Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta


Oleh Muhammad Yusri Muzamir  Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini, mengesahkan di Dewan Rakyat, yang bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, memohon ganjaran hadiah berupa sebidang tanah dan rumah daripada kerajaan bernilai RM100 juta.
Tengku Zafrul berkata, permohonan itu dibuat oleh Najib selepas Bajet 2022 dibentangkan di Dewan Rakyat, menyebabkan perincian berkaitan ganjaran terbabit tidak dapat disenaraikan dalam pembentangan belanjawan berkenaan.
Beliau mengesahkan susulan permohonan yang dibuat itu, perbincangan mengenainya sudah diadakan pada Mesyuarat Jemaah Menteri dan menunggu keputusan dimuktamadkan.
"Permohonan ini (dibuat) selepas bajet dibentangkan dan dengan itu tidak terdapat sebahagian daripada anggaran Perbelanjaan 2022.
"Permohonan ini tidak ada dalam bajet kerana (RUU Perbekalan 2022) dibentangkan sebelum permohonan tersebut.
"Untuk dilaksanakan perkara ini, (ia) bakal dibawa sebagai RUU Bekalan (Tambahan) ke Parlimen," katanya.
Terdahulu, suasana Dewan Rakyat bertukar kecoh selepas kira-kira tiga minit sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan dimulakan, petang tadi.
Keadaan itu tercetus apabila Tun Dr Mahathir Mohamad (PEJUANG-Langkawi) mencelah dan mempersoal peruntukan bernilai RM100 juta yang akan dihadiahkan dalam bentuk aset kepada Najib (BN-Pekan).
Dr Mahathir berkata, mengikut peraturan, perincian bajet perlu dikemukakan kepada Dewan Rakyat untuk dibahaskan, sebelum ia diluluskan atau sebaliknya.
Katanya, Tengku Zafrul selaku Menteri Kewangan, sepatutnya menjelaskan semua item dalam bajet, termasuk item berkenaan perbelanjaan dikhususkan kepada Najib.
"Ini tak disebut kerana kita nak tahulah apa jasa dia. Setakat kita tahu dia adalah banduan didapati bersalah, dihukum 12 tahun penjara dan denda lebih RM200 juta, inikah jasa yang kerajaan hari ini nak balas budi?
"Saya sendiri jadi perdana menteri (selama) 22 tahun, saya tak ambil satu keping tanah pun, cuma pencen saya, itu sajalah," katanya.
Bekas perdana menteri itu turut menyifatkan peruntukan RM40 juta bagi membina rumah untuk Najib adalah terlalu besar.
"RM60 juta untuk beli tanah dan RM40 juta bagi membangunkan bangunan untuk banduan ini...mungkin bercorak sebagai jail (penjara), saya tak tahulah tetapi RM40 juta itu banyak sangat.
"Kita buat rumah untuk perdana menteri (Kompleks Sri Perdana di Putrajaya) pun RM26 juta sahaja... yang saya duduk situ dahulu, tetapi ini buat salah dapat RM100 juta.
"Sepatutnya Menteri Kewangan jelaskan apa gunanya duit kerajaan untuk beri hadiah kepada penyangak dan pencuri. Orang ini sepatutnya ada dalam jail, tetapi bebas boleh pergi Singapura makan angin," katanya.
Zafrul ketika menjawab celahan itu mencadangkan supaya sebarang persoalan berkenaan permohonan sebidang tanah kerajaan dan sebuah rumah akan dibangunkan Najib, dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Ini memandangkan urusan berkenaan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, elaun dan keistimewaan bekas perdana menteri terletak di bawah bidang kuasa JPM," katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu sekali lagi mencelah dan menjelaskan beliau difahamkan perkara itu sudah mendapat kelulusan Kabinet.
"Takkan Yang Berhormat menteri tak tahu? Semua kewangan negara apabila hendak dibelanjakan perlu dibawa ke dewan ini, bila nak bawa?" soalnya.
Keadaan itu turut mendapat perhatian Datuk Mohd Azis Jamman (WARISAN-Sepanggar), RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu perkara berkenaan diperjelaskan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/zafrul-sahkan-najib-mohon-ganjaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Tanah Rm100 Juta Pm Juga Hantar Nama Najib Diberi Gelaran Tun

Selain Tanah Rm100 Juta Pm Juga Hantar Nama Najib Diberi Gelaran Tun

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 292 hits
Bukan hanya permohonan tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak sedang dipertimbang kerajaan malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menghantar nama bekas Perdana Menteri itu untuk diberi gelaran Tun Sumber Agenda Daily bol...
Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka

Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 337 hits
Najib Razak akhirnya membuat keputusan menarik balik permohonan mendapatkan rumah bernilai RM100 juta di sebuah kawasan eksklusif di ibu negara atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri Dua alasan diberikan atas tindakan tersebut menga...
Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 376 hits
Sehari sebelum hari mengundi bagi PRN Melaka Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa rakyat negeri itu membuat pilihan sewajarnya dengan membangkitkan isu permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk tanah dan rumah bernilai RM100 juta ...
Minta Rumah Rm100 Juta Najib Lakukan 3 Salah Besar

Minta Rumah Rm100 Juta Najib Lakukan 3 Salah Besar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 276 hits
Disahkan akhirnya di Parlimen oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tentang permohonan Najib Razak untuk mendapatkan kediaman bernilai RM100 juta baginya atas kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri Tengku Zafrul berkata ...
Kerajaan Mesti Tolak Rumah Rm100 Juta Najib Kalau Tidak Ismail Sabri Pun Wajib Dijatuhkan

Kerajaan Mesti Tolak Rumah Rm100 Juta Najib Kalau Tidak Ismail Sabri Pun Wajib Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 307 hits
Hanya ada dua pilihan yang wajib diambil Ismail Sabri Yaakob dalam isu rumah bernilai RM100 juta melibatkan Najib Razak sekarang ini Pertama menolak permintaan tersebut dan kedua segera membatalkannya sekiranya permohonan itu telah dilulusk...
Dengar Tak Isteriku Najib Minta Rumah Rm100 Juta Kata Mat Sabu Di Melaka

Dengar Tak Isteriku Najib Minta Rumah Rm100 Juta Kata Mat Sabu Di Melaka

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 251 hits
MALAYSIA DATELINETindakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta tanah bernilai RM100 juta dan dibincangkan oleh Kabinet untuk diluluskan kini menjadi isu utama di Melaka Ia kecoh di Dewan Rakyat semalam dan pada malam ta...
Rumah Rm100 Juta Kepada Najib Ph Mahu Pengundi Melaka Protes

Rumah Rm100 Juta Kepada Najib Ph Mahu Pengundi Melaka Protes

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 287 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengayuh beca semasa hadir program santai pada Pilihan Raya Negeri Melaka di Bandar Hilir Melaka Foto SYAFIQ AMBAK BANDAR MELAKA Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untu...
Berang Putrajaya Timbang Beri Najib Rumah Rm100 Juta Ph Sedia Kaji Semula Mou Kata Anwar

Berang Putrajaya Timbang Beri Najib Rumah Rm100 Juta Ph Sedia Kaji Semula Mou Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 262 hits
Pakatan Harapan tidak teragak agak mengkaji semula segala bentuk persefahaman dengan kerajaan susulan tindakan Jemaah Menteri sebulat suara menerima permohonan menghadiahkan Najib Razak sebidang tanah dan sebuah rumah bernilai RM100 juta Pe...
Pendedahan Najib Bakal Dapat Rumah Percuma Bernilai Rm100 Juta Di Kejiranan Mewah Kl

Pendedahan Najib Bakal Dapat Rumah Percuma Bernilai Rm100 Juta Di Kejiranan Mewah Kl

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 405 hits
Kebimbangan timbul berhubung keputusan kerajaan memberikan penghargaan kepada bekas PM di atas khidmat awamnya walaupun disabit kesalahan rasuah berprofil tinggi Bekas perdana menteri Najib Razak mendapat beberapa kelebihan selepas kerajaan...
Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Funny18 Top 56 By Lucienne Pg Funny18a Com Funny18 Web Pgslot 25 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Ada Yang Cancel Order Sebab Tak Menang Ka Okay Je

Sejauh Mana Sebenarnya Teleskop Paling Canggih Dunia Boleh Lihat Angkasa Ini Jawapannya

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Al Fateh Sahabat Chord

Those Who Defy Ruler Will Be Impaled Ti Tells Puad

Malaysian Netizens Mock Indonesia S New Animated Film Quality