Panduan Memilih Perniagaan Dengan Cara Paling Mudah Berjaya Dan Selamat
Bagaimana agaknya cara untuk pilih perniagaan yang mudah dan selamat untuk dijalankan?
Anda tentu ada impian untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri. Itu perkara biasa sebab ramai orang idamkan perkara yang sama. Tapi terlalu sedikit yang benar-benar meneruskan impian mereka.
Masalah paling besar adalah tak berani nak ambil risiko.
Bagi yang berani, mereka ikut hasrat hati tersebut dan mula mencari peluang perniagaan untuk dilaksanakan.
Ada 2 cara yang biasanya orang cari peluang dan pilih perniagaan. Paling ramai ialah, mereka yang cenderung kepada mencari peluang perniagaan baru yang orang tak pernah buat.
Cara itu sangat logik. Perniagaan baru yang masih tak ada orang lain buat sudah tentu tidak ada persaingan. Bila anda satu-satunya yang tawarkan produk atau servis tersebut, maka peluang untuk mengaut keuntungan berlipat ganda amat cerah.
Namun begitu, dalam dunia perniagaan sebenar, memilih perniagaan sebegitu lah yang menyebabkan ramai usahawan baru jatuh ke dalam lembah kesusahan. Mereka berhadapan dengan satu idea perniagaan yang gagal yang tidak dapat dilaksanakan.
Satu lagi lumrah yang berlaku terhadap mereka yang cenderung buat pilihan perniagaan sedemikian adalah, mereka terus dan terus mencari masih tak berjumpa. Akhirnya pencen kerja makan gaji dan jadi pengasuh cucu.
Saya kenal ramai kawan yang berbelas tahun asyik mencari perniagaan baru yang hebat-hebat tapi sampai sekarang masih tak ke mana pun. Kalau adapun, tak ada satu pun yang berjaya tahan lama.
Cara mudah dan selamatAda satu lagi cara yang lebih mudah tapi tak glamor. Ini cara yang saya syorkan jika anda benar-benar ada impian untuk berhenti kerja dan mula berniaga dan menjayakan dunia keusahawanan anda.
Cara nya adalah dengan memilih perniagaan yang dah biasa orang buat. Kalau lagi ramai yang dah buat lebih bagus.
Saya senaraikan 7 sebab kenapa cara itu adalah yang terbaik.
1. Lebih mudah berjayaPerniagaan sebegitu, peratusannya untuk berjaya adalah lebih tinggi
Kajian menunjukkan mereka yang pilih perniagaan yang orang lain telah buat berkemungkinan berjaya sebayak 80%. Ertinya dalam 10 orang yang mulakan perniagaan sebegitu, 8 daripada mereka berjaya.
Jadi, tak payahlah ambil risiko buat benda baru.
Kebarangkalian untuk anda gagal dengan buat perniagaan baru dan tawarkan produk atau servis yang baru adalah tinggi
Kajian menunjukkan peratusan untuk gagal dengan pilih perniagaan baru dan tak pernah orang lain buat adalah 80%.
Maknanya dalam 10 yang pilih perniagaan luar kebiasaan, akan ada 8 orang yang gagal dan hanya 2 yang akan berjaya.
2. Pilihan selamatSiapa yang suka ambil risiko untuk gagal yang tinggi?
Jalan selamat adalah mengambil risiko kegagalan yang rendah. Itu jalan untuk jadi orang biasa-biasa yang tidak merasakan dirinya luar biasa.
Juga jalan orang yang tak kisah jika dirinya tidak glamor dan mendapat perhatian orang ramai. Tak ada salahnya untuk memilih jadi orang biasa-biasa asalkan hidupnya baik, bertanggung jawab dan tidak sia-siakan masa dan keupayaan yang ada padanya.
Jadi sebagai orang biasa eloklah pilih perniagaan yang dah biasa orang buat.
3. Pasaran terjamin adaJenis perniagaan biasa sebegitu sudah pasti ada pembeli.
Jika satu-satu perniagaan itu ada ada ramai yang lakukan. Maknanya ada pembeli yang pasti. Kalau tidak, tak akan ada yang meneruskannya lagi.
Tambahan pula jika perniagaan tersebut sudah lama bertapak ia menunjukkan itu jenis perniagaan yang ada potensi untuk hidup.
4. Dah ada panduanPerniagaan yang dah ramai buat juga bermakna sudah ada contoh untuk anda tiru dan perbaiki.
Anda ada contoh nyata yang boleh dijadikan ikutan. Tak payah perah otak untuk cari satu sistem atau program perniagaan yang belum lagi pasti kejayaannya.
Anda hanya perlu menjadi lebih bagus sedikit sahaja daripada mereka yang telah memulakan perniagaan tersebut.
5. Mudah bersaing & menangUntuk menjadi pelari nombor satu dunia, anda hanya perlu lebih pantas 0.01 saat saja dari juara dunia yang ada sekarang, tak perlu lebih-lebih.
6. R&D urusan kerajaanDalam sesebuah negara berdaulat yang baik meguruskan aktiviti ekonominya, perniagaan baru, produk baru atau servis baru adalah kerja kerajaan.
Samada kerajaan buat sendiri urusan itu atau sediakan pakej bantuan dan perlindungan untuk syarikat besar yang ada kemampuan melakukannya.
Biarkan saja perniagagan baru dilakukan oleh mereka yang sudah berniaga besar dan punyai sumber kewangan yang banyak. Sebab urusan cari dan cuba perniagaan baru itu adalah kerja R&D.
R&D adalah kerja yang belum pasti berjaya dan memerlukan wang yang banyak. Orang baru nak berniaga, duit pula tak berapa ada, masih tidak layak untuk buat cubaan begitu.
7. Mudah cari dan pilih perniagaanDalam zaman ini adalah sukar untuk mendapatkan idea perniagaan yang orang lain tak pernah buat. Hampir apa saja yang terlintas difikiran anda, dah ada orang buat.
Anda hanya perlu tahu di mana anda berada dan siapa diri anda. Lihat saja sekeliling dan pilih satu yang sesuai dengan kemahiran dan jiwa.
Lihat juga di luar negara di tempat yang anda pernah pergi melancong. Ada banyak bisnes yang mungkin boleh di bawa pulang untuk dijalankan di negara sendiri. Ada yang sesuai, buat terus.
Buka mata dan cubaJelas bahawa memilih satu perniagaan sebenarnya bukanlah satu kerja yang sukar.
Pilih perniagaan yang sudah terbukti berjaya lebih mudah dan risiko untuk berjaya adalah tinggi. Jadi jangan buang masa dan wang untuk mencuba benda baru yang kemungkinan gagalnya amat tinggi.
Anda hanya perlu sediakan kertas dan pen saja. Mula catitkan apa saja perniagaan yang melintas di depan anda yang sememang terlalu banyak.
Mula buat saringan mana yang bersesuaian dengan cara hidup, menyeronokkan dan paling penting, anda ada kemahiran tentangnya.
Setelah ditemui, mula belajar daripada mereka yang telah berjaya dan jika ada peluang mohon bekerja terlebih dahulu dengan perniagaan tersebut untuk melihat bagaimana ia diuruskan.
Selepas itu anda boleh berhenti. Kemudian buat lebih baik sedikit saja dari tempat yang anda kerja tadi.
Insyallah kemungkinan untuk anda berjaya amatlah tinggi. Yang pentingnya anda perlu sabar dan berfikiran positif.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.hidupringkas.com/2023/08/pilih-perniagaan-ini-cara-paling-selamat.html