Kumpulan Bpmb Teraju Lebih Rm9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026 Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia


Kumpulan BPMB Teraju Lebih RM9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026, Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“BPMB”), bersama anak syarikatnya iaitu Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (“SME Bank”) dan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (“EXIM Bank”), telah diamanahkan oleh Kerajaan untuk menerajui pelaksanaan inisiatif strategik berjumlah lebih RM 9 bilion di bawah Belanjawan 2026. Inisiatif ini mencerminkan peranan penting Kumpulan BPMB sebagai institusi kewangan pembangunan bersepadu negara dalam merealisasikan visi Ekonomi MADANI melalui pembiayaan berimpak tinggi, pemerkasaan eksport dan pembangunan ekosistem PKS. 
Kepercayaan Kerajaan terhadap keupayaan Kumpulan BPMB dalam menyediakan penyelesaian pembiayaan berimpak tinggi, serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keutamaan nasional sekali lagi diperakui menerusi inisiatif ini. Memandangkan Belanjawan 2026 menandakan permulaan kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas (“RMK13”), Kumpulan BPMB memberi tumpuan kepada keseimbangan antara pengukuhan fiskal dan pembangunan ekonomi yang pesat seperti mempertingkatkan struktur ekonomi, menggalakkan inovasi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. 
Selaras dengan pelan pembangunan nasional seperti NIMP 2030, Dasar Semikonduktor Negara dan Peta Hala Tuju Peralihan Tenaga, Kumpulan BPMB sedang membina ekosistem kewangan pembangunan yang menyokong peralihan Malaysia ke arah masa depan yang lebih inovatif, berdaya tahan dan mampan.
Memacu Sektor Berimpak Tinggi Selaras dengan Keutamaan Negara BPMB akan menerajui pelbagai program pembiayaan baharu bagi merangsang pertumbuhan dalam sektor berimpak tinggi dan menyokong agenda nasional, termasuk: 
Program Pembiayaan Semikonduktor (RM500 juta): Menyokong penyertaan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktor global di bawah Dasar Semikonduktor Negara. • Program Pembangunan MADANI (RM3 bilion): Membiayai pembangunan infrastruktur awam, utiliti, infrastruktur sosial serta keselamatan dan aset negara selaras dengan RMK13.  Program Pembaharuan Bandar dan Pelancongan (RM1 bilion): Menggiatkan semula kawasan bandar dan industri berkaitan pelancongan.  Mandat baharu ini melengkapi dan memperkukuh program sedia ada BPMB dengan jumlah keseluruhan lebih RM2 bilion dalam sektor seperti Pengangkutan & Logistik, Tenaga Boleh Diperbaharui & Peralihan, Pembangunan Mampan & Peralihan, Pembangunan Ekonomi Bumiputera, Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi, serta Akses Modal. 
Memperkasa Transformasi PKS bagi Ekonomi yang Lebih Kukuh 
SME Bank akan terus memperkukuh ekosistem PMKS melalui program pembiayaan dan pembangunan kapasiti yang disasarkan untuk meningkatkan daya saing, ketahanan dan inovasi, termasuk: 
Program Baharu:
Skim Pemacu Koperasi (RM100 juta): Menyediakan pembiayaan aset dan modal kerja kepada koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dana Induk Payung (RM200 juta): Menyokong PKS berpotensi tinggi untuk berkembang sebagai Anchors, Francaisor atau Pemberi Lesen, bagi membentuk ekosistem keusahawanan baharu. Technology Adoption Fund (RM300 juta): Mempercepat adaptasi teknologi pintar dan transformasi digital dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Dana Pemangkin Ekosistem IBS 3.0 (RM200 juta): Menggalakkan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (“IBS”) dalam kalangan PKS ke arah pembinaan mampan. • Maju Usahawan MADANI 2.0 (Geran RM2 juta): Melengkapkan usahawan mikro, belia, wanita dan luar bandar dengan latihan pengurusan kewangan, digitalisasi, amalan ESG dan pemasaran. Program Eksport Perniagaan (Geran RM6 juta): Program intervensi berstruktur dengan kerjasama MATRADE dan rakan strategik lain bagi meningkatkan pemerkasaan eksport dan kesiapsiagaan PKS ke pasaran antarabangsa.  SME Bank juga terus menyokong keseluruhan ekosistem PKS melalui program sedia ada yang memacu pertumbuhan dalam sektor utama termasuk pelancongan, eksport, teknologi dan Industri 4.0, ekosistem industri halal, kelestarian dan peralihan karbon rendah, keusahawanan wanita, pembangunan francais serta pemerkasaan perusahaan sosial. 
Mengukuhkan Kedudukan Malaysia di Pasaran Global 
EXIM Bank akan terus memperkukuh kedudukan perdagangan global Malaysia melalui: 
Program Baharu:
Skim Eksport Lonjakan (RM500 juta): Menyokong pengeksport dengan penyelesaian pembiayaan bagi menangani tekanan kos, mengembangkan pasaran antarabangsa serta meningkatkan daya saing dan ketahanan dalam landskap perdagangan global yang kian berkembang. Malaysia Global Connect (MGC Go Export Cover) (RM5 juta): Menyokong caruman perlindungan takaful untuk mengurangkan risiko komersial dan politik bagi pengeksport Malaysia, sekali gus meringankan beban kewangan dan memastikan momentum eksport yang selamat dan mampan ke pasaran pesat membangun seperti Afrika, Asia Tengah, ASEAN dan negara anggota OIC. Program ini diperkukuh melalui kerjasama strategik dengan Islamic Corporation for the Insurance of Investment and Export Credit (“ICEIC”) di bawah Islamic Development Bank (“IsDB”). Selaras dengan kerangka ekonomi MADANI, Kumpulan BPMB menyambut baik komitmen Kerajaan terhadap pertumbuhan yang seimbang dan berasaskan reformasi di bawah Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM419.2 bilion bagi memperkukuh disiplin fiskal, memacu reformasi ekonomi dan menyokong pembangunan mampan. Kumpulan BPMB kekal teguh menyokong keutamaan nasional melalui peranannya sebagai institusi kewangan pembangunan bersepadu negara, memacu modal berimpak serta memperkasa sektor strategik di seluruh negara. 
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan program pembangunan Kumpulan BPMB, sila layari www.bpmb.com.my, www.smebank.com.my, atau www.exim.com.my.
The post Kumpulan BPMB Teraju Lebih RM9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026, Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/13/kumpulan-bpmb-teraju-lebih-rm9-bilion-mandat-strategik-belanjawan-2026-memacu-transformasi-ekonomi-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2026 Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig

Belanjawan 2026 Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 240 hits
Belanjawan 2026 Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig Belanjawan 2026 tahun ini berteraskan prinsip Ekonomi MADANI dengan memberi penekanan kepada pemerkasaan rakyat sebagai asas pertumbuhan dan ketahanan ekonomi Antara sektor yang ...
Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 268 hits
Belanjawan 2026 Malaysia telah dibentangkan menandakan langkah strategik kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara berterusan Bagi yang terlepas ini ringkasan lengkap peruntukan fokus rakyat pembangunan p...
Terima Lebih Rm1 8 Bilion Miti Fokus Transformasi Industri Pks Dan Rakyat

Terima Lebih Rm1 8 Bilion Miti Fokus Transformasi Industri Pks Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 212 hits
Terima Lebih RM1 8 Bilion MITI Fokus Transformasi Industri PKS Dan Rakyat Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri menyambut baik peruntukan sebanyak RM1 898 bilion untuk MITI bagi tahun 2026 selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk...
Belanjawan 2026 Malaysia Madani

Belanjawan 2026 Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 235 hits
Petang ini guys Belanjawan 2026 Malaysia Madani Kita dengar sendiri lebih baik daripada dengar dari pihak ketiga 6 Nilai Teras Malaysia MADANIKemampananMutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan...
Belanjawan 2026 Perkukuh Agenda Integriti Tutup Ruang Ketirisan Hasil Negara Azam

Belanjawan 2026 Perkukuh Agenda Integriti Tutup Ruang Ketirisan Hasil Negara Azam

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 175 hits
Belanjawan 2026 Perkukuh Agenda Integriti Tutup Ruang Ketirisan Hasil Negara Azam KUALA LUMPUR 10 Okt Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyifatkan Belanjawan 2026 yang diumumkan hari ini sebagai cerminan komitmen serius kerajaan dalam...
Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5

Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 172 hits
Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5 KUALA LUMPUR 10 Okt Kerajaan bersetuju memperluas Bantuan Am Persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan lima dengan jumlah peruntukan...
Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 181 hits
TVS Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026 TV Sarawak stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform media...
Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 249 hits
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan usaha kerajaan menyemai budaya membaca dalam kalangan rakyat menunjukkan perkembangan memberangsangkan Beliau berkata pencapaian itu membuktikan keberkesanan dasar dan inisiatif ke...
Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 163 hits
TERKINI Kerajaan umum pendidikan PERCUMA melalui PTPTN Belanjawan 2026 Kerajaan mengumumkan pemberian pendidikan percuma kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melibatkan 5 800 anak daripada keluarga miskin yang mengik...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Pendekar Awang Bukak Langkah Resepsi Fattah Amin Amira Othman Meriah Bersama Peminat

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Easy Beef Keema Shami Kabab Recipe In Urdu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Motherboard Baru Maxsun B580 Bkb Terminator Yang Pelik Dan Unik

Pdfgear Penyunting Pdf Percuma Yang Wajib Dicuba Di Windows

Filem Rangga Cinta Hidupkan Semula Magis Ada Apa Dengan Cinta

T25k03 Peribahasa Berani

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Pencipta