Umno Perlu Move On


PANDANGAN
UMNO perlu move on tidak menjadikan bekas presiden mereka Mohd Najib Razak sebagai isu (faktor penghalang) yang boleh memecah belahkan kesatuan parti itu. Najib bukan segalanya buat Umno. Umno milik semua dan diperkuatkan semua orang bukan hanya oleh satu institusi keluarga saja. 

Ahli dan penyokong Umno harus menerima takdir yang menimpa Najib Razak. Biarlah dia menjalani sisa hukuman dengan tenang, mudah-mudahan beliau akan menemui sesuatu yang bermakna di sebalik hukuman itu. 
Jangan jadikan Najib faktor perpecahan apa lagi memusnahkan Umno. Sayang biarlah membawa laba, benci jangan membawa rugi

Anggap apa yang berlaku itu sebagai hukum karma. Umno perlu sedar bahawa parti itu tidak boleh bergantung kepada seorang indvidu, tetapi memerlukan “perkapuhan” semua pemimpinnya disegenap peringkat. 
Untuk kembali kuat bukan sesuatu ilusi kerana Umno pernah membuktikan kecemerlangannya sebagai kerajaan. Selama lebih 60 tahun memimpin kerajaan. Rekod Umno masih belum terpecah sesiapa.

Apa yang baik kepada Umno ialah bersatu, bergerak ke hadapan membina memperkasakan parti berkenaan dibawah kepimpinan yang ada kini. Masalah berlaku dalam Umno, ada yang tidak mengikhtiraf Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden. Dalam masa sama juga ada yang nakal cuba menyingkirkan Zahid. Dalam keadaan Umno tidak sekuat dahulu elemen ini tidak sepatut berlaku. 
Selagi Umno bersikap demikian ia tidak boleh mengembalikan kekuatan asalnya sebagai parti memimpin kerajaan. Orang Umno tidak perlu gusar dan kena yakin kalau mereka bersatu, kekuatan Umno akan kembali semula. Bagi Umno untuk kembali cemerlang ia tidak susah sebab ia sudah ada pengalaman, tunggu lagi Umno perlu bersatu saja

Walaupun ada sebahagian yang meninggalkan Umno dan ada mencari alternatif dengan menyertai parti yang mereka caci sebelum ini, ia tidak menjadi penghalang. Pelarian desperado itu tidak perlu dibimbangi. Harus disedari mereka yang meninggalkan parti itu tidak jujur dan mencari kepentingan dengan parti politik, mereka bukan pejuang Umno sejati. Umno tidak memerlukan orang seperti itu

Najib Razak biarlah beliau menjalani sisa hukum dengan damai. Meletakkan harapan Najib akan memulihkan Umno sesuatu yang mustahil. Belum tentu kalau Najib come back beliau berjaya seperti dilakukan Dr Mahathir Mohamad. 
Ada orang berteori begitu, Najib akan jadi PM kali kedua. Pengembalian Mahathir tempoh hari kerana sokongan PH dan Anwar Ibrahim, tanpa sokongan PH dan Anwar, Mahathir sudah hanyut. Buktinya dalam pilihan raya ke-15 calon partinya kalah semua dan beliau sendiri hilang deposit. Antara Najib dan Mahathir berbeza

Orang Umno harus yakin dan melihat ke depan. Najib bukan segala galanya. Dia bukan dewa penyelamat. Cukuplah pemujaan buat Najib kerana dia anak bangsawan. Umno bukan milik golongan bangsawan. Hukuman diterimanya telah nemusnahkan segala reputasi dirinya dalam sekelip mata

Sampai masanya Umno mengangkat dan menyerahkan Umno kepada pemimpin muda. Terimalah perubahan. Banyak pemimpin muda dalam Umno berpotensi dan jika diberi sokongan mereka berjaya dengan melihat potensi yang ada. 
Beberapa tokoh muda yang boleh disebut ialah Setiausaha Agung sekarang ini Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ahli Majlis Tertinggi, Mohd Shahar Abdullah, Ahmad Maslan, Noraini Ahmad, Azalina Othman Said, Samsul Anuar Nasarah, Zambry Abdul Kader, Ahmad Maslan dan ramai lagi. Termasuk juga ketua pemuda Umno yang lantang dan berani Dr Akmal Salleh. 
Selain itu masih ada golongan profesional dalam Umno juga boleh ditanda sebagai pemimpin masa depan. Mereka sedia berkhidmat cuma tidak diberi kesempatan. 
Sekiranya Khairy Jamaluddin masih dalam Umno, beliaulah orang paling tepat untuk memimpin Umno, namun sayang bekas ketua pemuda Umno ini kurang sabar, kurang memahami budaya dan tradisi politik Melayu dan berlagak lebih pandai kerana berbangga dengan akademiknya. 
Umno harus membuat persediaan untuk mengangkat mereka bagi memikul tanggungjawab memperkasakan Umno. Umno kena yakin dan ikhlas tanpa memisahkan mereka dengan sebarang sentimen, puak ataupun kumpulan atau kroni. Kita yakin kalau Umno move on parti itu akan dapat mengembalikan kekeramatannya. Trims


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/12/umno-perlu-move-on.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Youth Leader Urges Mic To Reflect On Party S Position Close Ranks With Bn

Umno Youth Leader Urges Mic To Reflect On Party S Position Close Ranks With Bn

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 154 hits
An Umno Youth leader has urged MIC to reflect on the party s position and return to closing ranks with BN following heated remarks targeted towards Umno president Ahmad Zahid Hamidi In a Facebook post today Umno Youth exco member Fadzmel Fa...
No Direct Ties Between Umno And Dap Zahid Tells Mca

No Direct Ties Between Umno And Dap Zahid Tells Mca

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 138 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has insisted that his party has no direct ties with DAP stressing instead that the unity government cooperation was formed between BN and Pakatan Harapan as individual coalitions We have never had a direct ...
Drunk On Power Or Toddy Mic Umno Youth Wings Trade Barbs

Drunk On Power Or Toddy Mic Umno Youth Wings Trade Barbs

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 133 hits
BN chairperson Ahmad Zahid Hamidi s reminder to MIC not to say one thing by day and another by night concerning the party s membership status in the coalition has not gone down well with MIC Youth with its chief K Arvind taking issue with t...
Mca S Ultimatums Lose Bite When Repeated Warns Umno Youth Man

Mca S Ultimatums Lose Bite When Repeated Warns Umno Youth Man

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 114 hits
Hafiz Ariffin says that continued cooperation in Barisan Nasional remains the most practical path forward for the party Umno Youth secretary Hafiz Ariffin said MCA has limited alternatives outside of BN as PH is out of the question given it...
Loke Says Pm Didn T Reject Uec Bid Umno Youth Throws Court Dare

Loke Says Pm Didn T Reject Uec Bid Umno Youth Throws Court Dare

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 152 hits
DAP secretary general Anthony Loke clarified that Prime Minister Anwar Ibrahim has not rejected the proposal to recognise the Unified Examination Certificate He noted that media reports suggesting otherwise were inconsistent with the prelim...
Umno Pandai Jaga Kebajikan Ahli Pkr Mmmm

Umno Pandai Jaga Kebajikan Ahli Pkr Mmmm

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 140 hits
Hari ni Timbalan Presiden UMNO Tok Mat Hasan luah rasa kecewa pasal pembahagian jawatan politik di Negeri Sembilan yang katanya tak kena dengan semangat kerjasama macam di kerajaan pusat Tok Mat dulu pernah puji DAP dan PH sebagai parti yan...
Pas Racial Argument Against Ft Ministry Picks Desperate Move Dap Youth

Pas Racial Argument Against Ft Ministry Picks Desperate Move Dap Youth

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 139 hits
DAP Youth is seeing red over PAS racial argument in criticising the appointments of two Chinese politicians to helm the federal territories ministry In a statement the party wing secretary Lim Chun Weng slammed PAS secretary general Takiyud...
Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Don T Stop Us From Rejoicing Dap Disciplinary Chief Tells Crook Lovers

Minum Petang Di Kupi Ghuti

Makan Tengah Hari Di Al Barakah Fusion Restaurant

Best Best Pulled Beef Recipe Nz

Bagi Payang Water Taxi Dan Bas Kite

Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Umno Perlu Move On

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

Tegangan Meningkat Ramapan Kapal Oleh As Mengundang Ketidakpuasan China

Kejayaan Tidak Semestinya Bermakna Mengukur Kualiti Bukan Kuantiti

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang