Agenda Zahid Kata Pn Zalim Supaya Bersatu Pas Tarik Sokongan Kepada Ismail Sabri


 




Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi dikatakan tidak berani menarik sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagaimana dilakukannya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Ogos lalu.











Tuduhan Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) zalim terhadap parti itu disanggah veteran UMNO yang melihat kenyataan Presiden UMNO itu mempunyai agenda tersembunyi.

Namun, sebagai orang lama, veteran UMNO dapat menghidu agenda itu sambil memberitahu Agenda Daily bahawa kenyataan Zahid itu untuk menimbulkan kemarahan dalam kalangan Ahli Parlimen (MP) PN.

“Zahid cuba melakukan propaganda dengan menuduh Kerajaan PN kejam terhadap UMNO, sedangkan anggota Kabinet Kerajaan PN turut dianggotai MP parti itu.

“Ini hanya untuk mencetuskan api kemarah dalam kalangan MP PN yang terdiri daripada Bersatu dan PAS, dengan harapan gabungan itu marah kepada UMNO sekali gus menarik sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM (Perdana Menteri).

“Jika ini (menarik sokongan) berlaku, maka PM tidak ada alasan lagi untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal daripada tarikh akhir penggal ke-14 Parlimen pada 2023.

“Ini juga sekali gus akan menjayakan usul mengadakan PRU lebih awal daripada pemilihan UMNO sebagaimana dibawa oleh Pemuda dan Puteri serta beberapa UMNO bahagian,” kata veteran UMNO itu kepada Agenda Daily. Berita berkaitan

Namun, tambahnya hasrat Zahid tidak kesampaian apabila pemimpin-pemimpin PN tidak cepat melatah untuk menarik sokongan, malah sudah tahu agenda Presiden UMNO itu.

Veteren UMNO itu berkata pemimpin PN, termasuk yang berada dalam Kabinet telah menyatakan sokongan supaya Ismail Sabri meneruskan tugasnya sebagai PM, dan mereka tidak akan menarik sokongan sebagaimana pernah dilakukan Zahid sebelum ini.

Sebelum ini, Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang pada 16 Ogos lalu gara-gara pengkhianatan Zahid dan 14 MP yang menjadi tali barutnya yang menarik balik sokongan.

Tindakan Zahid dan konco-konconya itu dipercayai dibuat setelah Muhyiddin enggan campur tangan membebaskan beberapa pemimpin UMNO daripada tuduhan melakukan jenayah di mahkamah.

Sejak kebelakangan ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menerima tekanan daripada partinya sendiri yang mendesak supaya PRU diadakan lebih dahulu daripada pemilihan parti yang perlu diadakan pada atau sebelum November tahun depan.

Antara yang memberi tekanan itu termasuk Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO, sedangkan Ismail Sabri telah menyatakan beliau tidak akan tergesa-gesa mengadakan PRU kerana masih banyak urusan, terutama membantu rakyat berdepan pandemik Covid-19, yang perlu dilakukannya.

Mengulas lanjut veteren UMNO itu berkata keengganan Ismail Sabri mengadakan PRU awal menyebabkan kepimpinan UMNO marah.

“Sesetengah pemimpin UMNO bimbang sekiranya pemilihan parti diadakan lebih awal daripada PRU, ada pihak yang akan bertanding jawatan Presiden menentang Zahid, dan mereka tidak semestinya Ismail Sabri sahaja.

“Penyokong Ismail Sabri, terutama yang berada di dalam Kabinet juga akan bertanding merebut beberapa jawatan tertinggi parti. Ini yang dibimbangkan… kerana kuasa PM boleh mempengaruhi undi.

“Lagi pula telah ada UMNO bahagian dan Pemuda yang enggan menggunakan gambar Zahid sebagai poster PRU, sebaliknya mahu menggunakan gambar PM. Ini menunjukkan kuasa Ismail Sabri lebih kuat daripada Presiden UMNO.

“Malah, banyak bahagian yang tidak mahu menggunakan gambar Zahid kerana akan menjadi liabiliti kepada mereka susulan kes mahkamah yang dihadapi Zahid,” katanya.

Ditanya kemungkinan Zahid menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sebagaimana dilakukan sebelum ini, veteran UMNO itu dengan sinis berkata MP Bagan Datuk itu tidak akan berani berbuat demikian.

“Kalau ada telur dia buat.. tapi kalau buat lagi, ia akan menjejaskan politik dia sendiri,” katanya.

Zahid pernah memegang jawatan TPM kerajaan BN selama kira-kira 33 bulan dan kini berdepan tuduhan jenayah di dua Mahkamah Tinggi.

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Pengerusi BN itu berdepan 40 tuduhan menerima suapan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) kerajaan.

Sebanyak 33 pertuduhan adalah berkaitan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Tujuh pertuduhan lagi, Presiden UMNO itu didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan Yayasan Akalbudi.

Dua belas daripada pertuduhan itu membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan wang berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/agenda-zahid-kata-pn-zalim-supaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Zahid Ingatkan Ismail Sabri Supaya Patuh Keputusan Mt

Pru15 Zahid Ingatkan Ismail Sabri Supaya Patuh Keputusan Mt

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 185 hits
agendaily com18 12 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mematuhi sebarang keputusan dibuat oleh MT untuk mengadakan PRU15 lebih awal ...
Sokongan Bbc Tindakan Sengaja Cari Pasal Apakah Ini Akan Mendorong Ismail Sabri Segera Dijatuhkan

Sokongan Bbc Tindakan Sengaja Cari Pasal Apakah Ini Akan Mendorong Ismail Sabri Segera Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 241 hits
Tanpa angin tanpa ribut dan tiba tiba saja Kelab Penyokong Kerajaan atau BBC mengadakan sidang media menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk terus mentadbir negara sehingga penggal Parlimen berakhir pada 2023 Pe...
Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Belum Tentu Ismail Sabri Mampu Tewaskan Zahid Hamidi

Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Belum Tentu Ismail Sabri Mampu Tewaskan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 227 hits
Apabila Ismail Sabri Yaakob memperlekeh kemenangan cemerlang BN di PRN Melaka dengan mengatakan undi popular UMNO hanya meningkat 1 peratus saja pada pilihan raya tersebut tujuan tersiratnya barangkali ialah untuk memberitahu kepimpinan UMN...
Ahli Parlimen Bn Pas Sokong Ismail Sabri Kekal Pm

Ahli Parlimen Bn Pas Sokong Ismail Sabri Kekal Pm

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 232 hits
Ahli Parlimen BN Pas sokong Ismail Sabri kekal PM Sekumpulan Ahli Parlimen termasuk daripada Barisan Nasional dan Pas menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal memimpin negara sehingga bera...
Sokongan Padu Umno Penting Untuk Selesaikan Isu Rakyat Ismail Sabri

Sokongan Padu Umno Penting Untuk Selesaikan Isu Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 223 hits
BERA Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu terus mendapat sokongan parti sebagai Perdana Menteri untuk membantunya fokus menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan dihadapi rakyat Beliau berkata walaupun kes Covid 19 semakin m...
Desakan Kluster Kabinet Lewatkan Pru15 Boleh Makan Diri Ismail Sabri

Desakan Kluster Kabinet Lewatkan Pru15 Boleh Makan Diri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 270 hits
Berdasarkan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian bahagian yang berlangsung setakat semalam jelas kini terdapat dua mazhab keinginan yang ketara dalam parti itu Mazhab pertama mahukan PRU15 diadakan segera dan ia mesti dilangsungkan sebelum pe...
Kerajaan Umum Pelbagai Bantuan Tambahan Untuk Mangsa Banjir Ismail Sabri

Kerajaan Umum Pelbagai Bantuan Tambahan Untuk Mangsa Banjir Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 347 hits
Oleh Orang ramai membantu mangsa dalam kejadian banjir disekitar Taman Seri Muda Shah Alam hari ini GAMBAR Abd Razak Aid KERAJAAN mengumumkan beberapa lagi bantuan dan peruntukan tambahan bagi membantu mangsa mangsa banjir yang di beberapa ...
Ismail Sabri Gagal Dapat Markah 90 Askar Terpaksa Menjerit Kepada Nadma

Ismail Sabri Gagal Dapat Markah 90 Askar Terpaksa Menjerit Kepada Nadma

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 198 hits
Muak menunggu ATM turun bantu mangsa banjirATM bertindak Jumaat tanpa tunggu Agensi Pengurusan Bencana NADMA teragak agak mengerahkan ATM bagi usaha bantuanKerajaan Selangor juga tidak pasti untuk melibatkan pihak tenteraATM mula bergerak s...
Muhyidfin Diselamatkan Ismail Sabri

Muhyidfin Diselamatkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 257 hits
Kerajaan gagal yang dilabelkan kepada Muhyiddin dan BERSATU mungkin sedikit terpadam apabila kerajaan Ismail Sabri dan UMNO mewarisinya dengan lebih teruk PALING slow PALING gagal PALING lembab terpaksa diterjemahkan kepada Ismail Sabri dan...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menggubah Bunga Hiasan Meja

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna