Selain Tanah Rm100 Juta Pm Juga Hantar Nama Najib Diberi Gelaran Tun



(Agenda Daily) – Bukan hanya permohonan tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak sedang dipertimbang kerajaan, malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menghantar nama bekas Perdana Menteri (PM) itu untuk diberi gelaran ‘Tun’.
Sumber Agenda Daily boleh mengesahkan nama Najib dihantar PM kepada Istana Negara yang mencadangkan agar gelaran tertinggi negara itu diberikan kepadanya atas alasan pernah menjadi pemimpin nombor satu negara dan sebagai tanda penghargaan terhadapnya.
“Nama Najib dihantar Ismail Sabri kepada Istana Negara untuk diberi gelaran Tun pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
“Bagaimanapun tidak ada sebarang maklum balas dari Istana Negara berhubung cadangan nama Najib tersebut,” kata sumber.
Jelas sumber lagi, cadangan nama Najib itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.
Menurut sumber, satu lagi nama pemimpin negara yang namanya turut dihantar kepada Istana Negara untuk dipertimbangkan diberi gelaran tersebut adalah PM kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak istana.
Untuk rekod, Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran “Lord” di United Kingdom.
Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM).
Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
Kebanyakan penerima anugerah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperti PM. Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang juga bergelar ‘Tun’.
Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 13 November baru-baru ini, seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran “Tun” kepada bekas Ketua Hakim Negara Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan Felda Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.
Terdahulu, media melaporkan Najib memohon “keistimewaan” daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2.8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di kejiranan paling eksklusif Kuala Lumpur.
Permohonan tersebut menurut portal MalaysiaNow sudah menerima kelulusan daripada kerajaan namun dibantah menteri dan pegawai kanan.
Difahamkan Najib membuat permohonan tersebut setahun selepas digulingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 dan sekali lagi tahun lalu, beberapa bulan sebelum beliau disabitkan bersalah bagi kes rasuah melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Susulan pendedahan tersebut, bekas PM dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dan membidas kerajaan kerana memberikan keistimewaan tersebut kepada Najib kerana berstatus banduan selepas disabitkan hukuman jenayah dan sedang dalam proses rayuan.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/11/19/selain-tanah-rm100-juta-pm-juga-hantar-nama-najib-diberi-gelaran-tun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Punya Tak Dak Akal Yang Sokong Bagi Tanah Pada Najib Dab Tu Nak Bagi Gelaran Tun Pulak Bukan Nak Kena 12 Tahun Kah

Apa Punya Tak Dak Akal Yang Sokong Bagi Tanah Pada Najib Dab Tu Nak Bagi Gelaran Tun Pulak Bukan Nak Kena 12 Tahun Kah

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 345 hits
Panas Portal dedah bukan hanya tanah RM100 juta Ismail Sabri juga hantar nama Najib diberi gelaran TunNovember 20 2021 Bukan hanya permohonan tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak sedang dipertimbang kerajaan malah Datuk S...
Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta

Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 272 hits
Oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan di Dewan Rakyat yang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memohon ganjaran hadia...
Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 332 hits
Sehari sebelum hari mengundi bagi PRN Melaka Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa rakyat negeri itu membuat pilihan sewajarnya dengan membangkitkan isu permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk tanah dan rumah bernilai RM100 juta ...
Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka

Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 305 hits
Najib Razak akhirnya membuat keputusan menarik balik permohonan mendapatkan rumah bernilai RM100 juta di sebuah kawasan eksklusif di ibu negara atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri Dua alasan diberikan atas tindakan tersebut menga...
Rm100 Juta Untuk Najib Ph Kaji Semula Mou Dengan Kerajaan

Rm100 Juta Untuk Najib Ph Kaji Semula Mou Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 205 hits
Oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto NSTP Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR Pakatan Harapan akan mengkaji semula semua persefahaman yang dicapai dengan kerajaan sebelum ini susulan pengesahan bahawa Putrajaya setuju menghadiahkan sebidang tanah dan ...
Kerajaan Mesti Tolak Rumah Rm100 Juta Najib Kalau Tidak Ismail Sabri Pun Wajib Dijatuhkan

Kerajaan Mesti Tolak Rumah Rm100 Juta Najib Kalau Tidak Ismail Sabri Pun Wajib Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 269 hits
Hanya ada dua pilihan yang wajib diambil Ismail Sabri Yaakob dalam isu rumah bernilai RM100 juta melibatkan Najib Razak sekarang ini Pertama menolak permintaan tersebut dan kedua segera membatalkannya sekiranya permohonan itu telah dilulusk...
Aset Rm100 Juta Untuk Najib Pm Penakut Lindungi Kepentingan Rakyat

Aset Rm100 Juta Untuk Najib Pm Penakut Lindungi Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 397 hits
Oleh FAZLI RADZI November 19 2021 AMANAH berpendapat tindakan Kabinet diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara seb...
Lebih Baik Rm100 Juta Diberi Kepada Penduduk Melaka

Lebih Baik Rm100 Juta Diberi Kepada Penduduk Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 310 hits
Nilai hadiah hartanah RM100 juta yang diberikan oleh Kerajaan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak begitu besar bagi beliau atau kabinet PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Namun menurut Timbalan Ketua Penerangan ...
Kasi Percuma Tanah Rm60 Juta Rumah Rm40 Juta Rm100 Juta Untuk Banduan

Kasi Percuma Tanah Rm60 Juta Rumah Rm40 Juta Rm100 Juta Untuk Banduan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 280 hits
Tun Dr Mahathir Jadi Perdana Menteri 24 Tahun Tapi Tak Dapat Rumah Atau Tanah PunArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT By Syed Akbar Ali
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah