Polperro Steak House Pilihan Restoran Makanan Barat Dan Asia Sedap Di Kuala Lumpur Dan Selangor
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha nak cerita pasal satu restoran ini dahulu ia menyajikan banyak masakan barat kerana ia dibawa daripada sana untuk cawangan di Malaysia. Tapi kini kebanyakkan menu yang ada di sini telah ditambah dan pelbagaikan demi memenuhi kehendak dan selera orang Asia terutama orang Malaysia
Kalau Maha cite pasal restoran ni ramai orang dah kenal dan tahu sebab cukup popular dan telah bertapak di Malaysia ni lebih daripada 10 tahun. Tambah-tambah orang Shah Alam memang cukup kenal tapi kini ia telah ada 7 cawangan. Restoran yang Maha maksudkan adalah Polperro Steak House. Ia adalah sebuah perniagaan restoran yang diusahakan oleh seorang anak muda iaitu Encik El Aziizie bin Maskam yang mempunyai latarbelakang pendidikan dalam bidang kulinari
Nama perniagaan ini adalah diinspirasikan daripada sebuah lokasi perkampungan unik di England yang lebih dikenali sebagai Cornish Fishing Village yang terletak di Cornwall, England. Tidak hairanlah menu-menu utama ada juga ikan yang digril/dibakar selain daripada kambing bakar yang cukup popular dikalangan peminat hidangan barat. Kini kat Malaysia ia telah banyak menyediakan masakan yang berasaskan nasi kerana itu adalah makanan ruji rakyat Malaysia
Sizzling Steak Combo Beef (RM26.90)
Tapi kalau Maha datang sini mesti akan cari mereka punya menu masakan barat yang cukup unik dan sedap seperti Sizzling Steak Combo Beef. Ada juga pilihan untuk mereka yang suka makan daging kambing boleh juga. Bestnya sizzling kat sini dihidang panas-panas selepas di masak oleh chef mereka terus sampai kemeja. Jadi korang tak ada masa nak telek-telek atau ambil gambar kena ngap time panas berasap tu baru rasa kepekatan dan juga kesenambungan kuah black pepper dan juga daging tu.
Ia datang juga dengan side dish seperti mashed potato, vege coslow dan salad. Cuma untuk udang harimau ni kalau nak tambah kena tambah harga kerana ia add on dalam menu ini. Puas ini besar dan sesuai untuk satu orang makan. Tapi awas panas jangan pegang pinggang sizzling tu dan perlahan-lahan hirup kuahnya baru nikmat
Lamb Burger (RM8.90 Promo)
Selain itu korang boleh juga order Lamb Burger yang istimewa ini dikatakan antara hidangan ikonik dari Restoran Polperro Steak House. Ini kerana daging patty ia adalah homemade kalau korang kunyah daging tu sahaja korang akan dapat rasa ketul-ketul. Tapi itu bukan tulang tau ia adalah serbuk daging yang dibakar bagi menyedapkan lagi daging tu. Tengok burger ini beberapa lapis ada sotong yang digoreng garing, juga ada keju leleh dan juga sayur segar bersama sos
Besar juga saiz burger ini memang puas minikmatinya kalau mulut orang perempuan nak nganga ngap satu burger tu tak muat. Kena gigit dari tepi sikit demi sedikit. Ada juga yang suka makan lapis demi lapisan ikut suka korang lah. Kalau Maha akan ngap setengah burger tu dah dikokaknya wakakaka. Ia datang dalam satu set bersama dengan kentang goreng juga
Family Platters (RM29.90)
Bagi yang datang ramai satu keluarga atau juga kawan-kawan satu pejabat Maha boleh sarankan korang untuk ambil yang Family Platters ini. Ia datang dalam saiz yang besar gedabak ini dan memang boleh makan untuk 3 ke 4 orang sekali. Dalam set ini ada daging kambing, kepak ayam, nasi goreng, Kerupuk, kentang goreng, salad dan juga sambal belacan dan juga sos black pepper. Lengkap giler set ini dan puas hati makan sekali order dapat semua
Korang boleh pilih ada yang set dengan daging kambing, daging ayam, seafood dan juga macam-macam lagi lah. Ini senang nak order dan juga makan sekali ramai-ramai dalam bekas yang besar ni makan sampai puas. Ada juga yang disediakan dengan spaghetti
Menu-menu lain yang korang nak order macam Maha ni ada Mushroom Soup bersama Garlic Bread, juga ada Chicken Chop pada yang tak makan daging atau kambing. Kat sini banyak menu pilihan ikut pada selera sahaja. Nak makan tengahari yang masakan Malaysia ada dan juga malam makan western pun boleh. Minuman hari tu Maha order yang Perfect Man dan Sweety Mocha
Restoran Polperro Steak House beroperasi dari jam 12:00 tengahari sehinggai 11:00 malam dan dibuka setiap hari. Outlet yang Maha pergi ini adalah kat Bandar Sri Permaisuri Cheras. Ada banyak lagi lokasi lain seperti:-
- Polperro Seksyen 7 Shah Alam- Polperro Seksyen 18 Shah Alam- Setia Alam- Wangsa Maju (Sri Rampai)- Bukit Jelutong- The Lubokx, Rantau Panjang Klang
Jika korang nak buat acara khas atau majlis kat restoran ini mereka juga ada menyediakan ruangan khas untuk majlis seperti sambutan harijadi, reunion, pertunangan, majlis makanan malam, dan macam-macam majlis lagilah. Mereka juga boleh sediakan dekorasi untuk korang selain daripada makanan. Flexible lah restoran ini dan ruang makan pun selesa serta luas dan kemas
Sebarang pertanyaan dan promosi boleh layari :- Facebook : https://www.facebook.com/PolperroSteakHouseHqInstagram : https://www.instagram.com/polperrosteakhouse
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2023/01/polperro-steak-house-pilihan-restoran.html