Makan Tengahari Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original Bandar Chukai Kemaman
Makan Tengahari Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original Bandar Chukai Kemaman
Nak cari lauk pauk untuk makan tengahari ke tu? Jom singgah Tokma Ikan Bakar Original, Bandar Chukai, Kemaman Terengganu. Terdapat lebih dari 30 jenis lauk pauk untuk korang pilih mengikut selera korang. Wow! Banyaknya pilihan lauk pauk makan tengahari kat Tokma Ikan Bakar Original. KakYa sendiri teruja bila dengar Restoran Tokma Ikan Bakar Original menyajikan banyak pilihan lauk pauk yang sedap, lazat dan menyelerakan.
Ikan Bakar, Sotong Bakar Dan Pari Bakar Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original
Sesekali waktu makan tengahari kalau tukar selera layan ikan bakar, sotong bakar, pari bakar syok juga kan? Kalau korang rasa nak makan ikan bakar ke, sotong bakar ke atau pari bakar waktu makan tengahari dekat Tokma Ikan Bakar semua ada. Tinggal korang pilih jer nak makan yang mana. Pelbagai pilihan ikan segar dan sotong segar disediakan setiap hari untuk pelanggan Tokma Ikan Bakar.
Asam Pedas Ada Gulai Kawah Pon Ada Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original
Nak makan asam pedas? Takyah bimbang kat Tokma Ikan Bakar ada menyediakan asam pedas meletop sedap. Jangan tak tahu kat Chukai Kemaman pon ada asam pedas sedap meletop meletop tau. Tak payah pergi jauh jauh nak makan asam pedas, singgah jer makan kat Tokma Ikan Bakar Original
Nak makan gulai kawah panas panas? Dekat Tokma Ikan Bakar Original ada tersedia gulai kawah juga. Nak apa lagi? Ayam kampung goreng! Ya ayam kampung goreng panas panas pon ada korang. Makanan kat sini memang semua sedap, terangkat dan padulah orang kata. Mari pakat try dulu kita tengok lagumana. Sebelum Kakya lupa nak royak satu lagi, korang kena try sambal padu air asam power kat sini. Memang sedap hingga menjilat jari.
Jemput Singgah Makan Tengahari Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original
Jom ramai ramai bawak family dan jugak kawan kawan singgah makan tengahari di Restoran Tokma Ikan Bakar Original. Restoran beroperasi pada jam 11 pagi sehingga 7 malam setiap hari kecuali hari Jumaat tutup kedai.
Orang kata kalau sedap kita kena bagitahu orang lain juga bagi orang lain dapat rasa sama. Dek kerana ramai yang makan kat sini cakap sedap dooh lalu maka KakYa pon nak kabo la kokrang biar pakat mari ramai ramai makan tengahari di Restoran Tokma Ikan Bakar Original, Chukai Kemaman. Oh ya sebelum KakYa lupa, bab harga makanan kat sini korang tak perlu bimbang, harga makanan yamg disediakan kat Restoran Tokma Ikan Bakar Original harga marhaen jer bukan harga kayangan okey.
KakYa nak royak la dulu kat korang korang semua, kalau makan rasa dok sedak dok kena ngan tekok dok kena ngan selera korang, jangan wak senyak je kabo la ke tokey kedai sepatoh nanti tokey adjust rasa biar lagi sedak. Ke guane tokey? Dok soh bimbang la tokey baik hati dok maroh orang. Kabo jer untuk penambahbaikan.
Jadi apa tunggu lagi, jom la cuba makanan tengahari kat sini. Belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu. Silap haribulan hari hari nak makan kat sini nanti.
Sambil Makan Boleh Menang Hadiah Cabutan Bertuah Di Restoran Tokma Ikan Bakar Original
Restoran Tokma Ikan Bakar Original turut menyediakan hadiah cabutan bertuah setiap bulan untuk pelanggan bertuah. Cara nak menang hadiah cabutan bertuah mudah jer. Korang hanya perlu berbelanja RM10 di Restoran Tokma Ikan Bakar Original dan layak menyertai cabutan bertuah yang diadakan setiap bulan. Jom makan makan dan sertai cabutan bertuah! Mana tahu rezeki korang dapat menang cabutan bertuah.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut korang boleh terus Whatsapp nombor kat bawah;
http://www.wasap.my/601121906059/ordermakanFacebook: Tokma Ikan BakarInstagram: tokmaikanbakar.my
TOKMA IKAN BAKAR ORIGINAL,Taman Chukai Utama,PT 21083, Tingkat Bawah, Jalan Kedidi Kiri,Taman Cukai Utama24000 Kemaman, Terengganu
(bersebelahan Hannan Medispa dan Subway)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/01/makan-tengahari-di-restoran-tokma-ikan-bakar-original-bandar-chukai-kemaman.html