Hari Hari Makan Sedap Badan Pun Sado Anjing Jadi Bodyguard Gerai Nasi Lemak Tauke Tukar Tapak Doggo Sibuk Ikut Sekali


KEBANYAKAN gerai atau restoran mempunyai keunikan tersendiri untuk menarik pelanggan.
Ada yang keistimewaannya terletak pada menu dan ada juga yang menggunakan suasana meriah di sekitar gerai sebagai tarikan.
Bagaimanapun, sebuah gerai nasi lemak yang terletak di Cyberjaya, Selangor sememangnya berbeza apabila mempunyai seekor anjing sebagai ‘duta’ perniagaan mereka.

Ciapan asal di laman Twitter.
Berdasarkan satu ciapan tular di laman Twitter, anjing yang diberi nama Doggo itu dilihat setia menunggu berhampiran gerai nasi lemak tepi jalan itu, seolah-olah menjadi ‘pengawal’ memerhati pelanggan lalu-lalang membeli makanan.
Bercerita kepada mStar, peniaga nasi lemak, Ahmad Lela, 67, berkata dia mengenali Doggo ketika memulakan perniagaan di sekitar kawasan Cyberjaya pada 2016.
“Kami dah berniaga nasi lemak dari tahun 2001 di Bandar Baru Bangi, tapi waktu tu saya bekerja sebagai juruteknik dan saya cuma tolong isteri berniaga.
“Bila umur saya 60 dan saya dah bersara baru saya mula berniaga nasi lemak sepenuh masa dengan isteri, kami kemudian pindah berniaga di Cyberjaya.
“Waktu itulah Doggo muncul dalam hidup kami dan ada dengan kami sampai sekarang. Orang Cyberjaya biasa panggil gerai kami ni sebagai Nasi Lemak Anjing atau Nasi Lemak Doggo.
“Memang dah melekat nama tu, kalau orang luar dengar mesti macam pelik kenapa nama gerai sampai macam tu sekali, kasar sangat bunyi dia, tapi sebenarnya ada kisah tersendiri,” ujar Ahmad.
Menurut Ahmad, lokasi gerainya di Cyberjaya mempunyai banyak tapak pembinaan kerana kawasan itu sedang pesat membangun.
“Kontraktor-kontraktor Cina yang uruskan tapak pembinaan ni mereka bela anjing untuk tolong jagakan barang dekat dalam tu. Banyak ekor yang mereka bela.
“Tapi bila pembinaan tu dah selesai, anjing ni semua mereka tinggal je dan kami rasa kesian bila tengok. Dari situ la kami mula bagi makan dekat anjing.

Perniagaan ‘Nasi Lemak Doggo’.
“Doggo ni pada asalnya anak kepada seekor ibu anjing ni, Doggo ada banyak lagi adik-beradik yang lain tapi lama-kelamaan semua hilang.
“Yang tinggal sampai sekarang dengan kami cuma Doggo, anjing yang lain datang dan pergi, bersilih ganti tapi Doggo kekal sebagai ‘along’ kawasan,” ujar Ahmad berjenaka.
Ahmad memaklumkan mereka memberikan Doggo makanan ayam goreng setiap pagi dan beberapa lauk lain yang masih berbaki apabila mahu menutup gerai.
“Tiap-tiap hari sebelum buka gerai pukul 7 pagi, kami akan siapkan lauk untuk Doggo, biasanya ayam goreng. Bahagian ayam yang orang kurang suka contohnya tengkuk dan paha itu kami bagi dekat Doggo.
“Dan kalau nak tahu, kami sebenarnya ada sponsor untuk bagi Doggo dan kawan-kawannya makan, ada tauke dari satu syarikat ni offer duit bila mereka nampak kami bagi makanan dekat anjing.

Doggo menjadi penjaga di hadapan gerai.
“Mereka bagi dalam RM200 suruh guna untuk bagi Doggo makan. Kami jadi orang tengah. Pelanggan pun ada yang nak bagi Doggo makan.
“Ada pelanggan yang beli nasi lemak dari kami, ingatkan untuk dia sendiri rupanya nak bagi dekat Doggo, tapi kami tak bagi dah lepas tu sebab sisa bungkusan dengan plastik buatkan kawasan tu jadi kotor,” kata Ahmad.
Ketika ditanyakan adakah Doggo tegap dan sasa kerana dijamu makanan yang lazat, Ahmad berkata ia disebabkan faktor perubatan.
“Ramai yang salah faham bila nampak badan Doggo sihat, mereka ingat sebab kami bagi dia makan banyak tapi itu sebenarnya sebab dia dah dimandulkan, Doggo ni anjing betina.
“Ada satu badan bukan kerajaan (NGO) ni tolong mandulkan mungkin nak tolong kawal populasi anjing dekat kawasan ni.
“Lepas dah dimandulkan tu terus naik mendadak berat badannya, itu nampak dia macam ‘sado’ je,” ujar Ahmad.
Ahmad juga berkongsi bagaimana Doggo akan sentiasa berada di samping mereka walaupun beberapa kali berpindah lokasi sepanjang mereka berniaga di Cyberjaya.

Walaupun berpindah lokasi, Doggo tetapi setia mengikut Ahmad.
“Doggo ni ada satu pokok dekat area sini yang macam rumah dia. Dia akan ikut je ke mana kami pergi. Baru-baru ni kami pindah tempat berniaga baharu dari tapak biasa dekat traffic light.
“Pindah sebab pihak berkuasa kata depan traffic light tu tak selamat nak berniaga. Yang menariknya bila kami buka kedai dekat tempat baharu tu, Doggo tahu mana nak cari kami, jarak dalam 300 meter dari lokasi lama.
“Dah jadi rutin, bila kami buka kedai je, Doggo akan datang standby dan tunggu untuk waktu makan dia iaitu bila kami dah selesai berniaga dalam pukul 10 pagi macam tu.
“Kadang-kadang kalau nampak Doggo dah lapar sangat, kami akan bagi dia makan dulu sebelum mula berniaga,” ujar Ahmad.
Ahmad mengakui sejak Doggo menjadi sebahagian dari identiti gerainya, pintu rezeki dia dan isterinya terbuka luas.
“Sejak nama Doggo dah viral dekat media sosial, ramai yang datang ke gerai kami dari jauh semata-mata nak jumpa Doggo dan sambil tu mereka beli makanan kami juga.
“Lauk paling popular dekat gerai kami ialah paru, memang setiap hari licin habis. Karipap sardin kami pun orang cakap sedap,” kata Ahmad mengakhiri bicara.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/RvZ9s6b


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2023/02/hari-hari-makan-sedap-badan-pun-sado.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 5 Bahan Sambal Nasi Lemak Jadi Padu Memang Buat Makan Bertambah

Hanya 5 Bahan Sambal Nasi Lemak Jadi Padu Memang Buat Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 184 hits
Keenakan nasi lemak terletak pada sambalnya Sambal yang pekat cukup manis dan pedas membuatkan rasanya perfect untuk hidangan pembuka hari Bagaimana nak hasilkan sambal nasi lemak yang sedap jom ikuti resepi yang dikongsi Rasa nak makan nas...
Wajib Tukar Tekstur Makanan Bayi Ikut Umur Tak Selamanya Anak Kena Makan Bubur

Wajib Tukar Tekstur Makanan Bayi Ikut Umur Tak Selamanya Anak Kena Makan Bubur

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 169 hits
Bila bercakap soalan pemakanan bayi tekstur atau bentuk makanan bayi harus berubah mengikut keadaan umur bayi itu sendiri TUKAR TEKSTUR MAKANAN BAYI MENGIKUT UMUR 6 7 Bulan Puri Cair Kisar Halus Baby belajar merasa makanan dan telan Sesuai ...
Umrah Januari 2023 Makan Nasi Arab Di Syareq Qurban Yang Serious Sedap

Umrah Januari 2023 Makan Nasi Arab Di Syareq Qurban Yang Serious Sedap

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 217 hits
Alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk menyambung catatan perjalanan Umrah 2023 saya Boleh rujuk entri hari pertama dan kedua di dan di Selepas balik dari solat Isyak kami turun ke lobi hotel pukul 8 00 malam untuk keluar makan na...
Makan Tengah Hari Di Warung Buana Memang Benar Menggamit Kenangan

Makan Tengah Hari Di Warung Buana Memang Benar Menggamit Kenangan

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 536 hits
assalamualaikum selamat petang Ahad sebentar tadi buka laptop abah saya da 2 kali minta ringkasan jadual SPM kak Nurin asyiklah terlupa nak buatkan tu yg bila teringat tadi terus buat dah pun whatsapp ke adik di Bangi minta dia print utk ru...
Tips Kurus Cara Saya Turunkan Berat Dengan Enjoy Makan Nasi

Tips Kurus Cara Saya Turunkan Berat Dengan Enjoy Makan Nasi

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 385 hits
Bila meningkat usia menghampiri 40an ni makin susah nak kurus Macam macam tips kurus amalkan tapi berat susah nak maintain Adakah makin berusia makin susah berat nak turun Makan sikit pun berat tak mau turun makan lebih sikit berat kemain c...
Nasi Ayam Ayam Golek Sedap Bandar Baru Uda

Nasi Ayam Ayam Golek Sedap Bandar Baru Uda

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 297 hits
Nasi Ayam Ayam Golek Sedap Bandar Baru UDA Orang BBU korang dah cuba ke ayam golek kat sini Pertama kali Ummi mencuba ayam The post appeared first on
Makan Tengahari Sedap Di Warung Aja Kuantan Pahang

Makan Tengahari Sedap Di Warung Aja Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 266 hits
Makan Tengahari Sedap Di Warung Aja Kuantan Pahang Assalamualaikum Hi korang Baru baru ni kawan KakYa ada datang Kuantan dan diaorang ada tanya kedai makan tengahari sedap di Kuantan kat mana KakYa terus kenalkan Warung Aja Bukit Setongkol ...
Masak Lontong Goreng Sedap Guna Lebihan Nasi Impit Memang Padu

Masak Lontong Goreng Sedap Guna Lebihan Nasi Impit Memang Padu

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 338 hits
Lontong Goreng adalah salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai terutamanya orang Johor Sangat sedap dan mudah disediakan Jika ada lebihan nasi impit dan tak tahu hendak dinikmati macam mana nah masaklah menu ni Pasti berselera dan tidak...
Makan Di Dapo Mokcik Kopi Pokcik Sempena Hari Jadi Iman

Makan Di Dapo Mokcik Kopi Pokcik Sempena Hari Jadi Iman

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum WBTBELUM cerita lagi tentang kisah makan makan sempena Hari Ulangtahun Kelahiran Iman yang ke 22 baru baru ni Syukur dapat jugak buat makan makan sebab kalau ikutkan nak adakan jamuan hari jadi Iman lewat seminggu selepas ka...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini