T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal


Ini bukan cerita pasal milo aisIsteri Merajuk Dijemput Menaiki MotosikalSerik Menunggang MotosikalPada petang tadi, ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, Tedi ternampak seorang lelaki dewasa membawa dua kanak-kanak sekolah rendah membonceng motosikal yang dikendarainya.
Adik yang di belakang sekali tu sedang sedap minum air milo ais bungkus. Wajahnya gembira, tiada apa yang dirisaukan.
Sumber foto: Lebih 200 ahli Kelab Vespa Malaysia berhimpun dalam program ‘The Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur 2014’Ini bukan cerita pasal milo aisTiba-tiba Tedi berasa sebak, mungkin agak terharu melihatkan gelagat mereka itu. Mereka berhimpit di atas sebuah motosikal, manakala Tedi selesa duduk di dalam sebuah kereta.
Tapi mereka masih gembira.
Tedi terharu melihat jerih-perih seorang ayah menjemput anak-anaknya balik sekolah menaiki sebuah motosikal. Adakah itu sahaja pilihan yang dia ada? Mungkin ya.
Sejak bulan Februari tahun 2017 yang baru berlalu, Tedi melihat satu fenomena yang berulang kembali seperti deja vu.
Fenomena di mana ramai rakyat manusia mula membanjiri lebuhraya dan jalanraya di ibu kota dengan menunggang motosikal.
Situasi ini mula membawa Tedi menelunsuri memori dalam rangkaian neural yang mungkin telah lama terpendam rapi hanya menunggu masa dicungkil kembali.
Isteri Merajuk Dijemput Menaiki MotosikalPeristiwa ini telah lama berlaku. Ketika itu Mummy masih bekerja di TM Annex, di mana pada ketika itu masih belum wujud Hotel Pullman Bangsar.
Zaman itu adalah zaman Malaysia di bawah pemerintahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Zaman di mana harga minyak meningkat dengan mendadak.
Zaman itu adalah zaman di mana kami masih mendiami unit rumah pangsa di Desa Mentari Petaling Jaya.
Ketika Tedi dan Master, yang baru sahaja sampai dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, menunggu Mommy turun dari pejabat beliau. Di tangga lobi TM Annex kelihatan seorang makcik sedang menunggu seseorang menjemputnya.
Hujan mulai turun renyai-renyai.
Kemudian datang suami beliau dengan menaiki sebuah motosikal. Makcik itu kelihatan kurang senang dan bertanya, "Kenapa naik motosikal?" sambil buat muka kepada suaminya. Suaminya cool sahaja dan memujuk isterinya.
Soalan makcik itulah yang menjadi inspirasi kepada nukilan pada malam ini, jika kawan-kawan perasan pertanyaan itu adalah serupa dengan tajuk kiriman ini. Erm... dugaan hidup ini macam-macam.
Tedi berasakan bahawa harga petrol yang meningkat telah memaksa rakyat Malaysia memilih untuk menunggang motosikal ke destinasi mereka. Tedi berasakan bahawa trend sama kini berlaku pada bulan Februari dan Mac ini.
Serik Menunggang MotosikalMommy juga mencadangkan kepada Master supaya mereka ke pejabat dengan menaiki motosikal untuk menjimatkan penggunaan petrol yang menelan belanja RM 700 pada Februari lalu, belum lagi termasuk kos topup Touch 'n Go.
Tapi Master memberikan alasan harga motosikal mahal, tapi hakikatnya Master dah serik menunggang motosikal. Anda takkan faham perasaan seorang penunggang motosikal yang menunggang dengan perlahan dikelilingi dan dihimpiti kenderaan-kenderaan besar.
Betapa cuaknya perasaan ketika itu.
Anda juga takkan faham sakit pinggang, lenguh satu badan kerana menunggang motosikal untuk jarak jauh. Bayangkan naik motosikal sejauh 100 kilometer sehari.
Anda juga takkan faham kengerian apabila tiba-tiba dihon kenderaan lain kerana penunggang motosikal tertidur dan masuk ke lorong mereka. Jika naik kereta, anda boleh berhenti di RnR, baringkan tempat duduk dan lelapkan mata, tapi tidak jika naik motosikal, anda mahu tidur di mana?
Alhamdulillah setakat ni Master belum pernah kemalangan motosikal, dan dia tak mahu terlibat dalam kemalangan motosikal. Pendirian ini telah dikisahkan dalam kiriman bertajuk Penunggang Motosikal Itu Mentimun.
Biarlah naik kereta, sangkut dalam kesesakan, belanja lebih untuk kos petrol, asalkan Mommy tak mengalami apa yang pernah Master alami.
20170310 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/03/kenapa-tunggang-motosikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Fitnah Terhadap Motosikal Tempatan

Hentikan Fitnah Terhadap Motosikal Tempatan

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 132 hits
Ini adalah motosikal keluaran tempatan yang pertama di Malaysia MODENAS Kriss 110 Dilancarkan tahun 1996 Brek depan dan belakang pun pakai brek dram lagi Memang motosikal yang jadi bahan kutukan dan ejekan masa tu Rekabentuk pun tak menarik...
Kedah Dua Remaja Maut Motosikal Terbabas Langgar Sisi Treler

Kedah Dua Remaja Maut Motosikal Terbabas Langgar Sisi Treler

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 137 hits
Zuliaty ZulkiffliBALING Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler ketika melalui selekoh di Jalan Parit Panjang Kuala Ketil berhampiran Kampung Tembak di sini Ketua Polis Daerah Baling S...
Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 180 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara Machang maut selepas dilanggar sebuah motosikal di kawasan kampus petang tadi Ketua Polis Machang Ahmad Shafiki Hussin berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadia...
Dua Rakan Maut Seorang Lagi Cedera Motosikal Dinaiki Terbabas

Dua Rakan Maut Seorang Lagi Cedera Motosikal Dinaiki Terbabas

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 123 hits
Dua Rakan Maut Seorang Lagi Cedera Motosikal Dinaiki Terbabas SEREMBAN Dua rakan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Jalan Taman Musytari Batu Kikir Jempol petang semalam Ketua Polis Daerah J...
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Kuantan Pekan Rompin To See Very Heavy Rain Until Tomorrow

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Holiday Schedule

Teringin Tahu Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad Saw Ini Jawapannya

Flavorful Healthy Banana Bread Recipe Pinterest

Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Hari Hari

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari