Enggan Rombak Kabinet Jadikan Ismail Sabri Tambah Gagal Di Mata Rakyat


 
Di sebalik timbulnya pelbagai ura-ura dan khabar angin, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan tegas menyatakan tiada rombakan kabinet akan dilakukannya pada waktu ini.
Kata beliau, tumpuannya kini ialah kepada isu yang mencengkam kehidupan rakyat, terutama bencana banjir dan Covid19.
Dengan demikian, tambahnya, hal berkenaan rombakan kabinet yang kini diperbualkan masyarakat hanyalah spekulasi semata-mata.
Antara yang hangat dispekulasi mengenai rombakan kabinet ialah pengguguran beberapa menteri dan perlantikan Timbalan Perdana Menteri.
Menteri yang disebut-sebut bakal digugurkan ialah Dr. Latif Ahmad, Rina Harun dan Halimah Saddique, manakala Hishammuddin Hussein, Hamzah Zainuddin atau Azmin Ali diperkatakan akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tetapi, disebabkan Ismail Sabri sendiri sudah menyatakan tiada rombakan kabinet akan dilakukannya, maka tiadalah pengguguran menteri dan perlantikan Timbalan Perdana Menteri akan berlaku dalam waktu terdekat ini.
Dalam keadaan Ismail Sabri kian menggunung dipertikai kerana dilihat terlalu lemah, tidak upaya memimpin, menteri-menterinya yang dilantiknya tak berfungsi dan kerajaannya dianggap paling teruk, ketidaksediaan beliau merombak kabinetnya adalah suatu perkara yang malang sebenarnya.
Tiada rombakan kabinet bermakna Ismail Sabri yang gagal serta kerajaannya yang gagal sekarang akan terus gagal dan tiada harapan ada kemajuan dalam perkhidmatannya kepada rakyat.
Kerajaan yang gagal hanya boleh diperbaiki jika Perdana Menterinya sedia melakukan perubahan atau merombak kabinetnya.
Dirinya yang terlalu lemah itu pula hanya mungkin dapat dipertingkatkan prestasinya jika beliau mempunyai seorang timbalan yang berwibawa dan benar-benar membantunya.
Namun, dengan tiada perubahan atau rombakan bermakna tiada apa-apa yang lebih baik bakal terserlah selepas ini.
Bagaimana beliau mahu menjamin khidmat yang lebih baik, terutama mengurus bencana banjir, Covid19 dan kesannya kepada rakyat jika pasukan kabinet dan barisan menterinya adalah mereka yang tidak berupaya dan dipertikaikan, bukan saja sekarang, malah sejak era Mahiaddin Md Yasin lagi?
Lantaran itu, tambahan lagi berikutan kerajaan yang ada sekarang begitu dipertikaikan rakyat daripada segenap penjuru, melakukan perubahan dan merombak kabinet adalah suatu tuntutan yang tidak dapat dielakkan lagi.
Enggan melakukannya hanya menyerlahkan kelemahan Ismail Sabri untuk berubah, di samping ketidakmampuannya untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati yang semakin merata di kalangan rakyat.
Akhirnya, kerajaan ini hanya menjanjikan derita yang lebih lama buat rakyat, sementara menteri-menteri yang ada boleh terus berfoya-foya dan bermewah dengan kegagalan mereka. – ShahbudinHusin 05/01/2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/enggan-rombak-kabinet-jadikan-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar 3 Menteri Bakal Digugurkan Rombakan Kabinet Ismail Sabri

Gempar 3 Menteri Bakal Digugurkan Rombakan Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 274 hits
Desas desus pengguguran 3 orang menteri ini adakah sekadar spekulasi politik atau berita palsu Atau berita yang akan menjadi benar sedikit masa lagi Menurut laporan itu PM Ismail Sabri tidak berpuas hati dengan Menteri di jabatan Perdana Me...
Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi

Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 385 hits
Walaupun beberapa pemimpin utama UMNO terutama Ahmad Zahid Hamidi Najib Razak dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah kerapkali mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran i Citra berjumlah RM10 ribu daripada KWSP Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob...
Berbanding Covid19 Dan Kemarahan Kepada Mahiaddin Banjir Buatkan Rakyat Lebih Marah Kepada Ismail Sabri

Berbanding Covid19 Dan Kemarahan Kepada Mahiaddin Banjir Buatkan Rakyat Lebih Marah Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 196 hits
Hanya melalui bencana banjir yang diturunkan Tuhan dengan paling teruk di Selangor segala kelemahan Perdana Menteri dan ketidakmampuannya mengurus kerajaan akhirnya terserlah dengan sendirinya Dengan banjir yang melanda itu Ismail Sabri Yaa...
Ismail Sabri Hinakan Rakyat Yang Tersepit Lingkupkan Dia Di Pru15

Ismail Sabri Hinakan Rakyat Yang Tersepit Lingkupkan Dia Di Pru15

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 208 hits
YAB Bera Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah memberi alasan pengeluaran KWSP one off 10k tidak diperlukan lagi kerana beliau telah mengumumkan bantuan tunai kepada mangsa mangsa banjir Namun adakah beliau sudah lupa bukan sahaja mangsa banji...
Keluarga Ismail Sabri Gagal Urus Bencana

Keluarga Ismail Sabri Gagal Urus Bencana

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 181 hits
Sebab itu saya katakan harus ada suruhanjaya teliti semula seluruh dasar peranan dan tindakan diambil supaya kita tidak berulang dalam hal ini ujarnya dalam satu kenyataan Beliau mengimbas kembali ketika berlaku banjir pad
Zahid Ajar Ismail Sabri Kabinet Cara Atasi Isu Rm10 000 I Citra Kwsp

Zahid Ajar Ismail Sabri Kabinet Cara Atasi Isu Rm10 000 I Citra Kwsp

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 221 hits
AGENDA DAILY Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimana untuk menguruskan isu i Citra Kumpulan Simpanan Wang Pekerja Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Se...
Ismail Sabri Ingkar Ketetapan Mt Apakah Umno Masih Nak Diam Diri Lagi

Ismail Sabri Ingkar Ketetapan Mt Apakah Umno Masih Nak Diam Diri Lagi

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 184 hits
Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa tuntutan pengeluaran i Citra berjumlah RM10 ribu adalah garis panduan UMNO kepada Naib Presidennya Ismail Sabri Yaakob untuk menduduki kerusi Perdana Menteri Kata beliau perkara itu sudah te...
Hantar Rakyat Terengganu Ke Selangor Bukti Kerajaan Negeri Gagal Sedia Peluang Kerja

Hantar Rakyat Terengganu Ke Selangor Bukti Kerajaan Negeri Gagal Sedia Peluang Kerja

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 286 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON January 2 2022Tindakan kerajaan negeri Terengganu yang menghantar rakyatnya secara beramai ramai untuk bekerja di Selangor diselar Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Menurutnya pe...
Ismail Sabri Tidak Mampu Selamatkan Negara Ini Lemah Yang Amat

Ismail Sabri Tidak Mampu Selamatkan Negara Ini Lemah Yang Amat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 182 hits
Perdana Menteri telah pun menyampaikan ucapan tahun baru beliau Dan Yang Di Pertuan Agong pun sudah menyampaikan titah baginda Tetapi saya masih merasa pilu dan bimbang nasib negara tercinta ini Saya langsung tidak optimis tentang masa depa...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco