Inverness Castle Dan Reindeer Farm Day 3




Alhamdulillah kita bersua lagi. Hari ini adalah hari terakhir di Inverness dan selepas checkout, kami akan bertolak ke Aviemore. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Pagi lagi bangun sarapan dengan nasi lemak. Lauk nasi lemak kami ialah ikan bilis goreng, timun dan telur mata. Alhamdulillah sedap pula makan nasi lemak dalam cuaca sejuk. 
Selepas makan, kami keluar ke Inverness Castle yang terletak tidak jauh dari airbnb kami. Semasa keluar sari kereta, terserempak dengan group pelancung dari Malaysia yang baru sahaja melawat Inverness Castle. 

Castle ini terletak di atas bukit tapi tidak lah tinggi sangat. Ada banyak ketulan ais kecil dari hujan air batu di lantai keliling castle yang menyebabkan Ammar dan Aliya begitu seronok mengutipnya. 

Saya mengambil peluang bergambar kenangan di sekitar castle ini. Pemandangan sungai dan bandar sangat cantik bila dilihat dari atas. 



Dari sini, kami meneruskan perjalanan ke Aviemore yang memakan masa dalam 45 minit sahaja. Sebelum ke airbnb, kami singgah dulu di Loch Morlich Beach di Glenmore Forest Park untuk bergambar. Banyak itik yang menjadi tarikan pengunjung untuk bergambar. 




Kemudian singgah minum di The Alt Mor Cafe. Kami bawa sandwich tuna kerana makanan di sini tidak banyak pilihan.


Kami kemudian berjalan kaki ke reindeer farm dan mendengar penerangan berkenaan reindeer. Alhamdulillah dah lebih setengah abad baru dapat tengok reindeer yang macam spesis rusa lah kalau kat tempat kita. 




Serious berat tanduk reindeer ni dan licin macam tanduk lembu. Itu baru sebelah. Kalau 2 belah, macam mana lah reindeer berlari dengan tanduk yang berat. Begitu hebat ciptaan Illahi untuk makhluknya. Reindeer ni semua ada tanduk samada yang jantan atau betina. Tanduk juga boleh gugur dan akan tumbuh yang baru. Ini semua boleh dibaca di dewan sebelum masuk ke farm. Untuk masuk ke sini, kita perlu membeli tiket masuk. 


Selepas selesai di sini, kami meneruskan perjalanan untuk ke airbnb. Kami singgah dulu di kedai Coop yang terletak berdekatan dengan airbnb untuk membeli bahan masakan dan buah buahan. Selepas check in, kami solat dan berehat.
Sehingga di sini dahulu. Jangan lupa nantikan sambungannya di entri akan datang. Salam sayang buat semua….



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/12/inverness-castle-dan-reindeer-farm-day-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Inverness Scotland Day 1

Percutian Inverness Scotland Day 1

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 122 hits
Percutian saya yang ketiga ke Scotland dan pertama ke Inverness Memang teruja untuk ke sini kali ini kerana ianya percutian bersama anak cucu untuk mereka bermain ski Banyak persediaan dari segi pakaian yang dibuat untuk disesuaikan bermain...
Day 11 Spm 2025 Kertas Paling Ganas

Day 11 Spm 2025 Kertas Paling Ganas

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 171 hits
Day 11 SPM 2025 Kertas Paling Ganas Matematik Tambahan hari ini benar benar menguji mental dan fokus Walaupun cuti peristiwa sempena kemenangan Johor dalam Piala FA semalam semangat calon Tremendous tetap luar biasa Sambil menunggu sempat j...
Last Day Tremendous Jejak Akhir Kenangan Terpahat

Last Day Tremendous Jejak Akhir Kenangan Terpahat

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 108 hits
Last Day Tremendous Jejak Akhir Kenangan TerpahatAsalnya dirancang hingga ke petang Namun satu mesej mengubah segalanya pertemuan bersama PPD jam 11 pagi Segalanya perlu disusun semula Syukur semakan akhir nota serah tugas telah diselesaika...
Honda Day 2025 Di Sepang Didakwa Hambar Sambutan Lesu Cetus Pelbagai Reaksi

Honda Day 2025 Di Sepang Didakwa Hambar Sambutan Lesu Cetus Pelbagai Reaksi

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 126 hits
KUALA LUMPUR Acara Honda Day 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dilaporkan gagal menarik kehadiran peminat tegar jenama itu apabila suasana di lokasi dilihat lengang dan kurang meriah berbanding tahun tahun sebelumnya Meneru...
Crucial Day In Court For Najib

Crucial Day In Court For Najib

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 84 hits
PETALING JAYA It will be another crucial day in court tomorrow for Datuk Seri Najib Razak as the High Court is set to deliver its verdict in the 1Malaysia Dev elopment Bhd case The verdict will conclude a trial that has lasted for over six ...
1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

Senarai Filem Melayu 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nyobain Shinobi Dan Frigate

Jemaat Gelang Patah

Inverness Castle Dan Reindeer Farm Day 3

Najib Guilty In 1mdb Case Major Milestone In Fight Against High Level Corruption

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia