Sumber: Biri Biri Cafe
Jika anda penggemar hidangan kambing, Biri Biri Kafe di Sungai Buaya mesti anda cuba. Terletak hanya 5 minit dari tol Sungai Buaya, kafe ini cukup menarik. Restorannya berwarna hitam dengan papan tanda kuning sangat menyerlah. Dari jauh pon anda akan nampak.
Sumber: arihaysharaf, suzazilah, Biri Biri Cafe
Ada juga aneka spaghetti yang boleh anda pilih, termasuk spaghetti special mereka iaitu Spaghetti Thai Laksa. Mereka turut menyediakan hidangan nasi yang boleh anda pilih untuk makan bersama kambing bakar, ayam goreng kunyit, ayam lemon Thai atau asam pedas. Aneka jenis mee dan bubur turut dihidangkan di sini. Jadi, jangan lupa untuk cuba.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 1, Jalan Kenangasari 2, Bandar Baru Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 2pm-10.30pm (setiap hari, tutup pada hari Ahad)
10. Boraq Boraq Restaurant
Sumber: Shahir Affandi
Boraq boraq Restaurant di Bandar Country Homes, Rawang pernah disiarkan di kaca TV melalui rancangan jelajah makanan “Jalan-Jalan Cari Makan”. Jadi, memang tak hairanlah mereka ini sering menjadi pilihan ramai. Tentu sedap, kan?
Sumber: arzoo Ansar, Azlee Arasah, Boraq Boraq Restaurant, Jeremy Kwan
Makanan western juga turut disediakan di sini. Kiranya, memang lengkaplah untuk setiap cita rasa pelanggan. Di kedai ini juga mereka menyediakan sebuah kiosk kecil di mana kudap-kudap dijual seperti choco tub, domisi cookies, kuih kapit dan banyak lagi. Nak rasa sendiri keistimewaan restoran Boraq Boraq ini, datanglah sendiri.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: no, 36, Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 12pm-8pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
9. Mohd. Chan Restaurant
Restoran Mohd. Chan memang tidak asing lagi dengan cawangan-cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di Rawang, cawangan mereka terletak di Pusat Bandar Rawang. Kedainya simple, bersih dan kemas. Jadi, anda dan keluarga tentu selesa ketika berkunjung ke sini.
Sumber: ana roziana, SyAhRiL BoB Dx, Izzah Ahmad
Kiranya, jika anda penggemar masakan makanan laut style Cina, Mohd.Chan memang anda perlu cuba. Mereka juga menawarkan makanan a-la carte seperti Wantan Mee, yam basket of fries, Char Kuey Teow dan banyak lagi. Yang paling menarik di sini ialah sup Szechuan dan dim sum mereka. Memang lain dari yang lain. Jangan lupa untuk cuba.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 39, Jalan Bandar Rawang 10, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)
8. Azza Kitchen
Sumber: azza_kitchen_bukitsentosa
Untuk makan malam yang lengkap dan mempunyai banyak pilihan, datang ke Azza Kitchen yang terletak di Bukit Sentosa, Rawang. Restoran ini sangat simple dan selesa. Malah, ia menyediakan tempat duduk di dalam dan outdoor. Jadi anda bolehlah pilih mengikut keselesaan anda.
Sumber: Mohd Hafizi Azlan, Nurul Sabrina, sarah ahmad,
Kalau anda nak tahu, ramen pon ada di sini. Malah, kesemua makanan ini boleh dipesan dalam 1 dulang yang dinamakan sebagai mix plate. Bagi yang nak makan makanan tempatan, masih ada seperti biasa. Masakan panas seperti goreng-goreng, Tom yam dan makanan laut semua ada. Lengkap untuk seisi keluarga.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 11, Jalan Bunga Kertas 1b/2, Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 5pm-11pm (setiap hari, tutup pada hari Selasa)
7. De Anjung Seafood
Sumber: De Anjung Seafood
Untuk yang teringin nak makan seafood atau hidangan makanan laut, boleh datang ke De Anjung Seafood. Restoran ini memang menarik. Dengan hiasan dalaman dan rekaan yang simple, gabungan tradisional dan modern, suasana di sini sangat mengenyangkan. Ada tempat duduk di luar dan di dalam. Kalau bawa kanak-kanak pun, tentu mereka suka.
Sumber: De Anjung Restaurant
Menu utama di sini tentulah berteraskan makanan laut. Jadi hidangan seperti ikan siakap stim limau atau tiga rasa, bersama kailan ikan masin, udang butter, Tom yam campur, daging merah, kerabu mangga yang dihidangkan bersama nasi putih panas, pasti menjadi antara pilihan ramai.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: No.1-47 jln seri pagi 1, pusat perdagangan seri pagi, Sungai Choh, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi:
Sumber: alangwestern_rawang
Kalau anda nak makan makanan western dalam bajet yang rendah, boleh cuba ke Alang Western Rawang yang terletak di Taman Mawar. Ia terletak di sebelah 7 Eleven jadi senang untuk anda mencari. Walaupun ia hanyalah stall kecil, mereka menyediakan ruang makan yang cukup selesa.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 02-17, Blok Teratai, Apartment Kos Sederhana, Persiaran Tun Teja 3, Taman Tun Teja, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 8pm-12am (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
5. Ikhwan Coffee House
Salah satu restoran Islamic yang berstatus halal & toyyiban ialah Ikhwan Coffee House. Terletak di Bandar Country Homes, jenama Ikhwan ini sudah cukup sinonim dengan perniagaan berteraskan syariat Islam.
Sumber: Ani Yani, M. Amin S, mrsbenskitchen
Mereka menawarkan pelbagai makanan dari sarapan pagi hingga ke makan malam. Dalam suasana kedai yang cukup menarik dan selesa, Ikhwan Coffee House kelihatan seperti kafe yang sangat classy. Namun, jangan risau, harga makanan di sini cukup berpatutan.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 25, Jalan Desa 9, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 8am-10pm (setiap hari)
4. GH Corner Rawang
Sumber: GISBH Website
Lagi satu restoran halal dan bersih yang perlu anda cuba di Rawang ialah GH Corner. Juga terletak di Bandar Country Homes, GH Corner sangat menyerlah dengan papan tanda Oren biru mereka. Rekaan restoran mereka juga sangat menarik perhatian. Ada elemen Timur tengah yang menghiasi restoran ini. Sangat kemas dan selesa.
Sumber: RESTORAN GH CORNER RAWANG
Menu di sini pula memang hebat. Memberikan anda kepelbagaian dari masakan panas seperti goreng-goreng dan sup, masakan western seperti chicken chop istimewa mereka, dan hidangan pasta yang sangat menarik. Malah, mereka turut menawarkan shawarma dan nasi Arab. Memang rambang mata lah kalau dah sampai ke sini kerana semuanya nampak sedap-sedap belaka.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 24-G, Jalan Desa 9/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 10am-10pm (setiap hari)
3. Keropok Lekor Tip Top 962
Sumber: nyazirah wahab
Siapa yang tak sukakan keropok lekor, kan? Jika anda mencari-cari keropok lekor di Rawang, boleh datang ke Keropok Lekor Tip Top 962 yang terletak di Simpang Sungai Choh. Ia sebenarnya sebuah stall jalanan kecil tetapi hiasan di stall ini yang agak funky memang mencuri perhatian ramai.
Sumber: keropoklekor_tiptop962, FM Tube, mommyd_gojesss,
Keropok lekor jenis ini dibulat-bulatkan seperti bola dan berinitikan cheese. Mereka juga ada menyediakan keropok cheese leleh di mana keropok lekor biasa itu dicurahkan sos cheese keatasnya. Sedap sangat nampak. Mesti cuba tau!
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 1, Simpang Sungai Choh, 48200 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 10am-7pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
2. Restoran D’Perahu Ikan Bakar
Sumber: restorandperahu
Satu lagi restoran makanan laut di Rawang yang perlu anda cuba ialah Restoran D’ Perahu. Ia terletak di Bandar Rawang dan mempunyai suasana yang cukup santai. Jika anda nak makan makanan laut bersama keluarga, di sinilah yang terbaik kerana mereka mempunyai pilihan makanan laut yang sangat banyak.
Sumber: Jamaliah Said, fitsunata, restorandperahu
Tetapi jika anda mahu, boleh juga dapatkan makanan laut ini dalam hidangan shell-out. Hidangan yang mencampurkan semua makanan laut ini dalam 1 lauk shell out dihidangkan bersama nasi dengan sampingan jagung. Pilih saja yang mana anda suka, yang penting anda cuba D’Perahu Ikan Bakar.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 53, Jalan Bandar Rawang 15, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 11am-12am (setiap hari)
1. Azra Grill
Sumber: Azra Grill
Anda peminat BBQ? Tahukah anda berdekatan dengan Rawang, di Serendah, anda boleh dapatkan makanan BBQ? Ya, hanya di Azra Grill. Yang menarik tentang Azra Grill ini ialah restorannya yang didekorasi penuh seni.
Sumber: Hood, azriqamia, Azra Grill
Menu yang ditawarkan di sini lebih kepada makanan digrill. Malah, kebanyakannya dihidangkan di atas hot plate. Jenis daging yang digrill juga banyak variasi seperti ayam, daging, kambing, salmon dan yang paling istimewa, rusa.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 29, Jalan Seri Pagi 1, Pusat Perdagangan Seri Pagi, 48200 Serendah, Selangor
Waktu Operasi: 6pm-11.30pm (setiap hari, tutup pada hari Rabu)
Boleh disimpulkan bahawa kebanyakan kedai makan dan restoran di Rawang ini menyediakan menu yang pelbagai dan menyeluruh. Jadi, ada sesuatu untuk semua, kan? Jika anda ingin mencari tempat makan menarik di sekitar Rawang, datang saja ke antara 11 tempat makan menarik di Rawang restoran di dalam senarai kami. Selamat menjamu selera!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |