Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka


 
Najib Razak akhirnya membuat keputusan menarik balik permohonan mendapatkan rumah bernilai RM100 juta di sebuah kawasan eksklusif di ibu negara atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri.
Dua alasan diberikan atas tindakan tersebut – mengambil kira keadaan rakyat sekarang yang berdepan saat sukar dan untuk mengelakkan isu tersebut menjadi bahan dalam PRN Melaka.
Keutamaan saya adalah rakyat, tambah Najib lagi ketika mengumumkan keputusannya itu.
Benarkah begitu?
Meskipun Najib menarik balik permohonannya itu, hakikat yang terbentang di depan mata ialah ia tidak sama sekali menukar wajahnya kepada seorang yang benar-benar seikhlas hati berjiwa rakyat.
Beliau menarik balik permohonannya itu semata-mata gelombang bantahan rakyat yang kuat dari segenap penjuru serta kerana adanya PRN Melaka yang pengundiannya akan berlangsung esok, bukan disebabkan sepanjang masa dalam hatinya ada rasa prihatin kepada rakyat.
Kalau Najib seorang yang sentiasa memikirkan rakyat, beliau daripada awal lagi tidak memohon rumah kediaman semahal itu untuk dirinya, meski atas kapasiti sebagai bekas Perdana Menteri sekali pun.
Lagi pula, bukannya Najib tiada rumah langsung untuk diri dan keluarganya.
Maka, sebab sebenar beliau menarik balik permohonan itu ialah kerana takut BN kalah dalam PRN Melaka.
Jika tiada PRN Melaka, apakah Najib akan menarik balik permohonannya itu?
Seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, keprihatinannya kepada rakyat bukan sewaktu ada PRN Melaka saja, bahkan sepanjang masa.
Seorang pemimpin yang jiwa membela rakyatnya tebal dalam hati juga sama sekali tidak akan memohon kediaman semahal dan semewah itu walau dalam apa keadaan sekali pun, tambahan lagi jika menyedari dirinya sudah pun dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah.
Daripada mengambil semua kemudahan itu, bagi seorang pemimpin yang ikhlas berjiwa rakyat, lebih wajar wang peruntukan tersebut dipulangkan semula kepada rakyat yang lebih memerlukan.
Dengan wang RM100 juta, macam-macam boleh dibelanjakan untuk rakyat susah, pelajar miskin dan sebagainya.
Adakah ketika Najib mengemukakan permohonan untuk mendapatkan rumah itu, pernah terlintas dalam hatinya tentang nasib dan derita rakyat?
Atau beliau hanya memikirkan untuk menambah lagi jumlah kediaman yang dimilikinya?
Untuk itu, meskipun Najib menarik balik permohonannya itu, rakyat mesti terus menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan melalui PRN Melaka ini.
Ia tidak lain dengan pengundi Melaka mesti terus menolak UMNO dan memastikan BN tidak menang dalam pengundian yang diadakan pada hari esok.
Kalau boleh, biarlah BN kalah terduduk di Melaka ini.
Bukan apa, jika BN tetap juga diberi undi dan diberi laluan menang dalam PRN Melaka, dibimbangi selepas ini permohonan baru untuk memiliki rumah yang sama akan dikemukakan semula.
Tambahan pula, berdasarkan alasan Najib sendiri yang mengatakan keputusan itu diambilnya kerana tidak mahu isu tersebut dijadikan bahan dalam PRN Melaka, dengan sendirinya menyerlahkan hakikat penarikan balik permohonan itu hanya bersifat sementara, bukan keputusan selama-lamanya, jauh sekali menggambarkan tindakan yang lahir daripada lubuk jiwanya. –


 ShahbudinHusin 19/11/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/tak-mungkinkah-najib-akan-mohon-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berang Putrajaya Timbang Beri Najib Rumah Rm100 Juta Ph Sedia Kaji Semula Mou Kata Anwar

Berang Putrajaya Timbang Beri Najib Rumah Rm100 Juta Ph Sedia Kaji Semula Mou Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 206 hits
Pakatan Harapan tidak teragak agak mengkaji semula segala bentuk persefahaman dengan kerajaan susulan tindakan Jemaah Menteri sebulat suara menerima permohonan menghadiahkan Najib Razak sebidang tanah dan sebuah rumah bernilai RM100 juta Pe...
Dengar Tak Isteriku Najib Minta Rumah Rm100 Juta Kata Mat Sabu Di Melaka

Dengar Tak Isteriku Najib Minta Rumah Rm100 Juta Kata Mat Sabu Di Melaka

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 207 hits
MALAYSIA DATELINETindakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta tanah bernilai RM100 juta dan dibincangkan oleh Kabinet untuk diluluskan kini menjadi isu utama di Melaka Ia kecoh di Dewan Rakyat semalam dan pada malam ta...
Rumah Rm100 Juta Kepada Najib Ph Mahu Pengundi Melaka Protes

Rumah Rm100 Juta Kepada Najib Ph Mahu Pengundi Melaka Protes

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 221 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengayuh beca semasa hadir program santai pada Pilihan Raya Negeri Melaka di Bandar Hilir Melaka Foto SYAFIQ AMBAK BANDAR MELAKA Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untu...
Kerajaan Mesti Tolak Rumah Rm100 Juta Najib Kalau Tidak Ismail Sabri Pun Wajib Dijatuhkan

Kerajaan Mesti Tolak Rumah Rm100 Juta Najib Kalau Tidak Ismail Sabri Pun Wajib Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 241 hits
Hanya ada dua pilihan yang wajib diambil Ismail Sabri Yaakob dalam isu rumah bernilai RM100 juta melibatkan Najib Razak sekarang ini Pertama menolak permintaan tersebut dan kedua segera membatalkannya sekiranya permohonan itu telah dilulusk...
Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta

Zafrul Sahkan Najib Mohon Ganjaran Tanah Rumah Nilai Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 255 hits
Oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan di Dewan Rakyat yang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memohon ganjaran hadia...
Rm100 Juta Untuk Najib Ph Kaji Semula Mou Dengan Kerajaan

Rm100 Juta Untuk Najib Ph Kaji Semula Mou Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 189 hits
Oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto NSTP Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR Pakatan Harapan akan mengkaji semula semua persefahaman yang dicapai dengan kerajaan sebelum ini susulan pengesahan bahawa Putrajaya setuju menghadiahkan sebidang tanah dan ...
Walau Najib Dah Tolak Pembangkang Terus Bangkitkan Isu Rumah Rm100 Juta

Walau Najib Dah Tolak Pembangkang Terus Bangkitkan Isu Rumah Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 267 hits
malaysiakini comPembangkang terus membangkitkan isu pemberian hartanah RM100 juta kepada mantan perdana menteri Najib Razak di parlimen Tindakan itu terus dilakukan walaupun Najib telah pun menarik balik hasratnya itu Jumaat lalu sehari seb...
Kabinet Lulus Rumah Rm100 Juta Ismail Sabri Lebih Tak Guna Daripada Najib

Kabinet Lulus Rumah Rm100 Juta Ismail Sabri Lebih Tak Guna Daripada Najib

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 304 hits
Walaupun Najib Razak telah menarik balik permohonannya untuk mendapatkan sebuah hartanah kediaman bernilai RM100 juta daripada kerajaan kabinet Ismail Sabri Yaakob disahkan telah pun meluluskan permohonan bekas Perdana Menteri itu Hal ini d...
Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 310 hits
Sehari sebelum hari mengundi bagi PRN Melaka Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa rakyat negeri itu membuat pilihan sewajarnya dengan membangkitkan isu permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk tanah dan rumah bernilai RM100 juta ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba