Pendedahan Najib Bakal Dapat Rumah Percuma Bernilai Rm100 Juta Di Kejiranan Mewah Kl


MalaysiaNow Kebimbangan timbul berhubung keputusan kerajaan memberikan 'penghargaan' kepada bekas PM di atas khidmat awamnya walaupun disabit kesalahan rasuah berprofil tinggi.

Bekas perdana menteri Najib Razak mendapat beberapa kelebihan selepas kerajaannya tumbang termasuk elaun perumahan RM10,000 sebulan. Gambar: Bernama Bekas perdana menteri Najib Razak memohon “keistimewaan” daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2.8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di kejiranan paling eksklusif Kuala Lumpur, menerima kelulusan daripada kerajaan namun dibantah menteri dan pegawai kanan, MalaysiaNow boleh mendedahkan.
Difahamkan Najib membuat permohonan tersebut setahun selepas digulingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 dan sekali lagi tahun lalu, beberapa bulan sebelum beliau disabitkan bersalah bagi kes rasuah melibatkan skandal 1MDB.
Ketika dihubungi, satu sumber dalaman Umno mengesahkan Najib membuat permohonan tersebut dari Jabatan Perdana Menteri, memetik satu tindakan yang membolehkan seorang bekas perdana menteri mendapat kelebihan istimewa dan beberapa elaun dan termasuk pemilikan hartanah yang dimiliki kerajaan.
“Beliau buat permohonan itu berdasarkan amalan kerajaan yang mentadbir dijangka memberikan penghargaan kepada pentadbiran sebelumnya di atas perkhidmatan mereka dan sumbangan kepada negara,” kata sumber itu kepada MalaysiaNow.
MalaysiaNow juga turut difahamkan keputusan untuk meluluskan permohonan Najib tidak disenangi beberapa pegawai kanan dan menteri yang membangkitkan sabitan kes rasuah terhadapnya.
Pemandangan dari udara Bukit Petaling di mana terletaknya kira-kira 2.8 ekar tanah bagi pembinaan rumah bekas perdana menteri Najib Razak yang disabit kesalahan jenayah memakan kos sekitar RM100 juta.Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan beberapa menteri termasuk dari Perikatan Nasional (PN) dan beberapa menteri Umno daripada kem anti-Najib membantah langkah tersebut.
Seorang bekas menteri dan ahli politik Bersatu menyatakan rasa terkejut ketika dimaklumkan mengenai keputusan tersebut, mengatakan ia adalah satu perkara yang pelik berhubung layanan kepada penjawat awam bahkan kepada penjawat awam yang disabitkan kesalahan lebih kecil.
“Ingat tak tentang kes seorang anggota polis yang kehilangan kelebihan pencen walaupun sudah berkhidmat selama 30 tahun dalam pasukan? Dia ambil rasuah tak sampai RM700,” katanya.
“Namun, kini kita dengar orang yang disabitkan kesalahan berhubung dana RM42 bilion (dapat kelebihan),” tambahnya merujuk sabitan kes Najib berkait dana SRC International.
“Keistimewaan” kepada Najib turut termasuk penganugerahan pemilikan sebuah tanah premium dengan keluasan lebih 120,000 meter persegi di Bukit Petaling, kawasan kejiranan eksklusif di tengah-tengah Kuala Lumpur, selain pembinaan banglo di kawasan itu melibatkan kos RM100 juta.
Di bawah undang-undang yang diperkenalkan pada awal 80-an, bekas perdana menteri itu berhak untuk memilih tiga jenis elaun perumahan dalam bentuk penghargaan daripada kerajaan.
Kemudahan tersebut tersenarai di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) dan boleh dipilih sama ada dalam bentuk rumah kerajaan lengkap dengan segala keperluan, elaun RM10,000 sebulan jika beliau memilih untuk tinggal di kediaman sendiri atau pemilikan sebuah rumah yang dihadiahkan oleh kerajaan.
Beberapa pemeriksaan mendapati Dr Mahathir Mohamad, yang mengetuai kerajaan sebanyak dua kali termasuk 23 tahun pada penggal pentadbiran pertamanya menerima elaun RM10,000 sebulan sementara penggantinya Abdullah Ahmad Badawi menerima rumah daripada kerajaan berdekatan kawasan bersejarah, Carcosa Seri Negara.
Sejak pentadbirannya tumbang dari tampuk kuasa, Najib tinggal di rumah kediaman peribadinya di Taman Duta, menerima elaun sebanyak RM10,000, namun kini memilih untuk mendapatkan rumah percuma daripada kerajaan.
Pemandangan bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur menjadi latar suasana Bukit Petaling, di mana sekitar 2.8 ekar tanah dikhususkan untuk pembinaan sebuah rumah untuk bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan rasuah.Difahamkan Najib membuat permohonan rasmi kepada kerajaan awal tahun ini susulan lawatan ke tanah kosong tersebut.
“Hartanah itu mempunyai nilai pasaran sebanyak RM20 juta lebih daripada apa yang diberikan kepada Abdullah,” kata agen hartanah yang memiliki kepakaran dalam hartanah eksklusif di ibu negara.
Sejak ditumbangkan daripada kuasa dan berdepan puluhan pertuduhan rasuah, Najib menjenamakan semula dirinya sebagai jaguh rakyat biasa menggunakan slogan “Bossku” yang digunakan secara meluas di platform media sosial.
Beberapa serbuan susulan kejatuhannya, pihak berkuasa menyita senarai panjang barangan mewah termasuk barangan kemas, jam tangan, beg tangan mewah yang bernilai ratusan juta ringgit di mana penyiasat mempercayai ia berkait dengan skandal 1MDB.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.
Rayuan Najib bagi sabitan kes tersebut masih berjalan ketika ini.
Beliau juga dilarang untuk melakukan perjalanan ke luar negara sejak 2018 namun berjaya mendapatkan pasport untuk ke Singapura akhir bulan ini.
Bulan lalu, beliau juga memenangi permohonannya terhadap tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bulan lalu bagi menangguhkan pembayaran kira-kira RM1.7 bilion cukai tertunggak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/pendedahan-najib-bakal-dapat-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Rm100 Juta Kepada Najib Ph Mahu Pengundi Melaka Protes

Rumah Rm100 Juta Kepada Najib Ph Mahu Pengundi Melaka Protes

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 183 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengayuh beca semasa hadir program santai pada Pilihan Raya Negeri Melaka di Bandar Hilir Melaka Foto SYAFIQ AMBAK BANDAR MELAKA Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untu...
Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta

Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 213 hits
Oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan di Dewan Rakyat yang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memohon ganjaran hadia...
Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 265 hits
Sehari sebelum hari mengundi bagi PRN Melaka Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa rakyat negeri itu membuat pilihan sewajarnya dengan membangkitkan isu permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk tanah dan rumah bernilai RM100 juta ...
Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka

Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 239 hits
Najib Razak akhirnya membuat keputusan menarik balik permohonan mendapatkan rumah bernilai RM100 juta di sebuah kawasan eksklusif di ibu negara atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri Dua alasan diberikan atas tindakan tersebut menga...
Kerajaan Mesti Tolak Rumah Rm100 Juta Najib Kalau Tidak Ismail Sabri Pun Wajib Dijatuhkan

Kerajaan Mesti Tolak Rumah Rm100 Juta Najib Kalau Tidak Ismail Sabri Pun Wajib Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 200 hits
Hanya ada dua pilihan yang wajib diambil Ismail Sabri Yaakob dalam isu rumah bernilai RM100 juta melibatkan Najib Razak sekarang ini Pertama menolak permintaan tersebut dan kedua segera membatalkannya sekiranya permohonan itu telah dilulusk...
Dengar Tak Isteriku Najib Minta Rumah Rm100 Juta Kata Mat Sabu Di Melaka

Dengar Tak Isteriku Najib Minta Rumah Rm100 Juta Kata Mat Sabu Di Melaka

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 165 hits
MALAYSIA DATELINETindakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta tanah bernilai RM100 juta dan dibincangkan oleh Kabinet untuk diluluskan kini menjadi isu utama di Melaka Ia kecoh di Dewan Rakyat semalam dan pada malam ta...
Biar Betul Najib Dapat Rumah Bernilai 100 Juta Cukai Tak Bayar Lagi Bagai 12 Tahun Nak Kena Masuk Jel Ehhhhh

Biar Betul Najib Dapat Rumah Bernilai 100 Juta Cukai Tak Bayar Lagi Bagai 12 Tahun Nak Kena Masuk Jel Ehhhhh

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 209 hits
Terkini Najib bakal dapat rumah percuma bernilai RM100 juta di KL Bekas perdana menteri Najib Razak memohon keistimewaan daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2 8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di keji...
Kasi Percuma Tanah Rm60 Juta Rumah Rm40 Juta Rm100 Juta Untuk Banduan

Kasi Percuma Tanah Rm60 Juta Rumah Rm40 Juta Rm100 Juta Untuk Banduan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 229 hits
Tun Dr Mahathir Jadi Perdana Menteri 24 Tahun Tapi Tak Dapat Rumah Atau Tanah PunArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT By Syed Akbar Ali
Minta Rumah Rm100 Juta Najib Lakukan 3 Salah Besar

Minta Rumah Rm100 Juta Najib Lakukan 3 Salah Besar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 194 hits
Disahkan akhirnya di Parlimen oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tentang permohonan Najib Razak untuk mendapatkan kediaman bernilai RM100 juta baginya atas kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri Tengku Zafrul berkata ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Taman Tema Genting Highland

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan