Mou Dengan Kerajaan Bukan Pengkhianatan Kit Siang Ingatkan Pemimpin Dap


 
FMT Reporters -September 25, 2021 Veteran DAP Lim Kit Siang mengakui bahawa MoU yang ditandatangani antara Perdana Menteri dan pemimpin PH pada 10 Sep mencetuskan pandangan umum yang berbahagi. (Gambar Pejabat Perdana Menteri)PETALING JAYA: Rakyat harus berhenti mengkritik Pakatan Harapan (PH) berhubung memorandum persefahamannya (MoU) dengan kerajaan atas kebimbangan ia dapat meningkatkan peluang Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), kata Lim Kit Siang.
Tambahnya, pemikiran seperti itu salah, terutamanya ketika berdepan impak wabak Covid-19 dan hakikat bahawa ia perlu ditangani dengan usaha bipartisan.
“Ada yang percaya jika Perdana Menteri dapat memenangi peperangan melawan wabak Covid-19, beliau takkan dapat dikalahkan pada PRU15.
“Pemikiran seperti ini salah,” katanya kepada pemimpin DAP Sabah dan Sarawak pada mesyuarat yang diadakan menerusi Zoom malam tadi.
Beliau mengingatkan mereka tentang ancaman daripada Covid-19 dengan lebih dua juta kes dilaporkan dan hampir 25,000 nyawa terkorban.
“Semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, wilayah, mahupun politik, mesti ada kewajipan tunggal yang sama – memenangi peperangan melawan wabak Covid-19.
“Juga tanggapan bahawa Ismail tidak akan dapat dikalahkan pada PRU15 jika kita membantunya memenangi peperangan melawan wabak Covid-19 mungkin sama sekali tidak betul.
“Winston Churchill menjadi hero perang di Britain ketika mengalahkan Nazi Jerman pada Mei 1945, tetapi pada pilihan raya umum Julai 1945 di United Kingdom, Parti Konservatifnya ditewaskan oleh Parti Buruh yang meraih kemenangan besar dengan 393 kerusi, berbanding 197 kerusi dimenangi Konservatif,” kata Lim.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mengakui bahawa MoU yang ditandatangani antara Perdana Menteri dan pemimpin PH pada 10 Sep mencetuskan pandangan umum yang berbahagi.
“Ada pihak yang menentang MoU itu atas alasan kita tidak sepatutnya mengkhianati prinsip dan objektif kita, malah kerana takut ia menandakan kekalahan pembangkang.
“Bagaimanapun, mereka yang membaca MoU itu akan tahu bahawa ini sama sekali tidak benar,” katanya.
“Inilah sebabnya mengapa salah satu syarat MoU adalah keterdedahan penuhnya, mengikut prinsip ketelusan dan akauntabiliti.”
Lim juga menyebut pembaharuan, seperti undang-undang antilompat parti dan peruntukan sama rata bagi Ahli Parlimen pembangkang, untuk menunjukkan persepakatan yang dicapai dengan kerajaan berasas.
“Lima puluh tahun yang lalu, saya pertama kali membangkitkan di Parlimen tentang perlunya undang-undang antilompat parti. Kini, ada kemungkinan ia akan dimasukkan ke dalam statut.
“Juga selama lebih 50 tahun, DAP menyokong peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen, baik daripada kerajaan mahupun pembangkang. Kini, ia akan menjadi realiti,” katanya.
Lim menyimpulkan bahawa pada akhirnya, kemenangan dalam PRU15 bergantung kepada siapa yang mempunyai visi masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/mou-dengan-kerajaan-bukan-pengkhianatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 457 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Dap S Lim Kit Siang Calls For Gencatan Senjata

Dap S Lim Kit Siang Calls For Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 171 hits
Democratic Action Party veteran parliamentarian leader Lim Kit Siang said today that Malaysia with 592 Covid 19 deaths yesterday is currently in a worse stage than the US in its worst period during the pandemic early this year According to ...
Pihak Kerajaan Silap Ingatkan Dengan Sain Mou Ph Akan Jadi Bisu Hakikatnya Tidak

Pihak Kerajaan Silap Ingatkan Dengan Sain Mou Ph Akan Jadi Bisu Hakikatnya Tidak

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 205 hits
BUKAN MACAM PAK LEBAI DAPAT JAWATAN JADI DIAM MEMBISU HILANG SEMUANYA YANG DULUNYA MENGKRITIK ITU BEZANYA PARTI LEBAI DAN PH KEADAAN INI NYATA DAN RAKYAT MELIHAT Cuma nak tunjuk kepada mereka yang bimbang sangat dengan MoU antara PH dan ker...
Kit Siang Ismail Not A Reformist But I Still Back Mou

Kit Siang Ismail Not A Reformist But I Still Back Mou

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 441 hits
Veteran opposition lawmaker Lim Kit Siang said while he has mounting reservations on Ismail Sabri Yaakob s premiership he is still backing the government s deal with Pakatan Harapan Lim said this was because he believed Malaysia has not tur...
Defending Mou Kit Siang Believes Ismail Won T Be Unbeatable In Ge15

Defending Mou Kit Siang Believes Ismail Won T Be Unbeatable In Ge15

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 357 hits
DAP supremo Lim Kit Siang acknowledged the divided public opinion over Pakatan Harapan s decision to strike a memorandum of understanding with the government with some critics believing that Prime Minister Ismail Sabri Yaakob could emerge s...
Ph Will Do Its Best To Honour Bargain In Mou Says Kit Siang

Ph Will Do Its Best To Honour Bargain In Mou Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 191 hits
Lim Kit Siang says there is a need for a political ceasefire to fight the Covid 19 pandemic PETALING JAYA Pakatan Harapan including DAP will do its utmost to honour its commitment in the memorandum of understanding it signed with the govern...
Lima Jawapan Kepada Tohmahan Palsu Terhadap Lim Kit Siang

Lima Jawapan Kepada Tohmahan Palsu Terhadap Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 139 hits
TAK JUMPA AYAT DALAM ALQURQN HALANG JUDI KH KAH WALAUN PERCAYA KE Oleh MALAYSIA DATELINE September 28 2021Baru baru ini bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar memohon maaf kepada Lim Kit Siang atas kenyataannya terhadap veteran DAP itu pad...
Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 374 hits
A Pemerhati politik berkata sukar untuk golongan kleptokrat sabotaj kerajaan sedia ada sekiranya kerjasama dengan PH diteruskan dengan lancar Wakil dari blok kerajaan dan pembangkang menandatangani MoU persefahaman Isnin lalu dalam usaha tr...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal