melewar Kitchen juga menyediakan ruangan khas bagi mereka yang inginkan privasi untuk menyambut apa-apa majlis atau keramaian.
Sumber: Melewar Kitchen Yang paling bestnya, Melewar Kitchen sangat komitmed dalam memenuhi setiap permintaan pelanggan mereka termasuklah membuat dekorasi bagi setiap majlis, menjayakan surprise atau kejutan serta banyak lagi.
Alamat: No 114-115, Pusat Perniagaan Lavender Heights, Jalan Lavender Heights 1, Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari Isnin-Sabtu (11.00 pagi-11.30 malam), Ahad (9.00 pagi-11.30 malam)
23. Hanif Kitchen Sumber: Poernawan Zuhri Bagi anda yang tercari-cari masakan warisan melayu nogori yang betul-betul asli, jemput singgah ke Hanif Kitchen. Semua masakan di sini dimasak oleh chef-chef yang berkelayakan dan arif tentang selok-belok resepi asal masakan melayu nogori. Pendek kata anda tidak akan menyesal sama sekali mencuba setiap menu yang ada.
Masak lemak cili api Tenggiri maman, burung puyuh goreng berlada, ayam golek special adalah menu yang wajib untuk anda cuba sekiranya anda ke sini.
Rasa lemak yang cukup, pedas yang menyengat dalam setiap masakan pasti membuatkan anda ketagih untuk menikmati hidangan di sini lagi.
Sumber: Hanif Kitchen Selain itu, Hanif Kitchen turut menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan, katering dan layanan di meja makan. Berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini? Anda boleh berurusan dengan Tuan Hanif, pemilik Hanif Kitchen.
Alamat: Batu 2 1/2 jalan seremban-jelebu ampangan, 70100 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari Jumaat-rabu (12.00 tengahari-9.30 malam)
24. Mama One Stop Bakery & Café Sumber: Fathee Muhammad Donut yang gebu serta dihiasi dengan topping yang coklat yang meleleh pasti akan memikat hati sesiapa saja yang datang berkunjung ke sini. Apatah lagi jika dessert yang disediakan pula beraneka jenis dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Jika dilihat dan dinilai café ini oleh dikatakan setanding dengan café tersohor iaitu Dunkin Doughnut dan juga Big Apple.
Selain itu, Mama One Stop Bakery & Café sebuah café yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Memilih untuk mengetengah konsep santai serta ala-ala hipster, café ini sering menjadi pilihan keluarga untuk makan tengahari dan juga minum petang di sini.
Sumber: Mama One Stop Bakery & Café Café ini bukan hanya menyediakan menu dessert semata-mata, bahkan anda boleh juga menikmati makanan berat seperti nasi lemak, mee kari udang dan banyak lagi Jadi, jika anda berkesempatan untuk ke Seremban, jangan lupa untuk singgah ke Mama One Stop Bakery & Café ye.
Alamat: Kampung Sentosa, 70400 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari Selasa-Ahad (8 pagi-7 malam)
25. Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd Sumber: Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd Kalau ke Seremban dan tak pekena masakan masak lemak cili api memang tak sah. Tak lengkap rasanya percutian anda ke sana. Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd merupakan sebuah restoran yang sangat terkenal dengan keenakan masakan tradisi Negeri Sembilan lebih-lebih lagi masakan lemak cili api.
Di sini terdapat lebih dari 20 tray lauk-pauk yang sedia terhidang untuk anda nikmati. Pasti rambang mata dan rasa teruja melihat kesemua lauk-pauk ini.
Mementingkan kualiti dalam setiap masakan serta menggunakan resepi asli menjadikan masakan restoran ini digemari ramai. Cukup lemak, cukup pedas dan semua masakan di sini dimasak dengan penuh rasa cinta. Sepinggan nasi belum tentu cukup untuk anda nikmati.
Sumber: Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd Antara menu lain yang sering mendapat permintaan yang tinggi adalah masak salai, kari, asam pedas, masak lemak puyuh dan banyak lagi. Bukan itu saja, di sini juga anda berpeluang menjamah lauk yang agak rare dan susah untuk dijumpai di luar seperi perut masak lemak dan gulai pisang. Pendek kata, Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd ini diibaratkan one stop centre untuk lauk-pauk tradisi Negeri Sembilan.
Alamat: Wisma PBNS, P/3, 102, Jalan Zaaba, Rahang Kechil, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
26. Burger Ijan Paroi Seremban (Ijan Station Corner) Sumber: AcAi Azfar Jika anda ke Seremban secara konvoi atau dalam kumpulan yang besar, Burger Ijan Paroi seremban (Ijan Station Corner) ternyata lokasi yang sesuai buat anda semua. Ruang makan yang terbuka dan lapang memberikan suasana makan yang selesa dan santai untuk anda nikmati burger ataupun roti john sambil berborak.
Sumber: AcAi Azfar Apa yang istimewa mengenai restoran ini adalah daging burgernya diproses daripada bahan-bahan yang segar dan ianya adalah 100% homemade.
Bahkan Burger Ijan Paroi seremban (Ijan Station Corner) bukan hanya menawarkan daging ayam dan lembu seperti di gerai kaki lima. Mereka turut menawarkan burger daging arnab, burger daging burung unta, burger daging kambing dan juga burger ikan.
Alamat: 408, Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban
27. 99 KEBAB Seremban Sumber: 99 Kebab Ramai yang cakap 99 KEBAB Seremban ini berhantu dan bersaka. Bukan apa, setiap kali datang ke sini pasti rambang mata dan rasa hendak mencuba ke semua menu yang ada. Bukan sekadar tertumpu kepada masakaan barat sahaja, di sini juga anda boleh menikmati masakan tradisi Negeri Sembilan.
Ruang makan yang cukup luas serta dekorasinya yang tampak eksklusif menerbitkan suasana yang harmoni. Sangat sesuai untuk dijadikan lokasi makan malam anda sekeluarga.
Sumber: 99 Kebab Mozarella Mushroom Cheese Burger, Fresh PATTY Burger Beef & Lamb, Platter Kebab dan Mix Grilled Platter antara menu yang paling hot di sini. Anda patut mencubanya jika berkesempatan ke sini.
Alamat: Lavender Height Business Square, 70400 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 petang-11.00 malam)
28. Restoran Dqalisha Steamboat & grill Sumber: Restoran Dqalisha Steamboat & grill Mantap! Cukup hanya dengan satu patah perkataan sahaja bagi menggambarkan servis, menu dan keenakan makanan di Restoran Dqalisha Steamboat & grill.
Di sini dengan hanya sekali bayar anda boleh menikmati berbagai jenis pilihan seafood yang fresh untuk dipanggang, beraneka menu makanan berat untuk dipilih dan yang penting anda boleh makan sepuas hati tanpa perlu risau berapa lama masa yang anda ambil untuk menikmati juadah di sini.
Jika anda bersama rakan-rakan berkunjung ke Seremban, ini adalah lokasi yang wajib anda singgah untuk melepak sambil menikmati steamboat & grill. Bahkan di sini juga sesuai untuk dijadikan tempat bagi meraikan event ataupun sambutan hari lahir.
Restoran Dqalisha Steamboat & grill ada menyediakan sudut khas untuk event seperti ini beserta pakej dekorasi mengikut permintaan pelanggan.
Sumber: Restoran Dqalisha Steamboat & grill Di samping itu, restoran ini juga mengadakan kempen bagi membantu anak anak Yatim Walidaina dan setiap RM1 dari harga 1 pax dewasa akan disalurkan terus kepada pusat asuhan anak-anak yatim ini. Jadi inilah peluang keemasan untuk anda menikmati steamboat sambil menderma.
Alamat: Jalan Matahari Height 1/1, Taman Matahari Height, 70400 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari Jumaat-Ahad
29. Restoran Mama World Sumber: Restoran Mama World Satu lagi restoran yang disyorkan untuk anda yang masih tercari-cari masakan tradisi Negeri Sembilan yang asli iaitu Restoran Mama World. Di sini bermacam-macam jenis lauk pauk sedia terhidang panas-panas untuk dinikmati pada waktu makan tengahari.
Namakan saja lauk sejati Negeri Sembilan yang mana anda inginkan semuanya ada di sini. Menu yang paling istimewa yang wajib anda cuba adalah masak lemak cili api pucuk ubi, asam pedas, rendang ayam pucuk ubi serta rendang itik pucuk ubi.
Bukan itu sahaja, nak rasa sesuatu yang unik? Anda boleh cuba rendang pucuk ubi. Ia dimasak dalam tempoh yang lama lebih kurang 8 jam untuk masak sepenuhnya.
Sumber: Restoran Mama World Restoran Mama World turut menyediakan manisan kegemaran ramai iaitu bubur dan juga pengat. Antara pilihan yang ada ialah bubur pulut hitam, bubur ubi keledek, ubur jagung dan tidak dilupakan juga bubur kacang hijau.
Sepinggan nasi berlaukkan masak lemak cili api puyuh dan digandingkan dengan bubur jagung serta segelas air sirap limau dari Restoran Mama World menjadikan waktu makan anda lebih sempurna.
Alamat: No.973, Jln S2F22, Seremban 2, 70300 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi-5.00 petang)
30. Mee Udang Pakar Paroi Kak Zaty Sumber: MEE UDANG PAKAR PAROI Menikmati semangkuk mee udang special selepas bermandi-manda di Air Terjun Ulu Bendul memang menyeronokkan. Apatah lagi jika mee udang yang disajikan pula penuh dengan udang yang segar dan dimakan pada waktu ia masih panas. Terasa hangat seketika.
Baca: 34 Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur
Berdekatan dengan kawasan Air Terjun Ulu Bendul, ruang makan yang luas dan selesa serta keenakan mee udang itu sendiri merupakan faktor utama restoran ini sering sesak dengan kunjungan ramai lebih-lebih pada hujung minggu.
Sumber: MEE UDANG PAKAR PAROI Anda boleh lihat fenomena geng motor konvoi, geng mak cik- mak cik yang mengadakan reniuon dengan rakan sekelas serta keluarga yang datang melepak sambil mee udag special di sini. Cukup meriah.
Alamat: KM12 Seremban Kuala Pilah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Waktu Operasi: Setiap hari Seasa-Ahad (12.00 tengahari-11.00 malam)
31. Cendol Sagu Rumbia Sumber: Abdul Aziz Mustapha Dapat menikmati semangkuk cendol pada waktu tengahari yang panas terik memang boleh menghilang rasa dahaga. Lebih-lebih lagi jika cendol yang disajikan penuh rasa krim dan lemak santan.
Cendol Sagu Rumbia antara menu yang sering disyorkan apabila anda berkunjung ke Seremban. Lokasi gerai ini bukanlah di Bandar Seremban tetapi ia terletak di antara Nila-Labu.
Sekiranya anda dalam perjalanan menuju ke Seremban 2 dari Bandar Nilai bolehlah singgah ke Batu 11, Kampung Lambar, Labu untuk menikmati sendiri kelazatan cendol yang diviralkan ini.
Sumber: Cendol Sagu Rumbia Rasanya agak pejal dan lebih sedap dikunyah berbanding cendol hijau yang biasa anda makan kerana ia diperbuat daripada pokok sagu rumbia. Unik, bukan?
Alamat: Batu 11, Kampung Lambar, Labu
Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (10:00am-07:00pm)
32. Grobok Salai Sumber: Halim Salleh Lokasi yang agak jauh dari Bandar Utama Seremban bukanlah penghalang untuk orang ramai datang berkunjung dan memenuhi ruang restoran Grobok Salai ini. Dek keenakan setiap masakan yang disajikan, restoran ini terus mendapat tempat di hati peminat masakan nogori yang pedas!
Lihat saja pada nama restoran ini pasti anda dapat mengagak menu apa yang special, bukan? Sudah tentu masakan masak lemak cili api salai. Pelbagai pilihan masakan salai yang anda boleh cuba antaranya ikan keli salai, itik Sali, puyuh salai, ayam kampung salai dan banyak lagi.
Sumber Dagin Salai Grobok Salai Bukan itu saja, buat anda yang sentiasa sibuk seharian bekerja bolehlah beli itik salai yang siap dibungkus rapi untuk dijadikan stok di rumah. Itik salai ini sedia untuk dimakan tanpa perlu dimasak. Memang senang kerja para isteri di dapur nanti.
Alamat: No.13, Batu 5 1/2, Kampung Kundur Hulu, 71400 Pedas
Waktu Operasi: Setiap hari Selasa-Ahad (9.00pagi-5.00 petang)
33. Cendol Songkok Tinggi Sumber: Hisayamie Memang betullah apa yang orang kata, Seremban adalah syurga makanan. Bermacam-macam jenis makanan boleh didapati dengan mudah. Tak kiralah samada di bandar utama ataupun di ceruk kampung.
Cendol Songkok Tinggi turut tidak ketinggalan dalam carta lokasi yang wajib anda singgah sekiranya berkunjung ke Seremban. Menyajikan cendol di tengah-tengah rimbunan pokok yang redup dan menghijau, pastinya akan menbangkitkan lagi mood para pelanggan yang datang berkunjung.
Sumber: Cendol Songkok Tinggi Apa yang unik mengenai gerai ini berbanding gerai-gerai cendol yang lain adalah para petugasnya yang mengenakan songkok tinggi. Bukan itu saja, cendol di sini juga tidak mengandungi sebarang bahan kima seperti pengawet dan juga pewarna tiruan sebaliknya ia diadun menggunakan ekstrak daun pandan. Wangi!
Jadi, jika anda ke sini jangan lupa untuk mencuba cendol special, cendol durian, cendol pulut dan juga cendol jagung. Terdapat juga menu lain seperti mi rebus Johor dan juga laksa Johor.
Alamat: 180 Jalan 1 Kg Jiboi Baru, 70400 Ampangan, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap Hari (09:00am-06:00pm) | Isnin (Tutup)
34. Zaini Salai House Sumber: Zaini Salai House Mempunyai lebih dari 10 ribu pengikut di laman social serta mendapat review yang cukup positif dari pelanggan, pasti ada sesuatu yang menarik mengenai Zaini Salai House.
Dikelilingi dengan pemandangan yang hijau, berdekatan pula dengan sawah padi serta anak sungai sememangnya menambahkan lagi selera makan anda sekeluarga. Apatah lagi jika lauk pauk yang disajikan pula adalah masakan kampung beserta ulam-ulaman. Memang terbaiklah. Jika anda teringin untuk menjamu selera di lokasi sebegini, maka jangan berlengah lagi dan jom serbu Zaini Salai House dengan segera!
Sumber: Zaini Salai House Zaini Salai House sebuah restoran yang cukup popular dalam mengetengahkan masakan warisan Negeri Sembilan. Dekorasi restoran yang cukup simple dan kemas, cukup mententeramkan jiwa dan memberikan keselesaan buat pengunjung.
Di sini juga terdapat bermacam-macam pilihan masakan untuk anda nikmati bersama keluarga antaranya masak lemak cili api salai daging, masak lemak cili api udang galah, masak lemak cili api puyuh dan banyak lagi.
Alamat: No. 33A Kampung Ulu Bendul, Jalan Seremban – Kuala Pilah, 71500 Kuala Pilah
Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi-6.00 petang)
Bagi anda yang teringin untuk menerokai masakan Negeri Sembilan yang asli, Seremban adalah lokasi yang tepat untuk anda terjah.
Seremban bukan hanya kaya dengan pilihan masakan tradisi nogori bahkan kesemua lokasi yang kami kongsikan ini amat mudah untuk dikunjungi. Dan yang paling penting masakan-masakan di sini sememangnya enak dan anda dijamin berpuas hati.
Baca: 54 Destinasi Menarik Di Negeri Sembilan
Tempat makan menarik di Seremban yang kami senaraikan ini belum dapat meliputi keseluruhan port makan terkenal di daerah ini. Apa yang pasti anda tidak akan menyesal mencuba kesemua kedai makan yang kami kongsikan. Tunggu apa lagi? Jom serbu kesemua lokasi ini beramai-ramai.
3.2/5 - (6 votes) The post 34 Tempat Makan Menarik Di Seremban (2024) | Restoran Best Untuk Foodie appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-seremban/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 250 hits
Apa Sampai 33 kedai makan best dalam satu kawasan Biar betul Ya kami tak tipu sememangnya syurga makanan yang sejati Dari sajian utara ke selatan hidangan timur ke barat semuanya ada di Bangi dan kawasan sekitarnya Sediakan buku nota untuk ...
50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Restoran Best Di Kl

50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Restoran Best Di Kl

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 189 hits
Kotaraya moden bukan sekadar terkenal dengan menara KLCCnya tapi juga dengan kebanjiran tempat makan yang agak mustahil untuk habis teroka Terlampau banyak dari yang terletak di tengah tengah kota hinggalah yang tersembunyi Yang menariknya ...
7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 305 hits
Setia Alam merupakan antara bandar yang kian meningkat dari segi pembangunan dan juga populasi penduduk Semakin hari semakin banyak kedai makan dan restoran yang dibuka Mari kami kongsikan antara 7 tempat makan menarik di Setia Alam yang me...
39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 273 hits
Pahang adalah negeri yang terbesar di antara 14 negeri negeri lain yang terdapat di Malaysia Bukan hanya popular sebagai sebuah negeri yang terbesar dari segi saiz malahan Pahang juga turut terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan yang...
32 Tempat Makan Menarik Di Cyberjaya Khas Untuk Pencinta Makanan

32 Tempat Makan Menarik Di Cyberjaya Khas Untuk Pencinta Makanan

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 224 hits
Bagi yang bercadang nak ke Cyberjaya hujung minggu ini atau pun sekadar santai membawa diri atau keluarga berjalan pasti tercari cari mana tempat makanan yang sedap dan menarik yang terdapat di Cyberjaya Jangan bimbang kerana di Cyberjaya b...
26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 347 hits
Subang Jaya sebuah bandar yang tak jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai fasiliti mengelilingi kawasan perumahan yang telah lama bertapak di negeri Selangor Kepelbagaian aktiviti menarik yang ditawarkan di Subang Jaya...
Makan Di Restoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Makan Di Restoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 289 hits
Restoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala BatasRestoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala BatasRestoran Nasi Beriani Buluh ni ada beberapa cawangan Di Bertam ni yang ni kira macam baru la sebelum restoran beriani buluh ni ambil alih ada bebe...
Makan Di Restoran Bara Penutup 2023

Makan Di Restoran Bara Penutup 2023

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 329 hits
Assalamualaikum WBTSELAMAT Tahun Baru 2024Malam tadi keluar makan dengan Pak Inche Asalnya Pak Inche ajak ke Restoran YX tapi Sk tak mahu Alasannya jauh dan hujan Sk cadang ke Restoran Ainoni Pak Inche menolak Ajak ke Restoran Permit lagila...
Memenuhi Undangan Makan Malam Di Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Memenuhi Undangan Makan Malam Di Restoran Ana Ikan Bakar Petai

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 242 hits
nbsp Memenuhi Undangan Makan Malam di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Minggu lepas nieyl ada terima undangan makan malam dari abang ipar nieyl Actually dia jemput tu sebab hari tu nieyl dengan husband nieyl ada merewang masa anak buah dia kah...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord