Sumber: @Azam Zakwan
Di Sekinchan memang banyak restoran makanan laut dan restoran bakar-bakar. Namun, antara yang paling popular di sana ialah Abah Bonda Ikan Bakar. Lokasinya yang terletak di tepi jalan memang mudah untuk dijumpa dan menu utama mereka sudah tentu ikan bakar.
Sumber: @abahbondaikanbakar
Ikan Bakar di sini dihidang bersama beberapa kuah untuk dicicah seperti air asam dan sambal. Malah, bukan sahaja ikan, anda juga boleh menikmati udang, kerang dan ketam.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Jalan Kuala Selangor – Teluk Intan, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi:
Isnin, Rabu-Ahad
9am-4pm
Selasa
Tutup
11. N16 Bus Cafe Sekinchan
Sumber: @_mikmlhkm
Walaupun dengan nama yang ringkas, Bus Cafe Sekinchan ini antara tempat makan yang menjadi tarikan ramai. Mana taknya, kafe ini terletak dalam sebuah bas. Ya, bas.
Sumber: @ah_teu
Pencuci mulut di sini juga tidak kurang hebat dengan variasi kek yang menjadi kegemaran ramai. Tetapi yang paling istimewa di sini ialah minuman mereka. Mereka menghasilkan koleksi teh dan kopi tersendiri yang didatangkan dalam bentuk botol kaca. Classy.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: F4V7+7V, Kampung Parit Empat, 45400 Tanjong Karang, Selangor
Waktu Operasi: 11.30am-7pm (Jumaat-Ahad sahaja)
10. Kedai Bawah Pokok 2
Sumber: Sharifah Marliana
Kedai Bawah Pokok 2 terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana variasi makanan ya yang luas. Bukan menu sahaja luas, tempatnya juga luas. Sangat sesuai dijadikan port lepak dan makan secara beramai-ramai.
Sumber: Sharifah Marliana
Antara makanan yang menjadi tarikan ialah roti canai melayu mereka. Dengan kepelbagaian jenis dari roti kosong ke roti tampal, roti sardin ke roti sarang burung, semua mereka ada. Masakan panas seperti goreng-goreng dan sup kaki ayam juga ada di sini. Bagi yang sukakan pencuci mulut, anda boleh pekena ABC di sini.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 5.30pm-8pm (setiap hari)
9. Warung Amai Mentarang
Sumber: Elin Farizza
Kerana Sekinchan merupakan destinasi yang berdekatan dengan laut, makanan laut sudah tentu antara makanan yang mudah di jumpa di sini. Warung Amai Mentarang ini dikenali sebagai kedai makanan laut yang dibakar. Saiz makanan-makanan laut di sini juga agak besar dan memuaskan.
Sumber: @rizal_i
Antara makanan laut yang boleh anda pesan nanti termasuk ketam, udang dan mentarang. Kalau anda tak pernah cuba mentarang, mesti cuba tau.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Jalan lapis, 1, Jalan Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)
8. Cendol Pulut Was Sekinchan
Sumber: @asri_musneb
Jika cuaca agak panas di Sekinchan ketika anda berkunjung, mesti tekak Inginkan sesuatu yang sejuk, kan? Cendol Pulut Was Sekinchan tentu port tepat untuk anda. Dengan berbagai jenis cendol, pasti memuaskan. Cendol durian, pulut, cendol aiskrim pon ada.
Sumber: @amyliazahari
Selain daripada cendol, Cendol Pulut Was Sekinchan juga menawarkan makanan seperti goreng pisang cheese, nasi lemak dan rojak. Jadi buat yang terasa lapar tu, ada la pilihan makanan sambil menjamu selera makan cendol.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Jalan Tali Air 6, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)
7. Restoran D’Masri
Sumber: @naelsahlan
Restoran ini popular dengan hidangan istimewa mereka yang dinamakan ayam pasu. Ayam yang dibakar perlahan dalam pasu menggunakan arang, memang sedap dan unik.
Sumber: @naelsahlan
Sarapan pagi, anda akan dijamu dengan makanan seperti nasi lemak, bihun goreng, kuih-muih dan banyak lagi. Pada waktu tengah hari mereka menawarkan masakan nasi berlauk. Pilihan lauk mereka sangat banyak dan harga pon berpatutan.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 24/4B, Taman Ria, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)
6. Mee Bandung Udang Pantai B.M
Sumber: Mee Udang Pantai B,M
Berbekalkan pemandangan laut, restoran Mee Bandung Udang Pantai B.M ini sangat nyaman suasananya.
Sumber: cik_yanz_chubby
Kerana lokasinya yang berdekatan dengan laut, sudah tentu hidangan mereka juga berasaskan makanan laut. Selain mee bandung udang mereka, terdapat juga hidangan laut lain seperti sup belut yang menjadi antara kegemaran pelanggan. Nasi putih bersama lauk-pauk, masakan goreng-goreng juga ada di sini.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Kampung Batu 23, Sungai Nibong, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari) 11.30am-12pm (rehat)
5. Restoran selera Rimba
Sumber: Mohd Syahmi
Restoran selera rimba ini sesuai dengan suasananya yang dikelilingi pokok-pokok. Malah, menu mereka juga berasaskan binatang eksotik tau. Restoran ini juga sangat popular di kalangan golongan berkonvoi dan sering dijadikan pit stop.
Sumber: Chip Munk
Berbalik kepada menu eksotik tadi, jangan terkejut. Antara masakan eksotik yang mereka sediakan ialah daging landak, rusa, ikan baung, arnab, kijang, dan udang galah, yang dimasak dalam pelbagai juadah seperti masak rendang, pedas atau berkicap. Bagi anda yang ingin mencuba keunikan masakan eksotik ini, bolehlah berkunjung ke sini.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Kampung Belia 2, Jalan Sungai Panjang, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi:
Sabtu-Khamis
11am-5pm
Jumaat
Tutup
4. AZR Mentarang Fresh Sekinchan
Sumber: Johari Junid
Mentarang memang cukup popular di Sekinchan. Buat pengetahuan anda, mentarang ialah sejenis haiwan laut yang berkerang. Di AZR Mentarang Fresh Sekinchan, ia dimasak dalam keadaan fresh tau.
Sumber: Yatt Shr
Makanan laut lain juga ada di sini. Ikan siakap 3 rasa, kerang bakar, ketam nipah masak cili api adalah antara hidangan yang menjadi kesukaan ramai.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Jalan Tali Air 7, Kg Sg Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 11am-8pm (setiap hari)
3. Chef Danial Halal Chinese Cuisine
Sumber: Chef Danial
Untuk yang mencari kelainan di Sekinchan dan suka dengan masakan cina, bolehlah singgah ke Chef Danial Halal Chinese Cuisine. Dimulakan oleh Chef Danial Abdullah yang berpengalaman bekerja di Holiday Inn Subang Jaya selama 15 tahun. Kini, beliau menyediakan makanan masakan cina yang murah dan halal.
Sumber: Adrew Day
Antara masakan yang menjadi signature di sini ialah sup ketam, ayam masak gajus dan cili kering, ikan stim teow chew, dan udang butter. Mereka juga menyajikan makanan lain seperti nasi ayam Hainan, Yee Mee, Wantan Mee dan Mee udang yang digelar Har mee. Bagi anda yang suka masakan cina, singgah ke restoran Chef Danial Halal Chinese Cuisine.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Jalan masjid, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi:
Isnin
Tutup
Selasa-Ahad
12pm-10pm
Rehat
7pm-8pm
2. Sekinchan Coconut Farm
Sumber: Mohd Nuruli Azahari Azmi
Terletak di dalam ladang kelapa, kafe di2 Sekinchan Coconut Farm bukan sahaja menawarkan pemandangan yang cantik. Malah, menu mereka dengan mempelbagaikan buah kelapa turut menarik.
Sumber: Sekinchan Cocunut Farm
Antara makanan yang ada di sini adalah rojak, nasi lemak, dan ah mah kuih. Walaupun kafe dipunyai oleh peniaga cina, jangan risau, rojak dan nasi lemak dimiliki oleh peniaga melayu dan makanan-makanan di sini adalah halal.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Lot 14307, Jalan Tali Air 4, Sekinchan, 45400 Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi: 10am-5pm (Sabtu & Ahad sahaja)
1. Restoran Sri Sekinchan
Restoran ini menawarkan suasana mesra keluarga dan menyediakan pelbagai hidangan dari sarapan pagi hingga ke makan malam. Di waktu pagi, anda bolehlah mencuba lempeng dan roti canai mereka.
Pada sebelah petang dan malam, sajian utama mereka berasaskan makanan laut. Makanan laut seperti ikan, sotong, ketam, udang, lala dan pepahat dimasak dengan pelbagai cara. Antaranya ialah masak 3 rasa, stim limau, sambal, masam manis dan buttermilk.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 15, Jln Mawar, Taman Sekinchan Jaya, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)
Itu dia 12 tempat makan menarik di sekitar Sekinchan. Kami harap dapat membantu anda ketika bercuti atau berkunjung ke Sekinchan. Lebih kepada makanan laut, namun tidak kurang dengan aneka makanan yang lain. Selamat menjamu selera di Sekinchan!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |