Jalan Jalan Ke Kluang Makan Di Restoran Bawah Kolong


 Assalamualaikum WBT
SABTU, janji dengan Iman jumpa di Restoran Nisha di Taman Universiti. Pak Inche nak sarapan tosei. Macam ni la nasib jadi bini mamak, kan.. mujurlah Sk ni cuma tolak kayu dengan batu aje. Jadi, bersiap pun ala kadar, nak ke mamak saja. Tengok Iman sampai kedai mamak dengan baju yang dia pakai masa balik kolej malam tu. Iman kata, baru perasan semua baju dia dah angkut bawa balik rumah, jadi lepas mandi, sarung semula baju semalam, huhu.
Sambil sarapan, Pak Inche ajak ke Kluang. Sebenarnya dah tiap minggu tu berzikir nak JJCM ke Kluang, tapi tak jugak pergi sebab tak ada siapa nak layan, hahaha. Selepas difikir-fikir, esoknya tu, kan Cuti Hari Thaipusam, pergi aje la. Balik rumah dulu, hantar kereta Sk, kemudian terus gerak ke Kluang. Keluar jer Plaza Tol Senai (U), tengok dah sesak tapi masih bergerak.


Yang kelakar, yang mengajak orang lain, yang susun itinerary-nya orang lain, hahaha. Itinerary la sangat, gi Kluang aje pun.. macam ke London pulak siap ada itinerary bagai, hahaha. Destinasi JJCM yang pertama, Restoran Bawah Kolong. Tempat ni dah lama jugak viral, kan. Masa awal tahun hari tu, ketika hujan lebat melanda bahagian selatan tanahair, khabarnya restoran ini dinaiki air naik separas bawah lutut namun masih beroperasi. Makan sambil celup-celup kaki la gitu. Bila Sk tengok lokasiya, memang tak hairanlah boleh banjir kerana kedudukan di bawah bukit


Konon semangat nak ambil video lepas tu tak jadi sebab dah pegang pinggan nasi, hehehe. Restoran ni menghidangkan nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk-pauk dari asam pedas, lemak cili padi, lemak putih, pelbagai jenis kari dan sambal, ayam bakar, udang bakar, sotong bakar dan pelbagai jenis ikan bakar seperti caru, kembung dan keli dengan pencicah sambal yang istimewa serta air asam. Haaa.. itulah keistimewaan Tanah Jauhar, pelbagai variasi masakan boleh didapati di mana-mana restoran


Alahai, datang jauh-jauh, lauk yang sama jugak diambil. Pak Inche ambil ayam bakar, tauhu, hati dan pedal ayam, nampak macam ada telur mata, Iman ambil Ayam Asam Pedas seketul, Sk ambil Asam Sulur Keladi, Ulam Raja dan Sambal Belacan serta Ikan Caru Bakar. Minuman Teh O Ais Limau dan dua ais limau. Kakak cashier tu tekan-tekan calculator tak tengok keypad ya, dia tengok pinggan jer, terror betul. Jumlah semuanya RM40. 

Restoran ini beroperasi di bahagian bawah kolong rumah lama. Kalau tengok pada binaan, macam rumah era 70-an. Tiang rumah ni dibina tinggi mungkin kerana kawasan ini mudah banjir. Jadi, tak adalah kita kena membongkok macam dalam rumah yang Kasim Selamat dan Sabariah sewa dalam filem Ibu Mertuaku, hehehe. Meja pun banyak, tempat selesa dan kawasan parkir disediakan. Lepas makan, kami ke sebuah lagi tempat yang tular di Tik Tok iaitu Talula Hill.  Tu nanti Sk buat entry lain la ya

        
Seingat Sk, kami pernah dua kali ke Kluang temankan Pak Inche main bola dan Sk pernah singgah ke sebuah mall di Kluang cuma tak ingat apa nama mall tu. Ah, waze kan ada, Sk taip perkataan mall, keluar Kluang Mall. Tengok dari luar, macam biasa-biasa tapi sebaik masuk ke dalam rasa luar biasa ibarat rumah yang luar setinggan dalam kondo


Produk Wardah semua ada diskaun di Guardian. Berpinar biji mata sebab kalau di JB, walaupun selalu jer ada diskaun di drug store tapi warna yang kita nak tak pernah ada stok. Kat sini, melambakkkk, terus jadi tamak nak beli untuk raya, hahaha. Bukan sahaja kosmetik, skin care pun semua ada stok ya, aaaaaa... orang Kluang tak guna Wardah ya? Wardah bagussssssss tau


Sebelum balik JB (baca - Joho), tunaikan keinginan Pak Inche nak makan di sebuah restoran yang menghidangkan masakan utara yang dia tengok di facebook. Tak nak sebut nama kedai sebab hidangannya sangatlah mengecewakan

        
Pasemboq dan Mee Rebus.. Sk cakap dengan Pak Inche, kuah pasembur dia macam kuah colek yang kami makan masa kat Kota Bharu, baru-baru ni. Pak Inche kata, kalau tahu, baik pergi makan kat Kluang Railway Coffee , hehe. Okeylah tu, nak sangat, kan.. hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/jalan-jalan-ke-kluang-makan-di-restoran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Tengahari Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original Bandar Chukai Kemaman

Makan Tengahari Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original Bandar Chukai Kemaman

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 357 hits
Makan Tengahari Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original Bandar Chukai KemamanNak cari lauk pauk untuk makan tengahari ke tu Jom singgah Tokma Ikan Bakar Original Bandar Chukai Kemaman Terengganu Terdapat lebih dari 30 jenis lauk pauk untuk ko...
Kpdn Cadang Pengusaha Kedai Makan Perkenalkan Menu Rahmah Bawah Rm5 Untuk Bantu Golongan Memerlukan

Kpdn Cadang Pengusaha Kedai Makan Perkenalkan Menu Rahmah Bawah Rm5 Untuk Bantu Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 265 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub mencadangkan pengusaha kedai makan memperkenalkan Menu Rahmah dengan harga bawah RM5 bagi membantu golongan yang memerlukan Menu Rahmah itu terdiri daripada nasi ayam atau ...
12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan Restoran Best Wajib Cuba

12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan Restoran Best Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 363 hits
Sekinchan meningkat popular kebelakangan ini bukan Jika anda merancang untuk ke sana pasti anda ingin tahu tempat tempat makan yang menarik yang boleh dijumpa di Sekinchan Mari kami kongsikan 12 tempat makan menarik di Sekinchan 12 Abah Bon...
11 Tempat Makan Menarik Di Rawang Restoran Sedap Yang Mesti Dicuba

11 Tempat Makan Menarik Di Rawang Restoran Sedap Yang Mesti Dicuba

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 233 hits
Rawang Selangor merupakan antara bandar yang kian membangun Dengan pelbagai pembangunan dan perumahan baru yang disediakan ia menjadi antara bandar ideal untuk anda dan keluarga Namun apakah mudah untuk mencari tempat makan di sana Sudah te...
Makan Di Dapo Mokcik Kopi Pokcik Sempena Hari Jadi Iman

Makan Di Dapo Mokcik Kopi Pokcik Sempena Hari Jadi Iman

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 166 hits
Assalamualaikum WBTBELUM cerita lagi tentang kisah makan makan sempena Hari Ulangtahun Kelahiran Iman yang ke 22 baru baru ni Syukur dapat jugak buat makan makan sebab kalau ikutkan nak adakan jamuan hari jadi Iman lewat seminggu selepas ka...
Repvblik Sudah Makan Tidur Chord

Repvblik Sudah Makan Tidur Chord

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 353 hits
Dm A Gm ADm A Gm A Dm A selama ini cintaku tak pernah Dmpudar F C Fmengerti apa yang engkau inginkan A A walau berat permintaanmu kepadaku Gm Aakan ku kejar sampai ujung waktu Dm A Dm Dm Emtapi apa balasanmu F C Fkau lukai cinta suci ini A ...
Roti Poket Berinti Tak Perlu Uli Doh Nak Buatnya Mudah Puas Hati Anak Makan

Roti Poket Berinti Tak Perlu Uli Doh Nak Buatnya Mudah Puas Hati Anak Makan

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 203 hits
Tak ada idea untuk sediakan menu minum petang atau sarapan pagi anak anak mama boleh cuba sediakan hidangan ini Resepi yang berasaskan roti dan dimasukkan inti ke dalamnya beri sedikit kelainan Ala ala roti pita tetapi ia menggunakan roti p...
Makan Roti Canai Tepi Sungai Di Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan Yang Viral Tuuu

Makan Roti Canai Tepi Sungai Di Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan Yang Viral Tuuu

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 225 hits
Sebelum ni ada kak ana terbitkan entri Homestay 4 bilik di Lumut yang kak ana pii bermalam di rumah adik kak ana sempena majlis kesyukuran depa Pagi tu adik kak ana bawa lah kami pii sarapan pagi ke satu port viral katanya di Kampung Sitiaw...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kenaikan Gaji Minimum Rm1 700

Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah