Ywp Milik Kerajaan Bukan Saya Tengku Adnan



YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan
Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjual tanah kepada syarikat miliknya.
Tengku Adnan berkata syarikat berkenaan, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), adalah milik kerajaan.
Dia berkata demikian sebagai mengulas sebuah rancangan televisyen dalam bahasa Cina yang mendakwa bahawa DBKL menjual tanahnya kepada syarikat Tengku Adnan pada tahun 2015.
YWP bertindak sebagai yayasan kebajikan tetapi berdepan kritikan kerana digunakan untuk tujuan politik.
Tengku Adnan adalah pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan kerana kedudukannya sebagai menteri Kementerian Wilayah Persekutuan.
Laporan Audit 2019 Siri 2, yang dibentangkan di Parlimen pada Selasa lalu, membidas YWP kerana menukar tanah milik DBKL berkenaan.
Meskipun Tengku Adnan tidak memiliki YWP, laporan audit tersebut menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur percanggahan kepentingan.
Tanah yang terlibat itu terletak di Lot 37890 di sepanjang Jalan Radin Anum 1 di Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Tanah seluas 1.052 hektar itu sepatutnya dijual kepada Pinnacles Homes SP Sdn Bhd pada harga RM30.48 juta.
Namun, pada tahun 2013 YWP menyatakan hasrat untuk membangunkan tanah tersebut kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tujuan pembangunan tidak dinyatakan dengan jelas pada ketika itu.
Datuk Bandar hanya memaklumkan perkara berkenaan kepada Tengku Adnan melalui minit mesyuaratnya pada 23 September tahun yang sama.
Menurut laporan audit, Tengku Adnan kemudian bersetuju dengan cadangan YWP dan mengarahkan supaya surat pelepasan diperoleh daripada Syarikat Pinnacle Homes.
Tanah itu akhirnya dijual kepada YWP pada harga RM30.48 juta.
Namun begitu, pada 3 September 2015, hakmilik lot ini telah dipindah milik kepada Pinnacle Homes. Penjualan ini membolehkan YWP memperoleh keuntungan berjumlah RM5 juta.
“YB Menteri juga merupakan Pengerusi Syarikat YWP.”
“Pengarah Eksekutif Syarikat 152446-W dan Syarikat 828584-T (Pinnacle Homes) merupakan individu yang sama.
“Oleh itu, wujud percanggahan kepentingan yang membolehkan surat pelepasan dikeluarkan kepada Datuk Bandar,” kata laporan itu.
Laporan audit juga menyebut bahawa modus operandi yang sama digunakan oleh YWP bagi tanah Lot 1248 dan Lot 1254 sepanjang Jalan Imbi.
Bersama-sama penjualan tanah di Jalan Radin Anum 1, YWP mengaut keuntungan RM13.69 juta.
Menurut prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), YWP bukan milik Kementerian Wilayah Persekutuan atau DBKL tetapi membantu kedua-dua entiti berkenaan dalam menjalankan program sosial dan kebajikan.
PAC juga tidak dibenarkan untuk mengaudit YWP kerana badan itu tidak dianggap sebagai entiti awam.
Isu konflik kepentingan terhadap YWP juga menyebabkan Mahkamah Rayuan membatalkan persetujuan pembangunan tanah di Taman Tun Dr Ismail.
Bagaimanapun, Tengku Adnan menegaskan bahawa kesemua keputusan yang dibuat adalah demi kepentingan awam.
“Sebagai menteri tentunya saya bertanggungjawab untuk meluluskan apa-apa keputusan dalam kementerian saya yang semuanya dibuat adalah bersandarkan kepada kepentingan awam, kepentingan rakyat dan kepentingan masyarakat umum.
“Jika keuntungan peribadi yang dicari maka nilai wang bukanlah matlamat saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dia juga memberi amaran akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang mendakwa bahawa YWP adalah miliknya.
“Apabila laporan audit menyebut Menteri Wilayah Persekutuan yang mewakili Yayasan Wilayah bukan bermakna ia adalah milik saya atau agenda peribadi saya.
“Ini kerana Yayasan Wilayah adalah milik kerajaan dan bukan hak personal saya.
Tengku Adnan didakwa menerima rasuah RM2 juta daripada pemaju pada 2016 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Pihak pendakwaan sedang merayu kes tersebut. Mk
YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan
Baca Artikel Menarik :
Air mata Loca B berderai anak tak diiktiraf warganegara Isteri ‘Kantoi’ Depan Suami Bila Curang Bersama Lelaki Lain Di Rumah [VIDEO] Tak payah jadi menteri kalau tak boleh selesaikan isu dera – Azalina Khazanah boleh kaut untung RM36 bilion dalam SEA Ltd jika PH tak jual – Najib Najib jawab pengkritik yang mengatakan Ahmad Maslan bersalah kerana bayar kompaun Bersalin Ketika Hari Pertama Kembali Bersekolah, Gadis 15 tahun Ini Tak Sedar Dirinya Hamil [VIDEO] Najib cadang rakyat beli saham dan had pelaburan ASB dinaikkan Resepi Telur Goreng Cripsy Viral Siasatan dapati pembantu rumah dirogol oleh Paul Yong Mahu Rakam Mercedes Klasik, Sekali Terkejut Tok Mat yang pandu (Video) https://mykmu.net/2021/09/28/mat-sabu-tegur-anwar-hina-kerajaan-disokong-ulama-sekali-azalina-mencelah/ Layari Laman Facebook MYKMU
Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

The post YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/30/ywp-milik-kerajaan-bukan-saya-tengku-adnan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Prihatin Pada Rakyat

Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Prihatin Pada Rakyat

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 279 hits
Oleh MARZUKI MOHAMAD SEBAGAI bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Marzuki Mohamad memikul tugas dan amanah mencabar lebih lebih lagi dalam tempoh pandemik COVID 19 Ikuti wawancara eksklusif antara Marzuki dengan po...
Kerajaan Kaji Cadangan Untuk Naikkan Had Pengeluaran I Citra Kwsp

Kerajaan Kaji Cadangan Untuk Naikkan Had Pengeluaran I Citra Kwsp

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 174 hits
Pada bulan Julai lepas di bawah KWSP Kerajaan menyediakan kemudahan pengeluaran i Citra Menerusi i Citra seramai 12 6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5000 dengan kadar bayaran tetap RM1000 sebulan untuk tempoh lima bulan...
Undi 18 Kerajaan Tak Rayu Kemenangan Anak Muda

Undi 18 Kerajaan Tak Rayu Kemenangan Anak Muda

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 298 hits
Persatuan Pengundi Muda atau UNDI 18 menyokong tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching mengarahkan kerajaan melaksanakan had umur pengundi 18 tahun ...
Checkup Anak 18 Bulan Di Klinik Kesihatan Kerajaan

Checkup Anak 18 Bulan Di Klinik Kesihatan Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 223 hits
Assalamualaikum Hari Isnin umur Nur Dhia genap setahun 6 bulan Oleh kerana sibuk dengan jadual PdPR anak anak baru hari ini Fiza berpeluang semula untuk berkongsi cerita di sini Mengikut Jadual Imunisasi Klinik Kesihatan Malaysia bayi yang ...
Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Soal Veteran Parti Berhubung Cabutan Nombor Ekor

Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Soal Veteran Parti Berhubung Cabutan Nombor Ekor

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 271 hits
freemalaysiatoday com September 24 2021 9 30 AMMahfodz Mohamed berkata walaupun bersama dalam kerajaan PAS mempunyai prinsip dan tahu tentang halal haram PETALING JAYA Seorang veteran PAS mempersoalkan peranan suara pemimpin parti itu di Pu...
Cabutan Khas Judi Pemimpin Umno Dakwa Pas Gagal Tunai Janji Untuk Hapus Judi Jika Jadi Kerajaan

Cabutan Khas Judi Pemimpin Umno Dakwa Pas Gagal Tunai Janji Untuk Hapus Judi Jika Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 224 hits
September 25 2021Keputusan kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi nombor ramalan bukan saja tidak wajar malah memberi implikasi negatif kepada PAS yang kini menjadi sebahagian anggota kabinet Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Ya...
Mou Dengan Kerajaan Bukan Pengkhianatan Kit Siang Ingatkan Pemimpin Dap

Mou Dengan Kerajaan Bukan Pengkhianatan Kit Siang Ingatkan Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 135 hits
September 25 2021 Veteran DAP Lim Kit Siang mengakui bahawa MoU yang ditandatangani antara Perdana Menteri dan pemimpin PH pada 10 Sep mencetuskan pandangan umum yang berbahagi PETALING JAYA Rakyat harus berhenti mengkritik Pakatan Harapan ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan