Surah Ar Rahman Bacaan Terjemahan Ringkasan Intipati


Surah Ar-Rahman: Terjemahan, Ringkasan Intipati & Fadhilat Membacanya 
Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 di dalam Al-Quran. Surah ini mengandungi 78 ayat, 387 perkataan dan 1589 huruf. Ia merupakan surah Makkiyah kerana diturunkan di Makkah. 
Berikut dikongsikan ringkasan intipati Surah Ar-Rahman, bacaan & terjemahannya serta beberapa kelebihan membaca surah ini. 
BACA JUGA: Surah Al Waqi’ah: Panduan Bacaan Rumi Beserta Makna
Surah Ar-Rahman Ar-Rahman adalah merupakan salah satu sifat Allah yang bermaksud Maha Pemurah. Tidak terhitung berapa banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada hamba-hambanya dengan sifatnya Maha PemurahNya. 
Secara umumnya, surah ini mengingatkan sekalian manusia agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah.
Terdapat satu ayat dalam teks ini yang diulang beberapa kali menunjukkan bahawa tiada nikmat Allah yang dapat didustakan. 
Ayat tersebut ialah; “Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan” yang bermaksud “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan”.
Ringkasan Intipati Surah Ar-Rahman Berikut adalah antara intisari penting yang ingin disampaikan dalam surah Rahman:
Menggambarkan kekuasaan Allah Taala yang mencipta seluruh alam, dan yang mengurniakan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung kepada sekalian makhluk Nya. Mengingatkan kepada kita sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Mengingatkan kepada kita agar tidak kufur nikmat.  Tidak ada siapapun yang akan dapat melepaskan diri dari kekuasaanNya. Segala yang ada di muka bumi ini akan binasa dan yang akan kekal hanya Dzat Tuhanmu  Menegaskan kesucian nama Allah, Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Bacaan & Terjemahan Bacaan MP3 (Audio):
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
Dia lah yang telah menciptakan manusia; –
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya “.
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, –
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; –
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; –
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga?
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Rujukan: https://www.surah.my/55 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/surah-ar-rahman/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=surah-ar-rahman

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surah Yasin Rumi Dan Doa Selepas Baca Yasin Beserta Terjemahan Bahasa Melayu

Surah Yasin Rumi Dan Doa Selepas Baca Yasin Beserta Terjemahan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 286 hits
Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah surah di dalam al Quran Selain itu hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca al Quran a...
Salam Jumaat Bacaan Yasin Tahlil

Salam Jumaat Bacaan Yasin Tahlil

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 116 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Salam Jumaat Bacaan Yasin Tahlil Jumaat 05012024 penghulu segala hari yang pertama di tahun 2024 Alhamdulillah pagi tadi dikurniakan rezeki masa olehNYA dapat Mrs A turut sama...
Larangan Menguatkan Bacaan Al Quran Di Dalam Masjid

Larangan Menguatkan Bacaan Al Quran Di Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 172 hits
Rasulullah SAW telah melarang orang menguatkan bacaan al Quran di dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain Dalam hadis Nabi SAW berkata Abu Sa id al Khudri Ketika Nabi beriktikaf baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan sedangka...
Doa Dhuha Bacaan Dalam Rumi

Doa Dhuha Bacaan Dalam Rumi

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 170 hits
Doa Dhuha adalah doa yang berkaitan dengan solat sunat Dhuha suatu bentuk ibadah yang dianjurkan dalam agama Islam Solat Dhuha dilakukan pada waktu Dhuha iaitu antara terbitnya matahari hingga sebelum waktu Zuhur Pada waktu ini cahaya matah...
Ayat Al Fatihah Rumi Maksud Terjemahan

Ayat Al Fatihah Rumi Maksud Terjemahan

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 177 hits
Surah al Fatihah diturunkan di Mekah setelah Surah Al Muddathir Dengan 7 ayat ini adalah surah pertama yang sepenuhnya diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah Surah ini dinamakan al ...
Ringkasan Cerita Pengakhiran Bulan Dec 2023

Ringkasan Cerita Pengakhiran Bulan Dec 2023

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 438 hits
Salam to all readers Ringkasan Cerita Pengakhiran Bulan Dec 2023 Tinggal 1 hari sahaja kita semua akan melangkah ke tahun baru Cadangnya banyak story aku nak up dalam blog memandangkan aku habiskan cuti minggu terakhir dec 2023 Unifi dekat ...
Bacaan Kolestrol Normal Mengikut Umur Jantina Dan Jenisnya

Bacaan Kolestrol Normal Mengikut Umur Jantina Dan Jenisnya

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 183 hits
Apakah bacaan kolestrol normal yang diperlukan oleh manusia bagi setiap jenis kolestrol Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda bacaan kolesterol normal yang perlu anda ketahui berpandukan tahap usia masing masing Baca juga Ap...
Amalkan Surah Al Ahqaf Ayat 15 Untuk Mohon Keinsafan Dan Merawat Amarah

Amalkan Surah Al Ahqaf Ayat 15 Untuk Mohon Keinsafan Dan Merawat Amarah

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 191 hits
Amalkan Surah Al Ahqaf Ayat 15 Untuk Mohon Keinsafan Daripada satu perkongsian Ustazah Norhafizah Musa saya tuliskan di blog ini agar lebih ramai dapat amalkannya khusus kepada wanita wanita di luar sana Bila usia makin meningkat melebihi 4...
Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al Hasyr

Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al Hasyr

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 276 hits
Tiga ayat akhir Surah Al Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri Ianya mempunyai Asma ul Husna yang paling agung pada enam ayat terakhir dari surah Al Hasyr Penyebutan nama nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan si...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini