Zahid Ajar Ismail Sabri Kabinet Cara Atasi Isu Rm10 000 I Citra Kwsp


 AGENDA DAILY
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimana untuk menguruskan isu i-Citra Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi sedikit ‘pelajaran’ buat kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimana untuk menangani isu pengeluaran one-off i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut Zahid, Kabinet sepatutnya meneliti terlebih dahulu sekiranya Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi pendapat dan nasihat berhubung isu pengeluaran RM10,000 one-off KWSP itu.
“Jika Menteri Kewangan memberi nasihat sebaliknya kepada kerajaan, Kabinet telitilah dengan mendalam terlebih dahulu,” ajar Zahid yang pernah menjadi TPM selama 33 bulan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 lalu.
Beliau yang juga Presiden UMNO turut mengingatkan kerajaan Ismail Sabri supaya mendengar rintihan rakyat kerana mereka yang menjadi mangsa banjir dan kesan pandemik Covid-19.
Namun, hari ini Tengku Zafrul memberi penjelasan sebab kerajaan tidak membenarkan pengeluaran RM10,000 one-off itu sambil membidas pihak yang terus menghasut rakyat. Berita berkaitan
Mengulas lanjut, Zahid yang kini didakwa dengan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuah, di dua Mahkamah Tinggi, juga menyifatkan kemudahan pinjaman yang diumumkan Ismail Sabri kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir, ibarat ‘gali lubang tutup lubang’.
“Berdasarkan respons di media sosial, rakyat tidak “prefer” membuat pinjaman dan mahu menggunakan dana sendiri. Mereka tidak bersedia untuk berhutang apatah lagi dengan menambah hutang. Sebahagiannya susah dan tidak mampu pun membayar hutang yang sudah sedia ada.
“Tempoh enam bulan atau setahun penangguhan bayaran balik tetap bermakna mereka sudah menambahkan lagi bebanan hutang. Tidak ubah seperti gali lubang tutup lubang. Pinjam wang bayar hutang,” kata Zahid semalam.
Sebelum ini, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang KWSP berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.
Beliau berkata kerajaan juga tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra bagi kali kedua setelah skim berkenaan berakhir bulan ini.
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta bantuan yang mencukupi kepada mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara ketika ini.
Menurutnya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, akan ada yang berisiko menjadi miskin tegar selepas bersara.
“Ada banyak kemudahan diumumkan kepada mangsa banjir. Jika ada yang mahu buka perniagaan untuk yang terjejas banjir, Tekun Nasional menawarkan pinjaman mudah RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun.
“Bank seperti BSN juga akan beri pinjaman RM10,000 secara pinjaman persendirian untuk beli barangan keperluan asas rumah dengan tanpa faedah dan enam bulan moratorium,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/zahid-ajar-ismail-sabri-kabinet-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Sahkan Kebebalan Ismail Sabri Pasal Kwsp Akan Jatuhkan Umno

Zahid Sahkan Kebebalan Ismail Sabri Pasal Kwsp Akan Jatuhkan Umno

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 317 hits
Adakah BERSATU mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap YAB Bera Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sehingga beliau sanggup menghiraukan pandangan parti beliau sendiri dalam isu pengeluaran KWSP 10k
Gempar 3 Menteri Bakal Digugurkan Rombakan Kabinet Ismail Sabri

Gempar 3 Menteri Bakal Digugurkan Rombakan Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 280 hits
Desas desus pengguguran 3 orang menteri ini adakah sekadar spekulasi politik atau berita palsu Atau berita yang akan menjadi benar sedikit masa lagi Menurut laporan itu PM Ismail Sabri tidak berpuas hati dengan Menteri di jabatan Perdana Me...
Enggan Rombak Kabinet Jadikan Ismail Sabri Tambah Gagal Di Mata Rakyat

Enggan Rombak Kabinet Jadikan Ismail Sabri Tambah Gagal Di Mata Rakyat

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 185 hits
Di sebalik timbulnya pelbagai ura ura dan khabar angin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dengan tegas menyatakan tiada rombakan kabinet akan dilakukannya pada waktu ini Kata beliau tumpuannya kini ialah kepada isu yang mencengkam kehidupa...
Pru15 Zahid Ingatkan Ismail Sabri Supaya Patuh Keputusan Mt

Pru15 Zahid Ingatkan Ismail Sabri Supaya Patuh Keputusan Mt

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 173 hits
agendaily com18 12 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mematuhi sebarang keputusan dibuat oleh MT untuk mengadakan PRU15 lebih awal ...
Tiada Lagi I Citra Rm10 000 Pm

Tiada Lagi I Citra Rm10 000 Pm

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 323 hits
Tiada lagi i Citra RM10 000 PM Kerajaan tidak bercadang membenarkan pengeluaran i Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja RM10 000 sekali lagi walaupun didesak beberapa pemimpin politik selepas rakyat berdepan bencana banjir Perdana Menteri Is...
I Citra Rm10 000 Shahril Tak Setuju Dengan Asyraf Wajdi

I Citra Rm10 000 Shahril Tak Setuju Dengan Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 160 hits
January 4 2022 Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang mencecah RM10 000 mengelak mangsa banjir yang mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja perlu terus meminjam dari masa depan sendiri kata Shahril Sufian Hamdan Pengarah Ekonomi Pe...
Cara Mohon Bantuan Myringgit I Banjir Rm10 000

Cara Mohon Bantuan Myringgit I Banjir Rm10 000

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 357 hits
Tahukah anda bagi mereka yang terjejas akibat banjir anda boleh untuk memohon kemudahan BSN MyRinggit i Banjir menerusi BSN Tujuan utama program ini untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa mangsa banjir Kami kongsikan ...
Desakan Kluster Kabinet Lewatkan Pru15 Boleh Makan Diri Ismail Sabri

Desakan Kluster Kabinet Lewatkan Pru15 Boleh Makan Diri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 253 hits
Berdasarkan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian bahagian yang berlangsung setakat semalam jelas kini terdapat dua mazhab keinginan yang ketara dalam parti itu Mazhab pertama mahukan PRU15 diadakan segera dan ia mesti dilangsungkan sebelum pe...
Agenda Zahid Kata Pn Zalim Supaya Bersatu Pas Tarik Sokongan Kepada Ismail Sabri

Agenda Zahid Kata Pn Zalim Supaya Bersatu Pas Tarik Sokongan Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 220 hits
Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dikatakan tidak berani menarik sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagaimana dilakukannya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos lalu Tuduhan Ahmad Zahid...
Pakaian Pengantin Traditional Minang

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Enam Sekeluarga Termasuk Empat Kanak Kanak Dikhuatiri Tertimbus Di Miri

Turn Your Startup Dream To Reality

Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Risiko Pembedahan Kanser Tiroid Semasa Mengandung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Jom Cari Kerja How To Find Jobs In Malaysia With Google

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Number Of Sarawak Flood Victims Almost Doubles To 5 385

Thursday Jokes 249