33 Tempat Makan Menarik Di Bangi Restoran Paling Best


Apa? Sampai 33 kedai makan best dalam satu kawasan? Biar betul? Ya, kami tak tipu, Bangi sememangnya syurga makanan yang sejati. Dari sajian utara ke selatan, hidangan timur ke barat, semuanya ada di Bangi dan kawasan sekitarnya.
Sediakan buku nota untuk anda catatkan kedai makan yang berjaya menggoda jiwa raga daripada senarai tempat makan menarik di Bangi ini. Teruskan membaca.
Bacaan Yang Disyorkan:
Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Tempat Makan Menarik Di Putrajaya Restoran Terbaik Untuk Foodie Di Kajang 01. Restoran Mak Kimbong Sumber: yatie196 Idam nak makan masakan Melayu yang betul-betul ‘kena’ masakannya? Anda mesti tak akan lupa betapa sedapnya makanan yang dihidangkan di Restoran Mak Kimbong ni.
Bukan sikit pilihan makanan yang ada, tapi lebih daripada 40 jenis masakan untuk dipilih. Kata orang, yang penting adalah kualiti bukan kuantiti, tapi kedai ni tip-top dari segala segi.
Sumber: Restoran Mak Kimbong Antara menu special di sini ialah Sotong Gergasi Bakar, Ikan Bakar, Mee Kari Udang Galah 5 Ekor serta lauk-pauk kampung yang beraneka pilihan. Menu pilihan ramai di sini pula ialah Nasi Lemak Berlauk, Soto, dan Lontong untuk sarapan pagi.
Manakala masakan untuk makan tengahari yang paling disukai ramai pula ialah Daging Salai, Ayam Lemak Cili Api, Asam Pedas dan Kari Ikan Power. Power tak power, kena cuba.
Facebook: @restoranmakkimbong
Instagram: @makkimbong
Review Penuh: Restoran Mak Kimbong Bangi
Alamat: No. 17, Jalan 4/1A, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Hari Cuti Perayaan Besar (7.00 am – 11.00 pm)
02. JIBRIL Terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, adalah sebuah restoran yang cukup unik bernama JIBRIL. Nama pun dah hebat.
Restoran ini merupakan cawangan ketiga mereka selain 2 cawangan lain yang terletak di SS15 Subang Jaya (JIBRIL SS15) dan Publika (JIBRIL Publika). Membawakan konsep, menu dan vibe yang sama, kini orang Bangi boleh la cuba sendiri Salted Egg Butter Chicken mereka.
Sumber: JIBRIL Bangi Terkenal dengan butter-based food, mereka menghasilkan menu yang amat luas. Kombinasi masakan tempatan dan masakan barat, kebanyakannya berteraskan sos signature mereka iaitu salted egg butter sos, menjanjikan kepuasan tersendiri buat pelanggan-pelanggan JIBRIL yang hadir.
Mereka juga sangat kreatif dalam minuman mereka dengan menawarkan mocktails yang direka khas oleh pemilik disertakan nama-nama yang unik seperti Kurosawa, Mockarita, Tesla mahupun Bond. Restoran yang sangat sesuai bagi kunjungan bersama pasangan mahupun bersama keluarga.
Laman web: https://linktr.ee/jibrilbangi
Baca Review Penuh Disini: JIBRIL
Alamat: No. 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 11am-10pm setiap hari (Akan Dibuka April 2022)
03. Restoran Ana Ikan Bakar Petai Sumber: Restoran Ana Ikan Bakar Petai Nikmati hidangan seafood yang segar tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh sehingga ke perkampungan nelayan. Seafoodnya bukan sahaja segar, masakannya juga secukup rasa!
Sentiasa dipenuhi oleh orang ramai, Restoran Ana Ikan Bakar Petai adalah kedai yang menjadi pilihan utama ramai orang yang kempunan untuk menikmati menu seperti ikan bakar bersama sambal petai, sotong tepung, udang masak butter, ketam goreng dan banyak lagi.
Sumber: Restoran Ana Ikan Bakar Petai Dalam banyak-banyak menu ini, seperti nama restorannya, “Ikan Bakar Petai,” inilah hidangan yang wajib anda tempah. Ikan bakarnya dilimpahi dengan sambal petai dan disaluti dengan daun pisang sebelum dibakar di atas arang. Bayangkanlah aroma yang bakal menerpa hidung sebaik tiba di kedai makan ini nanti.
Selain menyediakan hidangan yang menggoda, restoran ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti surau, tandas, taman permainan kanak-kanak dan tempat parking yang luas.
Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 pm – 12.00 am)
04. Ayam Bakar Wong Solo Sumber: Restoran Wong Solo, Bandar Baru Bangi Teringin makan ayam penyet lengkap dengan sambal yang mengiurkan? Anda mesti cuba makan di Ayam Bakar Wong Solo.
Sebagai salah sebuah restoran ayam penyet yang terkenal di Malaysia, kualiti hidangan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi.
Punyalah ramai yang jatuh cinta dengan keenakan masakan restoran ni sampaikan anda perlu membuat tempahan awal sekiranya bercadang untuk makan di sini pada waktu-waktu kemuncak.
Sumber: Restoran Wong Solo, Bandar Baru Bangi Apa yang menarik sangat dengan ayam penyet di kedai Wang Solo ni kalau nak dibezakan dengan kedai lain? Masakannya cukup terasa rempah-ratus yang digunakan, bila digigit ayamnya, sungguh rangup, daging ayam juga begitu lembut.
Makanan tak sampai lagi, tapi dah masuk waktu solat? Jangan risau, untuk memudahkan tetamu muslim yang datang, kedai ini turut lengkap dengan surau.
Alamat: Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
05. MZ Cafe Bangi Sumber: MZ Cafe Bangi “Laparnya! Kedai makan mana yang bukan je sedap, tapi service pun cepat dengan portion yang sure kenyang?” Semua kualiti ini anda boleh temui di MZ Cafe Bangi.
Untuk pengetahuan anda, MZ Café Bangi menyediakan hidangan yang berbeza pada waktu tertentu. Dari pukul 7 pagi ke 5 petang, mereka menyediakan hidangan untuk sarapan, makan tengahari, nasi ayam dan sup. Dari pukul 5 petang ke 12.30 pagi pula, terdapat aneka masakan western, tom yam, ikan bakar dan colek. Selain ini semua, pelbagai jenis masakan pantai timur turut ditawarkan seperti nasi kerabu dan laksam.
Jangan lupa juga untuk mencuba ikan gorengnya yang sungguh crunchy, kriuk-kriuk setiap gigitan, mendengarnya saja dah menaikkan selera.
Sumber: MZ Cafe Bangi Seperti yang dikatakan tadi, servicenya cukup pantas. Apa sahaja yang anda tempah, semuanya akan sampai di meja makan dalam masa tak lebih dari 10 minit, makanan juga dihidangkan panas-panas untuk membangkitkan selera.
Nak lebih banyak sebab untuk datang? Kalau anda nak tahu, MZ Café Bangi menyediakan tempat makan yang sungguh luas untuk keselesaan pelanggan yang datang bersama keluarga, anda boleh memilih sama ada ingin duduk di kerusi atau bersila. Bagi yang membawa anak kecil, tempat permainan Bouncy Castle pun ada tau!
Alamat: Jalan Desa Utama, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Sarapan, Makan Tengahari, Nasi Ayam, Sup (7.00 am – 5.00 pm) | Tom Yam, Western, Ikan Bakar, Colek (5.00. pm – 12.30 am)
06. Meat Cartel Bangi Sumber: Meat Cartel Bangi Adakah anda peminat masakan daging? Jika ya, anda perlu mencuba Meat Cartel di Bangi. Konsep restoran yang memfokuskan masakan kepada daging, Meat Cartel Bangi memang sangat istimewa. Malah, hiasan restorannya juga membawa suasana BBQ dan mesra keluarga.
Menu di sini lebih kepada American Barbecue dan mengambil inspirasi dari resepi-resepi masakan Amerika sebagai cara memasak daging mereka. Di sini, anda perlu mencuba hidangan-hidangan popular mereka seperti beef brisket plate, dan beef,lamb and chicken plate, yang menggabungkan semua jenis daging dalam satu hidangan.
Sumber: sanaka.shida, Meat Cartel Bangi Hidangan daging mereka akan dihidang bersama sampingan kentang putar, coleslaw, dan sos pilihan anda. Mereka juga ada membuat sos tersendiri. Selain itu, makanan snek seperti kentang goreng, keledek goreng, chicken wings dan lain-lain juga boleh dicuba. Pelbagai jenis sandwich, wrap dan burger juga ada di sini.
Alamat: A 39-G, Jalan Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 4pm-11pm (setiap hari)
07. RSMY Bangi Best Cheese Naan Sumber: RSMY Bangi Best Cheese Naan Siapa saja yang tak kenal dengan restoran RSMY ini? Sudah sangat terkenal sebagai restoran yang menyediakan Best Cheese Naan atau Roti Naan Cheese Terbaik. Wah, hebat! Restoran ini simple ala mamak. Jadi, ia sering dijadikan tempat lepak atau berkumpul bersama kawan-kawan. Suasana santai digabungkan dengan makanan sedap, memanglah digemari ramai.
Sumber: RSMY Bangi Best Cheese Naan, Munir, Thard Asb, Athirah, Angah Morib Menu istimewa mereka tentulah cheese naan mereka sehingga digelar Best Cheese Naan. Anda boleh dapatkan roti naan kosong, bersama cheese atau extra cheese, disamping perasa lain seperti garlic cheese, butter cheese dan lain-lain.
Roti naan mereka selalunya dinikmati bersama ayam tandoori, Kari dan keema daging. Selain dari roti naan, mereka juga menyajikan seleksi nasi seperti nasi beriyani, nasi tomato, nasi lemak dan sebagainya. Bagi anda yang mahukan makanan western, mereka turut menyediakan aneka jenis makanan western termasuk meatballs, chicken chop, fish and chips dan macam-macam lagi. Kalau nak tahu betulkah mereka the Best Cheese Naan, pastikan anda datang dan cuba sendiri.
Alamat: G9, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 12.30pm-12am (setiap hari)
08. Nasi Kandar Express Sumber: Muhammad M.T. Nasi kandar yang berasal dari bahagian utara Malaysia memang sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Bukan sahaja sedap, ia juga selalunya lengkap dengan protein dan sayuran.
Di Bangi, jika anda teringin nak makan nasi kandar, boleh datang ke Nasi Kandar Express yang terletak di Bandar Baru Bangi. Kedainya sangat menarik, kemas dan bersih. Dengan kaunter makanan dan bayaran ala fast food, memang cukup bergaya dan modern untuk sebuah restoran nasi kandar.
Sumber: Syukri Affendi Tentunya menu utama mereka ialah nasi kandar. Dengan konsep tradisional nasi kandar, anda diberi pilihan makanan sampingan yang banyak. Ayam goreng, sotong, kambing, daging, ikan, sayur, pilih sahaja. Malah, untuk memudahkan anda, mereka telah pun meletakkan setiap hidangan dalam bentuk set, jadi tinggal pilih sahaja set yang anda suka.
Selain dari nasi kandar, mereka juga menyediakan aneka jenis roti canai, masakan panas dan goreng-goreng, serta nasi lemak. Memang banyak pilihan dan semuanya sedap-sedap belaka. Jangan lupa datang!
Alamat: 17, Jalan 15/1b, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 12pm-10pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
09. Halalplanet Coffee Cafe Sumber: halalplanetcoffee Trend brewery kopi kecil atau kedai kopi modern kian mendapat sambutan di kalangan masyarakat Malaysia, terutama sekali si penggemar kopi. Pelanggan dapat menikmati kopi yang dibuat khas dengan harga yang lebih murah berbanding kedai-kedai kopi besar seperti Starbucks dan Coffee Bean & Tea Leaf.
Di Bangi, ada sebuah kedai kopi yang perlu anda cuba iaitu Halalplanet Coffee Cafe. Brewery kecil ini tidaklah besar dan bukan terletak di dalam sebuah shop lot. Ia merupakan kiosk kecil yang direka cukup bergaya dengan tempat duduk yang terhad. Namun, ramai yang suka ke sini.
Sumber: halalplanetcoffee Pelbagai jenis kopi yang mereka sediakan. Bagi peminat kopi, antara yang popular di sini ialah Kopi caramel macchiato mereka yang boleh dinikmati dalam bentuk panas, berais atau ais blended. Selain itu, Kami juga sarankan anda mencuba coffee latte with gula Melaka yang menggunakan gula Melaka sebagai pemanis dalam minuman ini menggantikan gula biasa. Memang lemaknya lain sedikit.
Pelbagai minuman non-coffee juga disediakan seperti chocolate, Thai green tea dan strawberry gula Melaka. Untuk digandingkan bersama minuman pilihan anda, mereka sediakan beberapa pilihan pastri. Yang paling popular ialah salted egg yolk croissant. Memang sedap. Kanak-kanak pula sangat menggemarkan snowy giant donut mereka. Apa pun pilihan pastri anda, semuanya sesuai dibuat sebagai sarapan pagi, snek atau minum petang.
Alamat: Gerai No 1, Kiosk Laman Bangiku Seksyen 9, Bandar Baru Bangi Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 9am-9.30am (setiap hari)
10. Mohd Chan Bandar Baru Bangi Sumber: Google Mohd Chan Bandar Baru Bangi adalah sebuah restoran masakan Cina – Muslim yang cukup selesa. Anda boleh memilih sama ada ingin menikmati hidangan di dalam ruang berhawa dingin ataupun di ruang makan biasa.
Apa nak makan dah sampai kedai ni nanti? Tak perlu pening kepala, kalau anda nak rasa segala menu yang terkenal di sini, anda boleh cuba mana-mana daripada yang kami sarankan ini, antaranya adalah kari seafood, patin asam nyonya special, sayur four season, nasi goreng dan macam-macam lagi.
Sumber: Google Selain enak, cara makanan dihidangkan juga sungguh menarik pandangan mata, memang Instagrammable! Nak makan sajian yang berbeza daripada biasa? Dengan hasil masakan persis daripada chef profesional? Datanglah ke restoran ini.
Alamat: Pusat, 28 & 30, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.00 pm)
11. d’ Limau Nipis Restoran Sumber: D’ Limau Nipis Restoran d’ Limau Nipis Restoran menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk yang enak untuk dipilih, bukan hanya kerana kecukupan rasanya, tapi juga disebabkan kesegaran hidangan seafoodnya. Mereka turut menawarkan pulangan wang kembali sekiranya hidangan yang diambil tidak segar.
Antara masakan yang boleh ditemui di sini adalah ikan bakar, sotong bakar dan lain-lain lagi. Dah pilih lauk yang disukai, bolehlah curahkan bermacam jenis sambal dan kuah yang ada seperti sambal belacan, budu, tempoyak dan banyak lagi. Jangan lupa untuk mengambil ulam-ulaman yang disediakan, barulah lengkap hidangan kampung anda!
Sumber: D’ Limau Nipis Restoran Untuk menghilangkan kehausan tekak, anda mesti mencuba air d’limau special yang ditawarkan mereka, lain daripada yang lain, minuman ini adalah gabungan air limau, agar-agar hijau dan juga ais krim vanilla.
Disebabkan betapa enaknya masakan di sini, waktu makan tengahari boleh jadi  agak padat dengan orang ramai. Sekiranya anda nak menikmati setiap suapan dalam suasana penuh ketenangan, elakkanlah waktu-waktu ini.
Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 5.30 pm)
12. Restoran Barra Sumber: Google Berkonsep seperti restoran mamak namun sebenarnya dimiliki oleh usahawan Melayu, Restoran Barra menyajikan aneka hidangan yang masing-masing memiliki keistimewaannya sendiri.
Antara menu yang ditawarkan adalah seperti sizzling yee mee, roti naan berkeju mozzarella, roti naan berkuahkan kari kambing, nasi goreng kambing, nasi goreng ayam Barra dan banyak lagi.
Untuk roti naan cheesenya, keju yang diletakkan memang padat mengalahkan pizza! Selain ini semua, mereka turut menawarkan menu roti pisang cheese, rasanya? Sangat heaven!
Sumber: Google Walaupun sentiasa ramai dengan orang, layanan yang diberikan cukup pantas! Memang cergas pekerja-pekerjanya. Dengan kualiti layanan sebegini baik, tak payah fikir dua tiga kali nak datang ke kedai ni dalam keadaan lapar yang mencengkam jiwa. Sambil-sambil menanti hidangan, anda boleh online menggunakan wifi yang disediakan.
Berita baik untuk anda yang bercadang nak datang ke sini, Restoran Barra dibuka selama 24 jam, datang sahaja pada bila-bila masa anda suka. Selain itu, suasana kedai ini juga cukup selesa dan luas.
Alamat: Wisma KLIA Holdings, Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
13. Sup Urat Keting Sumber: RESTORAN SUP URAT KETING Apa dia Sup Urat Keting ni sampai dijadikan nama kedai ini? Kalau dah rasa, barulah anda faham kenapa. Ini kerana menu sup urat keting ni boleh terpejam mata sedapnya.
Untuk menghasilkan sup ini juga bukannya senang, kata orang “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” memang boleh diguna pakai dalam proses penyediaan sup ni.
Sumber: RESTORAN SUP URAT KETING Urat keting ini kalau anda nak tahu, merupakan bahagian berwarna putih pada kaki lembu yang disaluti dengan lemak. Untuk mendapatkan bahagian ini, tukang masak perlu merebus terlebih dahulu untuk mengasingkan lemak dari urat keting.
Selain sup urat keting, hidangan lain yang juga menjadi kegemaran ramai di sini adalah sup gear box, sup tulang, sup ekor dan banyak lagi.
Alamat: Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 1.00 am)
14. Warung Bunian Sumber: Warung Bunian Eh! Warung Bunian? Seram pula bunyinya. Tapi jangan risau, ini hanyalah nama gelaran warung ini dek kerana lokasinya yang agak tersembunyi iaitu di sebalik bukit.
Warung dengan nama sebenarnya Warung Tapak Sulaiman ini telah pun beroperasi lebih daripada 10 tahun. Hidangan yang disediakan warung ini adalah masakan-masakan kampung yang diubah-ubah setiap hari, bagi pelanggan yang selalu datang, dapatlah cuba menu berbeza setiap hari.
Sumber: Warung Bunian Daripada pelbagai jenis makanan yang disediakan, hidangan signature mereka adalah nasi lemak telur bungkusnya yang kesedapannya mustahil dapat ditemui di tempat lain.
Telur bungkus ini telah dimasak dengan mencampurkannya dengan sambal, teksturnya juga sangat fluffy. Menu lain yang menarik untuk dicuba adalah roti sardin dan roti jiwa kacau.
Jangan terkejut, untuk makan di sini, walaupun hanyalah sebuah warung, seeloknya anda booking terlebih dahulu disebabkan terlampau ramai yang akan menyerbu kedai makan ni seawal pagi dibuka lagi.
Alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis & Sabtu (7.00 am – 2.00 pm) | Jumaat & Ahad (7.00 am – 11.00 am)
15. Me’nate Steak Hub (Bangi) Sumber: Me’nate Bandar Baru Bangi Me’nate Steak Hub (Bangi) menawarkan pelbagai jenis steak yang dapat memuaskan deria rasa semua. Daging rusa, daging wagyu, black angus, daging kambing (grass-fed / grain-fed) dan banyak lagi.
Daging-daging steaknya dimasak sempurna dengan perisa dan perasa yang secukupnya. Caj yang dikenakan bersesuaian dengan jenis daging berkualiti tinggi yang ditawarkan. Jangan risau, harganya telah tertulis pada paket daging yang dipilih.
Sumber: Me’nate Bandar Baru Bangi Yang menariknya tentang kedai makan ini, sepanjang masa berada di sini, anda boleh menambah minuman secara percuma (free flow). Minumlah dengan sepuas hati.
Selain membawa keluarga untuk makan-makan di hujung minggu, ramai juga yang suka memilih restoran ini untuk majlis sambutan hari jadi.
Alamat: 3B, Curve Business Park, 25, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis & Sabtu – Ahad (11.00 am – 11.00 pm) | Jumaat (3.00 pm – 11.00 pm)
16. Restoran Azura Sumber: Google Restoran Azura yang terletak di Seksyen 3 Bangi adalah restoran yang menjadi kegemaran ramai pelajar UKM, kolej-kolej dan pekerja di kawasan sekitar. Dengan saiz hidangan yang mengenyangkan, caj yang dikenakan juga sangat berpatutan.
Antara hidangan best yang ada adalah seperti tom yam, nasi goreng ketam, nasi goreng sotong, roti canai, burger dan sebagainya.
Sumber: Google Walaupun bukanlah restoran mewah, anda dapat menikmati hidangan dalam restoran ini dengan selesa di bawah kesegaran penyejuk udara.
Alamat:  14, Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam)
17. Mee Tarik Warisan Asli Sumber: Google Perkara pertama yang anda akan perasan bila sampai sahaja ke restoran Mee Tarik Warisan Asli ini adalah kebersihannya yang sangat memuaskan hati! Menambahkan lagi keselesaan pelanggan yang datang.
Dari ruang makan juga, anda boleh melihat ‘aksi’ live yang berlaku di dapur restoran ini dengan jelas, dapatlah anda lihat setiap step penyediaan makanan sebelum tiba di meja. Bila sudah tiba di meja, jangan buang masa lagi, terus nikmati kesedapan meenya yang jauh bezanya dengan mee biasa.
Sumber: Google Anda boleh menikmati mee ini dengan sepuas hati kerana saiz hidangannya yang sangat mengenyangkan. Bagi yang suka pedas, anda boleh meminta sup yang lebih ‘membakar’ pedasnya. Untuk melengkapkan hidangan, anda boleh mencuba babaó tea.
Alamat: 50, 38, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
18. Kedai Kopi Tepian Bangi Sumber: Google Tom yam di Kedai Kopi Tepian Bangi ini boleh jadi antara yang paling sempurna rasanya, pekat, pedas, cukup rasa masam, manis dan masinnya, dengan saiz hidangan yang tidak mengecewakan.
Tak kenyang lagi dengan tom yam? Selain ini, banyak lagi makanan kegemaran ramai yang ada di kedai kopi ni seperti roti canai, nasi lemak, pulut durian, aneka jenis masakan mihun/mee, kuih-muih tradisional dan sebagainya! Kedai ini juga turut terkenal dengan hidangan roti bakar kayanya.
Sumber: Google Sambil-sambil menunggu hidangan tiba, anda boleh berhibur menggunakan kemudahan wifi percuma yang disediakan atau sekadar melihat kerenah ikan di dalam kolam ikan kecil yang ada di sini.
Alamat: No. 44, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
19. Red Card Café Sumber: Red Card Café Melangkah masuk ke dalam Red Card Café, anda bakal disambut oleh sebuah atmosfera yang sungguh cosy dengan suasana yang tenang diiringi alunan muzik yang sedap didengar, admin yakin, anda akan jatuh cinta pandang pertama dengan suasana café ini.
Untuk menjadi sebuah café yang sempurna, suasana yang selesa masih tidak cukup, kriteria penting yang seterusnya mestilah kualiti menunya kan? Anda tak akan kecewa dengan menu yang ditawarkan, semuanya memiliki kesedapan ditahap superb!
Sumber: Red Card Café Makanan menarik yang boleh dicuba adalah seperti creamy beef pasta, salted egg chicken, Swedish meatball, creamy cajun chicken, lamb chop, salmon pasta dan bermacam-macam lagi! Layanan café ini juga cukup pantas!
Untuk pengetahuan anda, pihak café turut menawarkan event venue untuk program berskala kecil di tingkat atas kedai. Sekiranya anda menggunakan venue mereka, makanan turut akan disediakan.
Alamat: 17 & 18, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Selasa – Khamis & Sabtu – Ahad (12.00 pm – 10.30) | Jumaat (4.30 pm – 11.00 pm) | Isnin (Tutup)
20. Warung Kita Sumber: Warung Kita Bangi Terletak di dalam sebuah bangunan berdinding coklat dengan logo beca yang kelihatan klasik, Warung Kita adalah sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan nasi manggey atau Kak Woknya. Sambal dan gulai yang digunakan dalam hidangan ini sedapnya bukan main.
Sumber: Warung Kita Bangi Ayam cincangnya juga dimasak dengan sempurna. Selain itu, hidangan lain yang juga sedap dan mesti dicuba adalah nasi gulai ikan tongkol dan colek.
Untuk sebuah hidangan yang lengkap, anda boleh order air coconut shake ataupun air kelapa baldi yang ditawarkan kedai ini. Harga? Sangat berpatutan!
Alamat: Jalan Industri Sungai Tangkas 1, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 10.00 pm)
21. Denali & Pinnacles Sumber: Denali & Pinnacles the Wanderer’s Café Kedai makan berkonsep terbuka, Denali & Pinnacles adalah lokasi yang patut pertama sekali terlintas di fikiran anda sekiranya bercadang untuk menikmati hidangan di dalam suasana yang menarik.
Diberikan sentuhan hippie dan bohemian, dinding di kedai makan ini tidak sunyi daripada perhiasan yang kreatif yang terdiri daripada gantungan tapestri, tanaman-tanaman hijau dan sebagainya. Lokasinya yang terletak di rooftop bangunan juga menjadikan ia kedai makan yang menarik untuk disinggahi.
Sumber: Denali & Pinnacles the Wanderer’s Café Mengenai makanan yang disediakan, anda boleh mencuba ais krim blueberry, kambing grill, peruvian grilled chicken, mashed potato, pasta spicy provencal linguine, burger dan banyak lagi. Portion makanannya juga sangat besar, gerenti kenyang.
Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (5.00 pm – 2.00 am) | Selasa (Tutup)
22. Tuah Café Sumber: Tuah Cafe Bangi Tuah Café menawarkan pelbagai hidangan western untuk sesiapa yang crave masakan barat. Café ini juga sangat selesa dan kemas, sejuk dipandang mata. Di samping itu, untuk pengetahuan anda, walaupun café ini meriah dengan kedatangan orang ramai, layanan mereka cukup pantas!
Dah sampai di café ni nanti, anda boleh order antara menu yang menarik yang ada seperti butter chicken, nachos, cheesy fries, carbonara, aglio olio, fish n chip, chicken mixed grill, dan banyak lagi.
Sumber: Tuah Cafe Bangi Untuk hidangan butter chickennya, masakannya sangat creamy dan menyelerakan, boleh jadi ini antara hidangan butter chicken paling sedap yang pernah dinikmati.
Untuk minuman, salah satu yang menjadi kegemaran ramai adalah cookies n crumbs milkshake.
Alamat:  No. 20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Khamis (11.00 am – 1.00 am) | Khamis (Tutup)
23. Austin Steak House Sumber: Austin Steak House Bangi Kedai makan western yang seterusnya adalah Austin Steak House yang dikatakan port masakan barat antara yang paling sedap di Bangi. Caj yang dikenakan untuk setiap hidangan boleh dikatakan agak murah jika dilihat dari segi saiz hidangannya yang memang sangat ‘bermurah hati.’
Hidangan yang memanggil-manggil ramai orang untuk datang makan di sini adalah seperti chicken golden blue yang sememangnya sungguh cheesy, sizzling steak yang sungguh mengenyangkan, spaghetti, black pepper steak dan macam-macam lagi.
Sumber: Changmin Qz, Austinsteakhouse, Sudheesh Kumar Sambil makan-makan semua hidangan berat ni, eloklah juga kalau dipekenakan dengan watermelon lychee, jus kiwi atau air durian belandanya. Sebenarnya terlampau banyak pilihan air yang ada dalam menu, bersedialah untuk menjadi keliru melihat menunya.
Alamat: No. 55GF, Jalan Kajang Impian 2/1, Bandar Baru Bangi 43650 Selangor
24. Salt & Pepper Sumber: Salt & Pepper Restaurant Hidangan utama di restoran Salt & Pepper ini adalah spicy burger, khas untuk pencinta hidangan pedas, sebab pedasnya bukan main-main. Namun begitu, anda boleh memilih tahap kepedasan yang ingin dicuba.
Burger pedas yang dinamakan ‘the explosion inner burger’ dihasilkan dengan menggabungkan 3 jenis cili yang terpedas di dunia. Selain burger, hidangan pedas lain juga datang dalam bentuk pasta dan chicken wings. Ada berani nak cuba?
Sumber: Salt & Pepper Restaurant Tak berdaya nak test makanan sepedas ini? Tak apa, anda boleh memilih menu ‘selamat’ yang ada seperti spaghetti carbonara atau lamb grill.
Alamat: 46, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (3.00 pm – 10.45 pm) | Isnin (Tutup)
25. Warung Dusun Sup Gear Box Sumber: gearbox warung dusun Kalau anda suka makan sup gear box, Warung Dusun Sup Gear Box adalah kedai yang boleh anda tuju untuk memuaskan deria rasa. Saiz hidangannya juga sungguh mengenyangkan untuk yang datang dengan perut berkeroncong.
Sumber: gearbox warung dusun Selain sup gear box, menu lain yang boleh anda tempah untuk memenuhkan meja adalah seperti sup ekor, ikan bakar, siakap steam, bawal masak masam manis, tom yam, sotong masak petai dan banyak lagi.
Layanan yang pantas, portion yang besar, apa lagi yang anda nak? Terjah kedai ni sekarang!
Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 6.00 pm – 1.00 am
26. Roti Canai Restoran D’Bukit Sumber: Wak Ajak Kedai roti canai pun boleh viral? Dah rasa baru tahu kenapa Roti Canai Restoran D’Bukit ni boleh jadi begitu menarik pada pandangan orang ramai. Sebabnya, adalah kerana rotinya yang sungguh lembut dan rangup.
Alang-alang dah sampai tu orderlah sebanyak yang diingini sama ada roti telur, roti tampal, roti kosong atau sebagainya untuk dimakan dengan aneka kuah seperti sambal sardin, sambal biasa, kari daging, kari kambing dan lain-lain mengikut selera anda.
Sumber: Roti Canai D’ Bukit Selain roti, sajian lain yang juga boleh ditempah adalah nasi lemak, mee jawa, soto, otak-otak, sate ikan dan macam-macam lagi. Untuk minuman pula, teh tarik mereka memang kaw!
Sekadar peringatan, jangan terkejut melihat kedai ini dah penuh dengan orang ramai walaupun di pagi hari, nak senang dapat meja, datanglah seawal kedai ni dibuka lagi. Walaupun penuh, jangan give up, rugi kalau tak rasa!
Alamat: Roti Canai D’Bukit Jalan Masjid Kajang, Selangor Darul Ehsan, Kajang
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (6.30 am – 12.00 pm) | Isnin (Tutup)
27. Restoran Belauk Sumber: Restoran Belauk Restoran Belauk di Seksyen 7 ini menghidangkan aneka masakan Kelantan dan juga Selatan Thailand. Antara hidangan yang ada di sini adalah seperti nasi dagang, nasi lemak, nasi kerabu, laksam, sup belut, asam pedas, ikan bakar, roti titab dan banyak lagi makanan yang lain, sampai tak tahu nak pilih yang mana.
Sebagai Restoran ‘Belauk,’ sememangnya macam-macam lauk ada, jangan terkejut, secara keseluruhannya terdapat sehingga 80 jenis lauk yang mereka sediakan.
Sumber: Restoran Belauk Dah settle pilih makanan, untuk minumannya pula, air yang wajib anda order kalau makan di restoran ini adalah teh pengnya, kesedapannya memang luar biasa.
Selain makanan, restoran ini juga turut menjual pelbagai barangan kering yang didatangkan daripada negeri Kelantan seperti beras siam, keropok, beras pulut dan sebagainya, bolehlah anda shopping sementara menunggu makanan sampai.
Alamat: No. 73 & 75, Jalan 7/7c, seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 8.45 pm)
28. Pavillion Steak & Grill Bangi Sumber: Pavillion Steak & Grill Pavillion Steak & Grill Bangi menyajikan hidangan Arab dan juga barat. Kalau anda dan keluarga tak dapat kata sepakat nak makan di kedai Arab atau kedai masakan barat, singgah sahaja ke kedai ini untuk kepuasan semua. Menu yang ditawarkan juga sangat banyak.
Salah satu hidangannya iaitu pasta, sungguh creamy dengan saiz hidangan yang besar dan mengenyangkan.
Sumber: Pavillion Steak & Grill Hidangan lain yang juga tidak kurang enaknya adalah seafood aglio olio, beef bacon salted egg cream, churros, nasi kabsah kambing, ayam mandy, kambing bakar, Australian t-bone steak, meatball carbonara, crispy chicken chop dan banyak lagi.
Ada yang mengatakan bahawa menu paling menakjubkan di restoran ini adalah chicken gordon bleu, nachos dan juga masakan salmon mereka.
Alamat: Pavillion Steak and Grill,  6044 Sungai Ramal Dalam Selangor, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 1.00 am)
29. Restoran Homst Kajang Sumber: HOMST Recipe Restoran Homst Kajang menyediakan pelbagai masakan Cina – Muslim yang pasti akan mencuri hati anda hanya dengan sekali cuba. Dengan suasana tempat makan yang dingin beraircond, dapatlah anda menikmati hidangan dengan penuh keasyikan.
Hidangan menarik yang boleh dicuba adalah seperti wet butter chicken, daging black pepper, mee kari, mihun sup, siakap asam steamed, mee wantan, daging itik salai, ayam pandan dan banyak lagi. Kesemua hidangannya dimasak dengan secukup rasa.
Sumber: HOMST Recipe Servis mereka juga tip-top, hidangan sampai ke meja dengan cukup laju sekali, tak sempat mendengar bunyi perut menggerodak kelaparan.
Alamat: 47G,48G & 49G, Jalan Prima Saujana 1/1a, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 10.30 pm)
30. Paramount Coffee House Sumber: Paramount Coffee House Paramount Coffee House yang terletak di Seksyen 9 ini adalah sebuah restoran yang selesa, dengan iringan lagu yang menyenangkan jiwa serta lengkap dengan penyejuk udara. Menarik untuk dijadikan port lepak bukan?
Hidangannya juga tidak kurang menariknya, anda boleh mencuba menu seperti Oreo vanilla waffle, nasi mak’s ayam chilli, aneka jenis spaghetti, nasi goreng paramount bersama chicken wing dan banyak lagi.
Sumber: Paramount Coffee House Dalam banyak-banyak hidangan yang ada di sini, paling wajib anda rasa adalah Oreo vanilla wafflenya yang dihidangkan bersama dengan strawberi yang segar serta ais krim vanilla. Hidangan ini dipercantikkan lagi dengan curahan sos coklat dan taburan serbuk Oreo yang rangup. Cuba, jangan tak cuba.
Alamat: 7-47-01 Seksyen 9, Jln Medan Pusat Bandar 8A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.30 pm)
31. The Caravan Café Sumber: Mumtaz Jihan The Caravan Café menyediakan pelbagai hidangan yang menarik seperti butter chicken, cucur ikan bilis, Vietnamese rolls, salted egg calamari, seafood carbonara, yang kesemuanya dihidangkan dengan penuh ‘kasih-sayang’.
‘Kasih-sayang’ yang admin maksudkan adalah dari segi rasanya yang mantap, portionnya yang mengenyangkan dan juga gaya susun atur hidangan yang sangat sedap dipandang.
Sumber: The Caravan Café Selain itu, café ini turut menyediakan pelbagai jenis kek, antaranya adalah kek Ferrero dan kek velvet. Sedapnya tidak boleh dibawa berbincang. Minuman wajib cuba pula adalah jus chocolate avocado.
Alamat:  No. 15-G-, 1, Jalan Medan Pb 1a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis, Ahad (12.00 pm – 10.30 pm) | Jumaat, Sabtu (12.00 pm – 11.00 pm)
32. Cartel Coffee Shop Sumber: Cartel Coffeeshop Dengan interior design yang mencuri hati, Cartel Coffee Shop adalah sebuah kedai makan yang serba-serbi sempurna. Dihias dengan penuh kreatif berkonsepkan hipster dan industrial, makan di kedai ini terasa seperti di dalam dunia klasik, dengan dinding batu-bata, serta perhiasan berelemen antik, cukup menarik untuk sesiapa yang tak sabar nak update foto baru di Insta tu.
Jangan dek kerana sibuk bergambar sampai lupa nak order makanan. Berkaitan dengan menu di sini, antara hidangan wajib cuba adalah creamy butter dory fish, chicken pie, cheesy wedges, nachos, seafood aglio olio, bbq fried chicken dan banyak lagi.
Sumber: Cartel Coffeeshop Minuman yang menarik pula adalah signature Columbian lattenya yang dihasilkan dengan menggabungkan ais krim dan kopi. Sangat menyegarkan tekak. Untuk yang suka minum kopi, ada yang mengatakan biji kopi yang digunakan oleh Cartel Coffee Shop ini adalah jauh lebih bagus daripada di Starbucks.
Kalau anda nak tahu, café ini sebenarnya adalah sebuah café dua tingkat. Sekiranya anda ingin makan sambil melihat persembahan muzik live, anda boleh pilih untuk makan di tingkat atas.
Alamat:  11, Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (4.20 pm – 1.30 am) | Isnin (Tutup)
33. Restoran Jepun Miyagi Bangi Sumber: Restoran Miyagi Tak perlu ke Jepun untuk menikmati hidangan dengan rasa asli masakan Jepun, anda hanya perlu membuka langkah kaki ke Restoran Jepun Miyagi Bangi yang terletak di Seksyen 9.
Menjejak masuk ke dalam restoran ini, anda bakal terkesima melihat dekorasinya yang tidak ubah seperti di dalam set filem klasik Jepun. Setiap sudut restoran ini kelihatan sungguh comfy dengan gabungan warna natural yang sedap dipandang.
Sumber: Restoran Miyagi Bagi pencinta makanan, dekorasi adalah perkara kedua, yang paling penting adalah sedap atau tidak sedap makanannya bukan? Untuk restoran ini, sajiannya juga tidak mengecewakan. Segalanya dihidangkan dengan segar dan memiliki cetusan rasa yang membuatkan anda ingin tambah lagi dan lagi.
Alamat: No 2A, Jalan Medan PBI, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30 am – 2.30 pm, 5.30 pm – 9.30 pm)
Begitu banyak tempat makan menarik di Bangi ni, bandar ini sememangnya heaven untuk food hunter. Jelajah sekitar Bangi sahaja dah boleh rasa macam-macam hidangan dari masakan tempatan hinggalah kepada Jepun.Untuk makan pagi, petang ataupun lewat malam, pilihan kedai makan yang ada di Bangi ini terlampau banyak.
Jangan terkejut kalau kami katakan, yang sebenarnya masih ada lagi restoran lain yang tak sempat admin masukkan dalam senarai ini. 33 tempat makan ni pun tak mungkin dapat pergi semua kan?
Apa-apa pun, diharapkan senarai ini dapat membantu anda mencari kedai makan yang terbaik untuk dijadikan lokasi makan-makan bersama keluarga tercinta. Selamat menjamu selera!
4.8/5 - (5 votes) The post 33 Tempat Makan Menarik Di Bangi (2024) | Restoran Paling Best appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-bangi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie

34 Tempat Makan Menarik Di Seremban Restoran Best Untuk Foodie

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 247 hits
Seremban merupakan sebuah daerah yang cukup terkenal dengan jolokan lubuk makanan orang Nogori untuk diterokai apatah lagi jika anda pertama kali menjejakkan kaki ke Tambahan pula jika anda seorang yang gilakan masakan pedas dan asli maka S...
50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Restoran Best Di Kl

50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur Restoran Best Di Kl

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 188 hits
Kotaraya moden bukan sekadar terkenal dengan menara KLCCnya tapi juga dengan kebanjiran tempat makan yang agak mustahil untuk habis teroka Terlampau banyak dari yang terletak di tengah tengah kota hinggalah yang tersembunyi Yang menariknya ...
7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

7 Tempat Makan Menarik Di Setia Alam Restoran Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 304 hits
Setia Alam merupakan antara bandar yang kian meningkat dari segi pembangunan dan juga populasi penduduk Semakin hari semakin banyak kedai makan dan restoran yang dibuka Mari kami kongsikan antara 7 tempat makan menarik di Setia Alam yang me...
32 Tempat Makan Menarik Di Cyberjaya Khas Untuk Pencinta Makanan

32 Tempat Makan Menarik Di Cyberjaya Khas Untuk Pencinta Makanan

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 224 hits
Bagi yang bercadang nak ke Cyberjaya hujung minggu ini atau pun sekadar santai membawa diri atau keluarga berjalan pasti tercari cari mana tempat makanan yang sedap dan menarik yang terdapat di Cyberjaya Jangan bimbang kerana di Cyberjaya b...
26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 347 hits
Subang Jaya sebuah bandar yang tak jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai fasiliti mengelilingi kawasan perumahan yang telah lama bertapak di negeri Selangor Kepelbagaian aktiviti menarik yang ditawarkan di Subang Jaya...
39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

39 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Hidangan Lazat Suasana Istimewa

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 273 hits
Pahang adalah negeri yang terbesar di antara 14 negeri negeri lain yang terdapat di Malaysia Bukan hanya popular sebagai sebuah negeri yang terbesar dari segi saiz malahan Pahang juga turut terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan yang...
Makan Di Restoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Makan Di Restoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 289 hits
Restoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala BatasRestoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala BatasRestoran Nasi Beriani Buluh ni ada beberapa cawangan Di Bertam ni yang ni kira macam baru la sebelum restoran beriani buluh ni ambil alih ada bebe...
Glic Bukan Tempat Cari Makan Tapi Memajukan

Glic Bukan Tempat Cari Makan Tapi Memajukan

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 182 hits
Semalam saya telah mempengerusikan mesyuarat dengan Ketua ketua Pegawai Eksekutif Syarikat syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Perbincangan ini adalah mukadimah kepada reformasi GLIC dan Syarikat syarikat Berkaitan Kerajaan agar mereka le...
Fakta Menarik Tentang Jerung Greenland Antara Haiwan Hidup Paling Lama Di Atas Muka Bumi Ini

Fakta Menarik Tentang Jerung Greenland Antara Haiwan Hidup Paling Lama Di Atas Muka Bumi Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 231 hits
Jerung Greenland antara haiwan purba yang masih hidupSalah satu haiwan tertua di planet ini iaitu jerung Greenland berusia 393 tahun mendiami Lautan Artik sejak tahun 1627 Ia juga dikenali sebagai Gurvy Shark atau Grey Shark Ia adalah jerun...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan