46 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Percutian Dingin Yang Menyeronokkan


Terletak 2000 meter dari aras laut, Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang cukup istimewa di Negeri Bawah Bayu ini. Dikelilingi dengan kehijauan alam yang menyejukkan pandangan mata, udaranya juga mendamaikan jiwa.
Tidak lengkaplah percutian anda di Sabah sekiranya tidak melawat Kundasang apatah lagi kerana inilah satu-satunya pekan yang terletak berdekatan dengan gunung tertinggi di Asia Tenggara yang terkenal di seantero dunia, Gunung Kinabalu.
Kalau anda rasa ini sahaja yang menarik di Kundasang, adakah anda pasti? Kalau anda nak tahu, ada banyak lagi destinasi yang hebat di sekitar Kundasang ini, di mana? Teruskan membaca senarai 46 tempat menarik di Kundasang yang pasti memeriahkan percutian anda.
46. Mesilau Nature Resort Sumber: Suara Sabah Nikmati keindahan flora dan fauna di Mesilau Nature Resort. Seperti namanya, dari kawasan penginapan ini anda dapat menghayati keindahan alam semulajadi. Betapa indahnya kawasan penginapan ini kerana sentiasa dilitupi kabus dan berudara nyaman.
Sekiranya anda menetap di sini, anda boleh merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga termasuklah merentas hutan.
Alamat: Pekan Ranau, 89308 Ranau, Sabah
45. Sosodikon (Pyramid) Hill, Kundasang Sumber: @ahtoolhelwah Pemuda-pemuda dan gadis-gadis yang lasak, jangan lepaskan peluang untuk mengamati keunikan yang ditawarkan Sabah di Bukit Sosodikon. Kena lasak ke baru boleh? Sebabnya untuk sampai ke puncak bukit ini anda perlu mendaki dalam sekitar 20 minit, agak mencabar juga kalau tak biasakan?
Baca: 23 Tempat Makan Menarik Di Kota Kinabalu
Sampai sahaja di puncak ini nanti anda dapat menikmati pemandangan yang sukar diungkapkan. Dari atas puncak ini, di sebelah utaranya terdapat pemandangan dari kawasan Kinabalu dan di bahagian Selatan pula pemandangan kawasan bukit-bukau yang berbentuk seperti piramid.
Alamat: Bukit Sosodikon, 89308 Kundasang, Sabah
Bayaran Masuk: RM3
44. Air Terjun Kipungit Sumber: BroAden Phodeography Sebuah kawasan air terjun yang jernih, Air Terjun Kipungit  menawarkan pemandangan yang sungguh mempesonakan jiwa.
Sambil menikmati pemandangan, anda boleh merendamkan kaki di dalam air sungai dan menunggu kedatangan ikan-ikan kecil yang bakal menguis kaki untuk membuang kulit mati. Ya, pengalaman yang sama seperti di Tagal Moroli, tapi di sini, anda boleh bersantai selama yang mungkin.
Di samping menikmati pemandangan dan berendam, anda juga boleh merancang untuk berbbq atau berkelah bersama yang tersayang. Menarik bukan?
Untuk menuju ke sini, anda hanya perlu menempuh perjalanan sepanjang sekitar 400 meter sahaja.
Alamat: Air Terjun Kipungit, 89300 Ranau, Sabah
Bayaran Masuk:
Masuk Ke Poing: RM 3.00 Canopy Walk: RM 3.00 Kamera: RM 5.00 43. Langanan Waterfall Sumber: travis_chong Antara air terjun terbesar di Sabah ialah air terjun Langanan yang terletak di Poring. Perjalanan ke air terjun ini akan membawa anda melalui air terjun yang lebih kecil iaitu air terjun Kipungit dan juga Gua Kelawar. Dengan ketinggian 120 meter dari aras laut, perjalanan ke air terjun Langanan mengambil masa dalam 2 jam dari air terjun Kipungit. Perjalanannya juga tidak mudah kerana meliputi bahagian hutan yang agak cerun. Sebelum ke sini, anda perlu berdaftar di kaunter tiket. Bagi tujuan keselamatan, tiada pengunjung dibenarkan untuk ke Langanan selepas pukul 2 petang.
Selepas perjalanan yang mencabar, semua penat lelah anda akan hilang dengan sendiri apabila melihat air terjun Langanan yang sangat cantik dan luarbiasa ini. Air Terjun yang tinggi ini dikelilingi kehijauan alam semulajadi dan angin kuat di sini membuatkan air  dari air terjun itu tempias pada anda. Sangat menyegarkan.
Baca: 45 Tempat Menarik Di Sabah
Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti hiking, pastikan anda datang ke Poring dan ke Langanan waterfall ini. Beberapa tips yang diberikan dari orang yang berpengalaman ialah memakai stokin anti-lintah kerana akan ada banyak lintah di sini dan pastikan anda membawa minuman dan snek yang mencukupi. Sebelum pulang, pastikan anda check-out di kaunter tiket tadi. Kalau tidak, mereka akan sangka anda mungkin masih di sana dan akan menghantar pasukan penyelamat.
Alamat: Air Terjun Langanan Poring Hot Spring Ranau 89300 Ranau, Sabah
42. Bombon Kg. Marakau Sumber: bombonkgmarakau, Saiful Bila sudah berada di Kundasang, anda perlu mencuba spa ikan di Bombon Kg. Marakau. Terletak di Ranau sejauh 39 minit dari Pekan Kundasang, Bombon Kg. Marakau ini sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Persekitaran dan suasana di spa ikan ini memang berbeza dan lain dari yang lain. Suasana kampung yang natural ini menempatkan satu sungai yang dipenuhi ikan-ikan koi bersaiz besar. Di sini air sungainya tidak dalam jadi, mereka tidak menyediakan pakej mandi.
Namun, beriadah di tebing sungai sambil memberi makan kepada ikan-ikan koi di sini sudah memberi anda pengalaman yang cukup unik. Buat pengetahuan anda, Bombon Kg. Marakau ini juga menjadi tarikan kerana Taman haiwan yang ada di sini. Di sini, anda boleh melihat dan berinteraksi bersama labi-labi, pelanduk, dan kucing hutan. Untuk pengalaman yang unik dan menarik ini, pastikan anda singgah ke Fish Spa Bombon Kg. Marakau!
Alamat: Jalan Marakau, Libang Kg Marakau, 89300 Ranau, Sabah
Waktu Operasi: 8am-5.30pm (setiap hari)
Harga Tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2 | Baja Ikan RM1 (Satu pek percuma semasa pendaftaran)
41. Kokob Rafflesia Conservation Garden Sumber: Hanil Fikri Abd Ghani Kepulauan Borneo terkenal dengan flora uniknya yang terkenal di seantero dunia, salah satunya adalah Rafflesia ataupun bunga Pakma.
Masa yang diambil untuk bunga ini mekar cukup lama, iaitu dari 9 ke 15 bulan. Namun bila mekar, ia hanya bertahan selama 7 hari. Oleh itu, rancang waktu anda sebaik yang mungkin sebelum ke sini ya?
Alamat: Jalan Libang Marakau, 89300 Ranau, Sabah
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)
40. Sabah Tea Sumber: Sabah Tea Pelbagai tarikan dan kemudahan di dalam satu kawasan, Sabah Tea adalah antara lokasi yang penting untuk anda lawati bila berada di Sabah. Bukan di Cameron sahaja yang ada ladang teh ya?
Di sini, terdapat pelbagai pakej menarik yang ditawarkan yang merangkumi penginapan, canopy walk, restoran, kedai teh dan lain-lain lagi.
Di tea shopnya, terdapat pelbagai produk asli daripada sekitar Borneo  seperti kopi Tenom, herba, batik sarong, lada hitam, asam boi dan sebagainya.
Dah puas beraktiviti, anda boleh menikmati  pelbagai jenis teh dan minuman lain yang ditawarkan di kafenya. Andai kata anda nak cuba antara hidangan yang terkenal di sini, anda boleh mencuba Sabah Tea Pandan teh tariknya dan juga penkek teh. Memang rugi tak rasa!
Alamat: KM17, Jalan Ranau / Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau
39. JIC Seng Nursery Sumber: Jic Seng Nursery Alang-alang dalam perjalanan menuju ke Desa Cattle Dairy Farm, apa kata kalau anda berhenti sebentar di JIC Seng Nursery? Terletak pada pertengahan jalan untuk ke “New Zealand” Sabah ini, JIC Seng Nursery adalah salah sebuah lokasi yang tidak kurang menarik untuk disinggahi. Masuk sahaja di dalam kawasannya, anda akan disambut oleh keharuman bunga-bungaan yang tumbuh mekar di sekitar.
Tertarik dengan mana-mana bunga untuk dijadikan hiasan di rumah nanti? Anda boleh membeli secara terus daripada nursery ini. Selain bunga, aneka bentuk pokok kaktus juga turut ditanam di sini.
Alamat: Jic Seng Nursery, 89308 Ranau
38. Konunukan Garden & Camping Sumber: Konunukan Garden & Camping Antara nikmat terindah yang ditawarkan dunia ini adalah pemandangan langit malam yang dilimpahi dengan cahaya bintang. Berjuta cahaya berkelipan ini dapat anda saksikan dengan jelas sekiranya menjadikan Konunukan Garden & Camping sebagai lokasi untuk bermalam sewaktu bercuti di Sabah.
Bila tiba waktu pagi, anda bakal disambut oleh pemandangan yang begitu mengujakan, flora yang menghijau dan juga Gunung Kinabalu di kejauhan. Booking, jangan tak booking ya?
Alamat: Jalan Tenompok Bundu Tuhan, Bundu Tuhan, 89300 Tenompok, Sabah
Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Remaja RM15 | Kanak-Kanak Percuma
Harga Penginapan (Khemah): Dari RM30+ Semalaman
37. Mesilou Cat’s Village Sumber: Mesilou Cat’s Village Rindu kucing yang terpaksa ditinggalkan kerana melancong ke Sabah? Ubati rasa rindu itu dengan melawat tarikan yang masih agak baru di negeri ini iaitu Mesilou Cat’s Village yang terletak di Kampung Mesilou Kundasang.
Sekiranya anda ke sini dari Pekan Kundasang, masa yang diambil untuk tiba ke tarikan ini hanyalah dalam sekitar 16 minit atau 5.7 km sahaja.
Menempatkan lebih daripada 100 ekor kucing, tidak menang tangan untuk melayan kesemua kerenah kucing yang ada di sini. Dengan bilangan kucing yang sebanyak ini, cukup pelbagai baka kucing yang boleh ditemui termasuklah kucing dari baka yang mahal.
Selain melihat kucing, anda juga boleh menyaksikan keindahan sekitar “Kampung Kucing” ini yang dihias dengan penuh kasih-sayang, banyak tempat yang selesa untuk kucing bersantai dan bermain. Serba-sedikit bolehlah anda dapatkan idea untuk sediakan taman khas buat kucing di rumah nanti.
Alamat: Mesilou Cat’s Village, Kampung Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3
36. Hamster World Ranau Sumber: HAMSTER WORLD RANAU Selain taman arnab dan kampung kucing, Kundasang juga menempatkan sebuah kawasan yang khas dan dihias dengan penuh keceriaan untuk si comel hamster.  Lokasinya adalah di Hamster World Ranau yang terletak di Kampung Kibbas.
Di sini terdapat pelbagai jenis hamster yang diletakkan di dalam kawasan bertemakan kota-kota di serata dunia yang bersaiz mini seperti Turki, Mesir, Perancis, Mexico dan banyak lagi. Memang unik!
Alamat: Hamster World Ranau, Kampung Kibbas, Ranau
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3
35. Maragang Hill Sumber: Maragang Hill Terletak di kaki Gunung Kinabalu, Maragang Hill memiliki ketinggian mencecah 2232 meter dari paras laut. Sekiranya anda memiliki impian untuk menawan kemuncak Kinabalu, pendakian menuju ke puncak bukit ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan sebelum ekspedisi yang sebenar.
Walaupun berada di kaki gunung, pendakian ke puncaknya mengambil masa sehingga hampir dua jam dengan kepanjangan sekitar 4 km. Agak memenatkan, namun pemandangan yang menanti di puncaknya bakal membuatkan segala kepenatan hilang sekelip mata.
Untuk pengetahuan anda, di puncak ini terdapat sebuah platform yang sesuai untuk dijadikan lokasi bergambar. Di sinilah anda boleh berselfie dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu sebagai latar belakang.
Dibuka kepada orang awam pada 16 September 2017, bukit ini adalah antara destinasi rekreasi yang terbaru di Kampung Mesilou, Kundasang.
Alamat: Kg. Mesillou, 89308 Kundasang, Sabah
Bayaran Masuk:Pakej A (Normal Trail):
Pemandu Pelancong Untuk Dewasa: RM50 (1 – 5 Pendaki) Bawah 17 Tahun: RM50 (1 – 2 Pendaki) Pengangkutan: RM30 Pemuliharaan: Dewasa RM7 | Bawah 17 Tahun RM5 Pakej B (Loop Trail):
Pemandu Pelancong Untuk Dewasa: RM80 (1 – 5 Pendaki) Bawah 17 Tahun: RM80 (1 – 2 Pendaki) Pengangkutan: RM40 Pemuliharaan: Dewasa RM7 | Bawah 17 Tahun RM5 Lain-Lain: Pakej C (Pakej Sunrise) & Pakej D (Perkhemahan)
34. Tugu Nunuk Ragang Sumber: Hello Urang Sabah Pernah terfikir dari mana asal-usulnya etnik Kadazan-Dusun yang juga merupakan etnik terbesar di Sabah ini? Jawapannya berkemungkinan berkait dengan kewujudan Tugu Nunuk Ragang.
Dikatakan, Nunuk Ragang yang bermaksud “Pohon Ara merah” ini merupakan tempat asal nenek moyang mereka. Tidak jauh dari Nunuk Ranang terdapat dua batang sungai iaitu Sungai Gelibang dan juga Sungai Liwagu yang dipercayai menjadi lokasi pemindahan masyarakat KadazanDusun pada suatu ketika dulu.
Alamat: Kampung Balisok, 89100 Ranau, Sabah
33. Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge Sumber: Honhub Travel and Tours Sdn Bhd Tak perlu ke Mongolia kalau nak merasa pengalaman tinggal di dalam khemah mereka yang unik ini. Menginaplah di Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge untuk pengalaman sekali dalam seumur hidup ini.
Selain menawarkan penginapan yang luas di dalam khemah Mongolia, di malam hari anda sekeluarga dapat menyaksikan keindahan langit malam yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Bintang-bintang bergemerlapan seluas pemandangan di langit gelap, tambahan lagi dengan udara yang nyaman. Bawa tikar dan selimut, nikmatilah pemandangan ini, semua masalah hilang dari ingatan.
Alamat: Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge, Kundasang, Sabah
Harga: Dari RM170 Semalaman
32. J.S Nursery Kundasang Sumber: Pindi Lapok Sabah dan bunga-bunga segar tidak boleh dipisahkan, mana tidaknya, udara yang segar dan sejuk sangatlah sesuai untuk penanaman pelbagai jenis tumbuhan yang indah. Tapi di mana nak cari pokok-pokok bunga yang pelbagai ini ya?
Inilah tempat yang mesti anda sekeluarga lawati sekiranya ingin melihat pokok-pokok bunga dan tanaman kaktus. Ada yang anda suka? Boleh sahaja nak bawa balik tanaman idaman hati dengan sedikit pengeluaran fulus mengikut jenis pokok.
Alamat: J.S Nursery, Kundasang
31. Sungai Moroli Ikan Tagal Kg Luanti Sumber: Muhamad Shafirol Shapiee Pernah tak anda bermandi-manda di sungai dan ternampak ikan? Bila anda cuba mendekatinya, makin jauh pula larinya, tak ke kecewa? Pulihkan kekecewaan anda dengan bermandi-manda di Sungai Moroli, anda ibarat sahabat bagi ikan-ikan yang terdapat di sini.
Jangan terkejut pula, mereka akan menggigit kulit mati yang terdapat pada badan, mungkin sebab ini ramai orang Sabah berkulit halus-mulus. Walau bagaimanapun, seperti namanya Ikan Tagal, di kawasan sungai ini dilarang untuk anda menangkap ikan, walaupun seekor. Nikmati sahaja persahabatan dengan ikan-ikan ini ya.
Alamat: Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau, Sandakan, Sabah
Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak Bawah 18 Tahun RM1
30. Tandem Paragliding Sumber: Kent Chen Terletak 108 km dari Kota Kinabalu merupakan kawasan Paragliding yang agak terkenal di Ranau. Kenapa terkenal sangat ni Ranau Tandem Paragliding ini? Kerana semasa anda terbang seperti burung di angkasa di sini, anda dapat menikmati pemandangan di bawah yang sangat indah dengan kawasan pergunungan, perkampungan dan sawah padi.
Terasa macam dah berjaya menjajah seluruh Sabah pula walaupun hanya beberapa minit di atas awan. Macam inilah baru lengkap percutian anda!
Alamat: Ranau, Sabah Highlands
Waktu Operasi: 10.00am – 5.30pm
Bayaran: RM190
29. Dream World Resort Kundasang Sumber: Nelson Michael Jr. Terletak berhadapan dengan destinasi pelancongan terkenal, Desa Dairy Farm adalah sebuah penginapan cukup indah, Dream World Resort Kundasang. Penginapan di sini membuatkan hati anda sentiasa terbuai-buai dengan keindahan alam sekeliling, dari bilik anda dapat melihat Gunung Kinabalu sambil menghirup udara segar.
Pada waktu pagi dan petang pula anda dapat menyaksikan pemandangan indah matahari naik dan terbenam, apa lagi yang anda inginkan untuk sebuah percutian yang sempurna?
Alamat: Jalan Mesilau Golf Club | Kundasang, Ranau 89307
Harga: Dari RM206 Semalaman
28. Taman Rose Dan Strawberry Kundasang Sumber: Jenny Dagohoy Lustria Kebun bunga dan strawberi yang luas ini agak mudah untuk dicari kerana terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang.
Masuk sahaja ke dalam Taman Rose Dan Strawberry Kundasang ini, anda dapat melihat di depan mata bagaimana keadaannya kawasan penanaman buah comel ini. Selain itu, di taman ini terdapat juga banyak bunga-bungaan lain seperti ros yang pelbagai warna, kaktus, lily, matahari dan banyak lagi!
Alamat: Kundasang, Ranau
Bayaran Masuk: RM2
27. Kinabalu Pine Resort Sumber: Sabah Info Nak rasa pengalaman penginapan di dalam rumah kabin? Mai saja ke Kinabalu Pine Resort. Kabin-kabin yang terdapat di sini dibina sepenuhnya menggunakan kayu keras Selangan Batu dan kawasan sekitarnya pula dikelilingi oleh pokok-pokok pine, seumpama nama yang diberikan.
Yang menariknya tentang penginapan ini adalah kerana ia serba lengkap dengan kemudahan moden seperti TV bersaluran satelit dan akses internet. Tapi itu tidaklah penting sangatkan?
Baca: 22 Pulau Di Sabah Yang Menarik | Jom Island Hopping
Sebab utama resort ini menjadi pilihan ramai adalah kerana dari bahagian balkoni penginapan ini anda dapat melihat dengan seluas pemandangan keindahan Gunung Kinabalu ditemani cuaca yang sejuk dan udara yang segar. Lanskap sekitar resort ini juga tak kurang menariknya.
Alamat: Kampung Kundasang, Kundasang, Ranau 88990
26. Kundasang Mount Valley Recreation Sumber: May Miszz Mey Tidak jauh dari Taman Negara Kinabalu terletaknya sebuah destinasi menarik untuk anda sekeluarga beraktiviti iaitu di Kundasang Mount Valley Recreation. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah seperti memanah, melawat taman arnab dan yang paling best sekali adalah flying fox.
Kalau anda berniat untuk mencuba flying fox yang berkepanjangan 125 meter ini, jangan lupa untuk membawa kamera GoPro anda, pemandangan dari kawasan anda merentas ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya dapat dijelaskan dengan video indahnya. Tak cukup sehari di sini? Anda boleh juga menginap di chalet yang terletak di kawasan atas bukit, pemandangan dari kawasan chalet itu pun cukup memukau.
Alamat: Kundasang Mount Valley Recreation And Resort, 89300 Kundasang, Sabah
Bayaran Masuk: Flying Fox RM25
25. Gerai Sayur Segar Pekan Kundasang Sumber: Pantaitimur Sabahan Tak lengkap rasanya percutian ke Sabah kalau tak menikmati sayuran dan buah-buahan segar yang tak pernah habis di Negeri Bawah Bayu ini. Bagi anda yang menghabiskan hari terakhir di Sabah, pastikan anda bawa pulang kesegaran ini ke dapur rumah.
Sayur dan buah yang segar, tiada racun serangga, rugi kalau tak dibawa balik bukan? Kalau anda tinggal di homestay, terus sahaja boleh dimasak sayur-sayuran yang dibeli untuk dinikmati di tempat penginapan.
Alamat: Gerai Sayur-sayuran, Pekan Kundasang
24. Midori Homestay, Kundasang Sabah Sumber: Midori Homestay, Kundasang Sabah Midori Homestay adalah sebuah penginapan yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Bayangkanlah keindahan kawasan homestay ini, ditambah lagi dengan lanskap sekitar yang ditumbuhi rumput segar menghijau, sangat mengasyikkan.
Di halaman homestay ini juga disediakan meja dan kerusi untuk anda sekeluarga bersantai sambil menikmati pemandangan gunung.
Alamat: Kg. Masilou Kundasang, Ranau
23. Kiram’s Village, Jalan Mesilau Golf Club, Kundasang Sumber: Srikandi Nurul Athiqah Untuk penginapan yang indah dikelilingi dengan pokok-pokok bunga berwarna-warni, booking sahaja penginapan di Kiram’s Village, tak perlu pandang penginapan lain lagi kerana chalet dan bilik yang ditawarkan Kiram’s Village cukup sempurna, harganya pun sangatlah berpatutan. Lokasinya? Sangat strategik kerana terletak berdekatan dengan beberapa destinasi menarik antaranya Desa Cattle Dairy Farm.
Alamat: Kiram’s Village, Jalan Mesilau Golf Club, Kundasang
Harga: Dari RM120 Semalaman
22. Kampong Arnab Kundasang Sumber: Nur Izzah Afifah Siapa tak suka haiwan comel ini, bayangkan dikelilingi oleh arnab dimana sahaja anda berjalan, manja pula tu. Anda dapat merasai pengalaman istimewa ini di Arnab Village Kundasang. Nak peluk? Usap? Bagi arnab makan? Buatlah apa yang anda suka selagi haiwan ini terjaga dengan baik.
Dengan bayaran yang murah, anda sekeluarga dapat bermain dengan arnab-arnab yang terdapat di sini tanpa had masa. Memang best! Tak puas hanya sehari di sini? Anda boleh juga menginap di homestay yang disediakan, harga homestaynya pun cukup murah.
Alamat: Kg Purakagis, Ranau, Sabah
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
21. Crystal Hill Sumber: Alinah Ikram Apa yang anda bayangkan untuk dinikmati di kawasan bukit-bukau? Sudah tentu udara yang nyaman, cuaca yang sejuk dan pemandangan yang indah terutama sekali pada waktu matahari naik dan terbenam, inilah yang ditawarkan di Crystal Hill.
Penginapan atas bukit ini lengkap dengan tab mandian air panas, memang terbaiklah dalam persekitaran yang sejuk macam ni. Terletak berdekatan dengan penginapan ini juga adalah pasar malam yang dibuka setiap hari, jadi kalau lapar, tak perlulah anda risau walaupun duduk di kawasan jauh dari pekan.
Alamat: Kundasang 212-89-308, Ranau,Sabah, 89308 Ranau, Malaysia
Harga: Dari RM480 Semalaman
20. Kundasang War Memorial Sumber: Borneo Climb & Dive Sdn. Bhd. Kundasang War Memorial adalah sebuah memorial peperangan yang mula dibuka dari tahun 1962 lagi. Memorial ini dibina untuk memperingati banduan-banduan perang Australia, British dan masyarakat tempatan yang terkorban sewaktu Perang Dunia Ke-2.
Kawasan memorial ini cukup istimewa, terbahagi kepada 4 taman berbeza, Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan ataupun Muhasabah beserta kolam.
Anda dapat menghidu bau harum bunga ros di Taman Inggeris, di Taman Borneo pula terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dari Sabah. Sebuah memorial yang cukup indah dan menenangkan jiwa.
Alamat: 90 Km, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300, Ranau
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 5.30pm)
Bayaran Masuk: Pemegang MyKad: RM2 | Bukan Warganegara: RM10
19. Nulu Tinorindak Kampung Lembah Pantai Kundasang Sumber: Nulu Tinorindak Kundasang Terletak hanya 10 minit pemanduan dari kawasan Pekan Kundasang, setibanya anda di Nulu Tinorindak, jangan buang masa lagi, mari mendaki. Pendakian ke puncak Tinorindak ini agak mencabar juga, tapi ada juga beberapa bahagian di mana tangga-tangga disediakan untuk memudahkan perjalanan anda.
Bila dah puas mengeluarkan peluh, tiba sahaja di bahagian puncak, hilang segala kepenatan melihat keindahan sekitar Kundasang dan Gunung Kinabalu. Pendakian yang sangat berbaloi!
Alamat: Nulu Tinorindak, Lembah Permai, Kundasang
Bayaran Masuk: RM5
18. Hounon Ridge Farmstay & Camping Sumber: raymond.yk Betul ke ini Malaysia? Macam susah nak percaya, lihat sahaja keindahan alam di sekitar Hounon Ridge Farmstay & Camping ini, dengan rumput yang menghijau dan pemandangan kawasan bukit dan gunung, terasa macam tak mahu ditinggalkan tempat penginapan ini di hari terakhir penginapan.
Sambil menikmati keindahan alam, jangan lupa untuk membawa bahan-bahan untuk berbbq, fasiliti bbq disediakan, tapi arang perlu dibawa sendiri.
Dah puas makan-makan, anda boleh berjalan-jalan di sekitar farmstay ini untuk melihat keindahan taman yang ditumbuhi pelbagai jenis bunga. Jangan lupa untuk membawa kamera!
Alamat: Kg Himbaan, Ranau 89308
17. Kinabalu Private Lodges Sumber: Kinabalu Private Lodges Untuk penginapan yang penuh privasi dan hanya ditemani bunyi-bunyian alam yang datang dari kawasan hutan, Kinabalu Private Lodges dapat memberikan anda kedamaian yang tidak berbelah bagi.
Gunung Kinabalu juga dapat dilihat dengan jelas dari sini. Sudah puas menikmati pemandangan, anda boleh berjalan-jalan di sekitar Kinabalu Private Lodges yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis bunga dan pokok hijau yang sangat menyejukkan mata.
Alamat: AH 150, Kundasang, Bundu Tuhan, Kundasang, Kinabalu National Park
Harga: Dari RM313 Semalaman
16. Timpohon Gate Sumber: Kundasang Trips Sekiranya anda salah seorang manusia lasak yang ingin menakluki Gunung Kinabalu, di sinilah di mana langkah pendakian anda bermula iaitu di Timpohon Gate.
Kalau masih lagi belum yakin untuk mendaki, anda boleh sahaja melawat kawasan ini untuk melihat-lihat trek yang disediakan untuk mendaki puncak gunung ini untuk mendapatkan ‘feel’ dulu, apa salahnyakan? Dapatlah juga anda beramah-mesra dengan tupai-tupai comel yang banyak terdapat di sini sambil menikati pemandangan gunung yang mengujakan.
Alamat: Timpohon Gate, Taman Negara Kinabalu
15. Mesilou Highland Strawberry Farm Sumber: Mesilou Highland Strawberry Farm Bayangkanlah nikmatnya dapat memetik sendiri buah strawberi untuk terus dinikmati, cukup indah perasaannya sebab di mana lagi nak jumpa buah strawberi kalau bukan di kawasan tanah tinggi.
Dengan peluang yang datang sekali-sekala ini, jadikanlah Mesilou Highland Strawberry Farm salah satu destinasi penting sewaktu bercuti ke Kundasang. Untuk pengetahuan anda, strawberi yang ditanam di Mesilou Highland Strawberry Farm merupakan strawberi yang didatangkan dari Jepun dan adalah daripada jenis yang  manis. Rugi kalau tak cuba.
Alamat: Kg.Mesilou, Ranau
Waktu Operasi: 8.00am – 5.00pm | Kadangkala ditutup untuk tujuan penanaman dan pembaikan
14. Puncak Borneo Resort Sumber: Rizal Hakimm Dari kawasan Puncak Borneo Resort, anda dapat menikmati keindahan pemandangan gunung dengan bayu angin yang segar dan sejuk mengusap kulit.
Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh mencuba sup tulang di restoran resort, sangat sesuai untuk dimakan dalam cuaca yang sesejuk ini.
Lokasi resort ini juga sangat sempurna, antara destinasi yang mudah untuk anda sekeluarga lawati dari resort ini adalah Kolam Air Panas Poring, Desa Dairy Farm, Arnab Village dan banyak lagi.
Alamat: KM 86.3, Jalan KK-Ranau | Simpang Kg. Bundu Tuhan, Ranau
13. Little Hut Kampung Mesilou Sumber: Little Hut Dilengkapi dengan kelengkapan moden seperti TV dengan siaran Astro dan pemain DVD, Little Hut Kampung Mesilou adalah sebuah penginapan yang mesti menjadi salah satu pilihan utama anda sewaktu ke Kundasang. Dari ruang balkoni penginapan pondok anda yang comel dan selesa ini anda dapat menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu.
Baca: 31 Destinasi Menarik Di Kota Kinabalu
Bukan itu sahaja, Little Hut Kampung Mesilou turut menawarkan kemudahan yang lengkap untuk keselesaan para penginap antaranya adalah kemudahan peralatan steamboat, gula, garam, kopi, teh dan banyak lagi. Bahagian dapurnya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Selain itu, lokasinya agak mantap, terletak berdekatan dengan destinasi menarik, Desa Cattle Dairy Farm.
Alamat: Kampung Mesilou, Kundasang, Ranau
12. Marakau Cabin Lodge Sumber: Khalifah Media Networks Penginapan yang murah dengan pemandangan yang indah, boleh anda dapat di KL? Kalau di Sabah, anda dapat menikmatinya di Marakau Cabin Lodge. Dari harga serendah RM120 anda dapat melihat pemandangan HD puncak yang tertinggi di Asia Tenggara, tak lain tak bukan, Gunung Kinabalu yang cukup menakjubkan.
Penginapan kabin yang ditawarkan di sini mempunyai rekabentuk yang unik dan sangat menarik untuk bergambar. Sediakan kamera dan kliklah sepuas hati anda kerana di mana sahaja anda pandang, ada sahaja yang menarik hati.
Alamat: Marakau Cabin Lodge, Ranau, Sabah
Bayaran Masuk: Dari RM120 Semalaman
11. Kolam Air Panas Poring Sumber: Zulaikhä Ghazali Terletak di kawasan tanah rendah, Kolam Air Panas Poring bukanlah kolam air biasa, kolam air panas ini kaya dengan kandungan sulfur yang dikatakan baik untuk kesihatan dan dapat memberikan kesegaran badan serta melegakan sendi yang lenguh.
Kolam ini cukup sesuai bagi mereka yang telah penat mendaki Gunung Kinabalu, boleh hilang sengal-sengal badan. Untuk pengetahuan anda, kawasan kolam air panas ini dibina oleh penjajah Jepun, lihat sahaja kawasan di sekitarnya yang ditumbuhi pepohon buluh seperti yang banyak terdapat di Jepun.
Apa lagi yang menarik tentang kawasan kolam air panas ini? Bagi anda yang tak suka mandi air panas, anda boleh sahaja memilih untuk bermandi-manda di dalam 2 buah kolam lain yang diairi air dari gunung ataupun sekiranya anda inginkan mandian yang lebih privasi bersama keluarga, anda boleh memilih untuk bermandian di kolam tertutup yang disediakan.
Alamat: 89300 Ranau, Sabah, Poring Hot Spring
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am – 6.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1
10. Ladang Teh Sabah Sumber: Arsad Adip Dikelilingi hutan yang berusia 130 juta tahun, Ladang Teh Sabah menawarkan pemandangan yang tiada tolok bandingnya digabungkan pula dengan udara pergunungan yang menyegarkan, ia merupakan ladang teh organik yang seumpamanya yang terletak di Kepulauan Borneo.
Di samping keindahan panorama, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga di sini seperti mendaki Bukit Kamunsu, berjalan di waktu malam untuk melihat haiwan unik dan banyak lagi.
Baca: 25 Tempat Menarik Di Tawau
Selain itu, di ladang teh yang berketinggian 2272 kaki dari aras laut ini, anda boleh merasai teh segar dan juga penkek teh yang hanya boleh didapati di sini.
Alamat: KM17, Jalan Ranau / Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 4.30pm)
Bayaran Lawatan Berpandu: RM14
9. Rumah Terbalik Tamparuli Sumber: 1SABAH Bagaimana rasanya kalau segala di dunia ini terbalik kecuali badan kita? Terasa seperti diawang-awangan sebaik anda melangkah masuk ke dalam Rumah Terbalik Tamparuli.
Semuanya yang terdapat di dalam rumah ini terletak di dalam keadaan terbalik. Beginilah agaknya kalau berumah di angkasa lepas.
Alamat: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli 89250
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am – 7.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM12.70 | Kanak-kanak RM5.30
8. Taman Negara Kinabalu, Kundasang Sumber: Richard Ker Taman tertua negeri Sabah ini, Taman Negara Kinabalu, menawarkan banyak aktiviti menarik bagi para pelawat, antaranya adalah berjalan menuju ke kawasan air terjun yang indah, memerhati burung, berbasikal, merentas hutan ataupun sekadar bersantai-santai bersama keluarga sambil menikmati kehijauan alam sekeliling di bawah pondok-pondok yang disediakan.
Sekiranya anda merentas hutan Taman Negara Kinabalu, anda dapat menyaksikan kekayaan floranya yang mencangkupi spesies tumbuhan dari Australia, Himalaya, China dan Malaysia sendiri. Dianggarkan secara keseluruhan flora dan fauna yang terdapat di taman negara ini adalah dalam sekitar 400 spesies.
Alamat: Mount Kinabalu National Park, 89300 Ranau, Sabah
7. Pekan Ranau Sumber: Ranau Town Kalau sudah ke Sabah tapi tidak ke Pekan Ranau, macam tak kena pula rasanya kerana di sinilah terletaknya bermacam-macam tarikan yang bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan di peringkat dunia.
Di Pekan Ranaulah terletaknya Desa Cattle yang dikatakan New Zealand Malaysia, Gunung Kinabalu, Ladang Teh Sabah, Sungai Moroli dan banyak lagi!
Alamat: Pekan Ranau, Ranau, Sabah
6. Pasar Kraftangan Pekan Nabalu Sumber: Kundasang Trips Sebelum sampai ke Pekan Kundasang, anda akan menemui pasar yang meriah dengan pelbagai jenis barangan kraftangan ini yang terletak di Pekan Nabalu. Antara cenderamata yang terdapat di sini adalah fridge magnet, keychain, t-shirt dan banyak lagi yang boleh anda berikan kepada orang tersayang sebagai tanda ingatan.
Bagi anda yang nak berjimat, inilah lokasi membeli-belah cenderamata khas untuk anda kerana harga-harga yang ditawarkan di sini adalah lebih murah daripada di tempat lain, jadi, rancanglah untuk ke sini ya?
Alamat: Pekan Nabalu, 89300 Ranau, Sabah
5. Tugu Replika Kobis Kundasang Sumber: Borneo Native Adventure & Tours Sdn Bhd Jangan main-main, kobis pun ada tugu tau. Tugu Kobis ini dapat anda lihat setibanya anda di Kundasang.
Bukan saja-saja kobis ini dijadikan tugu, tapi ia adalah sebagai lambang kedinginan udara Kundasang yang juga subur dengan pelbagai tanaman sayur-sayuran yang termasuklah sayur kobis.
Alamat: Pekan Kundasang
4. Mount Kinabalu Holiday Camp Sumber: 沙巴人情味 Jangan tak perasan pula, Mount Kinabalu Holiday Camp adalah tapak perkhemahan bukannya rumah penginapan. Oleh itu, kalau anda ke sini, pastikan anda membawa bekalan yang cukup untuk digunakan sepanjang waktu perkhemahan anda.
Baca: 19 Destinasi Terbaik Di Sandakan
Sekali-sekala mencipta memori yang berbeza bersama keluarga, satu memori yang sukar dilupakan.
Pengalaman berkhemah di sini bertambah seronok dengan keindahan langit malam yang meriah dengan kerlipan bintang dan juga pemandangan cahaya matahari naik dan terbenam. Udara di tapak perkhemahan ini pula sangat melegakan badan, cukup segar.
Alamat: Mamut, KM 8, Batu 2, Ranau
Harga: Dari RM513 Semalaman
3. Mount Kinabalu Heritage & Spa Sumber: Jeff Andrew Dari Mount Kinabalu Heritage & Spa ini anda dapat menikmati pemandangan mengasyikkan tanpa batasan Gunung Kinabalu. Dari sini juga anda dapat melihat sekitar Pekan Kundasang. Cukup menarik untuk menenangkan fikiran dan hati sambil menghirup udaranya yang sungguh menyegarkan.
Alamat: W.D.T. 11 TA Kinabalu, 89309 Ranau, Sabah
2. Jambatan Gantung Tamparuli Sumber: I’m from Tamparuli Terletak bersebelahan dan lebih tinggi daripada jambatan untuk kenderaan adalah Jambatan Gantung Tamparuli yang dibawahnya mengalir air sungai yang jernih.
Di hujung jambatan ini terdapat papan tanda yang menceritakan kisah disebalik kewujudan jambatan ini, agak menarik juga kisahnya, nak tahu? Mai datang ke sini.
Alamat: Jalan Bontoi, Tamparuli 89250
1. Desa Cattle Dairy Farm Sumber: Safartrips Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu adalah New Zealand di negara Malaysia, Desa Cattle Dairy Farm. Pemandangan sekitarnya sangat menyejukkan mata. Ladang lembu yang berkeluasan 199 hektar ini juga dipenuhi dengan baka-baka lembu yang didatangkan dari New Zealand.
Anda boleh mendekati lembu-lembu ini dengan memberikan mereka susu di dalam botol dan belajar bagaimana susu lembu diperah. Bukan sahaja lembu yang ada di sini, kambing pun ada untuk anda cuba berikan makanan. Pasti akan menjadi memori yang indah untuk anda sekeluarga.
Sudah puas melihat pemandangan dan beraktiviti, jangan lupa untuk mencuba susu segar, ais krim dan juga yogurt yang dihasilkan di ladang ini. Dapat rasa kesegarannya di lidah anda. Memang cool!
Alamat: Desa Dairy Farm, Mesilau
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM4
Dengan ini tamatlah sudah senarai tempat menarik di Kundasang, banyak jugakan? Apatah lagi kalau anda berpeluang untuk meneroka seluruh pelusuk Sabah. Nak tahu di mana lagi tempat menarik di serata Sabah, jom baca artikel kami, 45 Destinasi Terbaik Di Sabah.
Baca: 25 Homestay Di Kundasang Yang Menarik
Sekiranya anda ingin menginap berdekatan dengan gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan harga yang berpatutan, mai baca artikel berkaitan Hotel Murah di Kota Kinabalu.
Akhir kata, terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel. Nak tunggu apa lagi? Mari kita ke Sabah bah!
4.3/5 - (44 votes) The post 46 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau (2024) | Percutian Dingin Yang Menyeronokkan appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kundasang-ranau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
77 Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

77 Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 515 hits
Ada tak tempat menarik selain dari hotel yang boleh saya tinggal ketika bercuti nanti Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian Ini kerana selain daripada tempat menarik untuk dilawati tempat yang dipilih untuk menginap ...
7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 305 hits
Setia Alam merupakan antara bandar yang kian meningkat dari segi pembangunan dan juga populasi penduduk Semakin hari semakin banyak kedai makan dan restoran yang dibuka Mari kami kongsikan antara 7 tempat makan menarik di Setia Alam yang me...
45 Tempat Menarik Di Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air

45 Tempat Menarik Di Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 274 hits
Negeri cantik budaya menarik itulah kata kata yang digunakan untuk menggambarkan sebuah negeri yang terletak di pantai timur Terengganu Darul Iman Negeri ini bukan sahaja kaya dengan hasil laut malahan ianya sebuah yang cukup lengkap sekali...
33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 250 hits
Apa Sampai 33 kedai makan best dalam satu kawasan Biar betul Ya kami tak tipu sememangnya syurga makanan yang sejati Dari sajian utara ke selatan hidangan timur ke barat semuanya ada di Bangi dan kawasan sekitarnya Sediakan buku nota untuk ...
39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 273 hits
Pahang adalah negeri yang terbesar di antara 14 negeri negeri lain yang terdapat di Malaysia Bukan hanya popular sebagai sebuah negeri yang terbesar dari segi saiz malahan Pahang juga turut terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan yang...
26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 347 hits
Subang Jaya sebuah bandar yang tak jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai fasiliti mengelilingi kawasan perumahan yang telah lama bertapak di negeri Selangor Kepelbagaian aktiviti menarik yang ditawarkan di Subang Jaya...
32 Tempat Menarik Di Hatyai Terkini 2023

32 Tempat Menarik Di Hatyai Terkini 2023

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 301 hits
Percutian ke Selatan Thailand khususnya di sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia Ini kerana lokasinya yang terletak di persempadanan banyak tempat makan best dan Hatyai terkenal sebagai syurga membeli belah Saya sendiri pernah bercuti di...
50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Restoran Best Di Kl

50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Restoran Best Di Kl

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 189 hits
Kotaraya moden bukan sekadar terkenal dengan menara KLCCnya tapi juga dengan kebanjiran tempat makan yang agak mustahil untuk habis teroka Terlampau banyak dari yang terletak di tengah tengah kota hinggalah yang tersembunyi Yang menariknya ...
34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie

34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 248 hits
Seremban merupakan sebuah daerah yang cukup terkenal dengan jolokan lubuk makanan orang Nogori untuk diterokai apatah lagi jika anda pertama kali menjejakkan kaki ke Tambahan pula jika anda seorang yang gilakan masakan pedas dan asli maka S...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord