Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025


 

Kuala Lumpur: "Keadaan penduduk sangat teruk, tiada makanan dan air bersih apatah lagi ubat-ubatan," kata Ketua Lembaga Aceh Bersatu (LEMBATU), Tengku Munawar Spdi mengenai mangsa banjir dan tanah runtuh dahsyat yang berlaku di Aceh, Sumatera, Indonesia.
Sejak bencana banjir 'luar biasa' melanda 26 November lalu, hidup mereka masih ditemani kelaparan, kegelapan dan ketidakpastian terhadap masa depan.
Menurut Tengku Munawar, bencana melanda keseluruhan kawasan berkenaan hampir sebulan lalu itu disifatkan terburuk selepas bencana tsunami pada 2004.
Katanya, sehingga kini penduduk dihimpit kesusahan untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman, malah terpaksa berlindung di masjid serta madrasah apabila kediaman mereka masih ditenggelami lumpur tebal.
"Ada antara mereka terpaksa berjalan sejauh lima hingga 10 kilometer semata-mata untuk mendapatkan sedikit beras.
"Lebih menyedihkan, anak kecil tidak mendapat makanan sehingga ada yang menangis tanpa henti dan akhirnya diam. Begitu juga ibu mengandung dan orang tua yang tidak mendapat ubat-ubatan," katanya dalam sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.
Tengku Munawar berkata, lapan sukarelawannya meninggal dunia dalam misi bantuan selepas menempuh perjalanan yang sukar termasuk mendaki untuk menghantar bantuan kepada mangsa bencana.
Katanya, apa yang menyukarkan keadaan untuk bantuan dihantar kepada mangsa adalah keadaan jalan yang masih berlumpur dan banyak kenderaan tertimbus.
Menurutnya, laluan turut dihalang kayu balak yang melintang dan tidak dapat dialihkan selain dengan bantuan jentera berat.
Justeru, beliau amat mengharapkan keprihatinan rakyat Malaysia untuk sama-masa membantu mangsa banjir di Aceh.
Sementara itu, Pengurus Kanan Harmoni Prihatin Malaysia, Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, pihaknya sudah menggerakkan misi bantuan dengan dua siri bantuan dihantar ke lokasi membabitkan jumlah keseluruhan RM100,000.
Beliau berkata, misi pertama digerakkan pada 9 Disember lalu untuk mengenal pasti situasi dan jenis bantuan diperlukan diikuti penghantaran bantuan makanan serta air bersih dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
"Saya melihat sendiri keadaan di sana memang sangat dahsyat seakan 'pekan zombi'. Seluruh kawasan dan rumah penduduk ditenggelami lumpur berserta kayu selain mereka juga sudah terputus bekalan elektrik kerana pencawang turut dihanyutkan banjir.
"Paling kami risaukan adalah isu kebuluran sekiranya bantuan makanan dan minuman bersih tidak dapat disalurkan kepada mangsa," katanya yang akan meneruskan misi ketiga pada 31 Disember ini.
Usaha itu turut disokong Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang memaklumkan akan menarik lebih ramai NGO menyertai misi bantuan itu termasuk daripada kerajaan.
Terdahulu, AFP melaporkan setakat Selasa lalu, angka korban banjir di Sumatera dicatatkan pada 1,030 orang.
Artikel oleh: Harian Metro
TIADA MAKANAN, TIADA AIR BERSIH, TIADA UBAT UNTUK MANGSA BANJIR ACEH

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1301462/tiada-makanan-tiada-air-bersih-tiada-ubat-untuk-mangsa-banjir-aceh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/12/tiada-makanan-tiada-air-bersih-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 158 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbang makanan kepada mangsa banjir di sini hari ini Kesultanan Pahang menerusi hant...
Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 197 hits
SUMATERA Bumi Aceh kini berdepan salah satu bencana terburuk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini Hujan yang tidak henti henti sejak dua minggu lalu menyebabkan sungai utama melimpah tanah runtuh berlaku di kawasan pergunungan dan r...
Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak Di Pahang Johor Dan Terengganu Pagi Ini

Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak Di Pahang Johor Dan Terengganu Pagi Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 65 hits
Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak Di Pahang Johor Dan Terengganu Pagi Ini KUALA LUMPUR 18 Disember Situasi banjir di beberapa negeri semakin serius apabila jumlah mangsa terus meningkat pagi ini dengan Pahang mencatat jumlah tertinggi...
Aceh Nazak Jangan Halang Bantuan Kemanusiaan Sidang Media Ppim 18 12 2025

Aceh Nazak Jangan Halang Bantuan Kemanusiaan Sidang Media Ppim 18 12 2025

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 34 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan termasuk Harmoni Prihatin Malaysia Muslim Care Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini mendedahkan situasi krisis kemanusiaan yang amat serius di Aceh In...
Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 194 hits
Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir Banjir merupakan antara bencana yang paling kerap berlaku di Malaysia terutama ketika musim tengkujuh Selain ancaman kepada keselamatan dan harta benda ramai yang tidak menyed...
Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 159 hits
14 Disember 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi hadir ke Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi dan Ambang 2026 anjuran Pertubuhan Perkasa Pejuang Malaysia bersama Sekretariat NGO bertempat di Kelab Golf Negara Sub...
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 297 hits
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir serta amaran hujan berterusan di beberapa kawasan termasuk di Pahang Menerusi video yang tular di medi...
Hujan Lebat Akibatkan Air Bertakung Banjir Kilat Di Ibu Negara

Hujan Lebat Akibatkan Air Bertakung Banjir Kilat Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 149 hits
Hujan Lebat Akibatkan Air Bertakung Banjir Kilat Di Ibu Negara KUALA LUMPUR 12 Dis Hujan lebat yang melanda ibu negara sejak 4 petang telah mengakibatkan kejadian air bertakung dan banjir kilat di beberapa kawasan Keadaan cuaca buruk itu tu...
Cerita Banjir Perlis 2025 Day 1

Cerita Banjir Perlis 2025 Day 1

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum dan hai semua Lepas dengar berita banjir teruk so rakyat rakyat kena bersedia banjir dari Hatyai akan turun ke negeri Perlis selalunya macam itulah ternyata sangkaan tepat sekali last Perlis banjir teruk tahun 2010 then tahu...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara