Minum Petang Di Kupi Ghuti
6 Dan 7 Disember lepas balik kampung Segamat. Bulan November tak berkesempatan balik sebab banyak urusan untuk surgery mata tu. Bila ada kesempatan, mesti balik kampung sebulan sekali. Itu dah jadi rutin kami.
Kadang balik sekejap pun jadilah. Mak pun tengah sakit, jadi ambillah giliran jaga walaupun kita pun belum betul-betul recover lagi. Setakat jaga yang ringa-ringan tu masih boleh lagi. Cuma nak angkat tu belum boleh lagi. Kita buat mana termampu.
Dalam perjalanan balik kampung tu, macam biasa ikut Kuala Pilah. Singgah kejap minum petang di Kupi & Ghuti. Kedai ni dah bertahun-tahun saya nak singgah tapi tak berkesempatan. Bukan apa, kedai ni buka hari Sabtu & Ahad je. Ke buka hari Sabtu je
Kadang lalu perut dah kenyang, kadang tu tak rasa nak makan. Kebetulan masa lalu sedang elok perutnya rasa macam nak makan something untuk minum petang. Maun tak maun Encik Suami tanya. Nak!!! Laju je menjawab. Patah semulalah kita
Ni jalan Utama, banyak kereta. Kena hati-hati lah ye kalau nak keluar masuk jalan besar ni. Kedainya tepi jalan je. Masa kami sampai ni tak ada pelanggan lansung. Okay ngam, boleh pilih tempat makan yang mana kita nak
Sistem pesanan di kaunter. Banyak betul menu dia, sampai kami tak tahu nak makan apa. Makanan berat ada, makanan ringan pun ada. Laksa Johor, Nasi lemak dan macam-macam lagilah. Itu je yang saya ingat.
Buat pesanan dan terus bayar. Kuih muih tradisional pun ado! Ambil je sendiri. Piring pun klasik dengan motif bunga kangkung. Ke?
Kami pilih duduk di tengah je lah. Cantik pula nampak alas meja ni. Corak kotak-kotak gabungan warna biru gelap dan putih. Adalah aura klasik tu kan
Ni nak panggil cafe ke kedai makan ek? Tempat makannya luas dan bersih. Cantik! Selesa lah kalau kita makan di sini. Suasana kampung dengan kesibukan jalan raya depan kedai
Elok je kami duduk di kerusi. Ada 3 biji kereta datang menyinggah. Encik Suami kata, saya ni pembuka rezeki kedai makan. Asal makan kat kedai je mesti tiba-tiba ramai orang datang. Kebetulan je tu kan. Tapi mesti pernah jadi kan
Macam best pula kalau duduk di kerusi tinggi bar ni sambil menikmati permandangan jalan raya yang sibuk. Cantik pothos/money plant ni dibuat hiasan di situ. Naik seri kedai
Saya pesan latte panas. Tapi art dia agak failed. Rasa dia macam bukan latte yang biasa saya minum. Mungkin sebab biji kopi yang digunakan berbeza kot. Ye lah, lain kedai lain biji kopinya kan. Tapi saya enjoy je menghirup any kopi latte.
Encik Suami pesan hazelnut latte sejuk. Macam biasalah pesan minuman panas dan sejuk. Eh eh, kita bukan nak kurangkan gula ke? Rosak diet kalau weekend. Kan! Rasalah sesedut dua. Okay sedap juga.
Saya tak rasa nak makan berat sebab kat rumah dah makan nasi. Ikutkan nak pesan laksa Johor tapi nanti macam tak habis je, malas makan banyak. Jadi, pesan lempeng dan sambal sardin je lah. Lempengnya sekeping je. Agak tebal tapi crispy luarnya. Gebu dan cukup rasa. Cuma saya suka kalau versi nipis sikit
Sambal sardinnya sedap. Isi sardin dah siap dihancur-hancurkan isinya. Kalau pedas ni lagi sedap. Sambal sardin banyak ngam dengan sekeping lempeng. Kalau dua keping, sambalnya tak cukup.
Encik Suami pilih pulut kuning dengan sambal petai. Pulutnya banyak, macam semangkuk gitu
Tapi sambal petainya tak cukup untuk Encik Suami makan sebab dia jenis suka sambal lebih. Sambal dah habis, pulut masih banyak lagi bakinya. Saya bagi lebihan sambal sardin tu pada Encik Suami. Saya tak rasa menu pilihan Encik Suami ni sebab tak rasa nak makan. Tapi Encik Suami habis makan tu tandanya sedaplah
Tak lupa juga pesan kuih sopang, kuih kegemaran Encik Suami. Susah nak dapat kuih ni. Bila dah nampak depan mata, haruslah kita pesan sekali. Ada 3 biji dalam satu bekas. Kuih sopangnya lembut dan sedap betul walaupun sejuk beku dan dipanaskan
Intinya pun tak terlalu manis. Santannya pun berlemak dan sedap. Cuma rasa tak cukup santannya nak makan dengan kuih sopangnya tu. Kira luluslah kuih sopang ni walaupun bukan fresh. Boleh diterima tekak kami
Ada juga jual kuih frozen. Dan disediakan air kosong percuma. Boleh ambil sendiri.
Total harganya seperti di bawah. Harga kopi murah dan makanan tu kira standard hargalah kot kan. Akan datang kalau singgah boleh cuba menu lain pula
Kupi & Ghuti ni boleh jadi salah satu port ngopi/tempat mengopi best di Kuala Pilah. Tak susah nak cari, tepi jalan besar utama Kuala Pilah-Seremban
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2025/12/kupi-ghuti.html