Desakan Kluster Kabinet Lewatkan Pru15 Boleh Makan Diri Ismail Sabri




 Berdasarkan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian yang berlangsung setakat semalam, jelas kini terdapat dua mazhab keinginan yang ketara dalam parti itu.
Mazhab pertama mahukan PRU15 diadakan segera dan ia mesti dilangsungkan sebelum pemilihan UMNO diadakan.
Bermakna, golongan ini mahu PRU15 diadakan sebelum 29 Disember 2022 iaitu tempoh akhir sebelum pemilihan UMNO mesti diadakan.
Menerajui mazhab ini ialah Presiden UMNO sendiri, Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan, sebahagian besar barisan dalam hireaki kepimpinan MT, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri.
Banyak alasan diberikan kenapa PRU mesti diadakan segera, antaranya kerana mood rakyat selepas kejayaan PRN Melaka, untuk mengelakkan perpecahan dalam parti akibat pemilihan UMNO dan sebagainya.
Mazhab kedua pula mahu pemilihan UMNO diadakan lebih dulu sebelum PRU15 hendak dilangsungkan.
Bersama desakan agar pemilihan UMNO diadakan segera dan PRU15 dikemudiankan, golongan ini turut mengusulkan agar tempoh khidmat Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri diberi ruang sehingga akhir penggal Parlimen iaitu Jun 2023.
Golongan yang kuat mendesak perkara ini ialah kelompok kluster kabinet iaitu pemimpin UMNO yang tiada jawatan dalam hireaki kepimpinan MT, tetapi berjawatan menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan.
Golongan ini percaya jika pemilihan UMNO diadakan lebih dulu, maka mereka boleh memenangi jawatan dalam kepimpinan MT berdasarkan jawatan kerajaan yang disandang yang seterusnya mencerahkan peluang untuk dipilih lagi sebagai calon PRU15.
Namun, jika PRU15 diadakan lebih dulu, selain kerana tiada kedudukan dalam kepimpinan tertinggi parti dan sebahagian mereka pula kerap berlaga pendapat dengan Presiden, mereka juga percaya peluang untuk dipilih sebagai calon pilihanraya adalah tipis.
Mudah kata, keinginan dan tujuan mendesak pemilihan diadakan lebih dulu itu banyak disebabkan oleh faktor-faktor kepentingan diri belaka.
Dalam kelompok ini, oleh kerana UMNO Bahagian Bera yang diketuai Ismail Sabri turut meluluskan usul agar Perdana Menteri diberi tempoh menjalankan tugas sehingga 2023, ia secara tidak langsung bermakna beliau juga setuju pemilihan UMNO diadakan lebih dulu berbanding PRU15.
Pertelagahan dua mazhab ini dijangka akan terus berlanjutan selepas ini kerana masing-masing ada hujah tersendiri untuk dipertahankan.
Meski begitu, dalam usaha memastikan siapa yang berjaya mempertahankan pendirian masing-masing, harus diakui bahawa kelebihan ada di pihak Zahid Hamidi.
Sekarang ini, termasuk dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan Datuk semalam, tidak diragui lagi Zahid Hamidi tetap dengan pendirian mahukan PRU15 diadakan segera dan ternampak beliau tidak akan mengalah mengenainya.
Jika mazhab yang lagi satu terus berkeras mendesak agar PRU15 dilewatkan sehingga 2023, pilihan terakhir yang boleh Zahid Hamidi lakukan ialah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri bagi tujuan memaksa pilihanraya diadakan dengan segera.
Apabila dalam ucapannya semalam Zahid Hamidi mengimbas balik tentang peranan UMNO menjatuhkan Tun Mahathir Mohamad dan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri sebelum ini, ia adalah mesej tersirat kepada Ismail Sabri bahawa beliau juga boleh dijatuhkan daripada jawatannya.
Berbeza dengan kluster menteri, mereka hanya sekadar mampu mendesak agar PRU15 dilewatkan saja, tetapi tidak berkuasa apa-apa untuk menggulingkan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.
Kesimpulannya, dalam pertembungan dua mazhab ini, Perdana Menteri boleh dijatuhkan sebelum tempohnya, manakala Presiden UMNO hanya boleh dijatuhkan melalui tarikh pemilihan yang akan ditentukan oleh Zahid Hamidi sendiri.
Kecuali jika Ismail Sabri sedia akur dengan hasrat Zahid Hamidi, desakan berterusan kluster kabinet untuk melewatkan tarikh PRU15, apa lagi jika terbukti Ismail Sabri terbabit bersekongkol dengannya, tidak mustahil desakan itu akhirnya merupakan tindakan makan diri yang boleh memendekkan hayat Perdana Menteri sendiri. – ShahbudinHusin 19/12/2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/desakan-kluster-kabinet-lewatkan-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Belum Tentu Ismail Sabri Mampu Tewaskan Zahid Hamidi

Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Belum Tentu Ismail Sabri Mampu Tewaskan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 212 hits
Apabila Ismail Sabri Yaakob memperlekeh kemenangan cemerlang BN di PRN Melaka dengan mengatakan undi popular UMNO hanya meningkat 1 peratus saja pada pilihan raya tersebut tujuan tersiratnya barangkali ialah untuk memberitahu kepimpinan UMN...
Jika Ismail Sabri Terus Lengahkan Pru15 Mungkinkah Umno Sendiri Paksa Parlimen Dibubarkan

Jika Ismail Sabri Terus Lengahkan Pru15 Mungkinkah Umno Sendiri Paksa Parlimen Dibubarkan

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 180 hits
Berikutan kenyataan Ismail Sabri yang memperlekeh kemenangan BN dalam PRN Melaka dengan menyebut undi popular UMNO hanya meningkat sebanyak 1 peratus saja lalu mengatakan sabar dulu untuk diadakan PRU15 Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dus...
Ismail Sabri Tersepit Umno Calon Tiga Nama Jadi Pm Jika Menang Pru15

Ismail Sabri Tersepit Umno Calon Tiga Nama Jadi Pm Jika Menang Pru15

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 210 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Naib Presiden dilihat tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan trio Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Perdana Menteri Datuk Se...
Pru15 Zahid Ingatkan Ismail Sabri Supaya Patuh Keputusan Mt

Pru15 Zahid Ingatkan Ismail Sabri Supaya Patuh Keputusan Mt

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 169 hits
agendaily com18 12 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mematuhi sebarang keputusan dibuat oleh MT untuk mengadakan PRU15 lebih awal ...
Ismail Sabri Beri Isyarat Mahu Jadi Presiden Umno Dulu Sebelum Parlimen Boleh Dibubarkan

Ismail Sabri Beri Isyarat Mahu Jadi Presiden Umno Dulu Sebelum Parlimen Boleh Dibubarkan

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 238 hits
Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak bersabar dan terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan yang dihadapi rakyat sebelum Parlimen boleh dibubarkan Walaupun kes Covid19 semakin menurun berban...
Pru 15 Dahulu Atau Pemilihan Umno Ismail Sabri Dakwa Beliau Lebih Selesa Berdiam Diri

Pru 15 Dahulu Atau Pemilihan Umno Ismail Sabri Dakwa Beliau Lebih Selesa Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 226 hits
BERA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau lebih selesa untuk berdiam diri apabila ditanya mengenai sama ada pemilihan UMNO atau Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diadakan terlebih dahulu walaupun beliau selaku Perdana M...
Pm Ismail Sabri Granted Audience With King For Pre Cabinet Meeting

Pm Ismail Sabri Granted Audience With King For Pre Cabinet Meeting

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 236 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob was granted an audience with the Yang di Pertuan Agong at Istana Negara in Kuala Lumpur December 17 2021 Picture via FacebookKUALA LUMPUR Dec 17 Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatu...
Segerakan Pemilihan Umno Beri Peluang Pada Ismail Sabri Sehingga 2023

Segerakan Pemilihan Umno Beri Peluang Pada Ismail Sabri Sehingga 2023

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 233 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 17 2021 6 01 PMUmno bahagian Ketereh hari ini mengemukakan usul menggesa supaya pemilihan parti itu diadakan segera tahun hadapan sebelum November Usul berkenaan dibentang Ketua Penerangan Umno bahagian Rosla...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran