Sumber: Miker Food
Anda rasa Pizza Hut dah cukup sedap? Mai cuba makan pizza di Miker Food pula. Mengeluarkan bauan yang menggoda, kerak pizza ini terlampau lazat, apabila digigit terus terasa kepaduan kejunya.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (5.00 pm – 12.00 am) | Isnin (Tutup)
28. Dinosaurs Sandwich
Sumber: Dinosaurs Sandwich Facebook
Ingin mencuba sesuatu yang berbeza? Marilah kunjungi Dinosaurs Sandwich, sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis sandwich sebagai menu utama. Restoran yang cukup menarik dengan warna kuning hitam ini pasti mudah terlihat dari jauh. Malah, lambang dinosaur yang terpapar di papan tanda restoran ini pastinya sudah mula dikenali ramai. Dinosaurs Sandwich terletak di Station 18, Ipoh, di belakang Aeon Mall Station 18. Suasana di restoran ini cukup meriah. Hiasan dalamannya bukan sahaja menarik perhatian para kanak-kanak, malah orang dewasa pon tentu suka.
Sumber: Dinosaurs Sandwich Facebook
Mereka turut menyediakan ruang khas untuk majlis harijadi dan sambutan istimewa. Siap dengan deco sekali. Ruang ini boleh ditempah secara percuma. Apakah makanan yang ditawarkan di restoran bertema Jurassic ini? Tentulah aneka jenis sandwich! Namun yang istimewanya, sandwich yang mereka tawarkan adalah hasil resepi ciptaan tersendiri. Sandwich yang menjadi kegemaran ramai termasuk Toast Sweet Spicy Chicken, Toast Pulled Lamb dan Toast Daging Salai.
Alamat
Waktu Operasi
Alamat: No. 27, Medan Station 19/9, Station 18, Ipoh, Perak
Sumber: Ahmad Jazri
Tercari-cari mana kedai makan yang menyediakan hidangan kari kepala ikan dengan rasa yang betul-betul asli? Mai singgah makan di Restoran M Salim. Bukan itu sahaja, ayam goreng berempahnya tidak kurang sedapnya.
Sumber: Restoran M Salim
Lebih-lebih lagi bila lauknya dimasak dengan enak, apa sahaja hidangan yang diambil sama ada, ayam atau kambing, kesemuanya dimasak dengan sempurna sehingga lembut. Selain nasi briyani, hidangan lain juga tak kurang menariknya seperti murtabak, roti canai dan juga mee goreng.
AlamatAlamat: 75, Jalan Bahru off Jalan Tokong, Ipoh, Perak
26. Restoran Simpang Tiga
Sumber: Restoran Sipang Tiga
Nikmati masakan padang, seafood dan barat yang menyelerakan di sebuah restoran yang cukup memuaskan hati tahap kebersihan, keselesaan dan juga kualiti hidangannya hanya di Restoran Simpang Tiga.
Sumber: Restoran Sipang Tiga
Di restoran ini, anda boleh memilih sama ada ingin mengambil lauk-pauk sendiri atau menempah daripada menu yang disediakan.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: d-g, Jln Dato Seri Ahmad Said, Kmpng Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 10.00 pm)
25. Nasi Ganja @ Nasi Kandar Ayam Merah
Sumber: Soul Fad
Kalau ke Ipoh, tidak lengkap jika anda tidak merasai keenakan nasi ganja yang terletak di dalam Restoran Yong Suan di Jalan Yang Kalsom. Nama nasi ganja sebenarnya diberi oleh pelanggan kerana ia membuatkan orang ‘ketagih’ akan rasa kelazatan hidangan ini. Nama sebenarnya ialah Nasi Kandar Ayam Merah. Restoran ini sebenarnya telah beroperasi sejak sebelum merdeka dan kini diusahakan oleh generasi ke-4 dengan mengekalkan konsep dan resipi yang sama.
Sumber: @makan.or.eat, @alfianhassim, @mimifuziani
Nasi ganja dihidang bersama kuah kari campur, ayam goreng merah, timun, telur masin dan sambal kelapa yang istimewa. Harga sepinggan hanyalah RM5.80 sahaja! Selain itu terdapat banyak lagi lauk pauk yang boleh anda tambah seperti kambing, daging, ayam masak merah, sotong dan banyak lagi.
Alamat
Waktu OperasiLokasi: Kedai Kopi Yong Suan, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 6pm)
24. Plan B (Ipoh)
Sumber: plan b ipoh
Plan B adalah sebuah kedai makan yang sepatutnya menjadi ‘plan A’ anda semasa bercuti di Ipoh. Dengan dekorasi dalaman yang begitu menarik, masuk sahaja ke dalam kedai ini, anda tidak akan dapat menahan diri dari berposing.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: No. 75, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Ahad – Khamis (10.00 am – 11.00 pm) | Jumaat, Sabtu (10.00 am – 12.00 am)
23. Green Town Dimsum Café
Sumber: Dimsum Cafe Greentown
Green Town Dimsum Café adalah sebuah kedai makanan Cina yang halal untuk dinikmati Muslim. Kalau anda tak pernah tahu lagi macam mana rasa sebenar dimsum, singgahlah ke kedai ini. Tak pasti dimsum apa yang best? Anda boleh mendapatkan cadangan daripada staff di sini yang cukup mesra.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Negeri Perak
Waktu Operasi: Isnin, Selasa, Khamis, Sabtu (7.00 am – 10.30 pm) | Rabu, Jumaat, Ahad (8.00 am – 9.00 pm)
22. Laksa Telur Goreng Bersarang / Kafe Setinggan
Sumber: Laksa Telur Goreng Bersarang
Laksa Telur Goreng Bersarang adalah lokasi yang kejam bagi peminat laksa, kerana di sini anda akan dibuli dengan pelbagai pilihan laksa enak yang ditawarkan. Antara pilihan yang akan menerjah pandangan anda setibanya di sini adalah laksa special, laksa dimsum telur bersarang, laksa fishcake / fishball, laksa tanpa telur dan laksa telur bersarang.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Jalan Margosa D/8 Jalan Margosa D/8, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (12.00 pm – 7.00 pm) | Jumaat (Tutup)
21. Pakeeza Restaurant and Catering
Sumber: Pakeeza Restaurant
Kelaparan? Anda akan pulang dengan perut yang penuh sebaik pulang dari Pakeeza Restaurant and Catering kerana restoran ini sangat ‘bermurah hati’ dengan saiz hidangan yang diberikan.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 15-17, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 10.00 pm)
20. Konda Kondi Café & Bistro
Sumber: Konda Kondi Café
Konda Kondi Café & Bistro bukanlah kedai untuk anda bermain permainan tradisional ni, tapi namanya ini agak sesuai dengan konsep kafe ini yang bergaya hipster.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (5.00 pm – 12.00 am)
19. Restoran Halimah Bachik
Sumber: restoran halimah bachik
Seringkali padat dengan orang ramai terutama sekali pada waktu tengahari, Restoran Halimah Bachik adalah kedai makan yang cukup sesuai untuk anda yang inginkan makanan dengan rasa yang sempurna dalam harga yang ‘ultra’ murah, jauh lebih murah daripada kedai makan lain!
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 29, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (7.15 am – 4.00 pm) | Ahad (Tutup)
18. 21 Grilled
Sumber: 21 Grilled
Bukan kedai masakan barat yang biasa anda jumpa, di 21 Grilled, anda dapat menikmati burger bakar bersaiz gergasi yang sangat murah dan super sedap! Selain menawarkan pelbagai variasi burger, menu lain yang ditawarkan adalah seperti roti john, nasi beryani kambing bakar dan nasi beryani ayam bakar.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 87, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30 am – 11.00 pm)
17. Hadramout Paradise Restaurant
Sumber: Restaurant Hadramout Paradise
Lengkap dengan pendingin hawa dan tempat duduk yang selesa, cukup sesuai untuk dijadikan lokasi bersantap bersama keluarga. Masakan Arab yang dihidangkan di Hadramout Paradise Restaurant ini terasa sungguh asli kearabannya kerana diusahakan oleh orang Arab sendiri.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Kinta Riverfront, K1, Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 12.00 am)
16. Restoran M. Salim, Jalan Tokong
Sumber: RESTORAN M.SALIM IPOH
Ada sesiapa yang ketagih dengan kari kepala ikan? Restoran M. Salim yang sudah pun beroperasi lebih daripada 50 tahun ini menjanjikan kari kepala ikan yang paling ‘epik’ pernah anda rasai.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 75, Jalan Tokong, Taman Hoover, 31650 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (6.30 am – 10.00 pm) | Jumaat (6.30 am – 1.00 pm & 2.00 pm – 10.00 pm)
15. Suhaimi Café
Sumber: Suhaimi Café
Suhaimi Cafe adalah sebuah kedai makan yang sering menjadi buah mulut masyarakat setempat kerana hidangan simple mereka yang menarik semacam! Menu utama yang menjadi kegemaran ramai di sini adalah roti benggali yang berkuahkan kari ayam. Roti yang tebal dan lembut ini bila dicicahkan dengan kari ayam memberikan sensasi yang sangat menggemparkan lidah.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (7.45 pm – 12.00 pm) | Selasa (Tutup)
14. Eight Miles Burger Banjir
Sumber: Eight Miles Burger Banjir
Cara burger dihidangkan di Eight Miles Burger Banjir ini memang unik. Tapi keunikan inilah yang memaksimakan keenakan burgernya. Setiap hidangan burger dibanjiri dengan sos black pepper yang sangat sedap. Bukan setakat burger ayam dan daging lembu, burger rusa dan arnab pun ada!
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Kampung Melayu, 31250 Tanjung Rambutan, Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (5.30 pm – 12.30 am) | Selasa (Tutup)
13. Restoran Fuziah
Sumber: Restoran Fuziah Nasi Ayam
Bila melihat kemeriahan kedai makan, mesti ada yang akan tertanya-tanya, “Apa yang bestnya?” Beginilah suasana Restoran Fuziah hampir setiap hari.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: No. 78, Jalan Mustapa Al-bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30 am – 10.30 pm)
12. Restoran Warteg Ipoh
Sumber: Warteg Ipoh
Restoran Warteg Ipoh adalah sebuah warung moden yang menawarkan pelbagai jenis hidangan inspirasi masakan Indonesia.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (4.00 pm – 1.00 am)
11. Char Kuey Teow Abang Sayang
Sumber: Char Kuey Teow Abang Sayang
Char Kuey Teow Abang Sayang bukanlah seperti kedai char kuey teow biasa yang pernah anda cuba, di sini anda dapat menikmati makanan di bawah langit malam sambil dihiburkan dengan persembahan live muzik.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 25, Jln Meru Bestari A14, 31200 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (5.00 pm – 1.00 am) | Selasa (Tutup)
10. Canning Dim Sum
Sumber: Canning Dim Sum
Canning Dim Sum adalah sebuah restoran yang menghidangkan dimsum halal untuk para peminat masakan Cina yang beragama Islam. Bukan sedikit, tapi lebih daripada 50 pilihan dimsum ditawarkan di restoran ni!
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (6.30 am – 2.30 pm) | Rabu (Tutup)c
9. David’s Diner
Sumber: david’s diner
Tersangatlah lazat! Sekali cuba, anda tak akan pandang kedai makan western lain lagi, begitulah hebatnya penangan David’s Diner. Bukan hanya menu utamanya, berdasarkan maklum balas, rata-rata pengunjung mengatakan hampir kesemua yang ditawarkan di dalam menu memiliki rasa yang sungguh lazat.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: B-G-1, Persiaran Greentown 7, Pusat Perdagangan Greentown, 31350 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 10.30 pm)
8. Assam House Restaurant
Sumber: ASSAM HOUSE Restaurant
Terletak di Medan Gopeng adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan dengan keenakan yang mengalahkan hotel 5 bintang. Tak percaya? Singgahlah ke Assam House Restaurant dan cuba sendiri.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 2, Medan Gopeng, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (11.30 am – 3.00 pm & 6.00 pm – 10.30 pm) | Isnin (Tutup)
7. Restoran Bintara Ampang Ipoh
Sumber: Restoran Bintara Ampang Ipoh
Menawarkan pelbagai pilihan makanan, Restoran Bintara Ampang Ipoh adalah umpama ‘one stop center’ untuk segala hidangan yang dapat membahagiakan deria rasa.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: Jalan Sri Ampang 2, Kampung Sri Ampang, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 am – 12.00 pm)
6. Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh
Sumber: Hokkaido Icecream Puff Ipoh
Hanyalah sebuah kedai kecil yang comel, siapa sangka Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh ini begitu popular sekali dalam kalangan kaki street food.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 34, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.30 pm – 8.00 pm)
5. Mee Kari Kak Yah
Sumber: Mee Kari Kak Yah
Salah satu hidangan kegemaran ramai adalah mee kari. Kalau mee kari biasa pun dah sedap, apatah lagi sekiranya anda cuba mee kari dari restoran yang memiliki reputasi hebat seperti Mee Kari Kak Yah di Ipoh ni.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 12, Jalan Jelapang Selatan 1, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (6.30 am – 12.00 pm & 5.00 pm – 10.00 pm) | Isnin (Tutup)
4. Rojak dan Cendol Padang Ipoh
Sumber: Rojak N Cendol Padang Ipoh
Dah puas menikmati bermacam makanan berat di restoran-restoran viral yang tak terkira banyaknya di sekitar Ipoh ni? Apa kata kalau anda singgah pula ke kedai Rojak dan Cendol Padang Ipoh untuk merasai hidangan pencuci mulut.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 17, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 8.00 pm)
3. Old Town White Coffee (Grand), Ipoh
Sumber: old town white coffee grand ipoh
Biar betul? Tak akanlah nak cuba Old Town White Coffee pula? Bukan dekat KL pun ada ke? Jangan berhenti baca dulu! Sebenarnya Old Town White Coffee (Grand) yang terdapat di Ipoh ni berbeza daripada cawangan yang lain, sebab itulah ditambahkan perkataan “Grand” di hujungnya.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 2, Hala Datuk 5, 31650 Menglembu, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 12.00 pm)
2. Restoran Saffani
Sumber: Restoran Saffani
Restoran Saffani adalah antara kedai masakan Melayu di Ipoh yang menjadi pilihan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 54, Persiaran Pulai Baru 2, Taman Muda, 31300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (6.30 am – 4.00 pm) | Jumaat (Tutup)
1. Zul Yahya Steamboat
Sumber: Zul Yahya Steamboat & BBQ
Masihkan anda ingat pelakon komedi Zul Yahya yang pernah popular suatu ketika dulu? Tertanya-tanya ke mana perginya sekarang? Kalau anda nak tahu, pelakon ini kini giat menguruskan perniagaan kedai makan yang makin meriah dilawati orang ramai, Zul Yahya Steamboat yang terletak di Bandar Meru Raya.
Alamat
Waktu OperasiAlamat: 1, Jln Meru Bestari A8 , Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap Hari (4.00 pm – 12.00 am)
Banyak sekali kedai makan yang best dekat Ipoh ni kan? Dah jumpa kedai yang anda teringin nak cuba?
Destinasi
Hotel
4.7/5 - (6 votes)
The post 29 Tempat Makan Menarik Di Ipoh (2023) | Pengalaman Menjamu Selera Yang Luarbiasa appeared first on Mai Singgah.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |